Assalamualaikum..
Sejak awal Februari 2013, pihak keselamatan telah menerima amaran mengenai pencerobohan di Sabah.. Lebih tepat lagi, di Lahad Datu... Semenjak menerima perkhabaran itu, ATM telah memindahkan sebahagian anggota mereka ke Sabah bagi meronda dan memantau keselamatan negara..Begitu juga dengan PDRM.
Semenjak itu juga, kami telah meningkatkan bilangan anggota di Pulau Labuan.. Kami tinggalkan ibu bapa, suami isteri,adik beradik, anak anak dan insan tersayang demi mempertahankan kedaulatan negara.. Demi agama, bangsa dan negara, kami berjaga malam.. Demi ketenangan tidur malam keluarga, kami bersengkang mata, memerhati dan mengesyaki setiap pergerakan.. Dalam ketenangan malam, kami tahu, ade sesuatu menanti.. Sesuatu yang berniat menghapuskan tidur nyenyak ibu bapa kami..
Namun pada 13 Februari, penceroboh telah mendarat secara berkumpulan.. Membawa senjata berpakaian militan.. Mereka dikepong dan ditahan.. Namun, ada yang sudah bolos.. Kenyataannya, ia telah terjadi..Fikirkan tentang penyelesaian..
Rundingan dibuat oleh PM kepada militan Sulu.. Keluar dari Sabah, pulang ke Filipina tanpa sebarang tindakan undang2 dari kerajaan Malaysia.. Rundingan tidak mencapai kata muktamad.. Militan Sulu berdegil dan tidak mahu meninggalkan Sabah.
Tamat sudah tempoh rundingan.. Kini masa untuk beraksi.. Di hujung Februari, serangan pertama telah terjadi.. PDRM atau lebih tepat anggota VAT69 telah diserang dan ada yang terkorban.. Kesedihan dan ratapan pertama belum berakhir, ditambah lagi dengan 6 kematian anggota PDRM... Innalillah.. Al Fatihah buat pejuang negara..
Kini, disaat ini, ATM telah mengambil alih.. Serangan akan dilancarkan dalam masa 24 jam... Semoga keselamatan sahabat di medan perjuangan dilindungi Allah.. Smoga adikku di KK dilindungi Allah.. Semoga keluarga dan insan tersayang diselamtkan dari penceroboh disana. Ya Allah, berikan lah kekuatan kepada kami, bagi menghadapi dugaan ini, Sesungguhnya, Kau lah Yang Maha Mengetahui.. Kami bermohon padaMu.. Lindungilah saudara kami daripada kejahatan dan kecelakaan.. Permudahkan lah anggota keselamtan kami menghadapi penceroboh di Sabah.. Permudahkan perjalanan mereka..
Kepada keluarga pejuang2 disana, banyakkan berdoa, dan redha dengan ketentuan Allah.. Semoga segala yang terjadi ini akan membuka mata kita supaya lebih berhati2 kelak.. Demi masa depan bangsa, jangan kita bertolak ansur dengan pencerobohan sebegini.. May God Speed Be with our Warriors..
No comments:
Post a Comment