Thursday, 4 July 2013

SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 9

SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 9 PART 1

ANAK 2-3 TAHUN.

Ini adalah masa yang agak mencabar. Anak kecil kita sudah ada kaki dan sudah ada mulut. Dia sudah pandai merajuk dan mengamuk bila tidak tunaikan permintaannya. Apa yang juga amat mencabar dia juga payah mendengar kata.

Namun, pada usia ini, sangat comel bercakap dengan perkataan yang masih pelat.

Ambillah masa untuk mengajar anak akhlak mulia dan pastikan dia melakukannya berulang kali sehingga menjadi tabiat. Namun, terangkanlah kepadanya mengapa anda menyuruh dia melakukan perkara itu. Contohnya, cium tangan nenek bila bersalam, mengapa.

Anda juga sudah boleh mula mengajar dia surah-surah pendek di dalam Quran bagi yang beragama Islam.


SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 9 PART 2

ANAK 2-3 TAHUN.

Pada usia ini anak anda sedang belajar untuk bergaul dengan anak-anak yang lain. Kebanyakan kanak-kanak pada usia ini belum pandai berkongsi. Interpesonal skil sangat kurang.

Oleh itu bila anak itu bermain, perhatilah dari jauh dan jika dia tidak mahu berkongsi jangan terus menyuruh dia berkongsi, jelaskan mengapa elok berkongsi dan jika dia masih tidak mahu, boleh bertanya mengapa dia tidak mahu. Pad ausia hampir tiga thaun dia sudah banyak vocabulary, oleh itu agak senang untuk tahu. JANGAN MEMAKSA, TAPI PUJUK.


Jika anak tidak mahu berkongsi pada usia di bawah 3 tahun itu dikira biasa. Anak pada usia ini lebih mementingkan diri. Kenapa? kerana dia sedang exert his power and existence. maksudnya, dia mahu orang tahu dia ada dan perasaannya dia perlu dihormati juga. Ego-centric kita panggil. Ini membantu seorang anak itu untuk terus hidup di dunia ini. In a waya survival skill.

Tapi bukan bermaksud kita membiarkannya. Tugas ibu bapa ialah membentuk kekuatan kemahuan untuk diri sendiri itu dan mementingkan diri sendiri itu kepada kebaikan. Pentingnya diri sendiri supaya dapat membantu orang contohnya. Ajak dia berkongsi mainan dan nyatakan secara ayat yang simple tapi perasaan yang kuat, bahawa bila kita berkongsi barang, kita akan lagi seronok bermain.
Contoh : 'Bila sayang kongsi, nanti lagi banyak toys sebab, kawan sayang pun kongsi mainan diri...ini yang Allah suka...ini yang jadikan sayang BEST..." Ini menguatkan SQnya.

Janganlah cakap sekali. Cakap banyak-banyak kali. Baca buku mengenai berkongsi. Tunjuk cerita mengenai budak yang berkongsi...macam-macam lagi boleh buat. Prosesnya lama. Tapi berbaloi kerana dia akan pandai skil interpersonal.

Jika dia ada favorite toys, izinkan dia simpan utk tidak berkongsi untuk seketika. This is showing respect to his things. Supaya dia pandai menjaga barangnya dan juga supaya dia ada rasa kepentingannya dijagai.

Namun, jika semuanya kedekut, tidak langsung bermaksud nanti dia pandai jaga barang. Itu mengajar dia untuk tidak tahu berkongsi dan love beyond dirinya. Ini mengegarkan SQnya.

Bila kawan tidak mahu share di situlah anda bertanya bagaimana perasaannya. Jika dia kata dia marah atau sedih, then beritahulah dia, seperti itu juga kawannya rasa bila dia tidak mahu berkongsi. Apa yang anda sedang lakukan ialah meningkatkan kekuatan EQnya.


SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 9 PART 3
ANAK 2-3 TAHUN.

Seperti yang ibu katakan tadi anak pada usia ini sudah pandai merajuk jika anda tidak mengikut kehendaknya. Namun itu bukan bermaksud anda perlu memenuhi semua kehendakannya. ANDA PERLU MEMEGANG TERAJU KEPIMPINAN ANDA DENGAN LEBIH KEMAS.

Adakala jika bersesuaian ikutlah dan penuhilah kehendaknya. Jika tidak sesuai katakan sahaja itu tidak boleh. Katakan dengan Kasih sayang dan TEGAS.

Oh, jika dia berguling-guling kat pasaraya apa nak buat? Anda boleh biarkan saja dan tengok sejauh mana dia hendak berguling. Say nothing but send loving energy. Bacakan ayat Al-Quran supaya dia dan anda terhindar dpd hasutan syaitan yang banyak berkeliaran di pasaraya tu.

Kedua, anda boleh ambil sahaja dia dari situ dan bawa ke tempat yang lebih tenang. Mungkin basuhkan mukannya. Dan bila dia sudah tenang, anda boleh menerangkan kepadanya mengapa tidak. Teranglah dengan munasabah.


SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 9 PART 4
ANAK 2-3 TAHUN

Pada usia ini juga akan mula menguatkan moto skilnya. Dia akan suka berlari dan sangat aktif. Oleh itu berilah masa untuk anakmu beriadah. Adalah sangat perlu anak ini ke padang dan bermain bebas supaya semua tenaga resah yang disimpan di dalam badannya boleh dikeluarkan semasa bermain.

1-Anak yang tidak cukup bermain fizikal akan mudah mengamuk dan agresif. Tambahan jika anak ini telah mula bermain games di video. Bermain video games boleh menyebabkan emosinya tidak stabil dan cemas kerana corak games itu. Maka denga bermain fizikal akan mengimbangkan kembali emosinya.

2-Anak ini juga mungkin akan suka melukis di dinding. Bukan semua anak suka melukis di dinding, namun ada yang suka. Oleh itu tampallah kertas Mahjung di dinding setakat ketinggiannya supaya dia boleh melukis dengan bebas. Ada ibu bapa yang melarang dan mnyuruh anaknya melukis di buku sahaja. Okay ke?

Bagi ibu, ibu lebih cenderung untuk tidak melarang, kerana this is an expression of self.There is something about drawing on the wall. It feels like leaving a mark and able to see it too. Semasa ibu di England membesarkan anak-anak, Ibu telah dinasihatkan oleh pakar untuk tidak menghalang anak-anak ibu jika mereka mahu melakukan perkara itu.

3- Untuk menguatkan tangan anak anda agar dia akan mudah menulis nanti, anda boleh memberi dia bermain dengan dough. Buat dough sendiri lagi best. Campur air pada tepung dan ajak dia mengulinya. Lepas habis main boleh simpan di tempat yang lembab. Bila dia menguli dan mengentel dough itu, itu akan menguatkan skil moto bahagian tangan dan jemarinya.


SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 9 PART 5
ANAK 2-3 TAHUN.

Bila menjangkau usia 3 tahun, anak sudah mula mahu membentuk identiti dirinya. Itu adalah diantara sebab mengapa anak pada usia ini kuat merajuk, mengamuk dan degil. Mereka juga agak lebih mementingkan diri.

Tapi mereka juga telah mula prihatin kepada emosi kita terutama jika kita bersedih. Do not underestimate their ability to empathise with you.

Baru-baru ni menantu saya, suami kepada anak saya yang sulung telah terlibat di dalam sebuah kemalangan. Cucu saya yang bernama Miea yang baru 2 tahun setengah itu begitu bijak mengendalikan emosinya. Malah dialah yang menenangkan ibunya. Sebak hati saya mengingatkan betapa prihatinnya dia akan perasaan ibunya walaupun dia sendiri sedang bersedih.

May be you too have some stories like this regarding your 2 year plus child. Ceritakan di sini untuk menjadi kebanggaan kita bersama.



No comments:

Post a Comment

Forgotten Page

Assalamualaikum.. It’s been a while since my last entry.. lepas mak meninggal dunia, takde lagi perasaan utk menulis.. aku memilih utk memen...