Monday, 1 July 2013

SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 6

SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 6 PART 1

BILA ANAK TELAH DILAIRKAN 0-40 hari pertama.

Bagi seorang ibu muda yang pertama kali melahirkan anak, kemungkinan anda melalui satu perasaan yang anda tidak layak melahirkan dan mendidik anak ini. Mungkin anda berasa kasihan kepada anak ini kerana mendapat ibu yang serba tidak tahu.

Jika anda pernah merasakan keadaan ini, ketahuilah ini adalahnormal. Kasih sayang yang kita rasai kepada anak kita itu menyebabkan kita mahukan yang terbaik untuknya.

Dalam masa yang sama, anak itu telah memilih anda sebagai ibunya. Kenapa? Kerana andalah yang paling layak membesarkannya. Oleh itu urut dada anda dan rasa penuh

kesyukuran bahawa bayi itu datang ke dunia ini melalui anda.


SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 6 PART 2
Berasa Tidak Layak?

Semasa ibu melahirkan anak pertama, ibu teringat suatu malam ibu bangun untuk menyalin lampinnya dan tiba-tiba ibu berasa kasihan melihat anak itu itu beribukan seorang yang serba tidak tahu. Ibu menangis teresak-esak. Ibu merasakan jika dia dilahirkan oleh emak ibu mungkin itu adalh lebih baik. Beberapa hari jugalah ibu berasa sedemikian. Ibu sendiri tidak ingat apa yang menghilangkan perasaaan itu.

Bila anak-anak perempuan ibu mahu melahirkan anak mereka yang pertama ibu ceritakan perkara ini. Dengan perkongsian itu mereka lebih bersedia dan dapat menangani perasaan tidak layak itu dengan baik. Namun, ibu terlupa untuk berkongsi dengan anak-anak saudara ibu sehingga ada seorang daripada anak saudara itu melalui perasaan itu sehinggalah ibu datang melawat dia di hospital dan menerangkan apa yang dia rasa itu normal kerana dia sangat sayangkan anaknya dan mahu yang terbaik untuknya. Dan sebenarnya walaupun dia seorang ibu baru, namun, dialah ibu yang terbaik untuk anaknya.

Tahukah anda sesiapa yang melalui post –natal depression juga bersabit dengan gangguan emosi begini? Oleh itu bila melawat kawan-kawan yang baru melndapat anak yang pertama, bisikanlah kata-kata semangat bahwa anak itu telah memilih dia sebagai ibunya kerana dialah yang paling sesuai untuk anak itu dengan missi yang bakal anak itu jalankan di dunia ini.


SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 6 PART 3 
BENTAN

Bila anda baru melahirkan bayi, ingatlah untuk menjaga diri dari segi fizikal, mental dan emosi.
Jaga pemakanan, perlu berpantang seperti yang disarankan oleh mereka yang lebih tahu.
Baru-baru ini anak ibu terkena bentan. Dia memakan betik setelah bangun pagi semasa perut kosong. Semasa itu ibu tiada. Ibu Bila ibu sampai ke rumah dia sudah lembik dan hampir pengsan. Lalu ibu segera bertindak untuk memanaskan badannya dengan tungku dan hot water bottle. Mujurlah, dia pulih segera. Mujur dia tidak tumpah darah atau seperti itu.


SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 6 PART 4

Semasa 40 hari pertama terutamanya 10 hari pertama, janganlah berjalan dan bawa bayi keluar rumah terutamanya waktu malam. Selain daripada keletihan dan badan masih belum pulih betul menyebabkan angin senang masuk, bayi dan ibu masih perlu dijaga dengan delicate.

Bayi baru keluar dari perut ibu dan dia sedang menyesuaikan diri. Si ibu pula, baru berjuang nyawa dan keletihannya belum betul-betul pulih.

Jangan ingatkan ini semua karut.

Pernah ibu mendengar cerita, seorang ibu meminta anak lelakinya membawa cucu dan isterinya datang mengadap semasa si ibu muda baru 3 hari melahirkan bayi. Bila ibu kepada isterinya merayu jangan, si ayah muda yang serba salah meminta untuk hanya membawa anaknya mengadap ibunya.

Sebenarnya, pantang itu bukan kepada si ibu yang melahirkan bayi itu, ia juga pada anak yang baru lahir itu.


SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 6 PART 5 

BAGI SUAMI YANG KASIHKAN ISTERI DAN PRIHATIN

Bila seorang suami mengucapkan ribuan terima-kasih kepada isterinya kerana telah memberikannya anak, ketahuilah betapa berbunganya hati seorang isteri. Segala kesakitan yang dilalui berjuang nyawa hilang dan terbasuh dengan kata-kata indah suaminya.

Apatah lagi bila suami mengambil berat terhadap isterinya yang masih belum kuat semuanya. Hendak bergerak pun bukan senang. Maklumlah berjahit dan bahagian bawah perut masih sakit. Bila hendak mengangkat bayi itu, amat-amat sakit sebenarnya. Bila suami sangat prihatin dan peka akan keadaan isterinya, inilah namanya keluarga!

Bila waktu malam pula suami sanggup bangun untuk mengambilkan anak yang mahukan menyusu dan mengangkat anak itu untuk disusukan oleh isterinya, maka amatlah meringankan sakit isteri yang tidak larat sebenarnya untuk mengangkat bayi itu. Ditambah pula jika suami menyediakan susu panas untuk isterinya minum sebelum menyusukan bayinya, Oh, betapa bagusnya akhlak ayah muda ini.

Anda layak menjadi suami yang hebat begini. Inilah kepimpinan keluarga.


Semasa isteri di dalam pantang, suami perlu kuat semangat. Ketahuilah semasa ini, isteri sangat memerlukan suaminya untuk menjaganya dengan baik. Bukan sekadar fizikal, ianya termasuklah mental dan emosi.

Kalau rasa nak demam pun perlu cari jalan untuk tidak demam.

Ada ibu yang boleh meroyan keran sangat keletihan. Maklumlah, rutin bertukar. Tidur malam terganggu, maka bila setiap malam tidak dapat rehat, maka minda senang menjadi terilusi. Itulah mengapa ada ibu yang di dalam pantang, campak bayinya kerana pada pandangan siibu yang terlampau penat pada ketika itu, bayi itu adalah kain buruk. She is not able to think straight. Oleh itu para bapa prihatinlah.

Mengapa ini sangat perlu? Kerana bila suami pribatin menjaga isterinya, emosi isteri akan stabil kerana dia merasakan dia amat dikasihi. Ini memberi kestabilan kepada emosi anak dan satu kepercayaan yang sangat penting akan terwujud di dalam diri anak itu 'AKU DIKASIHI'. Kerana tenaga itu terpancar dari ibu dan meresap ke anak itu pula.

Anak-anak yang merasai dia dikasihi akan mengasihi dan akan mempunyai ketenangan di dalam emosinya. Ketenangan emosi memberi kekuatan EQ dan SQ. Dan ini sangat penting untuk kejayaan dunia dan akhirat.


SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 6 PART 6

SEJUK PERUT IBU MENGANDUNG BILA MELIHAT ANAK LELAKINYA SEORANG YANG PRIHATIN.

Ini pengalaman ibu sendiri. Ibu sangat bersyukur bila melihat anak lelaki ibu menjaga isterinya yang mengandung dan berpantang dengan begitu sabar.

Siang hari dia bekerja, oleh itu isterinya akan tidak menganggu dia sangat untuk meminta tolong, namun dia tetap bangun. Dan bila malam Sabtu dan Ahad, dia akan tidur di sebelah bayinya dan akan bangun setiap kali anaknya hendak menyusu. Dia akan memberikan anak kepada isterinya untuk disusui dan bila habis akan burp anaknya. Dia mahu, semasa malam sabtu dan ahad itu, isterinya dapat tidur yang tidak banyak terganggu.

Bila ditanya bagaimana dia tahu untuk melakukan perkara seperti itu. Jawapannya menyebabkan ibu menitiskan airmata ' mummy selalu cakap kepada saya untuk prihatin dan jaga isteri baik-baik'.

Mengapa ibu bawa cerita ini? Kerana sebagai ibu, kita berperanan mendidik anak-anak lelaki kita untuk menjadi suami dan ayah yang prihatin. Jangan risau jika suami tidak begitu prihatin. Yang penting didik anak agar menjadi prihatin. Dengan usaha kita, kita membina ramai suami dan ayah yang hebat dan bertanggung-jawab. Vice-versa untuk ayah juga.



SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 5

SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 5 PART 1

Bagaimana jika anda mengandungkan anak yang kedua dan ketiga dan seterusnya, apakah persediaan yang perlu anda lakukan?

Bagi kebanyakan suami-isteri, mereka bersedia untuk mendapat cahaya mata yang pertama. Begitu juga dengan datuk dan nenek. Namun,untuk anak yang kedua dan seterusnya, tidak ramai yang memikirkan dan membuat persiapan bagi si kakak atau abang yang bakal mendapat adik.Lantaran, terjadikan isu cemburu dengan adik. memukul adik, tak sayang adik, mengamuk, terkencing di dalam seluar atau semasa tidur dan sebagainya.


SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 5 PART 2

Bila anda mengandung kedua, anda perlu membuat menyediakan anak sulong anda dari segi emosinya. Perlu banyak diberitahu bahawa adik yang bakal lahir ini akan kasih kepada dia dan dia kepada adik itu.

Ibu bapa perlu bijak memprogramkan perkara ini ke minda anak sulong anda. Ya, walaupun dia masih kecil.


SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 5 PART 3

Bila adik baru lahir dan anda juga sedang adjust diri untuk memberi attention kepada kedua-dua anak-anak anda, anda mungkin akan mengalami keadaan rasa abang atau kakak itu jealous dan berperangai kurang baik. Anda perlu banyak bersabar. Bersabar dgn diri anda yang sedang belajar memberi perhatian kepada lebih daripada seorang dan mahu berlaku adil. Bersabar dengan anak sulung yang sedang tidak faham apakah perasaan yang sedang melandanya.

Jika anajk sulung itu baru 3 tahun ke bawah, maka dia akan nampak ketara cemburunya. Contohnya, jika anda mendukung adiknya, dia mungkin akan mintak dukung dia. Bagi yang 3 tahun keatas, mereka akan menunjukkan tidak puas hatinya dengan cara meragam, kembali kencing di dalam seluar dan sepertinya.


SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 5 PART 4

ANAK KECIL BARU BERADIK...MACAM MANA NAK HANDLE RAGAMNYA?

Ini cerita cucu ibu Az-Zahraa, 4 tahun. Alhamdulillah baru-baru ini dia mendapat seorang adik setelah 4 tahun menjadi anak tunggal. Sememangnya dia tertunggu-tunggukan adiknya. Semasa di dalam perut lagi dia telah berembang-sembang dengan adiknya. Sayangnya akan adiknya memang ketara.

Bila adiknya lahir dan dibawa pulang ke rumah, seronoknya Az-Zahraa. Mencium adik tidak berhenti dan akan menolong mamanya untuk menjaga adiknya. Dia akan buat itu dan ini dan tidak langsung akan menyusahkan mamanya.

Namun, anak kecil yang sebegini yang telah disediakan dirinya untuk menerima seorang adik pun boleh terganggu emosinya.

Az-Zahraa, pada hari keempat setelah adiknya dilahir, dia masuk ke dalam bilik ibu dan mula membaling-baling barang. Dia menunjuk emosi frustration and anger di hadapan ibu. Ibu lalu bertanya," Are you angry with someone?" Dia tidak menjawab. Ibu cuba nak peluk dia, dia terus lari. Akhirnya ibu berkata kepadanya, " Oh dear, you have so much anger and frustration and it is not good for you. Let us use this pillow to let you punch it. So that you can bring out the bad energy.,," dia bersetuju dan mula tumbuk bantal saya macam orang bertinju tu. lebih kurang 5 minit lepas tu, dia berhenti dan nampak puas.

Ibu pun peluk dia dan beritahu kepada dia yang dia seorang kakak yang sangat sabar. Dia pandai mengawal emosinya dan tidak melepaskan geramnya kepada adiknya yang kecil. Kemudian ibu ulang lag kata-kata yang dia adalah seorang kakak yang baik dan bertanggung-jawab. Kerana ibu sedang memprogramkan belief itu ke dalam dirinya.

Apa yang ibu hendak berkongsikan di sini ialah; setiap anak yang masih kecil atau sudah besar sedikit akan terganggu emosinya bila mendapat adik. Oleh itu jangan cepat marah kepada dia jika dia mula buat perangai. Fahami, sabar dan beri ruang untuk dia boleh mengeluarkan frustration nya.

Jangan menidakkan (invalid) perasaannya itu. Seperti Az-Zahraa tadi, saya tidak invalid perasaan frustration nya itu. Saya acknowledge that it is okay to feel that way. What she needs to know is how to handle it better.


SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 5 PART 5

MEMAHAMI RESAHAN HATI SI KAKAK ATAU ABANG YANG BARU BERADIK...

Seorang anak yang selama ini adalah anak 'bongsu' mendapat perhatian sepenuhnya dari ibu bapa. Apabila ibu bapa menyediakannya untuk menerima seorang adik, dia gembira dengan kehadhiran adiknya. Pada masa yang sama, kehadhiran adik bererti perhatian ibu bapa terhadapnya sudah kurang.

Ini menimbulkan perasaan tidak selesa, marah, iri hati, sedih dan pelbagai perasaan lagi. Bagi seorang anak yang memang gembira dengan adiknya, dia rasa keliru dengan perasaan-perasaan yang bercelaru ini. Oleh kerana, dia sayangkan adik tetapi kenapa ada perasaan-perasaan lain ini?

Ini akan menimbulkan perbuatan yang tidak menentu. Sekiranya ibu bapa memarahi tindakannya atau meremehkan perasaannya, ianya akan menambahkan lagi kekeliruannya. Ini mungkin akan penimbulkan kepercayaan-kepercayaan yang tidak sihat di dalam dirinya seperti "Aku kakak yang tak baik atau mak dan ayah tak sayangkan abang atau adik jahat curi mama dari kakak".

Ibu bapa mesti ambil peranan untuk mendengar rintihan hati si kakak atau abang, mengizinkan dia merasai apa jua perasaan yang dia lalui tanpa menyalahkannya. Ulangkan kata-kata baik seperti "Kakak rajin tolong mama atau abang baik sayangkan adik atau kakak contoh yang baik kepada adik". Ini akan membina keyakinan diri yang positif di dalam dirinya.

Ingatlah, walaupun anak itu sudah menjadi abang / kakak sekarang, DIA MASIH LAGI KANAK-KANAK!


SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 5 PART 6

Apabila anda mendapat anak yang kedua, anda sebenarnya sedang belajar untuk memberikan perhatian lebih daripada seorang. It will be easier when you as husband and wife work together as a team.

Bila mama sibuk dgn adik, papa berilah perhatian kepada abang atau kakak.

Anda boleh ajak abang atau kakak untuk sama-sama involeve dalam menyediakan susu, atau utk mandi dan sebagainya.
Elakkan mengenepikan anak sulung anda. Sering ucapkan that he is loved and he is responsible etc.

Jika anda tidur sebilik, anda perlu juga faham anak sulung anda juga mungkin terganggu tidurnya kerana adiknya menangis atau bangun malam. Oleh itu, mungkin dia akan menjadi cranky atau letih, oleh itu beri dia rehat yang cukup.

Bila kita menjaga perasaan anak sulung dan anak baru kita semasa awal-awal ini, maka anda akan mendapati anak anda tidak akan selalu berkelahi bila mereka sudah besar sedikit. Si abang atau kakak akan lebih tenang dan mudah mengalah dan menunjukkan kasih sayang kepada adik dan memimpin adik dengan rasa kasih sayang dan bertanggung-jawab.

Kenapa, sebab dia sudah faham yang dia sangat di kasihi walaupun dia sudah beradik.

Teladan yang anda tunjuk akan membuat si sulung bijak memberi kasih-sayang kepada adik yang kedua pula. Kerana keadilan yang anda tunjukkan akan dia warisi.



SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 4

SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 4 PART 1 

Akan bermula 20 minit lagi. Dan setiap jam hingga pukul 1 pm ibu akan meletakkan satu posting. Ada 6 posting semuanya.

Ibu sangat teruja. Di FB ibu mengendalikan seminar ON-LINE dan di Alor Setar ibu mengendalikan seminar OFF-LINE. Allah Maha Berkuasa! Dia memberi kita alatan untuk kita berpesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran agar kita tidak tergolong ke dalam golongan yang merugi. 

Ayuh ajak kawan-kawan berseminar Parenting Bijak ON LINE!


SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 4 PART 2

Semasa isteri mengandung jagalah perasaannya. Isteri yang mengandung dan merasai sangat dikasihi suaminya akan tenteram perasaannya dan memberi kesan baik kepada janin yang di dalam kandungannya.

Isteri yang dicalarkan emosinya semasa mengandung terutamanya, akan membawa perasaan itu dan memindahkan tenaga negatif itu ke bayi di dalam kandungannya. Inilah punca utama kenapa bayi itu bila lahir mudah menangis dan meragam. Bila sudah besar sedikit suka merajuk atau mengamuk.

Itu sebab di dalam Islam, kita disuruh menjaga perasaan ibu-ibu yang mengandung.


SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 4 PART 3

Sistem Kepercayaan Dalaman - Deep Rooted belief

Terbina semasa di di dalam kandungan lagi dan pada hari kelahiran kita.

Kepercayaan diri ini memberi kesan kepada kejayaan kita. Jika ia positif maka kita akan mudah berjaya. Jika ianya negatif, itulah punca terjadinya pensabotaj diri dari berjaya.

Belief---->mindset--->Behavior-----> Result


SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 4 PART 4
Sistem Kepercayaan - Belief System

Seorang kanak-kanak ketika dilahirkan, disambut dengan penuh kasih sayang dan diraikan dengan kegembiraan dan keriangan. Suami mengucup isterinya dan melimpahkan segala kasih sayang dan kesyukuran. Mereka menghargai antara satu sama lain dengan kurniaan yang baru diterima. Mereka diselimuti dengan keindahan, penuh kasih sayang, dan disimbahi dengan lautan kegembiraan dan keriangan bersama. Mereka berterima kasih atas pemberian yang indah itu dan merasakan diri mereka sungguh diberkati.

Mereka menatang bayi itu dengan segunung kasih. Dia berendam dalam melodi kasih yang indah. Apabila dia membuka mata, dia melihat wajah-wajah yang penuh dengan senyuman meraikannya. Lidahnya menyentuh susuan ibunya dan suatu rasa manis yang enak dikecapi di lidahnya. Wangian yang mempesonakan dari tubuh ibu bapanya memberinya rasa selamat dan tenang. Dia mendengar suatu suara yang indah, iaitu suara bapanya yang sering mendodoikannya untuk tidur ketika dia masih berada di dalam rahim ibunya lagi.

Perasaan dikasihi, doa dimakbulkan, dan yang diimpikan meresap dalam tubuh kecilnya lalu menyelimuti seluruh tubuhnya seperti selimut yang tebal melindungi dan memanaskannya. Manis dan indahnya dunia ini menyambut kedatangannya. Satu kepercayaan tertanam di mindanya, “Saya dikasihi”, dan saya rasa kemanisannya. Dunia ini sungguh indah untuk didiami.


SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 4 PART 5
Seorang lagi bayi dilahirkan. Ibunya keseorangan, menjerit, dan bersabung nyawa sewaktu melahirkannya. Ia sungguh menyakitkan. Perjalanannya sungguh payah dan memenatkan. Dia kehairanan; mengapakah dia perlu melaluinya? Walau apa sekalipun dia tahu, dia mesti melaluinya. Dia tidak mempunyai pilihan. Walau bagaimanapun, tiada sesiapa di sana untuk memegang tangannya. Dia dilahirkan, tetapi tiada tangan yang menyambutnya. Malah, dia ditinggalkan tanpa berteman dan dibiarkan kesejukan dan kesakitan keseorangan. Dia mendengar ibunya menangis teresak-esak, namun dia tidak dapat melihat wajah ibunya. Ada sesuatu di muka kecilnya, mungkinkah sehelai kain? Dan suara esakan ibunya itu semakin sayup kedengaran dan kemudiannya terus menghilang.

Dia sedar tiada sesiapa di sampingnya walaupun ibunya sendiri. Kain yang menyelimuti mukanya membuatkan dirinya sukar bernafas dan dia tercungap-cungap. Sungguhpun dia diselimuti dengan kain yang sedemikian, kesejukan lantai itu mula menyakitinya dan menusuk ke tubuh kecilnya. Dia mencuba dengan sedaya upaya untuk bergerak. Namun begitu, dia tidak boleh mengawal tubuhnya. Dia mula tertanya-tanya dan perasaan cemas menjalar di fikiran kecilnya, “Mengapakah saya ditinggalkan keseorangan? Mengapakah tiada sesiapun di sini?”

Perasaan marah, sedih, takut, dan bersalah menyelinap dan menular ke seluruh tubuh kecilnya, satu demi satu, bertalu-talu. Perasaan tidak dihargai dan tidak disayangi bertapak dan meliputi seluruh hatinya. Dunia yang menyambutnya atau mungkin boleh kita katakan tidak ‘menyambutnya’ ialah dunia yang penuh dengan kegelapan dan kesakitan.

Anda mungkin tertanya-tanya bagaimana mungkin suasana seseorang itu lahir ke dunia ini akan memberikan kesan terhadap keseluruhan hidupnya. Bagi seseorang, gambaran pertama terhadap sesuatu perkara adalah sangat penting dan dalam banyak situasi gambaran pertama ini akan berkekalan. Mari kita lihat pada sudut pandangan sistem neurologi manusia. Apabila sesuatu perkara seumpama ini terjadi, manusia akan membentuk tanggapannya. Daripada tanggapan ini dan seterusnya, itulah pandangannya kepada dunia ini. Ia menjadi model dalam fikirannya terhadap dunia ini.


SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 4 PART 6

Gunakanlah masa mengandung ini untuk memprogramkan bayi anda agar dia mempunyai sistem kepercayaan yang positif. Contohnya untuk dia mempunyai ketabahan, kesabaran, baik budi pekerti dan apa yang anda hajati. Katakan dan doakan dia dengan kata-kata yang positif. Contoh, " Anak Mama pengasih orangnya".

Anda boleh melakukan ini dengan membanyakkan amalan baik dan soleh. Bacalah surah-surah dan doa-doa yang baik untuk diamalkan semasa mengandung. Ibu suka membaca surah Maryam dan membanyakkan doa 'Allahuma yasir wala tuasir". Jika anda ada amalan doa yang lain boleh share di sini untuk kepentingan ramai.

Suami yang mengusap perut isteri sambil berdoakan anak yang di dalam kandungan dan menjaga hati isterinya yang sedang hamil, sebenarnya membina dua pertalian yang sangat rapat, dengan isteri dan anak yang di dalam kandungan. Tahniah dan syabas kepada para suami yang melakukan sedemikian.



SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 3

SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 3 PART 1

PERSEDIAAN MENJADI IBU/BAPA - BEBASKAN DARIPADA LUKA SEMALAM!

Untuk perkongsian kita hari ini, ibu khususkan untuk berkongsi mengenai 'HEALING' diri kita daripada luka semalam. Mengapa?

KERANA LUKA SEMALAM BOLEH MENJADI PENGHALANG KEPADA KITA UNTUK MENJADI IBU ATAU BAPA YANG BAIK.

Bila luka itu menyebabkan kita merasai diri kita tidak hebat atau kita tidak layak menjadi ibu atau bapa kepada anak kita, samada kita merasainya secara sedar atau tidak, maka ianya kan mengganggu kita daripada dapat menjadi ibu bapa yang baik kepada anak-anak kita.

Luka seperti ini juga boleh menyebabkan sesaorang ayah atau ibu itu marah dan menghukum anak-anak mereka tanpa belas kasihan. Kerana bila 'trigger' terlepas, maka emosi terpedam tercetus tidak terkawal dan menjadi raja yang menguasai diri siayah atau si ibu yang terluka itu.

Doa ibu ialah anda boleh bebas daripada emosi yang tercalar dan sembuh darpada luka yang masih tetap berdarah. Kerana anda layak menjadi ibu bapa yang hebat dan merasai nikmat membesarkan anak-anak anda.


SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 3 PART 2

Ada empat tahap dalam proses HEALING.
Bila setiap kali sesuatu yang tidak baik berlaku kepada kita, kita akan melalui proses pemulihan ini.

Pertama - kita akan berasa dalam keadaan MENIDAKKAN - DENIAL - kita rasa seolah tidak percaya ianya berlaku. Kita berharap ianya cuma sebuah mimpi. Perasaan kita semasa itu kosong 'numb' - kita seolah-oleh tidak boleh menerima apa yang berlaku.
----------------------------------------------

There are four steps in the healing process.
When any bad things happen to us, we will go through this steps.

First- We will go into denial. For example we are hoping that it is just a nightmare or something. Our feeling will be numb. Denying that it is happening.


SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 3 PART 3

Kedua - anda mulai merasakan marah, geram dan sebagainya.

Ketiga - anda mulai merasakan mahu menangis dan merintih. Pada tahap ini adalah sangat penting kerana inilah tahap 'grieving'pada tahap ini akan timbul perasaan menyedari apa yang berlaku dan mahu memaafkan. Namun, di sini juga akan timbul ego yang membawa anda balik ke tahap kedua dan pertama dan berpusing di situ bertahun-tahun lamanya. Sehinggalah KEMAAFAN diberi.

-------------------------------------------------

Second - now you begin to feel angry, sad and all kind of emotion.

Third - You start to feel a feeling of remorse and you want to grief for your loss. This is an important stage because at this stage too you would feel wanting to let go and forgive but what will stop you is your ego. And if you listen to your ego you will go back to step 2 and 1 and continue the vicious cycle.


SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 3 PART 4

Keempat - SEMBUH - pada masa ini anda akan merasa dan melihat dunia dan kehidupan anda dengan lebih luas dan dalam. Ramai yang telah sampai ke tahap ini, meraih kebijaksanaan di dalam menjalankan kehidupan mereka. Kasih-sayang mereka menjadi besar dan menyembuhkan sesiapa sahaja yang berada dengan mereka.

Forth - HEAL - at this stage you will feel liberated and you can see the meaning of your life, your purpose and the bigger picture of life. You attain wisdom in that particular area and many that related to it. Your love grows bigger and wider.

Why does heart breaks?- So that it will grow bigger, redder and shine clearer.


SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 3 PART 5

What does broken heart or shinning heart got to do with parenting? EVERYTHING!

A broken heart that is not heal can cause a person to be sour with life. Carrying baggage through out his/her life. Making him/ her tired, angry easily. And then he/she transfer these baggage to his/her children.

A shinning heart loves unconditionally and love genuinely. You can only give what you have. So you can love your children truly and raise them with untainted love. You are energetic and full of hope too.


SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 3 PART 6

Hati yang sembuh dari luka, boleh menjalinkan pertalian yang rapat dengan orang yang dikasihi.

--------------------------------------
What does broken heart or shinning heart got to do with parenting? Everything!

A broken heart that is not healed will make you cranky and carry a heavy baggage through out you life. It make you tired and always angry.

A Shinning heart helps you to parent your children better. You can only give what you have. So when you have genuine love you can give true love.


SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 3 PART 7

Bolehkah manusia hidup tanpa kasih sayang? Bolehkah manusia menjadi manusia sempurna jika mereka ketandusan kasih dan sayang di dalam diri mereka? Bolehkah anda bayangkan keadaan dunia tanpa kasih sayang? Bolehkah anda bayangkan keadaan keluarga tanpa kasih sayang? Bolehkah anda bayangkan keadaan anda tanpa kasih sayang?
“Kasih sayang adalah pendorong terkuat.” Disebabkan kasih sayang kepada anaknya seorang ibu boleh bertarung melawan binatang buas dan menang. Kerana kasih seorang ayah sanggup bermandi peluh mencari rezeki untuk seluruh keluarga. Kerana kasih juga seorang anak sanggup bersengkang mata melayan orang tuanya yang telah uzur. Kasih sayang adalah tali pengikat yang memboleh hati-hati di dalam sesebuah keluarga bertaut rapat. Kerana kasih sayang seorang pemimpin sanggup membina anak buahnya dengan sabar. Kasih sayang kepada Allah dan RasulNya telah memberi kekuatan luar biasa kepada umat Islam pada zaman Rasulullah dan Khulafa’ Ar-Rasyiddin. Begitulah kuatnya tenaga yang diwujudkan oleh ‘Kasih Sayang’.


SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 3 PART 8
Sebuah experimen telah dijalankan ke atas beberapa orang bayi yatim yang ibu bapa mereka merupakan mangsa perang dunia kedua. Bayi-bayi tersebut dibahagi kepada dua kumpulan. Satu kumpulan dilayan dengan baik. Mereka diberi susu disalin lampin. Mereka diusap dan dilayan berkomunikasi demi menunjukkan perasaan sayang kepada mereka.

Satu kumpulan lagi pula, ialah bayi-bayi yang dilayan dengan sentuhan fizikal yang paling minima. Walaupun semasa menyalin lampin atau memberi susu, malah semasa memandikan mereka. Tidak satu perkataan pun dilafazkan kepada mereka. Tidak langsung ditunjukkan perasaan kasih sayang. Apa yang berlaku? Bayi-bayi daripada kumpulan kedua semuanya mati. Bukan kerana kekurangan makanan, atau diserang penyakit. Tetapi kerana ketandusan perasaan di sayangi.



SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 2

SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 2

Seminar kita di FB ini akan bermula 20 minit lagi. I am so excited to be with you sekali lagi. Kita menjelajah topik Memilih pasangan. Bersedia untuk memberi komen dan input bernas. sama-samalah kita pertingkatkan kualiti keibubapaan kita. 
See You!


SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB. DAY 2- Part 2

Menyesuaikan Diri

Walaupun pasangan mungkin mempunyai fundamentals yang sama, namun penyesuaian diri dan masa untuk fine tuning mungkin akan ada. Maklumlah, pasangan kita tidak datang dari latar belakang yang 100% sama.

Oleh itu perbincangan, adjusting dan berusaha untuk bersepakat adalah sangat penting.

Ramai pasangan menggambil masa yang lama merancang hari perkahwinan mereka dan tidak berbincang langsung mengenai bagaimana mereka mahu membina keluarga mereka. Lantaran bila mendapat anak, mereka mendapati banyak ketidaksepakatan di dalam banyak perkara terutamanya di dalam mendidik anak.

Memfokus kepada persoalan bagaimana hendak buat bila anda mendapati pasangan anda mempunyai banyak banyak perbezaan pendapat yang wujud kerana perbezaan fundamentals, prinsip dan nilai?
Pertama yang telah sedar perlu berhemah dalam mendapatkan kesepakatan. Perlu diusahakan untuk mewujudkan kesepakatan.

Contohnya, jika si suami tidak nampak pentingnya mengambil berat tentang pendidikan anak-anak sejak kecil tetapi si isteri memahaminya sangat, anda boleh memujuk, sharing info dan sebagainya. Anda boleh berkreatif dalam hal ini. Dapatkan orang yang dia percayai dan hormati untuk memberitahunya. Kelembutan akan membawa hasil yang lebih cepat berbanding tengking-menengking dan berkelahi di hadapan anak-anak.


SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB. Day 2
MEMILIH PASANGAN HIDUP


Hari ini kita meneruskan Seminar kita dengan topik hari ini
MEMILIH PASANGAN
Ibu pernah ditanya, bilakah parenting bermula? Ada yang menjawab, bila mereka mendapati mereka mengandung anak yang pertama.

Namun, bagi ibu parenting bermula bila anda mencari pasangan hidup. Pasangan hidup adalah sangat penting di dalam pendidikananak-anak. Bila pasangan sepakat didalam corak parenting yang hendak diambil, maka peluang untuk berjaya adalah lebih tinggi.
Bagi seorang Muslim, garis kasar telah diberi yang boleh digunakan baik bagi lelaki atau wanita.
Dari Abu Hurairah radliyallahu ‘anhu dari Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam, beliau bersabda : “Perempuan itu dinikahi karena empat perkara, karena hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan karena agamanya, lalu pilihlah perempuan yang beragama niscaya kamu bahagia.” (Muttafaqun ‘Alaihi)

Dalam hadits di atas dapat kita lihat, bagaimana beliau Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam menekankan pada sisi agamanya dalam memilih isteri dibanding dengan harta, keturunan, bahkan kecantikan sekalipun. Hendaknya calon isteri memiliki dasar pendidikan agama dan berakhlak baik karena wanita yang mengerti agama akan mengetahui tanggung jawabnya sebagai isteri dan ibu.

Apa yang kita juga perlu faham bahawa bila seorang wanita mencari pasangan atau hendak memilih pasangan, prioriti ini juga adalah amat penting. Seorang suami yang berilmu agama dan MENGHAYATI agama, akan dapat menjadi pemimpin yang baik. Kerana dia akan membawa kehadapan pendidikan anak-anak cara Nabi yang mana ianya adalah menggunakan ‘The Psychology of the bright side of the human nature.’
Bagi yang bukan Muslim, adalah tidak jauh bezanya dalam memilih pasangan. Mereka perlu melihat kepada prinsip, nilai hidup, amalan, akhlak serta corak berfikir bakal pasangan mereka.

Apa yang sangat bahaya ialah memilih pasangan ikut sempat dan berharap akan dapat menggubah mereka bila sudah berkahwin nanti.


SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 2 - PART 3

Memfokus kepada persoalan bagaimana hendak buat bila anda mendapati pasangan anda mempunyai banyak banyak perbezaan pendapat yang wujud kerana perbezaan fundamentals, prinsip dan nilai?
Pertama yang telah sedar perlu berhemah dalam mendapatkan kesepakatan. Perlu diusahakan untuk mewujudkan kesepakatan.

Contohnya, jika si suami tidak nampak pentingnya mengambil berat tentang pendidikan anak-anak sejak kecil tetapi si isteri memahaminya sangat, anda boleh memujuk, sharing info dan sebagainya. Anda boleh berkreatif dalam hal ini. Dapatkan orang yang dia percayai dan hormati untuk memberitahunya. Kelembutan akan membawa hasil yang lebih cepat berbanding tengking-menengking dan berkelahi di hadapan anak-anak.


SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 2- PART 4

Tuhan telah mengingatkan kita bahawa yang lebih kurang maksudnya, jika dia adalah jodoh kita dan kita mendapati kita tidak suka akan sesuatu mengenainya, ketahuilah kemungkinan apa yang kita tidak suka itu adalah baik untuk kita.

Maka jika anda mendapati cara pasangan anda mendidik anak anda adalah suatu yang anda tidak suka. Fikirkan bagaimana anda boleh mencari jalan maufakat. Di situ ada pentarbiyahan diri untuk anda dari Allah. Oleh kerana kasihnya anda akan pasangan anda dan anak-anak anda, anda akan mencari jalan agar pasangan anda akan lebih bersepakat.

Apa yang ibu ingin nyatakan di sini, jangan hanya mengeluh mengapa diberi pasangan begini dan begitu. Perbaiki apa yang boleh diperbaiki di dalam diri anda agar anda dapat membantu pasangan anda untuk memenuhi tanggun-jawabnya terhadap anak-anak ke tahap yang paling tinggi.


SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 2- PART 5

Seorang anak memerlukan kedua ibu bapanya aktif dan mengambil bahagian sepenuhnya di dalam pentarbiyahan dirinya. Gabungan lelaki dan perempuan sangat penting. Itu sebabnya Allah datangkan kita melalui gabungan seorang ayah dan ibu.

Penglibatan sepenuh diri di dalam pentarbiyahan anak-anak perlu dimulakan sebelum anda itu wujud dalam bentuk fizikal lagi. Anak dikandung oleh ayahnya dahulu dan sperma yang menang dan masuk ke dalam ovum itu membawa tenaga doa yang paling kuat oleh ayahnya. Samada doa itu dilafaz atau tidak tersedar atau tidak.

Bagi yang terpaksa membesarkan anak-anak mereka tanpa pasangan kemungkinan kerana perpisahan hidup mahupun mati, janganlah pula merasakan anda tidak akan berjaya.

Percayalah bahawa jika itu yang berlaku, Allah akan mendatangkan pertolongannya untuk anak anda itu untuk dia membesar dengan baik. Sebagai parent yang masih bersama anak itu, anda lakukan sahaja yang terhabis baik.

Kita mesti ingat dalam kita mendidik dan berusaha mendidik anak-anak kita, Allahlah juga yang memegang hati mereka. Maka panjatkanlah doa kepadaNya.


SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 2 - PART 6

Sekarang kongsikan pengalaman anda bagaimana anda mewujudkan kesefahaman di dalam pendidikan anak-anak anda bersama pasangan anda. Dan menyebabkan semua pihak berpuas hati : )



SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 1

SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 1 PART 2

TUJUAN PARENTING IALAH UNTUK MENDIDIK ANAK-ANAK MENJADI MANUSIA YANG HEBAT SEBAGAIMANA MEREKA PATUT JADI.

Oleh itu Parenting memerlukan kita memimpin anak-anak dengan baik. Jika kepimpinan kita rapuh dan tiada matlamat, maka yang menurut kita juga tidak tahu ke mana hendak pergi.

Oleh itu perlu untuk ibu dan bapa berbincang ke mana arah tuju parenting mereka. Ini bukan boleh diambil mudah saja atau ikut sahaja. Ibu bapa perlu merancang, berbincang dan mengambil kata sepakat. Mengenai apa?

- Mengenai hala tuju family anda.
- Corak parenting

Adakah anda telah berbincang dengan pasangan anda? Jika sudah tahniah. Jika belum, maka ambil masa malam ini, jangan tangguh lagi, terus berbincang dengan baik akan dua perkara di atas.


SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 1 PART 3

Sambingan:

Parenting adalah deliberate. maksudnya disengajakan. Bukan cuba-cuba dan pakai taram. Oleh itu, Kita perlu ada kemahiran di dalam keibubapaan.
Kemahiran terdiri daripada 3 komponen.
Sikap, Skil dan Ilmu

Sikap kita terhadap parenting dan anak-anak mesti jelas.
Sikap yang disarankan bagi Parenting ialah:
Ianya suatu amanah yang perlu dilaksanakan dengan baik. Bersyukur dengan amanah ini.
Sikap terhadap anak-anak. Anak-anak adalah anugerah yang diamanahkan. Setiap anak mempunyai keistimewaan mereka. Mereka mempunyai misi tersendiri untuk dipenuhi dan sebagai ibu bapa adalah tugas kita membantu mereka memenuhi atau menyediakan mereka untuk misi mereka.

Jangan menganggap anak-anak adalh masalah. Walaupun sememangnya mereka mendatangkan banyak cabaran. Namun cabaran itu adalah untuk membentuk kita untuk menjadi manusia yang lebih hebat.

Contohnnya, Jika anak-anak terlalu aktif, maka ia memerlukan kesabaran, kreativiti dan kebijaksanaan untuk menangani anak sedemikian. Maka pertingkatlah diri untuk menjadi sedemikian.

Mendidik anak adalah cara Allah mengajar kita menjadi lebih sabar, lebih berserah dan lebih menerima dengan penuh kesyukuran tanpa mematikan semangat untuk menjadi lebih hebat.

Kerana pada anak-anak kita itu terletak kunci yang bernama KASIH SAYANG TANPA SYARAT.

Sekarang tuliskan janji anda kepada diri anda, anda boleh kongsikan di bawah ini atau untuk di simpan sendiri. Jika berkongsi lagi baik, kawan-kawan boleh mengAmeenkan.

Kongsikan, apakah sikap yang anda hendak ambil terhadap pendidikan anak-anak anda. Tulis pendek pun tak pe.


SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY1 PART 4

Skil yang diperlukan di dalam parenting adalah sangat banyak. Namun, kita boleh kumpulkan memjadi 3 C Ajaib
MAGIC FORMULA 3 Cc

C - Communication
C- Coaching
C- Connect / Build relationship

Di dalam berkomunikasi dengan anak-anak, ingat satu perkara, lakukan dengan hormat. Anak bukan kita punya barang. It is not our possession. Yang senantiasa perlu ikut membuta tuli arahan kita, Kita perlu berkomunikasi dengan hormat terhadap anak kita.

Kata Kunci - Hormat.

Coaching - Kata kuncinya, we set the right example. Coach supaya kita boleh membawa kehadapan kehebatan diri anak kita.

Connect - Membina pertalian yang rapat perlu diberi keutamaan di dalam membesarkan anak-anak kita. Bila kita mempunyai pertalian yang rapat dan rapport yang baik dengan anak dan dibina sejak kecil, bila mereka remaja dan dewasa, ini semua menjadi lebih mudah. Mereka mudah dinasihatkan dan dibentuk.
Kata kuncinya di sini : YOU ARE IMPORTANT TO ME - I LOVE YOU!

Send a prayer to your kids and whisper to them by calling their name:
DANNY, MAMA LOVES YOU! Feel it an dlet your heart basking with the beautiful feeling of love.


SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 1 PART 5

ILMU - Apakah ilmu yang diperlukan. Wow, banyak sangat sehingga tak terkira. Itulah yang sedang kita lakukan sekarang bukan. Kita sedang berkongsi ilmu. Untuk membuka tirai perkongsian ilmu, ibu ingin bertanya, apakah perkara yang paling anda hendak tahu di dalam mendidik anak-anak.

Tulis di bawah ini: Ibu akan nilaikan dan bila sesuai ibu akan mengupas jawapan kepada soalan anda. Boleh?


SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 1 PART 6

Ibu bapa pada hari ini perlu menyemai kasih dan sayang di hati anak-anak mereka. Ada antara cabaran ibu bapa hari ini tidak terfikir oleh generasi sebelumnya. Lebih banyak masalah dan cabaran yang kita tidak tahu jalan penyelesaiannya akan timbul. Walau bagaimanapun, dengan kekuatan minda dan jiwa, anak-anak kita dan generasi akan datang dapat mengatasi segala cabaran yang mendatang.

"Kita mahu anak-anak kita mempunyai personaliti perkasa". Yang bermaksud, mereka mempunyai kewibawaan, jiwa yang kental, kasih yang kuat dan kemahuan untuk berjasa dan menabur jasa kepada agama, ibu bapa, bangsa, negara dan dunia>

Untuk mencapai matlamat ini, mereka mesti mempunyai kecergasan badan (PQ), kecerdasan fikiran (IQ), dan emosi (EQ dan SQ). Ini bermaksud mereka perlu seimbang dalam semua aspek, iaitu aspek fizikal, mental, emosi, dan spiritual. Inilah yang dikatakan sebagai seimbang dan holistik.

Itulah sebabnya tidak sesuai lagi jika kita katakan anak-anak cuma perlu dilihat dan bukan didengar. Anak yang tidak dibenarkan untuk menyuarakan pendapatnya tidak dapat menunjukkan kebolehannya berfikir. Anak-anak yang pendapatnya selalu diperkecilkan akan membesar sebagai individu yang meragui kekuatan daya fikirnya. Anak-anak inilah yang kemudiannya akan menyebabkan banyak masalah kepada keluarga dan masyarakat pada keseluruhannya, terutamanya apabila mereka menjadi ibu bapa pula.

Apakah Imej diri? Mengapakah Imej Diri Penting?

Imej diri ialah konsep yang kita miliki ke atas diri kita, iaitu bagaimana kita melihat diri kita. Kebolehan manusia mencapai kejayaan di dunia ini mempunyai banyak kaitannya dengan imej diri. Membina imej diri yang betul untuk anak-anak anda bermula daripada hari anda membuat keputusan untuk mencari pasangan hidup. Ini adalah kerana imej diri anak-anak anda sangat bergantung kepada pendidikan di bawah sedar yang berlaku di dalam rumah. Mempunyai pasangan hidup yang betul menentukan kejayaan anda dalam mencapai matlamat hidup anda. Pasangan yang tidak sesuai akan mengikat dan melumpuhkan anda.

Maksudnya, jika anda mempunyai pasangan yang mempunyai nilai hidup yang bercanggah dengan anda dan katakan nilai-nilai itu negatif, ini tentu akan mewarnai hala tuju keluarga anda, kecuali anda melakukan sesuatu untuk menyamakan nilai hidup pasangan anda dengan anda.

Imej diri sungguh penting kerana imej diri menentukan pencapaian manusia dalam hidup ini. Pada hakikatnya, imej diri ialah satu premis, satu dasar atau tapak di mana keseluruhan jati diri seseorang itu dibina. Sekiranya seseorang individu memandang dirinya sebagai individu yang bercita-cita tinggi, dia akan bersikap dan mengambil langkah-langkah yang membolehkannya mencapai cita-cita yang diimpikan. Walau bagaimanapun, sekiranya dia mempunyai imej diri yang rendah, dia cuma akan merosakkan apa-apa tindakan yang akan membawa kejayaan yang besar ke atas dirinya. Ini adalah kerana imej dirinya sekarang dan kejayaan itu tidak sealiran; tidak kiralah betapa tinggi kemahuannya dan usahanya untuk berjaya.

Jika dia tidak nampak di mindanya, dia tidak akan nampak di dunia nyatanya. Dr. Maxwell Maltz telah meletakkan kenyataan ini dengan begitu indah sekali apabila beliau berkata, “Kita bertindak, bersikap, dan berpendapat mengikut apa yang kita fikirkan tentang IMEJ DIRI KITA dan kita tidak akan melencong daripada corak itu.” Imej diri yang ada di minda kita itu – alam metafizik, ibarat acuan yang membentuk diri kita di alam nyataini.

Setiap keluarga adalah penting kerana masyarakat terdiri daripada jutaan unit keluarga. Apabila setiap keluarga itu tahu peranan yang perlu dimainkan untuk mencipta kemakmuran rakyat, rakyat akan sejahtera. Namun, jika unit-unit keluarga ini hanya tahu menegur dan hanya menunggu bantuan daripada kerajaan, tiada negara yang akan makmur jika rakyatnya mempunyai mindset seperti itu. Tanggungjawab dan kesungguhan dalam mencipta penyatuan dan keharmonian dalam setiap keluarga ialah jawapan untuk mencapai kekuatan, penyatuan, kemakmuran, dan matlamat negara.

“Untuk menghargai siapa anda, anda perlu memahami bahawa anda membawa perbezaan.”

Doa saya kepada Pencipta agar kita diberikan kekuatan dan kebijaksanaan untuk membesarkan anugerah yang amat kita sayangi, iaitu anak-anak kita. Semoga anda, para ibu bapa mendapat sokongan dan bantuan serta berasa tenang dalam menghadapi cabaran menjadi ibu bapa pada hari ini. Semoga anda akan terus melengkapkan diri dengan kemahiran keibubapaan serta pengetahuan menjadi ibu bapa yang cemerlang.

Hari ini, lakukan perkara-perkara yang berikut bersama-sama keluarga anda:

Nota Kasih Kepada Ibu bapa

Lihatlah bagaimana anak anda melihat diri mereka
Lihatlah bagaimana anda melihat diri anda
Kejayaan akan mendampingi mereka yang
Melihat diri mereka sebagai orang yang berjaya.

Segala kabus keraguan ialah pembunuh impian
Jangan sekali-kali membenarkan perkara itu menghampiri mereka.

Sebuah senyuman kemenangan di wajah yang gembira
Menerangi kegelapan di laluan usia yang pantas ini
Keluarga yang bahagia meneraju dunia yang bahagia
Dan dunia akan hanya dalam kebenaran
Apabila individu itu di dalam kebenaran.

Oleh itu besarkanlah anak-anak anda dengan
Pengetahuan dan kesyukuran supaya mereka
Akan membawa kekuatan.

Terdapat kuasa dalam diri kamu. Jika kamu menjumpainya dan menggunakannya, akan menjadikan kamu orang yang kamu impikan dan angan-angankan.
-Orison Swett Marden-

Sekarang; Kongsikan apa yang anda dapat hari ini daripada seminar ini dengan orang yang tersayang. Kongsikan juga dengan dua lagi kawan yang anda kasihi.

Jangan lupa, malam ini, ibu akan menjawab 1-3 soalan yang dipilih.



SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE

Assalamualaikum...
Saya ambil seminar ini di FB ibu Rose...http://www.facebook.com/familyguru?hc_location=stream

Sangat berguna kepada ibu bapa muda macam Mama n Papa dalam mendidik Adelia n anak kedua kami... InshaAllah..

SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua,
Bermulalah sudah Seminar Parenting Bijak Ibu Rose di FB. Hari ini kita memulakan perbincangan dengan pengenalan.

PENGENALAN:

Berapa diantara anda mahukan anak-anak anda berjaya dunia dan akhirat? Berapa diantara anda mahu menjadi ibu bapa yang berjaya? Berapa pula mahukan hidup yang sejahtera?
Jika semua jawapan adalah ya, maka anda sedang mengikut seminar yang betul. Tahniah! 


Tepuk dada kiri anda dan katakan, 'Saya Ibu / Bapa Bijak!
Sebelum kita terus berbincang mengenai Parenting Bijak. Pertama, kita perlu jelas apa itu parenting? Sejauh mana ianya penting? Bolehkah kita mengambil mudah akannya?



Forgotten Page

Assalamualaikum.. It’s been a while since my last entry.. lepas mak meninggal dunia, takde lagi perasaan utk menulis.. aku memilih utk memen...