Tuesday, 20 January 2015

Mendidik Anak Menjadi Prihatin - Thoughtful


Ibu ditanya, bagaimanakah anda mendidik anak-anak anda untuk menjadi lebih prihatin (thoughtful)?
Baru-baru ini Ibu diberi Allah peluang untuk bersolat di sebuah surau di salah sebuah hospital di KL. Walaupun tidak besar, cantik surau itu. Ianya surau dan mother's room sekali. Bila Ibu masuk untuk melakukan solat, Ibu melihat ada beberapa orang sedang menunggu giliran.
Kemudian Ibu terperasaan pula sebenarnya banyak ruang di hadapan beberapa orang yang sedang bersolat itu. Jikalah mereka itu sebelum solat tadi meletakkan sejadah mereka sehampir yang boleh ke dinding, maka boleh diwujudkan beberapa lagi ruang untuk orang lain bersolat di belakang. Ibu terfikir juga mengapa mereka membiarkan ruang kosong itu dan tidak menarik sejadah mereka sehampir yang boleh ke dinding? Kerana sejadah mereka dari dinding, sejarak separuh sejadah.Sebenarnya walaupun mereka mengkhususkan ruang itu untuk barang-barang mereka, ianya tetap terlalu banyak dan menghalang satu lagi barisan diwujudkan di belakang.
Kemungkinan mereka tidak perasan bahawa dengan melakukan perkara itu dan tidak perasan jika mereka menjadi lebih thoughtful mereka boleh membantu menyediakan lebih banyak ruang untuk orang lain bersolat.
Ibu juga terperasan ada satu ruang yang boleh muat seorang untuk solat di hadapan seorang kakak yang sedang bersolat di belakangnya.
Selesai sahaja kakak itu bersolat, Ibu senyum kepadanya dan meminta izin untuk ke hadapan. Ibu membentang sejadah di depannya itu.
Kemudian, bila adik yang di sebelah Ibu pun habis solat, seorang sudah bersedia untuk mengambil alih tempat itu. Ibu lemparkan senyuman dan ajak dia untuk ke hadapan, sambil berkata, " mari kita tarik sejadah ni ke depan sikit, nanti boleh wujudkan satu lagi baris di belakang. Alhamdulillah, adik itu pun akur dan dalam beberapa saat, kami telah berjaya mengisi ruang (terbiar) yang kosong tadi dan memberi lebih banyak ruang untuk orang lain bersolat.
Ibu ceritakan perkara ini adalah untuk menjadi contoh bagaimana kita boleh bersikap prihatin kepada orang lain. Inilah yang dinamakan thoughtfulness. Ini sebenarnya adalah akhlak. Ia boleh kita latih ke dalam diri kita bila kita sering bertanya soalan ini kepada diri kita, " Jika saya lakukan perkara ini adakah ia akan membantu saya dan orang lain." Sangat mudah untuk kita wujudkan thoughtfulness ini. Yang susahnya ialah untuk mewujudkan KEMAHUAN untuk menjadi thoughtful dan MELAWAN untuk memikirkan diri sendiri semata-mata.
Orang yang thoughtful apabila dia hendak memakir, dia akan memikirkan bagaimana kereta yang disebelahnya nanti boleh keluar atau masuk. Muat ke atau tidak untuk dia membuka pintu keretanya dan masuk dengan mudah? Orang yang prihatin, bila dia melihat kereta di hadapanya memberi signal, dia akan mengizinkan kereta itu berubah arah dan tidak memotong dahulu terutama jika orang itu memberi signal ke kanan dan dia mahu ke kiri. Tidak logik bagi orang yang prihatin untuk dia hendak memotongnya dahulu? Namun, kita dapat melihat ramai pemandu di lebuh raya tidak prihatin kepada pemandu yang lain. Bila melihat kereta di hadapan memberi lampu isyarat ke kanan, mereka cepat-cepat memotong sedangkan mereka mahu ke kiri. frown emoticon
Budaya timur yang indah i'aitu budaya memikirkan orang lain juga 'seperti aur dengan tebing sudah semakin hilang diganti dengan budaya 'enau dalam belukar'! frown emoticon
Kitalah AJEN PERUBAHAN. Sebagai ibu bapa, perlu sangat kita menyemaikan budaya prihatin ini. Mendidik anak untuk menjadi 'thoughtful' adalah sangat penting dan apabila mereka besar, anda akan berasa sungguh tenang hati, kerana sifat thoughtful mereka itulah yang akan mendorong mereka untuk menyediakan makanan atau minuman dijamu kepada kita bila kita pulang keletihan. Mereka akan mengurut badan kita yang semakin tua. Mereka akan menyuruh kita berehat sementara merekalah yang akan memasak, mengangkat dan menyusun barang. Mereka akan mengangkat barang-barang untuk kita. Mereka memimpin tangan kita bila kita hendak turun tangga atau melintas jalan mahupun semasa berjalan agar kita tidak jatuh.
Percayalah ianya adalah sebuah perasaan yang sangat indah. Ibu sedang merasainya dan Ibu sangat bersyukur dengan kurniaan Allah ini, iaitu anak-anak yang sangat prihatin akan Ibu. Alhamdulillah heart emoticon
Untuk mendidik anak-anak kecil menjadi 'thoughtful', kita perlu tidak letih dan jemu memberi mereka ilmu, mendidik perasaan mereka untuk menjadi seorang yang pengasih dan mempunyai belas kasihan (compassion).
Kita mesti menjadi contoh kepada mereka. Kita tidak boleh menyuruh anak menjadi thoughtful bila kita sendiri tidak thoughtful akan perasaan mereka semasa mereka kecil. Kita tidak boleh mengajar sabar dan menyuruh mereka sabar, bila mereka tidak tahu sabar, kita menjerit menyuruh mereka sabar. Ia ibarat ketam menyuruh anak berjalan betul!
Ini termasuklah bila anak kecil kita mengamuk, mencari puncanya dan menenangkannya dengan sabar adalah diantara cara mendidik hati anak untuk merasai pengorbanan ibu atau ayah melalui sabaran ibu bapa.
Semoga kita diberi Tuhan yang Mencipta kesabaran dan kebijaksanaan dalam mengurus hidup kita dan anak-anak kita...








petikan dari fb ibu rose

No comments:

Post a Comment

Forgotten Page

Assalamualaikum.. It’s been a while since my last entry.. lepas mak meninggal dunia, takde lagi perasaan utk menulis.. aku memilih utk memen...