Assalamualaikum...
Malam tadi, papa g meeting... Tinggal mama, kakak n adik... dah setel makan main, kakak n adik tdo.. Mama pun tido jugak... Tapi semua tdo kat bawah.... Mama mimpi arwah atuk... Kejadian tu, masa nak mandikan mayat atuk... Masa tu lain sangat daripada kejadian asal... Mak lang dan yang lain lain angkat mayat atuk g mandikan... Mama xikut... Mama masuk dlam dgn arissa... Bila mama keluar sambil dukung arissa, mama nampak semua org happy... Atuk hidup balik.. Mama nampak atuk duduk di kerusi... Muka atuk pucat kuning... Pastu mama dukung arissa ke tempat atuk duduk... Atuk cakap "mana celo atuk pergi?' Sambil tgn atuk hulur utk dukung arissa... perasaan mama masa tu nak peluk atuk.... tapi mama xbuat... macam ade yg menghalang... Mama berdiri je sambil pandang atuk... Bila mama bangun, mama menangis...sedih... xtau lah apa yg atuk cuba sampaikan... Mama buat sarapan kakak, masak bubur adik... mama naik solat n baca yassin... Bila mama nak prgi keje tadi, adik dh bgun... mama cium adik.. cium kakak...kakak bgun n peluk mama... n ckp..'tolonglah kakak mama, jangan tinggalkan kakak..." sampai saat mama menulis entry ni... mama rasa xsedap hati...
Ya Allah, lindungi mak, suami n anak anakku...
Wednesday, 28 January 2015
Tuesday, 20 January 2015
Mendidik Anak Menjadi Prihatin - Thoughtful
Ibu ditanya, bagaimanakah anda mendidik anak-anak anda untuk menjadi lebih prihatin (thoughtful)?
Baru-baru ini Ibu diberi Allah peluang untuk bersolat di sebuah surau di salah sebuah hospital di KL. Walaupun tidak besar, cantik surau itu. Ianya surau dan mother's room sekali. Bila Ibu masuk untuk melakukan solat, Ibu melihat ada beberapa orang sedang menunggu giliran.
Kemudian Ibu terperasaan pula sebenarnya banyak ruang di hadapan beberapa orang yang sedang bersolat itu. Jikalah mereka itu sebelum solat tadi meletakkan sejadah mereka sehampir yang boleh ke dinding, maka boleh diwujudkan beberapa lagi ruang untuk orang lain bersolat di belakang. Ibu terfikir juga mengapa mereka membiarkan ruang kosong itu dan tidak menarik sejadah mereka sehampir yang boleh ke dinding? Kerana sejadah mereka dari dinding, sejarak separuh sejadah.Sebenarnya walaupun mereka mengkhususkan ruang itu untuk barang-barang mereka, ianya tetap terlalu banyak dan menghalang satu lagi barisan diwujudkan di belakang.
Kemungkinan mereka tidak perasan bahawa dengan melakukan perkara itu dan tidak perasan jika mereka menjadi lebih thoughtful mereka boleh membantu menyediakan lebih banyak ruang untuk orang lain bersolat.
Ibu juga terperasan ada satu ruang yang boleh muat seorang untuk solat di hadapan seorang kakak yang sedang bersolat di belakangnya.
Selesai sahaja kakak itu bersolat, Ibu senyum kepadanya dan meminta izin untuk ke hadapan. Ibu membentang sejadah di depannya itu.
Kemudian, bila adik yang di sebelah Ibu pun habis solat, seorang sudah bersedia untuk mengambil alih tempat itu. Ibu lemparkan senyuman dan ajak dia untuk ke hadapan, sambil berkata, " mari kita tarik sejadah ni ke depan sikit, nanti boleh wujudkan satu lagi baris di belakang. Alhamdulillah, adik itu pun akur dan dalam beberapa saat, kami telah berjaya mengisi ruang (terbiar) yang kosong tadi dan memberi lebih banyak ruang untuk orang lain bersolat.
Ibu ceritakan perkara ini adalah untuk menjadi contoh bagaimana kita boleh bersikap prihatin kepada orang lain. Inilah yang dinamakan thoughtfulness. Ini sebenarnya adalah akhlak. Ia boleh kita latih ke dalam diri kita bila kita sering bertanya soalan ini kepada diri kita, " Jika saya lakukan perkara ini adakah ia akan membantu saya dan orang lain." Sangat mudah untuk kita wujudkan thoughtfulness ini. Yang susahnya ialah untuk mewujudkan KEMAHUAN untuk menjadi thoughtful dan MELAWAN untuk memikirkan diri sendiri semata-mata.
Orang yang thoughtful apabila dia hendak memakir, dia akan memikirkan bagaimana kereta yang disebelahnya nanti boleh keluar atau masuk. Muat ke atau tidak untuk dia membuka pintu keretanya dan masuk dengan mudah? Orang yang prihatin, bila dia melihat kereta di hadapanya memberi signal, dia akan mengizinkan kereta itu berubah arah dan tidak memotong dahulu terutama jika orang itu memberi signal ke kanan dan dia mahu ke kiri. Tidak logik bagi orang yang prihatin untuk dia hendak memotongnya dahulu? Namun, kita dapat melihat ramai pemandu di lebuh raya tidak prihatin kepada pemandu yang lain. Bila melihat kereta di hadapan memberi lampu isyarat ke kanan, mereka cepat-cepat memotong sedangkan mereka mahu ke kiri. frown emoticon
Budaya timur yang indah i'aitu budaya memikirkan orang lain juga 'seperti aur dengan tebing sudah semakin hilang diganti dengan budaya 'enau dalam belukar'! frown emoticon
Kitalah AJEN PERUBAHAN. Sebagai ibu bapa, perlu sangat kita menyemaikan budaya prihatin ini. Mendidik anak untuk menjadi 'thoughtful' adalah sangat penting dan apabila mereka besar, anda akan berasa sungguh tenang hati, kerana sifat thoughtful mereka itulah yang akan mendorong mereka untuk menyediakan makanan atau minuman dijamu kepada kita bila kita pulang keletihan. Mereka akan mengurut badan kita yang semakin tua. Mereka akan menyuruh kita berehat sementara merekalah yang akan memasak, mengangkat dan menyusun barang. Mereka akan mengangkat barang-barang untuk kita. Mereka memimpin tangan kita bila kita hendak turun tangga atau melintas jalan mahupun semasa berjalan agar kita tidak jatuh.
Percayalah ianya adalah sebuah perasaan yang sangat indah. Ibu sedang merasainya dan Ibu sangat bersyukur dengan kurniaan Allah ini, iaitu anak-anak yang sangat prihatin akan Ibu. Alhamdulillah heart emoticon
Untuk mendidik anak-anak kecil menjadi 'thoughtful', kita perlu tidak letih dan jemu memberi mereka ilmu, mendidik perasaan mereka untuk menjadi seorang yang pengasih dan mempunyai belas kasihan (compassion).
Kita mesti menjadi contoh kepada mereka. Kita tidak boleh menyuruh anak menjadi thoughtful bila kita sendiri tidak thoughtful akan perasaan mereka semasa mereka kecil. Kita tidak boleh mengajar sabar dan menyuruh mereka sabar, bila mereka tidak tahu sabar, kita menjerit menyuruh mereka sabar. Ia ibarat ketam menyuruh anak berjalan betul!
Ini termasuklah bila anak kecil kita mengamuk, mencari puncanya dan menenangkannya dengan sabar adalah diantara cara mendidik hati anak untuk merasai pengorbanan ibu atau ayah melalui sabaran ibu bapa.
Semoga kita diberi Tuhan yang Mencipta kesabaran dan kebijaksanaan dalam mengurus hidup kita dan anak-anak kita...
petikan dari fb ibu rose
Monday, 12 January 2015
Menjadi Mama Yang Lebih Penyabar
Kakak n adik dah pandai menunjukkan perasaan... Lagi2 kakak...
Mama pulak semakin xcukup masa untuk bersabar.... so, mama selalu mencari ilmu untuk jadi lebih sabar n lebih bijak mengatasi kerenah anak2..
bersabar lah dgn mama ye sayang... mama sayang anak2 mama..
Untuk menjadi lebih sabar apabila anak-anak mengamuk ada dua cara efektif.
1- Memahami mengapa mereka mengamuk
Untuk posting ini Ibu akan berpanjang lebar membicakan salah satu sebab mengapa anak boleh mengamuk dan hilang rasa penitingnya dirinya untuk dia dan dunia.
Memahami tahap perkembangan anak-anak adalah penting. Jika anak itu berumur diantara 1.5 hingga 2.5 dan membawa kepada 3 tahun dalam sesetengah kes, maka ini adalah umur anak itu menguatkan 'survival skill' nya.
Anak pada usia ini sangat EGO CENTRIC - maksudnya hanya memikirkan keperluan diri sendiri dan tidak mementingkan orang lain. Jika anak melihat anak-anak pada usia ini berkelakuan begini, janganlah cepat panik dan menyangka anda telah melahirkan anak yang tamak dan tidak berakhlak mulia!
Bertenanglah dan jangan bersedih...ini cumalah satu tahap yang dilalui oleh semua orang. Bertuah seorang anak itu jika ibu bapanya mengenali tahap ini dan mendidik penuh sabar dan hormat supaya anak itu berasa selamat dan boleh maju ke tahap seterusnya dimana anak itu mulia pandai berkongsi dan memikirkan perasaan dan kepentingan orang lain.
Mengapa tahap ini penting dikendalikan dengan baik?
Kerana pada tahap ini anak menguatkan perasaan aku wujud di sini. Aku penting dengan kata lain, a sense of self. Ini sangat penting untuk anak itu bertapak. Bila ibu bapa memahami tahap ini dan memberi ruang untuk anak itu membangunkan keyakinan kewujudannya maka dengan segera anak itu akan maju ke tahap seterusnya. Jika tidak dikendalikan dengan baik...ini akan membuat anak itu bersaa kecewa dan kekecewaan seperti inilah yang bila berkumpul akan menyebabkan seorang anak kecil itu tantrum.
Apa maksud Ibu?
Pada tahap 1.5 tahun hingga 3 tahun ini mungkin anda nampak anak anda tidak suka berkongsi barang mainannya. Mungkin juga memukul anak kecil yang lain.
Apa yang patut anda lakukan?
Bila anak bermain dengan kawan-kawannya, pilihlah untuk dibawa keluar mainannya itu, HANYA MAINAN yang dia boleh berkongsi. Anak kecil pun tahu sayang akan barang mainannya. Oleh itu hormatlah barang kepunyaannya. Janganlah hanya kerana dia anak kecil anda MEMAKSA dia untuk memberi semua mainannya kepada orang lain. Itu yang Ibu maksudkan hormat akan perasaannya.
Kita orang dewasa pun tidak memberi dengan mudah barang yang penting dalam hidup kita kepada sebarangan orang. Contoh, kita tidak mudah memberi orang meminjam kereta, komputer, telefon kita kepada any Tom, Dick or Harry. Kenapa? Kerana barang itu penting untuk kegunaan kita dan kita perlu menggunakannya dengan cermat. Kerana kita bertanggung-jawab terhadap barang itu. Jika kita benarkan seorang yang tiada lesen memandu dan tidak termasuk namanya ke dalam insuran kereta kita, maka tentunya lebih payah kita memberi pinjam kereta kita kepada orang itu.
Pada anak-anak kecil, barang mainannya adalah ibarat kereta, komputer, telefon bimbit dan barang berharga kita. Itulah sebab, bila ada anak kecil yang lain nak bermain mainannya...ambil sedikit masa
1- Minta izin dia untuk kawannya itu bermain sama...lebih elok jika ibu atau ayah kepada anak itu yang meminta dengan baik dan hormat.
2- Anda pula sebagai ibu dan bapa menerangkan elok untuk dia berkongsi dan bertanya mainan yang mana yang boleh dia berkongsi? JANGAN MEMAKSA TAPI MEMUJUKLAH. Inilah masa untuk membina sikap murah hati dan belas ehsan.
3- Ibu bapa yang diberi berkongsi mainan itu, ambillah masa untuk mengucap terima kasih kepada anak itu dan mengingatkan dengan baik anaknya untuk bermain dengan baik mainan kawannya itu. Inilah masa untuk menyemai amanah dan akhlak mulia.
Ibu sangat tidak suka melihat perbuatan sesetengah ibu bapa yang membiarkan sahaja anak-anak mereka merampas mainan kawan. Bermain mainan kawan dan merosakkannya dan selamba sahaja dengan perbuatan itu. Bila balik meninggalkan mainan bersepah dan ada yang rosak dibuat oleh anak. Tidak ada sepatah ucapan meminta maaf pun yang keluar. Ibu bapa begini tidak sedar bahawa mereka sebenarnya telah mengajar akhlak yang salah ke dalam diri anak-anak mereka!
Mereka ini tidak membetulkan perangai anaknya itu. Atau jika membetul, akan melakukan dengan bengis. Bila mereka membetulkan dengan bengis di hadapan orang lain terutamanya, anak itu akan hilang hormat dirinya...maka jangan hairan jika anak itu akan suka mengamuk-ngamuk, tidak mahu mendengar cakap dan suatu masa jika keadaan berterusan dalam bentuk berbeza pun, anak ini akan menjadi individu yang bermasalah!
petikan dari fb ibu rose
Exclusive Lunch - Masak Ala Kedai Tomyam
Hari Ahad... Ummi n Babah n Hasya tido umah kite...
Kakcik n Uncle Hapiz pun tdo umah kite..
Papa work...
Mak Long n Mak Lang n anak2 dtg..
So, masak2...
Ikan siakap masak 3 rasa
Tomyam ayam
Telur bungkus
Jagung rebus... Mak long bawak...
LICIN!!!!!!!!!
WQE 503 - Setelah 8 Tahun Bersama
Hari Jumaat.... 9 Jan 15
Mama amik off sebab duty ops murni masa hari Sabtu yang lepas....Macam biasa... siapkan kakak n adik... Basuh baju n sidai kain... Memang dah dengar bunyi org potong rumput... Ok lah.. rumput depan rumah memang dah panjang... ngan segala najis kucing lagi.... Errrrrrr... memang tak suka....
Nak dipendekkan cerita.... petang tu, papa balik dari work, papa cakap... "mama, tingkap kete mama pecah, perasan tak?" Mama pun, dari terbaring, terus bangun keluar ke garaj tengok kete....Sedihnyaaaaaaa.... Pecah berderai.... Memang sah keje kontraktor... memang nampak satu spot kene batu n retak seribu... sejuta maybe!!!
Mama amik off sebab duty ops murni masa hari Sabtu yang lepas....Macam biasa... siapkan kakak n adik... Basuh baju n sidai kain... Memang dah dengar bunyi org potong rumput... Ok lah.. rumput depan rumah memang dah panjang... ngan segala najis kucing lagi.... Errrrrrr... memang tak suka....
Nak dipendekkan cerita.... petang tu, papa balik dari work, papa cakap... "mama, tingkap kete mama pecah, perasan tak?" Mama pun, dari terbaring, terus bangun keluar ke garaj tengok kete....Sedihnyaaaaaaa.... Pecah berderai.... Memang sah keje kontraktor... memang nampak satu spot kene batu n retak seribu... sejuta maybe!!!
Dengan penuh rasa sedih n kuciwa... g lah tanya kawan2 kat SARBAN... so, diorang yg ade pengalaman... bagi tunjuk ajar... sabtu, mama g buat report police... Dah buat, papa g baiki kete.. RM175!!! melayang lagi....
Hari Isnin... Mama Masuk keje n contact MBSA... Mama wassap mintak hp number kontraktor... terus diorang dtg tgk... Esok katanya, akan dtg bayar balik gantirugi.... Ok.....
Alhamdulillah.....
Sunday, 4 January 2015
Back To Work
2/1/15.... First Day working after a long leave... Perasaan yang tak tau nak kata ape.... Pagi2 kuar slm papa n anak2, rasa nak menangis... Sangat3 sedih... Walaupun kat mulut, cakap je macam steady, tapi.... Hati ni... Dah menangis dari semalam.... Kehidupan perlu diteruskan...
Sebelum start keje, mama dah list out... Adik n kakak nye daily rutin kat papa.. Mama buat cx list lagi... Tampal guna sticky note kat dapur...
Senang kan papa... Hopefully papa faham lah ye...
Menu makanan adik mama pelbagai kan.. Tak mau adik boring... Tapi, alhamdulillah... Adik memang suka mkn... Sayur2 n bawang sume mama dah buat dlm kiub... N frozen kan.. So pagi2, papa kuarkan terus dari plastik n masukkan dlm beras yg dah cuci...
Dah 2 hari papa jaga anak2... Mama tau papa boleh buat... InshaAllah
Thursday, 1 January 2015
Selepas 1 Tahun
Ya Allah... Sekejap je rasanya... Cuti mama dah habis... Esok mama kene start keje... Rasa macam berat hati n sedih sgt bila tgk muka anak2... Tapi syukur lah.. Sebab anak2 tinggal ngan papa... Terjaga n lega sikit...
Yang merisaukan mama, kakak yg dulu selalu demam bila mama xde... Adik yg masih menyusu badan... Ya Allah, mudahkan lah segala urusan papa utk jaga kakak n adik... Mama yakin dgn papa... InshaAllah... Xde ape yg nak dirisaukan sebenarnya...
Subscribe to:
Posts (Atom)
Forgotten Page
Assalamualaikum.. It’s been a while since my last entry.. lepas mak meninggal dunia, takde lagi perasaan utk menulis.. aku memilih utk memen...
-
Just this morning I said the following statement to my five-year-old: "Look at me. I'm talking to you." It turns out this tact...
-
Assalamualaikum... amalan ibu Imam Shafie ketika menyusukan beliau: 1) Menyusukan beliau dalam keadaan berwudhu' 2) Membaca Sura...
-
Assalamualaikum.. Hujung minggu yang lepas, berkampung dirumah mak..Lepas balik dari Labuan Jumaat lalu, terus dirumah mak.. Jaga abah y...