SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 6 PART 1
BILA ANAK TELAH DILAIRKAN 0-40 hari pertama.
Bagi seorang ibu muda yang pertama kali melahirkan anak, kemungkinan anda melalui satu perasaan yang anda tidak layak melahirkan dan mendidik anak ini. Mungkin anda berasa kasihan kepada anak ini kerana mendapat ibu yang serba tidak tahu.
Jika anda pernah merasakan keadaan ini, ketahuilah ini adalahnormal. Kasih sayang yang kita rasai kepada anak kita itu menyebabkan kita mahukan yang terbaik untuknya.
Dalam masa yang sama, anak itu telah memilih anda sebagai ibunya. Kenapa? Kerana andalah yang paling layak membesarkannya. Oleh itu urut dada anda dan rasa penuh
kesyukuran bahawa bayi itu datang ke dunia ini melalui anda.
SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 6 PART 2
Berasa Tidak Layak?
Semasa ibu melahirkan anak pertama, ibu teringat suatu malam ibu bangun untuk menyalin lampinnya dan tiba-tiba ibu berasa kasihan melihat anak itu itu beribukan seorang yang serba tidak tahu. Ibu menangis teresak-esak. Ibu merasakan jika dia dilahirkan oleh emak ibu mungkin itu adalh lebih baik. Beberapa hari jugalah ibu berasa sedemikian. Ibu sendiri tidak ingat apa yang menghilangkan perasaaan itu.
Bila anak-anak perempuan ibu mahu melahirkan anak mereka yang pertama ibu ceritakan perkara ini. Dengan perkongsian itu mereka lebih bersedia dan dapat menangani perasaan tidak layak itu dengan baik. Namun, ibu terlupa untuk berkongsi dengan anak-anak saudara ibu sehingga ada seorang daripada anak saudara itu melalui perasaan itu sehinggalah ibu datang melawat dia di hospital dan menerangkan apa yang dia rasa itu normal kerana dia sangat sayangkan anaknya dan mahu yang terbaik untuknya. Dan sebenarnya walaupun dia seorang ibu baru, namun, dialah ibu yang terbaik untuk anaknya.
Tahukah anda sesiapa yang melalui post –natal depression juga bersabit dengan gangguan emosi begini? Oleh itu bila melawat kawan-kawan yang baru melndapat anak yang pertama, bisikanlah kata-kata semangat bahwa anak itu telah memilih dia sebagai ibunya kerana dialah yang paling sesuai untuk anak itu dengan missi yang bakal anak itu jalankan di dunia ini.
SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 6 PART 3
BENTAN
Bila anda baru melahirkan bayi, ingatlah untuk menjaga diri dari segi fizikal, mental dan emosi.
Jaga pemakanan, perlu berpantang seperti yang disarankan oleh mereka yang lebih tahu.
Baru-baru ini anak ibu terkena bentan. Dia memakan betik setelah bangun pagi semasa perut kosong. Semasa itu ibu tiada. Ibu Bila ibu sampai ke rumah dia sudah lembik dan hampir pengsan. Lalu ibu segera bertindak untuk memanaskan badannya dengan tungku dan hot water bottle. Mujurlah, dia pulih segera. Mujur dia tidak tumpah darah atau seperti itu.
SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 6 PART 4
Semasa 40 hari pertama terutamanya 10 hari pertama, janganlah berjalan dan bawa bayi keluar rumah terutamanya waktu malam. Selain daripada keletihan dan badan masih belum pulih betul menyebabkan angin senang masuk, bayi dan ibu masih perlu dijaga dengan delicate.
Bayi baru keluar dari perut ibu dan dia sedang menyesuaikan diri. Si ibu pula, baru berjuang nyawa dan keletihannya belum betul-betul pulih.
Jangan ingatkan ini semua karut.
Pernah ibu mendengar cerita, seorang ibu meminta anak lelakinya membawa cucu dan isterinya datang mengadap semasa si ibu muda baru 3 hari melahirkan bayi. Bila ibu kepada isterinya merayu jangan, si ayah muda yang serba salah meminta untuk hanya membawa anaknya mengadap ibunya.
Sebenarnya, pantang itu bukan kepada si ibu yang melahirkan bayi itu, ia juga pada anak yang baru lahir itu.
SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 6 PART 5
BAGI SUAMI YANG KASIHKAN ISTERI DAN PRIHATIN
Bila seorang suami mengucapkan ribuan terima-kasih kepada isterinya kerana telah memberikannya anak, ketahuilah betapa berbunganya hati seorang isteri. Segala kesakitan yang dilalui berjuang nyawa hilang dan terbasuh dengan kata-kata indah suaminya.
Apatah lagi bila suami mengambil berat terhadap isterinya yang masih belum kuat semuanya. Hendak bergerak pun bukan senang. Maklumlah berjahit dan bahagian bawah perut masih sakit. Bila hendak mengangkat bayi itu, amat-amat sakit sebenarnya. Bila suami sangat prihatin dan peka akan keadaan isterinya, inilah namanya keluarga!
Bila waktu malam pula suami sanggup bangun untuk mengambilkan anak yang mahukan menyusu dan mengangkat anak itu untuk disusukan oleh isterinya, maka amatlah meringankan sakit isteri yang tidak larat sebenarnya untuk mengangkat bayi itu. Ditambah pula jika suami menyediakan susu panas untuk isterinya minum sebelum menyusukan bayinya, Oh, betapa bagusnya akhlak ayah muda ini.
Anda layak menjadi suami yang hebat begini. Inilah kepimpinan keluarga.
Semasa isteri di dalam pantang, suami perlu kuat semangat. Ketahuilah semasa ini, isteri sangat memerlukan suaminya untuk menjaganya dengan baik. Bukan sekadar fizikal, ianya termasuklah mental dan emosi.
Kalau rasa nak demam pun perlu cari jalan untuk tidak demam.
Ada ibu yang boleh meroyan keran sangat keletihan. Maklumlah, rutin bertukar. Tidur malam terganggu, maka bila setiap malam tidak dapat rehat, maka minda senang menjadi terilusi. Itulah mengapa ada ibu yang di dalam pantang, campak bayinya kerana pada pandangan siibu yang terlampau penat pada ketika itu, bayi itu adalah kain buruk. She is not able to think straight. Oleh itu para bapa prihatinlah.
Mengapa ini sangat perlu? Kerana bila suami pribatin menjaga isterinya, emosi isteri akan stabil kerana dia merasakan dia amat dikasihi. Ini memberi kestabilan kepada emosi anak dan satu kepercayaan yang sangat penting akan terwujud di dalam diri anak itu 'AKU DIKASIHI'. Kerana tenaga itu terpancar dari ibu dan meresap ke anak itu pula.
Anak-anak yang merasai dia dikasihi akan mengasihi dan akan mempunyai ketenangan di dalam emosinya. Ketenangan emosi memberi kekuatan EQ dan SQ. Dan ini sangat penting untuk kejayaan dunia dan akhirat.
SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 6 PART 6
SEJUK PERUT IBU MENGANDUNG BILA MELIHAT ANAK LELAKINYA SEORANG YANG PRIHATIN.
Ini pengalaman ibu sendiri. Ibu sangat bersyukur bila melihat anak lelaki ibu menjaga isterinya yang mengandung dan berpantang dengan begitu sabar.
Siang hari dia bekerja, oleh itu isterinya akan tidak menganggu dia sangat untuk meminta tolong, namun dia tetap bangun. Dan bila malam Sabtu dan Ahad, dia akan tidur di sebelah bayinya dan akan bangun setiap kali anaknya hendak menyusu. Dia akan memberikan anak kepada isterinya untuk disusui dan bila habis akan burp anaknya. Dia mahu, semasa malam sabtu dan ahad itu, isterinya dapat tidur yang tidak banyak terganggu.
Bila ditanya bagaimana dia tahu untuk melakukan perkara seperti itu. Jawapannya menyebabkan ibu menitiskan airmata ' mummy selalu cakap kepada saya untuk prihatin dan jaga isteri baik-baik'.
Mengapa ibu bawa cerita ini? Kerana sebagai ibu, kita berperanan mendidik anak-anak lelaki kita untuk menjadi suami dan ayah yang prihatin. Jangan risau jika suami tidak begitu prihatin. Yang penting didik anak agar menjadi prihatin. Dengan usaha kita, kita membina ramai suami dan ayah yang hebat dan bertanggung-jawab. Vice-versa untuk ayah juga.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Forgotten Page
Assalamualaikum.. It’s been a while since my last entry.. lepas mak meninggal dunia, takde lagi perasaan utk menulis.. aku memilih utk memen...
-
Just this morning I said the following statement to my five-year-old: "Look at me. I'm talking to you." It turns out this tact...
-
Assalamualaikum... amalan ibu Imam Shafie ketika menyusukan beliau: 1) Menyusukan beliau dalam keadaan berwudhu' 2) Membaca Sura...
-
Assalamualaikum.. Hujung minggu yang lepas, berkampung dirumah mak..Lepas balik dari Labuan Jumaat lalu, terus dirumah mak.. Jaga abah y...
No comments:
Post a Comment