Friday, 29 April 2011

Nasi Ayam Blackpepper

Assalamualaikum...

Hari ni dapat off sebab baru balik dari Labuan.. Mak datang rumah ngan Atikah.. So, kene masak special hari nih. Ermmm..rasa macam nak masak nasi ayam lah... 

Bahan Ayam:
- 1 ekor ayam
- Lada hitam ditumbuk
- Halia, bawang putih dikisar 
- Sos cili, sos tomato secukup nya
- Kicap pekat 
- Garam secukup rasa

Cara:
- Rebus ayam separuh masak. 
- Kemudian toskan.
- Gaulkan ayam dengan semua bahan di atas dan perapkan selama 30 minit. 
- Kemudian digoreng hingga masak. 
- Boleh juga dipanggang mengikut citarasa.  

Bahan Nasi:
- Beras mengikut jumlah orang
- Air rebusan ayam
- Pewarna kuning
- Daun pandan
- Garam secukupnya
- Bwg putih, bwg merah, halia dikisar
- Bunga cengkih, bunga lawang,kayu manis

Cara:
- Basuh beras dan tos sebentar. 
- Masak nasi bersama air rebusan ayam.
- Tambah garam, daun pandan & sedikit pewarna kuning.
- Tumis rempah dan bahan kisar didalam kuali.
- Masukkan ke dalam beras yg telah dijerang tadi. 
- Kacau rata dan tunggu sehingga nasi masak.

Bahan Sup:
- Air rebusan ayam secukupnya
- Serbuk rempah sup di bancuh sikit dengan air
- Bwg putih, halia dikisar
- Bunga lawang, bunga Cengkih, kayu manis
- Garam secukupnya
- Daun sup & daun bawang utk hiasan

Cara:
- Air rebusan ayam tadi dicampurkan dengan serbuk rempah sup & didihkan. 
- Tumis bahan kisar dalam kuali dan masukkan rempah
- Kemudian tuang dlm kuah sup. 
- Tambah garam secukupnya.

Bahan Sambal Cili:
- 5 biji cili merah*
- 10 biji cili api*
- 2 biji tomato*
- Bwg putih, halia *
- Air secukupnya*
- Sos cili , Cuka gula, garam secukupnya.

Cara:
- Kisar semua bahan2 bertanda *.
- Masak bersama dengan semua bahan yang lain sehingga pekat & sesedap rasa.

Bahan Sambal Kicap:
- Guna air perapan ayam yang ditapis
- Tambah kicap manis & kicap cair. 
- Tapiskan air perapan ayam tadi dan campurkan dengan kicap manis serta kicap cair. - Masak sebentar hingga mendidih.

Sayuran:
- Timun
- Salad
- Tomato
Alhamdulillah...Siap untuk dimakan...
 



Thursday, 28 April 2011

Kek Pisang

Assalamualaikum...

Alhamdulillah... Dah balik dari labuan.. Selamat sampai semalam.. Sampai je dirumah, rehat sekejap dan terus kemas rumah. Suami tersayang membantu. Rasa lapar pulak.. Hari dah hampir petang, cadang nye nak buat kek untuk minum petang dan bawa ke rumah mak sikit. Lagipun dah janji dengan Atikah nak buat something sempena Atikah naik Quran. Saja nak bagi pendorong dan galakan. 

Bahan-bahan:

250gm mentega
1 cawan gula kastor
2 cawan tepung naik sendiri
5 biji telur 
1 cawan pisang yg dilecek = 5 ketul saiz sederhana
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanila

Cara: 

- Masukkan soda bikarbonat ke dalam pisang yg telah dilecek dan gaul sebati. 
- Pukul mentega dan gula hingga kembang.
- Masukkan telur dan pukul hingga kembang.
- Masukkan esen vanila dan pisang lecek. 
- Masukkan tepung.
- Masukkan ke dalam loyang dan bakarlah hingga masak, lebih kurang 45 minit.

Siap untuk dimakan..

 Alhamdulillah.

Monday, 25 April 2011

Kisah Cinta Facebook


Assalamualaikum...

Jam sudah menunjukkan 1:45 pagi. Mata masih segar. Tanpa membuang masa, Iza mengambil kesempatan ini menulis kisah cinta Iza dan suami. 

Kehadapan suamiku yang aku cintai kerana Allah... Hari ni genap 10 bulan dan 12 hari kita hidup bersama... Walaupun melalui Facebook, kita mesra... Seolah-olah sudah lama mengenali... Rupa-rupanya kamu adalah senior di sekolah dulu...

Mungkin kita pernah bersua, berselisih jalan, beratur di barisan yang sama 10 tahun lepas... namun, siapa sangka siapa menduga... perkenalan yang tidak pernah terjadi 10 tahun lepas... menemukan jodoh kita...

Alhamdulillah... kita ditemukan dengan kemajuan teknologi... melalui Facebook... di bulan syawal... perkenalan yang tidak dirancang...

"Salam... pernah ke kita bersua? Kenapa awak add saya?"

Aku menjawab : "Gerak hati?? Tak tahu nak kata... saya masih di Selangor... awak ni senior sekolah dulu kan?"

"Saya kerja dengan *****. Macam susah je nak terangkan. Boleh faham ke? Hehe. Jadi, kena panggil abang senior la ni?"

Kami bertukar cerita... dalam 24jam... Kami telah bertukar nombor telefon; berborak dan mendengar suara. Hanya selepas 3 hari berkenalan, kami berjumpa. 26 September 2009 tarikh keramat. Di bawah sepohon pokok besar dihadapan rumah sorang kenalan....
Aku bersama kereta aku menunggu penuh debaran disitu... menunggu dia keluar...
Aku gementar... takut juga kalau diperdaya... pengalaman lalu mengajar aku berwaspada...
Soalan pertama yang aku tanya, "mana lesen?"

Maka dia pun menunjukkan lesen international nya( dia baru pulang dari belajar dan bekerja di England)... aku dengan selamba bertanya...

"Mana lesennya? Ini kad pengenalan antarabangsa.."
Dia menjawab dengan yakin, "ada dalam chip tu."

Tidak ku sangka itu lah pertanyaan pertama yang tidak begitu romantis... di pertemuan pertama... dia dengan tenang memasuki kereta dan memanduku ke kedai makan berhampiran... Kami duduk dan bersembang.. sambil aku minum milo dan dia bersama roti canai kegemarannya... selesai disitu... aku membawanya pulang ke rumah untuk dikenalkan kepada keluarga... dia berborak sambil menonton perlawanan bola bersama abang-abangku...

Tanggal 5 Disember 2009, aku dirisik... Hari yang amat bermakna pada ku. Permulaan kepada perjalanan hidup ku. Seluruh keluarga ku hadir kecuali Abg Zam dan isteri.  Abah juga turut hadir sebagai ketua keluarga. Alhamdulillah... Segalanya berjalan lancar. Keluarga ku amat gembira kerana setelah sekian lama, aku redha dengan segala ketentuan Illahi.

Kemudian majlis pertunangan telah ditetapkan pada 1 Jan 2010. Iza dan bakal suami sememangnya telah bersetuju lebih awal untuk bertunang pada tarikh itu. Kami juga telah mengambil cuti lebih awal bagi memudah kan urusan. Tarikh yang dinanti telah tiba. Majlis secara sederhana sahaja. Alhamdulillah kami bertunang pada 1 Januari 2010 dengan jemputan lebih kurang 85 orang.

Dalam masa 5 bulan persiapan perkahwinan dijalankan. Alhamdulillah kami telah diijab kabulkan pada 13 Jun 2010... Majlis di rumah mertua pada 19 Jun 201. Kedua dua majlis diadakan secara sederhana. 



Segalanya pantas... namun aku bersyukur dipertemukan jodoh dengan dia... Kini aku bergelar isterinya... akan aku abadikan segalanya untuk suamiku... Aku ingin menjadi permaisuri yang bertahta di hati dan jiwanya sepanjang usia hayatnya.

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sebaik-baik isteri itu ialah yang dapat menenangkan kamu apabila kamu melihatnya dan taat kepada kamu apabila kamu perintah dan memelihara dirinya dan menjaga hartamu apabila kamu tiada."

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Setiap wanita itu adalah pengurus sebuah rumahtangga suaminya dan akan ditanyakan hal urusan itu." Rasulullah s.a.w. bersabda: "Isteri yang mulia ini merupakan sesuatu yang terbaik di antara segala yang bermanfaat di dunia."

Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya wanita yang baik itu adalah wanita yang beranak, besar cintanya, pemegang rahsia, berjiwa kesatria terhadap keluarganya, patuh terhadap suaminya, pesolek bagi suaminya, menjaga diri terhadap lelaki lain, taat kepada ucapan suaminya dan perintahnya, dan apabila bersendirian dengan suaminya, dia pasrahkan dirinya kepada kehendak suaminya itu."

Sesungguhnya perkahwinan ataupun rumahtangga itu bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh atau yang boleh dipermain-mainkan. Ia adalah suatu ikatan yang menghalalkan yang haram sebelumnya.

Ia memerlukan persefahaman, tolak ansur, saling mempercayai, tolong-menolong, kasih mengasihi seikhlas hati dan sebagainya.

Tanpa itu semua, mana bisa dua jiwa yang berlainan sifat dan sikap mampu mengharungi sebuah kehidupan yang penuh dengan dugaan ini bersama-sama. Ia amat mustahil sekali.

Semoga perkenalan di Facebook kekal hingga ke syurga.. aku berdoa kepada-Mu ya Allah.. "kekalkan jodoh ku bersama suamiku hingga ke syurga... jadikan lah aku bidadari suami ku di akhirat nanti..."

Ikhlas dari,
Isteri yang menyayangimu...

Sunday, 24 April 2011

Teratak Bonda - Home Sweet Home

Assalamualaikum..

Iza masih di sini... di Pulau Labuan.. Terasa begitu bosan dan keseorangan.. Daripada termenung dan tidak membuat ape2... Iza terfikir untuk update blog..

2008
Iza teringat masa bulan Jul 2008.. Iza dan mak serta adik adik sibuk mencari rumah untuk pindah dari Kuala ke kawasan Sg Buloh.. Dekat sikit dengan tempat kerja dan adik beradik yang lain. Akhirnya, kami telah menemui rumah idaman kami.. Walaupun tidak besar, namun cukup bagi kami sekeluarga.

Kami akhirnya pindah dari Kuala ke Rumah Baru pada awal bulan Ogos 2008.. Rumah ini pada mulanya berwarna kuning... Betapa bahagia nya kami dapat rumah yg diidamkan... Abah, Boy, Abg Usop, Abg Zam dan Kakcik membantu pindah rumah... Banyak betul barang kami... Dari awal pagi berkemas di Kuala sehingga tengah malam... Kami pulang tiga beradik Iza,Boy dan Kakcik dari Kuala tengah tengah malam setelah seharian mengemas dan membungkus barang2... Keesokan harinya proses angkut barang dari Kuala ke Sg Buloh.Guna lori Abah jer.. Mujur ader Abah... Umur yang dah lanjut tidak menghalang Abah angkat barang2 ke dalam lori... Betapa kuatnya Abah... Sampai di Sg Buloh, kami turunkan barang2 dari lori Abah menuju ke rumah Kak Lang. Amik barang2 nye dan menuju ke Sg Buloh... huuuuuuhhhh... Sakit Tulang dan seluruh badan.. Turun kan barang dan start susun dalam rumah... Makan masa sehingga 3 hari untuk betul betul selesaikan segala nya..
2011

Kini setelah tiga tahun kami menukar warna nya kepada purple gray n white.. Kami menyayangi rumah ini... Mak dan adik adik menetap di rumah ini sekarang.. Iza setelah berkahwin tidak lagi menetap disini.. Mak amat bahagia duduk di rumah sendiri.. Dekat dengan anak anak nye yg lain.. Iza berasa bangga dan puas dapat memberi kan mak peluang ini..Segala keperluan mak, Alhamdulillah dapat dipenuhi setakat ini. Semoga rumah ini menyimpan segala kenangan bersama ahli keluarga Iza..





Saturday, 23 April 2011

Kek Coklat

Kek Coklat kesukaan keluarga Iza...
Bhn. A
1 cwn gula pasir
1 cwn serbuk koko
1 cwn air
Bhn. B
250 gm mentega
250 gm gula kastor
250 gm tepung kek self-raising blue key
7 biji telur
1 sudu teh esen vanila
Bhn. C
Topping :
150 gm coklat masakan
90 gm krim segar
30 gm mentega
15 gm madu


Cara:
1.Masak bahan A di atas api yang sederhana sehingga cair. Tapiskan.
2.Pukul mentega bersama gula kastor sehingga sebati.
3.Masukkan telur sebiji demi sebiji. 
4.Masukkan esen vanila.
5.Masukkan tepung kek beselang seli dengan bahan A yang telah dicair dan di tapis tadi.
6.Kacau sebati.
Untuk topping, masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak cara stim (double boiler)sehingga cair dan licin. Tuang di atas dan di tepi kek yang telah siap dibakar.


Siap....
Alhamdulillah..

Kelahiran....

Assalamualaikum...


Bangun pagi ini ku rasakan berat sahaja kepala dan badan... Mungkin kerana semalam lewat tidur... Selesai mandi Iza membuat rutin yang biasa di Bilik 2-2, bilik persinggahan di Labuan...Mengemas ala kadar..kemudian naik untuk menonton TV di bilik TV..Bersama teman dibilik TV, Iza sms suami tercinta...Gud Morning syg...
Tidak sampai beberapa ketika suami ku membalas...Morning..Abang ke PWTC hari ni ader pameran buku...Bahagia kurasa punya suami yang begitu menyanyangi diri ku...Segala usaha nya hanya untuk kami sekeluarga... Seterusnya, mengajak kawan kawan lain untuk bersarapan...Ketika menuju ke kereta, aku menelefon rumah mak..Bertanya khabar...Aby yang jawab, mak tengah sarapan, namun ku minta aby memanggil mak...Dapat ku dengar adik ku berkata 'Mak tengah sarapan pun nak kacau'. Sejurus itu mak berkata..'Biar lah mak cakap..anak aku tepon dari jauh..habis duit dia tepon umah...biar mak cakap'..tersentuh hati ku mendengar kata mak....Mahu saja menitis airmata ku ketika itu... Ketika ini juga menitis air mata ku memikirkan emak...

Biar Iza cerita kan serba sedikit tentang diriku...

Mak merupakan wanita sederhana yang dilahirkan dalam keluarga besar di Negeri Sembilan..Setelah pemergian Arwah Atuk, kehidupan mak dan adik beradik nye berubah...Nenek sekadar kerja menoreh getah...Mak dan adik beradik nyer terpaksa berhenti sekolah dan membantu nenek... Genap umurnya 21 tahun..Mak dinikahkan dengan abah,calon yang dicari oleh keluarga...Abah berasal dari Melaka..Keluarga Abah juga besar...Adik beradik yang ramai...Abah yang sulong..Setelah kahwin, mak n abah dikurniakan kak along...kemudian abg angah, kak alang, abg azam,abg usop dan Iza yg keenam dilahirkan pada 15 Julai. 

Mak, ibu yang tabah...Melayan kehendak anak2 sehingga dewasa...Namun, kami adik beradik tidak mengabaikan jasa mak...Kami belajar dan Alhamdulillah kesemuanya berjaya...Kini masa nya kami membalas jasa mak...

Masa berlalu, kami berdikari dan berkerjaya.. Mak kini tinggal di rumah yang selesa, makan minum  nye dijaga, kehendak nya dipenuhi,kesihatan nye sentiasa dipantau...Abah masih dirumah ibu tiri...Namun kini, abah sudah berubah...Sering pulang ke rumah...Abah juga mengambil berat tntg kami dan emak..Mungkin faktor umur merubah abah...Iza dah pun maafkan abah....Iza pernah membenci abah kerana tidak pernah ada bila kami memerlukan...Tapi siapa Iza hendak benci abah...Iza xlayak untuk benci Abah....Iza mohon ampun Abah...

Kini Iza dan adik beradik melaksanakan tanggungjawab kami pada mak dan abah...Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kami dan merahmati kami sekeluarga...Ya Allah, ampunkan lah dosaku pada ibu bapaku...Rahmati lah keduanya dengan limpahan syurga...Jauhkan lah keduanya dari seksaan api neraka...Panjangkan Umur Keduanya, Ya Allah...Hanya Kau Yang Maha Mengetahui Segalanya... Amin...

Kejauhan Membawa Penceritaan

Assalamualaikum...

Ini adalah kali pertama iza terpanggil untuk menulis blog...Entah kenapa, bila berjauhan segala nya dirasa kan seperti susah,tidak tenang dan kerinduan... Iza begitu terasa asing di bumi Labuan ini walaupun sudah jelak berada di sini...Hampir setiap minggu Iza akan berada di sini...Menjalankan tugas yang diamanahkan...Namun hati seorang wanita yang bergelar anak kepada ibu bapa, kini bergelar isteri kepada suami tercinta.....tidak dapat menahan kesedihan berjauhan...

Segala nya ku coretkan di dalam blog ini...Coretan kehidupan ku...


Forgotten Page

Assalamualaikum.. It’s been a while since my last entry.. lepas mak meninggal dunia, takde lagi perasaan utk menulis.. aku memilih utk memen...