Thursday, 4 July 2013

SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 9

SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 9 PART 1

ANAK 2-3 TAHUN.

Ini adalah masa yang agak mencabar. Anak kecil kita sudah ada kaki dan sudah ada mulut. Dia sudah pandai merajuk dan mengamuk bila tidak tunaikan permintaannya. Apa yang juga amat mencabar dia juga payah mendengar kata.

Namun, pada usia ini, sangat comel bercakap dengan perkataan yang masih pelat.

Ambillah masa untuk mengajar anak akhlak mulia dan pastikan dia melakukannya berulang kali sehingga menjadi tabiat. Namun, terangkanlah kepadanya mengapa anda menyuruh dia melakukan perkara itu. Contohnya, cium tangan nenek bila bersalam, mengapa.

Anda juga sudah boleh mula mengajar dia surah-surah pendek di dalam Quran bagi yang beragama Islam.


SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 9 PART 2

ANAK 2-3 TAHUN.

Pada usia ini anak anda sedang belajar untuk bergaul dengan anak-anak yang lain. Kebanyakan kanak-kanak pada usia ini belum pandai berkongsi. Interpesonal skil sangat kurang.

Oleh itu bila anak itu bermain, perhatilah dari jauh dan jika dia tidak mahu berkongsi jangan terus menyuruh dia berkongsi, jelaskan mengapa elok berkongsi dan jika dia masih tidak mahu, boleh bertanya mengapa dia tidak mahu. Pad ausia hampir tiga thaun dia sudah banyak vocabulary, oleh itu agak senang untuk tahu. JANGAN MEMAKSA, TAPI PUJUK.


Jika anak tidak mahu berkongsi pada usia di bawah 3 tahun itu dikira biasa. Anak pada usia ini lebih mementingkan diri. Kenapa? kerana dia sedang exert his power and existence. maksudnya, dia mahu orang tahu dia ada dan perasaannya dia perlu dihormati juga. Ego-centric kita panggil. Ini membantu seorang anak itu untuk terus hidup di dunia ini. In a waya survival skill.

Tapi bukan bermaksud kita membiarkannya. Tugas ibu bapa ialah membentuk kekuatan kemahuan untuk diri sendiri itu dan mementingkan diri sendiri itu kepada kebaikan. Pentingnya diri sendiri supaya dapat membantu orang contohnya. Ajak dia berkongsi mainan dan nyatakan secara ayat yang simple tapi perasaan yang kuat, bahawa bila kita berkongsi barang, kita akan lagi seronok bermain.
Contoh : 'Bila sayang kongsi, nanti lagi banyak toys sebab, kawan sayang pun kongsi mainan diri...ini yang Allah suka...ini yang jadikan sayang BEST..." Ini menguatkan SQnya.

Janganlah cakap sekali. Cakap banyak-banyak kali. Baca buku mengenai berkongsi. Tunjuk cerita mengenai budak yang berkongsi...macam-macam lagi boleh buat. Prosesnya lama. Tapi berbaloi kerana dia akan pandai skil interpersonal.

Jika dia ada favorite toys, izinkan dia simpan utk tidak berkongsi untuk seketika. This is showing respect to his things. Supaya dia pandai menjaga barangnya dan juga supaya dia ada rasa kepentingannya dijagai.

Namun, jika semuanya kedekut, tidak langsung bermaksud nanti dia pandai jaga barang. Itu mengajar dia untuk tidak tahu berkongsi dan love beyond dirinya. Ini mengegarkan SQnya.

Bila kawan tidak mahu share di situlah anda bertanya bagaimana perasaannya. Jika dia kata dia marah atau sedih, then beritahulah dia, seperti itu juga kawannya rasa bila dia tidak mahu berkongsi. Apa yang anda sedang lakukan ialah meningkatkan kekuatan EQnya.


SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 9 PART 3
ANAK 2-3 TAHUN.

Seperti yang ibu katakan tadi anak pada usia ini sudah pandai merajuk jika anda tidak mengikut kehendaknya. Namun itu bukan bermaksud anda perlu memenuhi semua kehendakannya. ANDA PERLU MEMEGANG TERAJU KEPIMPINAN ANDA DENGAN LEBIH KEMAS.

Adakala jika bersesuaian ikutlah dan penuhilah kehendaknya. Jika tidak sesuai katakan sahaja itu tidak boleh. Katakan dengan Kasih sayang dan TEGAS.

Oh, jika dia berguling-guling kat pasaraya apa nak buat? Anda boleh biarkan saja dan tengok sejauh mana dia hendak berguling. Say nothing but send loving energy. Bacakan ayat Al-Quran supaya dia dan anda terhindar dpd hasutan syaitan yang banyak berkeliaran di pasaraya tu.

Kedua, anda boleh ambil sahaja dia dari situ dan bawa ke tempat yang lebih tenang. Mungkin basuhkan mukannya. Dan bila dia sudah tenang, anda boleh menerangkan kepadanya mengapa tidak. Teranglah dengan munasabah.


SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 9 PART 4
ANAK 2-3 TAHUN

Pada usia ini juga akan mula menguatkan moto skilnya. Dia akan suka berlari dan sangat aktif. Oleh itu berilah masa untuk anakmu beriadah. Adalah sangat perlu anak ini ke padang dan bermain bebas supaya semua tenaga resah yang disimpan di dalam badannya boleh dikeluarkan semasa bermain.

1-Anak yang tidak cukup bermain fizikal akan mudah mengamuk dan agresif. Tambahan jika anak ini telah mula bermain games di video. Bermain video games boleh menyebabkan emosinya tidak stabil dan cemas kerana corak games itu. Maka denga bermain fizikal akan mengimbangkan kembali emosinya.

2-Anak ini juga mungkin akan suka melukis di dinding. Bukan semua anak suka melukis di dinding, namun ada yang suka. Oleh itu tampallah kertas Mahjung di dinding setakat ketinggiannya supaya dia boleh melukis dengan bebas. Ada ibu bapa yang melarang dan mnyuruh anaknya melukis di buku sahaja. Okay ke?

Bagi ibu, ibu lebih cenderung untuk tidak melarang, kerana this is an expression of self.There is something about drawing on the wall. It feels like leaving a mark and able to see it too. Semasa ibu di England membesarkan anak-anak, Ibu telah dinasihatkan oleh pakar untuk tidak menghalang anak-anak ibu jika mereka mahu melakukan perkara itu.

3- Untuk menguatkan tangan anak anda agar dia akan mudah menulis nanti, anda boleh memberi dia bermain dengan dough. Buat dough sendiri lagi best. Campur air pada tepung dan ajak dia mengulinya. Lepas habis main boleh simpan di tempat yang lembab. Bila dia menguli dan mengentel dough itu, itu akan menguatkan skil moto bahagian tangan dan jemarinya.


SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 9 PART 5
ANAK 2-3 TAHUN.

Bila menjangkau usia 3 tahun, anak sudah mula mahu membentuk identiti dirinya. Itu adalah diantara sebab mengapa anak pada usia ini kuat merajuk, mengamuk dan degil. Mereka juga agak lebih mementingkan diri.

Tapi mereka juga telah mula prihatin kepada emosi kita terutama jika kita bersedih. Do not underestimate their ability to empathise with you.

Baru-baru ni menantu saya, suami kepada anak saya yang sulung telah terlibat di dalam sebuah kemalangan. Cucu saya yang bernama Miea yang baru 2 tahun setengah itu begitu bijak mengendalikan emosinya. Malah dialah yang menenangkan ibunya. Sebak hati saya mengingatkan betapa prihatinnya dia akan perasaan ibunya walaupun dia sendiri sedang bersedih.

May be you too have some stories like this regarding your 2 year plus child. Ceritakan di sini untuk menjadi kebanggaan kita bersama.



Wednesday, 3 July 2013

Pregnancy Ke Dua

Assalamualaikum... Minggu nih dah masuk 7 minggu Mama pregnant for second baby... This time it is tougher than Adelia's.. Mama memang penat.. Morning sickness... Mama cepat sebu perut.. Air liur banyak keluar nak muntah... Mama selalu menggeletar bila lambat mkn... Tapi makan sikit... Lebih dari 7/8 suap, mesti rasa nak muntah... Mama cepat mengantuk... Hmmm... Tambah pulak dah pindah rumah baru, naik turun tangga, memang cepat mengah.. Mama xlarat nak dukung Adelia.. Pinggang Mama cepat sakit.. Last week, pinggang Mama bengkak.. Mama sakit satu badan.. Tapi Mama kuatkan diri untuk Papa, Adelia n Atuk.. Syukur Mama ade Papa yang selalu bantu Mama.. Hmmmm...
Rutin Mama sekarang... Bangun pagi pukul 6, masak nasi, masak lauk... Buat susu atuk.. Kejut atuk bangun minum susu.. Pastu, buat susu Adelia, tukar pampers Adelia... Naik ats, mandi, solat subuh, g keje..Balik kul 5 sharp... Terus naik, mandi, solat Asar..Turun bawak baju kotor n sampah... Kemas pinggan mangkuk atas meja n sink... Buat susu Atuk... Panggil atuk minum susu ngan biskut.. Sapu luar... Amik kain baju...Bawak Adel main basikal sekejap.. Sebelum Magrib, masuk..Mandikan Adel.. Siapkan Adel.. Solat..Lipat kain baju.. turun balik.. Ready kan dinner atuk.. Pastu, siapkan barang2 nak masak untuk esok.. Naik balik, bawak Adel n botol susu n air suam... Tidokan Adel..Mama pun terlelap...


Tiap2 hari, rutin yang sama.. InshaAllah.. Mama selalu berdoa, moga dipermudahkan untuk menghadapi rutin yang sibuk mcm nih, dengan Kerja yang banyak.. Moga Allah mendengar doa Mama.. Diberi kekuatan menjaga dan melindungi anak dalam kandungan mama.. Menjaga Adel, Papa n Atuk...



Tuesday, 2 July 2013

Daily Picture - 2 Julai 13

Adeli main kolam...

datang Abg Wafi join

Datang pulak Kak Izyan n Iman

Lepas penat main, Lentok atas sofa


Si comel Mama





Mama Love U

Lunch Date Papa n Adel... Without Mama

Monday, 1 July 2013

SEMINAR PARENTING BIJAK DI FB DAY 8

SEMINAR PARENTING BIJAK DI FB DAY 8 PART 1

ANAK 1-2 TAHUN

Pada usia ini seoorang anak sudah merangkak dan mungkin telah mula bertatih. Beberapa batang gigi juga mungkin telah tumbuh. Dia juga mungkin telah mula boleh menyebut mama atau papa. Untuk menyebut 'ibu' akan mengambil masa agak lama sikit berbanding dengan mama, papa, mummy, daddy, mak, ayah. 

Jika anak anda belum boleh bercakap, jangan cepat mengelabah. Boleh dibawa berjumpa pakar, namun sekadar untuk MENDAPAT KEPASTIAN. JANGAN TERLALU CEMAS.

Pada usia ini, anak sudah boleh di didik mengikut rutin dan diajar untuk meletakkan barang. Dia juga sudah BOLEH respon yang mudah difahami bila anda bercakap dengannya.


SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 8 PART 2

ANAK 1-2 TAHUN

Anak anda pada usia ini mungkin sudah mula menunjukkan protest jika permintaannya tidak diikuti. Dia mungkin menguling-gulingkan badannya atau menjerit-jerit marah.

Elakkan anda menjerit sama dengan marah kepadanya. Anak ini hanya sedang exercise his will power. Jika apa yang dia mahu itu tidak munasabah atau membahayakan dirinya, anda boleh menerangkan dan mengatakan tidak kepadanya dan membawa dia beredar dari situ. Dan berikan kepada dia suatu benda lain dan katakan YANG INI BOLEH! Jika dia masih protest, give more love...kenapa? Ibu akan terangkan pada next part.


SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 8 PART 3

ANAK 1-2 TAHUN

Bila anak memprotes, bukan semestinya bermaksud dia degil. Pada usia ini, dia sedang belajar untuk menyuarakan apa yang dia fikir. Walaupun anak ini masih kecil, kita perlu menghormati dia dengan pilihannya. Menghormati bukan bermaksud mengikut saja apa yang dia mahu. Maksudnya ialah untuk kita memberi penjelasan dengan rasa penuh kasih-sayang dan hormat.

Pada usia ini, dia sedang membentuk identiti diri. Salah satu perkara yang membantu anak ini mempunyai hormat diri yang tinggi ialah bila dia rasa selamat, dikasihi dan dihormati.

Memukul dengan kasar, marah dan menengking akan mencederakan emosinya dan hormat diri yang sedang terbentuk.

Anda tentu tidak mahu anak yang mempunyai hormat diri yang rendah! Terlampau banyak masalah akan timbul bersabit dari ini. Contohnya, ponteng sekolah bila dia sudah besar nanti. Berkawan dengan kawan-kawan yang bermasalah. Malas belajar dan yang paling serius menjadi penagih dadah, buli dan dibuli dan banyak lagi.

OLEH ITU SANGAT BERBALOI UNTUK ANDA BERSABAR SEDIKIT MENANGANI KERENAH MEREKA.


SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 8 PART 4

ANAK 1-2 TAHUN

Dua perkara yang sering merungsingkan ibu bapa mengenai anak-anak pada usia ini.

2- Menjadi mangsa dirampas barang permainan dan ada juga yang suka merampas mainan anak-anak yang lain.

Ibu pernah menulis di NOTES mengenai perkara ini. Ibu ambil sedutan penulisan ibu itu untuk anda semua. Jika mahu membaca keseluruhan penulisan pergilah ke NOTES dan cari tajuk

Apa Patut Anda Lakukan Jika Anak Dirampas Mainannya atau DiKasari Kawan-kawannya
-------------------------------------------------
'When you are a parent, it is like having your heart out of your body'

'Bila anda menjadi ibu atau bapa, hati anda seolah-olah berada di luar badan anda'

Begitulah dirasakan oleh setiap ibu bapa. Sedih dan pilu rasanya bila anak kita disakiti oleh sesiapa pun. Namun, jika yang menyakitkannya itu adalah sama 'bingung' seperti dia dan masih kecil, tidak sampai hati pula kita hendak memarahinya. Apa tah lagi jika ibu bapanya langung tidak bersungguh-sungguh menghentikan dan mengajar anaknya yang menyakiti anak kita itu. Hendak ditegur kuatir putus persahabatan atau kita tidak mahu disangka berkira. Namun, sakit anak itu memang kita rasa dan pedihnya, tuhan yang tahu. Oleh itu apakah yang boleh kita lakukan?

Sebenarnya, bila anak kecil kita melalui perkara seperti ini, apa yang paling dia rasai ialah dia hilang keberanian dan tidak dikasihi. Oleh itu, ada anak-anak yang akan menangis, ada yang menjadi takut dan ada yang belajar mempertahankan dirinya dengan menjadi pembuli pula.

Langkah yang ibu bapa boleh lakukan ialah ambil anak kecilnya itu dari tempat itu dan belai dan usap dia dan katakan yang dia adalah seorang anak yang baik. Dia dikasihi dan anda sebenarnya sedih melihat orang menyakitinya. Dan anda tidak memarahi kawannya itu sebab dia masih belum faham dan itu adalah tugas ibu bapa kawannya itu. Anda beritahu kepadanya bahawa tugas anda adalah memberi dia faham dan rasa kasih sayang anda.

Mungkin ada yang menyangka, boleh ke bercakap seperti itu dengan anak yang masih kecil baru setahun dua?

Jawapannya, ya. Anak yang di bawah setahun lebih memahami anda kerana mereka tidak berkomunikasi dengan perkataan tetapi intipati perasaan - essence.

Bila mereka merasa essence kasih sayang anda dalam cara anda menangani masalah itu, mereka rasa dikasih dan diri mereka penting untuk ibu bapa mereka. Inilah yang membentuk hormat diri mereka.

Bila anda hanya memendam rasa marah anda bila melihat dia dikasari, perasaan marah yang anda rasakan kepada kawannya itu mungkin disalah fahami olehnya sebagai marah kepada dia. Maka dia merasakan dia tidak cukup untuk dikasihi. Pelikkan? Tapi itulah hakikatnya.

Ambillah masa menerangkan kepada anak. Walaupun mungkin dia belum boleh memahami secara conscious, namun secara tidak conscious dia telah menerima pengprograman kasih sayang itu.


SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 8 PART 5

Dua perkara yang sering merungsingkan ibu bapa mengenai anak-anak pada usia ini.

1- suka mengamuk- tantrum.

Jika anak merampas barang orang lain atau dirampas permainannya oleh budak lain, sila baca perkongsian ibu ini;

Anak berusia 1.5 tahun ke 2.5 tahun akan mula memberontak, buang barang, merajuk dan protest. Jika anak anda berkelakuan demikian, bukan bermaksud dia sudah menjadi degil atau kurang ajar. Anak sekecil ini, tidak akan kurang ajar.

Dia sedang belajar untuk ekspres diri dia disebabkan dia berasa letih atau kecewa akan sesuatu.

Oleh itu jalan untuk membantu dia menjadi tenang:

1- pegang dia seperti dalam gambar ini.

2- bisikan anda sayang dia dan faham perasaan dia.

3- baca ayat Quran dan A'uzubillah hi manasyaitan nir rajim, supaya syaitan tidak mengambil kesempatan kpd nya dan anda.

4-tenangkan dia dengan kata-kata kasih dan anda pun perlu tenang

5- JANGAN SEKALI-KALI MARAH DAN MENJERIT ATAU MEMUKULNYA KONONNYA UNTUK MENDISIPLINKAN DIA. Ini hanya akan menjadikan dia anak yang pengecut atau yang suka memberontak.


SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 8 PART 6

ANAK 1-2 TAHUN.

Di sini sila berkongsi pengalaman indah yang anda alami semasa anak anda pada usia ini.

Atau cabaran anda dan bagaimana anda mengatasinya.

Semoga akan menambah nilai kepada mereka yang sedang mengalami cabaran mendidik dan membesarkan anak-anak yang pada usia 1-2 tahun ini.






SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 7

SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 7 PART 1

ANAK 0-1 TAHUN

Bayi yang baru lahir masih belum betul-betul nampak. Jika anda lihat anak matanya masih belum jelas. Ini biasa. Jika anda biasa dengan bermain flash card Glenn Doman, semasa ini, anda boleh menggunakan flash card yang hitam dan putih. Warna kontrast ini meransang dan stimulate mata anak anda.

Anak sangat sensitif semasa ini. Jaga pemakanan anda jika anda menyusu badan. Jangan makan makanan yang berangin seperti ubi-ubi terutama jika anda mendapat anak lelaki. Ada satu penyakit yang sering menimpa bayi lelaki, iaitu MEMPASANG. Kebanyakan sebabnya ialah kerana perut sangat berangin. Selain itu, bayi juga mudah terkena COLIC yang menyebabkan perut mereka kembong. Salah satu cara ialah menjauhi makanan yang sejuk, seperti kebanyak sayur, ubi, ais dan buah. Untuk semasa di dalam pantang terutamanya.

Selain itu anda juga tidak elok mendedahkan bayi yang baru lahir dengan angin malam.


SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 7 PART 2
Kebanyakan bayi akan terkena Jaundice. Iaitu badannya akan berwarna kuning. Oleh itu perhatikan lidah dan mata bayi yang baru lahir. Jika tidak begitu serius, anda boleh membawanya berjemur dengan cahaya matahari pagi untuk 20 minit setiap hari sehingga kuning itu hilang. Jika seluruh badan sudah kuning, SEGERA bawa berjumpa doktor. Jaundice ada kaitan dengan hati.

A common condition in newborns, jaundice refers to the yellow color of the skin and whites of the eyes caused by excess bilirubin in the blood. Bilirubin is produced by the normal breakdown of red blood cells.

Normally, bilirubin passes through the liver and is excreted as bile through the intestines. Jaundice occurs when bilirubin builds up faster than a newborn's liver can break it down and pass it from the body. Reasons for this include:

Newborns make more bilirubin than adults do since they have more turnover of red blood cells.
A newborn baby's still-developing liver may not yet be able to remove adequate bilirubin from the blood.
Too large an amount of bilirubin is reabsorbed from the intestines before the baby gets rid of it in the stool.


SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 7 PART 3
ANAK UMUR 0-1 TAHUN

Bila sudah mencecah usia 3 bulan, baby akan mula mahu tumbuh gigi. Mungkin pada ketika ini dia akan nampak macam bermain dengan ai liur. Anda jangan pula risau dan merasakan dia kurang ajar bila melihat dia 'spit'. Ini tidak ada kaitan langsung dengan kurang ajar. Itu sebenarnya dia sedang berlatih untuk menggunakan lidah dan mulut dan muka untuk menyebut perkataan.

Pada usia ini anda tidak lagi boleh memberi dia makanan selain daripada susu.


SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 7 PART 4
Bila anak mencapai usia 5 ke 6 bulan, dia akan suka mencampak barang. Ini juga tidak ada kaitan dengan kurang ajar. Stage ini sangat penting kerana anak anda sedang belajar mengguatkan motor skilnya.

Pada usia ini bayi anda mungkin sudah mula merangkak atau duduk. Oleh itu eloklah di ' baby safe' rumah anda agar tidak perlu melarang anak senantiasa. Jauhkan benda-benda yang bahaya seperti benda tajam dan mudah pecah. Letaklah perhiasan anda di dalam almari atau di tempat yang tinggi. Tutup semua powerpoint dan letakkan penghadang seperti kerusi dsbnya.

Terdapat juga ibu bapa yang lebih mementingkan perhiasan rumah dan asyik melarang baby yang masih kecil itu untuk memegang itu dan ini. Pukul tanganlah, jeritlah dan sebagainya. Mereka ini menempah untuk anak itu akan menjadi anak yang suka mengamuk bila sampai usia 1 tahun keatas. Selain itu mereka ini SEDANG MEMATIKAN SEMANGAT ANAK MEREKA DAN MENJADIKAN ANAK MEREKA TIDAK BERKEYAKINAN DIRI YANG TINGGI!


SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 7 PART 5

ANAK 0-1 TAHUN

Pada usia ini anak masih boleh nampak benda ghaib kerana hijab belum di tutup sepenuhnya. Maka mungkin anda akan nampak dia ketawa seorang atau kelihatan seperti bermain dengan sesaorang yang anda tak nampak. Janganlah takut pula atau menyangka anak anda tidak normal. Itu jugalah yang menyebabkan tidak elok dibawa anak-anak kecil bersiar-siar sewaktu maghrib.

Ada pula ibu bapa yang membawa anak kecil mereka ke tempat-tempat yang tidak sesuai untuk anak kecil. Contohnya ke FORMULA 1, JAPAN GT dan sewaktu dengannya. Tempat-tempat begini selain ianya tidak selesa untuk baby, bunyi bisingnya boleh menyebabkan kerosakan pada telinga baby yang masih baru.

Selain daripada itu baby sangat memerlukan rutin dan tidur yang merehatkan untuk pertumbuhan fizikal yang baik.


Ramai ibu bapa tersilap faham menyangkakan anak yang masih kecil ini tidak tahu apa-apa. Sebenarnya anak ini sangat tahu dan bukan bekas kosong. Anak pada usia ini mahu membuat pilihan sendiri, mereka memang banyak berkomunikasi dengan kita dari segi bunyi dan pergerakan mata.

Pada usia ini anda sudah perlu untuk merangsang pertumbuhan diri fizikalnya, mentalnya, emosinya dan jiwa nya.

Diri fizikal - berilah anak itu bergerak dengan mudah. Jaga pemakanannya. Beri rehat yang cukup.

Minda - Banyakkan bermain dengan anak. Bercakap. Memberi dia memilih dengan meletakkan dua atau tiga barang di depannya dan minta dia ambil satu. Bacakan buku cerita. Nyanyi dan timang dia untuk merangsang oleknya.

Emosi - Banyakkan memeluk, menyebut anda sayangkan dia, membelai, melayan dia dengan penuh mesra.

Jiwa - Oh, ini sangat best. Anak yang baru lahir datang dari syurga. Mereka masih ingat tujuan mereka datang ke dunia ini. Maka anda boleh menguatkan jiwa mereka dengan membaca Al-Quran. Bawa dia berjalan diluar dan dekatkan dia dengan nature. Bila solat, letakkan anak itu dekat dengan anda. Walaupun dia sedang tidur. Semasa tidur, biarkan bacaaan Al-Quran berkumandang dengan tahap volume yang sesuai untuk telinga baby.

This first one year is very important stage.


Anak pada usia ini suka sangat mengambil benda dan memasukkan ke dalam mulut. Ini adalah perkara biasa. Ketahuilah sebenarnya manusia memerlukan 5 cara untuk informasi masuk ke dalam otak kita. Itu dengan menggunakan 5 deria kita. Salah satu deria itu ialah RASA dengan LIDAH. Ini dipanggil GUSTATORY. Bila anak kecil memasukan benda ke dalam mulut, mereka sedang merangsang deria ini. JANGAN RAMPAS BENDA DARIPADANYA NANTI DIA AKAN SUKA MERAMPAS! Jika benda itu bahaya untuk dimasukkan ke dalam mulut, AMBIL BENDA YANG TIDAK BAHAYA, PEGANG TANGANNYA YANG ADA BENDA BAHAYA ITU supaya dia tidak masukkan ke dalam mulut, DENGAN LEMBUT TAPI TEGAS DAN SENYUM, BERITAHU INI BAHAYA, YANG INI SELAMAT sambil memberi yang selamat itu dan beri masa untuk dia ambil yang selamat itu.

Jika dia mula menggutip sampah di lantai - maka bersihkan lantai anda senantiasa. Elak gunakan carpet. Gunalah jenis penutup lantai yang senang dicuci dan mudah untuk dia merangkak.




SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 6

SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 6 PART 1

BILA ANAK TELAH DILAIRKAN 0-40 hari pertama.

Bagi seorang ibu muda yang pertama kali melahirkan anak, kemungkinan anda melalui satu perasaan yang anda tidak layak melahirkan dan mendidik anak ini. Mungkin anda berasa kasihan kepada anak ini kerana mendapat ibu yang serba tidak tahu.

Jika anda pernah merasakan keadaan ini, ketahuilah ini adalahnormal. Kasih sayang yang kita rasai kepada anak kita itu menyebabkan kita mahukan yang terbaik untuknya.

Dalam masa yang sama, anak itu telah memilih anda sebagai ibunya. Kenapa? Kerana andalah yang paling layak membesarkannya. Oleh itu urut dada anda dan rasa penuh

kesyukuran bahawa bayi itu datang ke dunia ini melalui anda.


SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 6 PART 2
Berasa Tidak Layak?

Semasa ibu melahirkan anak pertama, ibu teringat suatu malam ibu bangun untuk menyalin lampinnya dan tiba-tiba ibu berasa kasihan melihat anak itu itu beribukan seorang yang serba tidak tahu. Ibu menangis teresak-esak. Ibu merasakan jika dia dilahirkan oleh emak ibu mungkin itu adalh lebih baik. Beberapa hari jugalah ibu berasa sedemikian. Ibu sendiri tidak ingat apa yang menghilangkan perasaaan itu.

Bila anak-anak perempuan ibu mahu melahirkan anak mereka yang pertama ibu ceritakan perkara ini. Dengan perkongsian itu mereka lebih bersedia dan dapat menangani perasaan tidak layak itu dengan baik. Namun, ibu terlupa untuk berkongsi dengan anak-anak saudara ibu sehingga ada seorang daripada anak saudara itu melalui perasaan itu sehinggalah ibu datang melawat dia di hospital dan menerangkan apa yang dia rasa itu normal kerana dia sangat sayangkan anaknya dan mahu yang terbaik untuknya. Dan sebenarnya walaupun dia seorang ibu baru, namun, dialah ibu yang terbaik untuk anaknya.

Tahukah anda sesiapa yang melalui post –natal depression juga bersabit dengan gangguan emosi begini? Oleh itu bila melawat kawan-kawan yang baru melndapat anak yang pertama, bisikanlah kata-kata semangat bahwa anak itu telah memilih dia sebagai ibunya kerana dialah yang paling sesuai untuk anak itu dengan missi yang bakal anak itu jalankan di dunia ini.


SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 6 PART 3 
BENTAN

Bila anda baru melahirkan bayi, ingatlah untuk menjaga diri dari segi fizikal, mental dan emosi.
Jaga pemakanan, perlu berpantang seperti yang disarankan oleh mereka yang lebih tahu.
Baru-baru ini anak ibu terkena bentan. Dia memakan betik setelah bangun pagi semasa perut kosong. Semasa itu ibu tiada. Ibu Bila ibu sampai ke rumah dia sudah lembik dan hampir pengsan. Lalu ibu segera bertindak untuk memanaskan badannya dengan tungku dan hot water bottle. Mujurlah, dia pulih segera. Mujur dia tidak tumpah darah atau seperti itu.


SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 6 PART 4

Semasa 40 hari pertama terutamanya 10 hari pertama, janganlah berjalan dan bawa bayi keluar rumah terutamanya waktu malam. Selain daripada keletihan dan badan masih belum pulih betul menyebabkan angin senang masuk, bayi dan ibu masih perlu dijaga dengan delicate.

Bayi baru keluar dari perut ibu dan dia sedang menyesuaikan diri. Si ibu pula, baru berjuang nyawa dan keletihannya belum betul-betul pulih.

Jangan ingatkan ini semua karut.

Pernah ibu mendengar cerita, seorang ibu meminta anak lelakinya membawa cucu dan isterinya datang mengadap semasa si ibu muda baru 3 hari melahirkan bayi. Bila ibu kepada isterinya merayu jangan, si ayah muda yang serba salah meminta untuk hanya membawa anaknya mengadap ibunya.

Sebenarnya, pantang itu bukan kepada si ibu yang melahirkan bayi itu, ia juga pada anak yang baru lahir itu.


SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 6 PART 5 

BAGI SUAMI YANG KASIHKAN ISTERI DAN PRIHATIN

Bila seorang suami mengucapkan ribuan terima-kasih kepada isterinya kerana telah memberikannya anak, ketahuilah betapa berbunganya hati seorang isteri. Segala kesakitan yang dilalui berjuang nyawa hilang dan terbasuh dengan kata-kata indah suaminya.

Apatah lagi bila suami mengambil berat terhadap isterinya yang masih belum kuat semuanya. Hendak bergerak pun bukan senang. Maklumlah berjahit dan bahagian bawah perut masih sakit. Bila hendak mengangkat bayi itu, amat-amat sakit sebenarnya. Bila suami sangat prihatin dan peka akan keadaan isterinya, inilah namanya keluarga!

Bila waktu malam pula suami sanggup bangun untuk mengambilkan anak yang mahukan menyusu dan mengangkat anak itu untuk disusukan oleh isterinya, maka amatlah meringankan sakit isteri yang tidak larat sebenarnya untuk mengangkat bayi itu. Ditambah pula jika suami menyediakan susu panas untuk isterinya minum sebelum menyusukan bayinya, Oh, betapa bagusnya akhlak ayah muda ini.

Anda layak menjadi suami yang hebat begini. Inilah kepimpinan keluarga.


Semasa isteri di dalam pantang, suami perlu kuat semangat. Ketahuilah semasa ini, isteri sangat memerlukan suaminya untuk menjaganya dengan baik. Bukan sekadar fizikal, ianya termasuklah mental dan emosi.

Kalau rasa nak demam pun perlu cari jalan untuk tidak demam.

Ada ibu yang boleh meroyan keran sangat keletihan. Maklumlah, rutin bertukar. Tidur malam terganggu, maka bila setiap malam tidak dapat rehat, maka minda senang menjadi terilusi. Itulah mengapa ada ibu yang di dalam pantang, campak bayinya kerana pada pandangan siibu yang terlampau penat pada ketika itu, bayi itu adalah kain buruk. She is not able to think straight. Oleh itu para bapa prihatinlah.

Mengapa ini sangat perlu? Kerana bila suami pribatin menjaga isterinya, emosi isteri akan stabil kerana dia merasakan dia amat dikasihi. Ini memberi kestabilan kepada emosi anak dan satu kepercayaan yang sangat penting akan terwujud di dalam diri anak itu 'AKU DIKASIHI'. Kerana tenaga itu terpancar dari ibu dan meresap ke anak itu pula.

Anak-anak yang merasai dia dikasihi akan mengasihi dan akan mempunyai ketenangan di dalam emosinya. Ketenangan emosi memberi kekuatan EQ dan SQ. Dan ini sangat penting untuk kejayaan dunia dan akhirat.


SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 6 PART 6

SEJUK PERUT IBU MENGANDUNG BILA MELIHAT ANAK LELAKINYA SEORANG YANG PRIHATIN.

Ini pengalaman ibu sendiri. Ibu sangat bersyukur bila melihat anak lelaki ibu menjaga isterinya yang mengandung dan berpantang dengan begitu sabar.

Siang hari dia bekerja, oleh itu isterinya akan tidak menganggu dia sangat untuk meminta tolong, namun dia tetap bangun. Dan bila malam Sabtu dan Ahad, dia akan tidur di sebelah bayinya dan akan bangun setiap kali anaknya hendak menyusu. Dia akan memberikan anak kepada isterinya untuk disusui dan bila habis akan burp anaknya. Dia mahu, semasa malam sabtu dan ahad itu, isterinya dapat tidur yang tidak banyak terganggu.

Bila ditanya bagaimana dia tahu untuk melakukan perkara seperti itu. Jawapannya menyebabkan ibu menitiskan airmata ' mummy selalu cakap kepada saya untuk prihatin dan jaga isteri baik-baik'.

Mengapa ibu bawa cerita ini? Kerana sebagai ibu, kita berperanan mendidik anak-anak lelaki kita untuk menjadi suami dan ayah yang prihatin. Jangan risau jika suami tidak begitu prihatin. Yang penting didik anak agar menjadi prihatin. Dengan usaha kita, kita membina ramai suami dan ayah yang hebat dan bertanggung-jawab. Vice-versa untuk ayah juga.



SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 5

SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 5 PART 1

Bagaimana jika anda mengandungkan anak yang kedua dan ketiga dan seterusnya, apakah persediaan yang perlu anda lakukan?

Bagi kebanyakan suami-isteri, mereka bersedia untuk mendapat cahaya mata yang pertama. Begitu juga dengan datuk dan nenek. Namun,untuk anak yang kedua dan seterusnya, tidak ramai yang memikirkan dan membuat persiapan bagi si kakak atau abang yang bakal mendapat adik.Lantaran, terjadikan isu cemburu dengan adik. memukul adik, tak sayang adik, mengamuk, terkencing di dalam seluar atau semasa tidur dan sebagainya.


SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 5 PART 2

Bila anda mengandung kedua, anda perlu membuat menyediakan anak sulong anda dari segi emosinya. Perlu banyak diberitahu bahawa adik yang bakal lahir ini akan kasih kepada dia dan dia kepada adik itu.

Ibu bapa perlu bijak memprogramkan perkara ini ke minda anak sulong anda. Ya, walaupun dia masih kecil.


SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 5 PART 3

Bila adik baru lahir dan anda juga sedang adjust diri untuk memberi attention kepada kedua-dua anak-anak anda, anda mungkin akan mengalami keadaan rasa abang atau kakak itu jealous dan berperangai kurang baik. Anda perlu banyak bersabar. Bersabar dgn diri anda yang sedang belajar memberi perhatian kepada lebih daripada seorang dan mahu berlaku adil. Bersabar dengan anak sulung yang sedang tidak faham apakah perasaan yang sedang melandanya.

Jika anajk sulung itu baru 3 tahun ke bawah, maka dia akan nampak ketara cemburunya. Contohnya, jika anda mendukung adiknya, dia mungkin akan mintak dukung dia. Bagi yang 3 tahun keatas, mereka akan menunjukkan tidak puas hatinya dengan cara meragam, kembali kencing di dalam seluar dan sepertinya.


SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 5 PART 4

ANAK KECIL BARU BERADIK...MACAM MANA NAK HANDLE RAGAMNYA?

Ini cerita cucu ibu Az-Zahraa, 4 tahun. Alhamdulillah baru-baru ini dia mendapat seorang adik setelah 4 tahun menjadi anak tunggal. Sememangnya dia tertunggu-tunggukan adiknya. Semasa di dalam perut lagi dia telah berembang-sembang dengan adiknya. Sayangnya akan adiknya memang ketara.

Bila adiknya lahir dan dibawa pulang ke rumah, seronoknya Az-Zahraa. Mencium adik tidak berhenti dan akan menolong mamanya untuk menjaga adiknya. Dia akan buat itu dan ini dan tidak langsung akan menyusahkan mamanya.

Namun, anak kecil yang sebegini yang telah disediakan dirinya untuk menerima seorang adik pun boleh terganggu emosinya.

Az-Zahraa, pada hari keempat setelah adiknya dilahir, dia masuk ke dalam bilik ibu dan mula membaling-baling barang. Dia menunjuk emosi frustration and anger di hadapan ibu. Ibu lalu bertanya," Are you angry with someone?" Dia tidak menjawab. Ibu cuba nak peluk dia, dia terus lari. Akhirnya ibu berkata kepadanya, " Oh dear, you have so much anger and frustration and it is not good for you. Let us use this pillow to let you punch it. So that you can bring out the bad energy.,," dia bersetuju dan mula tumbuk bantal saya macam orang bertinju tu. lebih kurang 5 minit lepas tu, dia berhenti dan nampak puas.

Ibu pun peluk dia dan beritahu kepada dia yang dia seorang kakak yang sangat sabar. Dia pandai mengawal emosinya dan tidak melepaskan geramnya kepada adiknya yang kecil. Kemudian ibu ulang lag kata-kata yang dia adalah seorang kakak yang baik dan bertanggung-jawab. Kerana ibu sedang memprogramkan belief itu ke dalam dirinya.

Apa yang ibu hendak berkongsikan di sini ialah; setiap anak yang masih kecil atau sudah besar sedikit akan terganggu emosinya bila mendapat adik. Oleh itu jangan cepat marah kepada dia jika dia mula buat perangai. Fahami, sabar dan beri ruang untuk dia boleh mengeluarkan frustration nya.

Jangan menidakkan (invalid) perasaannya itu. Seperti Az-Zahraa tadi, saya tidak invalid perasaan frustration nya itu. Saya acknowledge that it is okay to feel that way. What she needs to know is how to handle it better.


SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 5 PART 5

MEMAHAMI RESAHAN HATI SI KAKAK ATAU ABANG YANG BARU BERADIK...

Seorang anak yang selama ini adalah anak 'bongsu' mendapat perhatian sepenuhnya dari ibu bapa. Apabila ibu bapa menyediakannya untuk menerima seorang adik, dia gembira dengan kehadhiran adiknya. Pada masa yang sama, kehadhiran adik bererti perhatian ibu bapa terhadapnya sudah kurang.

Ini menimbulkan perasaan tidak selesa, marah, iri hati, sedih dan pelbagai perasaan lagi. Bagi seorang anak yang memang gembira dengan adiknya, dia rasa keliru dengan perasaan-perasaan yang bercelaru ini. Oleh kerana, dia sayangkan adik tetapi kenapa ada perasaan-perasaan lain ini?

Ini akan menimbulkan perbuatan yang tidak menentu. Sekiranya ibu bapa memarahi tindakannya atau meremehkan perasaannya, ianya akan menambahkan lagi kekeliruannya. Ini mungkin akan penimbulkan kepercayaan-kepercayaan yang tidak sihat di dalam dirinya seperti "Aku kakak yang tak baik atau mak dan ayah tak sayangkan abang atau adik jahat curi mama dari kakak".

Ibu bapa mesti ambil peranan untuk mendengar rintihan hati si kakak atau abang, mengizinkan dia merasai apa jua perasaan yang dia lalui tanpa menyalahkannya. Ulangkan kata-kata baik seperti "Kakak rajin tolong mama atau abang baik sayangkan adik atau kakak contoh yang baik kepada adik". Ini akan membina keyakinan diri yang positif di dalam dirinya.

Ingatlah, walaupun anak itu sudah menjadi abang / kakak sekarang, DIA MASIH LAGI KANAK-KANAK!


SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 5 PART 6

Apabila anda mendapat anak yang kedua, anda sebenarnya sedang belajar untuk memberikan perhatian lebih daripada seorang. It will be easier when you as husband and wife work together as a team.

Bila mama sibuk dgn adik, papa berilah perhatian kepada abang atau kakak.

Anda boleh ajak abang atau kakak untuk sama-sama involeve dalam menyediakan susu, atau utk mandi dan sebagainya.
Elakkan mengenepikan anak sulung anda. Sering ucapkan that he is loved and he is responsible etc.

Jika anda tidur sebilik, anda perlu juga faham anak sulung anda juga mungkin terganggu tidurnya kerana adiknya menangis atau bangun malam. Oleh itu, mungkin dia akan menjadi cranky atau letih, oleh itu beri dia rehat yang cukup.

Bila kita menjaga perasaan anak sulung dan anak baru kita semasa awal-awal ini, maka anda akan mendapati anak anda tidak akan selalu berkelahi bila mereka sudah besar sedikit. Si abang atau kakak akan lebih tenang dan mudah mengalah dan menunjukkan kasih sayang kepada adik dan memimpin adik dengan rasa kasih sayang dan bertanggung-jawab.

Kenapa, sebab dia sudah faham yang dia sangat di kasihi walaupun dia sudah beradik.

Teladan yang anda tunjuk akan membuat si sulung bijak memberi kasih-sayang kepada adik yang kedua pula. Kerana keadilan yang anda tunjukkan akan dia warisi.



SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 4

SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 4 PART 1 

Akan bermula 20 minit lagi. Dan setiap jam hingga pukul 1 pm ibu akan meletakkan satu posting. Ada 6 posting semuanya.

Ibu sangat teruja. Di FB ibu mengendalikan seminar ON-LINE dan di Alor Setar ibu mengendalikan seminar OFF-LINE. Allah Maha Berkuasa! Dia memberi kita alatan untuk kita berpesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran agar kita tidak tergolong ke dalam golongan yang merugi. 

Ayuh ajak kawan-kawan berseminar Parenting Bijak ON LINE!


SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 4 PART 2

Semasa isteri mengandung jagalah perasaannya. Isteri yang mengandung dan merasai sangat dikasihi suaminya akan tenteram perasaannya dan memberi kesan baik kepada janin yang di dalam kandungannya.

Isteri yang dicalarkan emosinya semasa mengandung terutamanya, akan membawa perasaan itu dan memindahkan tenaga negatif itu ke bayi di dalam kandungannya. Inilah punca utama kenapa bayi itu bila lahir mudah menangis dan meragam. Bila sudah besar sedikit suka merajuk atau mengamuk.

Itu sebab di dalam Islam, kita disuruh menjaga perasaan ibu-ibu yang mengandung.


SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 4 PART 3

Sistem Kepercayaan Dalaman - Deep Rooted belief

Terbina semasa di di dalam kandungan lagi dan pada hari kelahiran kita.

Kepercayaan diri ini memberi kesan kepada kejayaan kita. Jika ia positif maka kita akan mudah berjaya. Jika ianya negatif, itulah punca terjadinya pensabotaj diri dari berjaya.

Belief---->mindset--->Behavior-----> Result


SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 4 PART 4
Sistem Kepercayaan - Belief System

Seorang kanak-kanak ketika dilahirkan, disambut dengan penuh kasih sayang dan diraikan dengan kegembiraan dan keriangan. Suami mengucup isterinya dan melimpahkan segala kasih sayang dan kesyukuran. Mereka menghargai antara satu sama lain dengan kurniaan yang baru diterima. Mereka diselimuti dengan keindahan, penuh kasih sayang, dan disimbahi dengan lautan kegembiraan dan keriangan bersama. Mereka berterima kasih atas pemberian yang indah itu dan merasakan diri mereka sungguh diberkati.

Mereka menatang bayi itu dengan segunung kasih. Dia berendam dalam melodi kasih yang indah. Apabila dia membuka mata, dia melihat wajah-wajah yang penuh dengan senyuman meraikannya. Lidahnya menyentuh susuan ibunya dan suatu rasa manis yang enak dikecapi di lidahnya. Wangian yang mempesonakan dari tubuh ibu bapanya memberinya rasa selamat dan tenang. Dia mendengar suatu suara yang indah, iaitu suara bapanya yang sering mendodoikannya untuk tidur ketika dia masih berada di dalam rahim ibunya lagi.

Perasaan dikasihi, doa dimakbulkan, dan yang diimpikan meresap dalam tubuh kecilnya lalu menyelimuti seluruh tubuhnya seperti selimut yang tebal melindungi dan memanaskannya. Manis dan indahnya dunia ini menyambut kedatangannya. Satu kepercayaan tertanam di mindanya, “Saya dikasihi”, dan saya rasa kemanisannya. Dunia ini sungguh indah untuk didiami.


SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 4 PART 5
Seorang lagi bayi dilahirkan. Ibunya keseorangan, menjerit, dan bersabung nyawa sewaktu melahirkannya. Ia sungguh menyakitkan. Perjalanannya sungguh payah dan memenatkan. Dia kehairanan; mengapakah dia perlu melaluinya? Walau apa sekalipun dia tahu, dia mesti melaluinya. Dia tidak mempunyai pilihan. Walau bagaimanapun, tiada sesiapa di sana untuk memegang tangannya. Dia dilahirkan, tetapi tiada tangan yang menyambutnya. Malah, dia ditinggalkan tanpa berteman dan dibiarkan kesejukan dan kesakitan keseorangan. Dia mendengar ibunya menangis teresak-esak, namun dia tidak dapat melihat wajah ibunya. Ada sesuatu di muka kecilnya, mungkinkah sehelai kain? Dan suara esakan ibunya itu semakin sayup kedengaran dan kemudiannya terus menghilang.

Dia sedar tiada sesiapa di sampingnya walaupun ibunya sendiri. Kain yang menyelimuti mukanya membuatkan dirinya sukar bernafas dan dia tercungap-cungap. Sungguhpun dia diselimuti dengan kain yang sedemikian, kesejukan lantai itu mula menyakitinya dan menusuk ke tubuh kecilnya. Dia mencuba dengan sedaya upaya untuk bergerak. Namun begitu, dia tidak boleh mengawal tubuhnya. Dia mula tertanya-tanya dan perasaan cemas menjalar di fikiran kecilnya, “Mengapakah saya ditinggalkan keseorangan? Mengapakah tiada sesiapun di sini?”

Perasaan marah, sedih, takut, dan bersalah menyelinap dan menular ke seluruh tubuh kecilnya, satu demi satu, bertalu-talu. Perasaan tidak dihargai dan tidak disayangi bertapak dan meliputi seluruh hatinya. Dunia yang menyambutnya atau mungkin boleh kita katakan tidak ‘menyambutnya’ ialah dunia yang penuh dengan kegelapan dan kesakitan.

Anda mungkin tertanya-tanya bagaimana mungkin suasana seseorang itu lahir ke dunia ini akan memberikan kesan terhadap keseluruhan hidupnya. Bagi seseorang, gambaran pertama terhadap sesuatu perkara adalah sangat penting dan dalam banyak situasi gambaran pertama ini akan berkekalan. Mari kita lihat pada sudut pandangan sistem neurologi manusia. Apabila sesuatu perkara seumpama ini terjadi, manusia akan membentuk tanggapannya. Daripada tanggapan ini dan seterusnya, itulah pandangannya kepada dunia ini. Ia menjadi model dalam fikirannya terhadap dunia ini.


SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 4 PART 6

Gunakanlah masa mengandung ini untuk memprogramkan bayi anda agar dia mempunyai sistem kepercayaan yang positif. Contohnya untuk dia mempunyai ketabahan, kesabaran, baik budi pekerti dan apa yang anda hajati. Katakan dan doakan dia dengan kata-kata yang positif. Contoh, " Anak Mama pengasih orangnya".

Anda boleh melakukan ini dengan membanyakkan amalan baik dan soleh. Bacalah surah-surah dan doa-doa yang baik untuk diamalkan semasa mengandung. Ibu suka membaca surah Maryam dan membanyakkan doa 'Allahuma yasir wala tuasir". Jika anda ada amalan doa yang lain boleh share di sini untuk kepentingan ramai.

Suami yang mengusap perut isteri sambil berdoakan anak yang di dalam kandungan dan menjaga hati isterinya yang sedang hamil, sebenarnya membina dua pertalian yang sangat rapat, dengan isteri dan anak yang di dalam kandungan. Tahniah dan syabas kepada para suami yang melakukan sedemikian.



Forgotten Page

Assalamualaikum.. It’s been a while since my last entry.. lepas mak meninggal dunia, takde lagi perasaan utk menulis.. aku memilih utk memen...