Monday, 25 April 2011

Kisah Cinta Facebook


Assalamualaikum...

Jam sudah menunjukkan 1:45 pagi. Mata masih segar. Tanpa membuang masa, Iza mengambil kesempatan ini menulis kisah cinta Iza dan suami. 

Kehadapan suamiku yang aku cintai kerana Allah... Hari ni genap 10 bulan dan 12 hari kita hidup bersama... Walaupun melalui Facebook, kita mesra... Seolah-olah sudah lama mengenali... Rupa-rupanya kamu adalah senior di sekolah dulu...

Mungkin kita pernah bersua, berselisih jalan, beratur di barisan yang sama 10 tahun lepas... namun, siapa sangka siapa menduga... perkenalan yang tidak pernah terjadi 10 tahun lepas... menemukan jodoh kita...

Alhamdulillah... kita ditemukan dengan kemajuan teknologi... melalui Facebook... di bulan syawal... perkenalan yang tidak dirancang...

"Salam... pernah ke kita bersua? Kenapa awak add saya?"

Aku menjawab : "Gerak hati?? Tak tahu nak kata... saya masih di Selangor... awak ni senior sekolah dulu kan?"

"Saya kerja dengan *****. Macam susah je nak terangkan. Boleh faham ke? Hehe. Jadi, kena panggil abang senior la ni?"

Kami bertukar cerita... dalam 24jam... Kami telah bertukar nombor telefon; berborak dan mendengar suara. Hanya selepas 3 hari berkenalan, kami berjumpa. 26 September 2009 tarikh keramat. Di bawah sepohon pokok besar dihadapan rumah sorang kenalan....
Aku bersama kereta aku menunggu penuh debaran disitu... menunggu dia keluar...
Aku gementar... takut juga kalau diperdaya... pengalaman lalu mengajar aku berwaspada...
Soalan pertama yang aku tanya, "mana lesen?"

Maka dia pun menunjukkan lesen international nya( dia baru pulang dari belajar dan bekerja di England)... aku dengan selamba bertanya...

"Mana lesennya? Ini kad pengenalan antarabangsa.."
Dia menjawab dengan yakin, "ada dalam chip tu."

Tidak ku sangka itu lah pertanyaan pertama yang tidak begitu romantis... di pertemuan pertama... dia dengan tenang memasuki kereta dan memanduku ke kedai makan berhampiran... Kami duduk dan bersembang.. sambil aku minum milo dan dia bersama roti canai kegemarannya... selesai disitu... aku membawanya pulang ke rumah untuk dikenalkan kepada keluarga... dia berborak sambil menonton perlawanan bola bersama abang-abangku...

Tanggal 5 Disember 2009, aku dirisik... Hari yang amat bermakna pada ku. Permulaan kepada perjalanan hidup ku. Seluruh keluarga ku hadir kecuali Abg Zam dan isteri.  Abah juga turut hadir sebagai ketua keluarga. Alhamdulillah... Segalanya berjalan lancar. Keluarga ku amat gembira kerana setelah sekian lama, aku redha dengan segala ketentuan Illahi.

Kemudian majlis pertunangan telah ditetapkan pada 1 Jan 2010. Iza dan bakal suami sememangnya telah bersetuju lebih awal untuk bertunang pada tarikh itu. Kami juga telah mengambil cuti lebih awal bagi memudah kan urusan. Tarikh yang dinanti telah tiba. Majlis secara sederhana sahaja. Alhamdulillah kami bertunang pada 1 Januari 2010 dengan jemputan lebih kurang 85 orang.

Dalam masa 5 bulan persiapan perkahwinan dijalankan. Alhamdulillah kami telah diijab kabulkan pada 13 Jun 2010... Majlis di rumah mertua pada 19 Jun 201. Kedua dua majlis diadakan secara sederhana. 



Segalanya pantas... namun aku bersyukur dipertemukan jodoh dengan dia... Kini aku bergelar isterinya... akan aku abadikan segalanya untuk suamiku... Aku ingin menjadi permaisuri yang bertahta di hati dan jiwanya sepanjang usia hayatnya.

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sebaik-baik isteri itu ialah yang dapat menenangkan kamu apabila kamu melihatnya dan taat kepada kamu apabila kamu perintah dan memelihara dirinya dan menjaga hartamu apabila kamu tiada."

Rasulullah s.a.w. bersabda: "Setiap wanita itu adalah pengurus sebuah rumahtangga suaminya dan akan ditanyakan hal urusan itu." Rasulullah s.a.w. bersabda: "Isteri yang mulia ini merupakan sesuatu yang terbaik di antara segala yang bermanfaat di dunia."

Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya wanita yang baik itu adalah wanita yang beranak, besar cintanya, pemegang rahsia, berjiwa kesatria terhadap keluarganya, patuh terhadap suaminya, pesolek bagi suaminya, menjaga diri terhadap lelaki lain, taat kepada ucapan suaminya dan perintahnya, dan apabila bersendirian dengan suaminya, dia pasrahkan dirinya kepada kehendak suaminya itu."

Sesungguhnya perkahwinan ataupun rumahtangga itu bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh atau yang boleh dipermain-mainkan. Ia adalah suatu ikatan yang menghalalkan yang haram sebelumnya.

Ia memerlukan persefahaman, tolak ansur, saling mempercayai, tolong-menolong, kasih mengasihi seikhlas hati dan sebagainya.

Tanpa itu semua, mana bisa dua jiwa yang berlainan sifat dan sikap mampu mengharungi sebuah kehidupan yang penuh dengan dugaan ini bersama-sama. Ia amat mustahil sekali.

Semoga perkenalan di Facebook kekal hingga ke syurga.. aku berdoa kepada-Mu ya Allah.. "kekalkan jodoh ku bersama suamiku hingga ke syurga... jadikan lah aku bidadari suami ku di akhirat nanti..."

Ikhlas dari,
Isteri yang menyayangimu...

2 comments:

  1. Salam Iza,

    Tahniah thn ni dah genap tahun ketiga kan...

    Kalian mmg nampak serasi. Semoga bahagia dunia akhirat...

    sy dpt link ni dr FB en. Sham, sy agen Edymart ;)

    ReplyDelete
  2. Wsalam Ummi... terima kasih atas doa..syukur iza dikurniakan suami seperti sham..memang memahami dan prihatin.. Salam perkenalan

    ReplyDelete

Forgotten Page

Assalamualaikum.. It’s been a while since my last entry.. lepas mak meninggal dunia, takde lagi perasaan utk menulis.. aku memilih utk memen...