Tuesday, 29 January 2013

Wajah kesayangan







Call Sign

Funniest Call Sign in Family

ABAH + MAK = ADOY
ANGAH = ANOY
NANY = NANOY
ALANG = ALOY
AZAM = ENOY
K.LIANAH = LANOY
DADIK = DADOY
K.ITA = ITOY
SHAM = SOY
MAMA = TOY
KAKCIK = KOY
BOY = NOY
ABY = JOY
EWAN = EWOY
TIKA = TIKOY
ADELIA = ADELOY
ALYA = ALYOY

Adelia Tindik Telinga

Assalamualaikum...

Hahahahah..Akibat Delyssa dah tindik, Mama teringin sangat nak tengok Adelia bertindik.. pakai subang pink... Nih picture Adelia lepas tindik.. Tindik kat Giant Shah Alam..Wah Chan.. Hahaha. Tempat yang sama ngan Delyssa...

Buihhhhhhh

Subang Pink..

Ngeeeeee.. Sakit kot


Habis kat Giant, dalam hujan yang lebat.. Kita menuju ke Setia Mall untuk objektif yang kedua.. Cari baju kakcik untuk dinner.. Yelah, Kakcik xde sape2 kecuali adik beradik je.. Lainlah kalau kakcik dah kahwin.. Adelah org nak teman kan.. Moga jodoh kakcik dipertemukan.. InsyaAllah.. Berbalik kepada cerita tadi...hehehe

Handsome kan PApa

Kat Setia Mall


Habis beli baju kakcik... Cantik... Nak tengok... Nice

Cantikkan Kakcik....

Red n Black Theme
Hehehe... Dah habis shopping, balik terus... A Day before tuh, Adelia Main mata..Realy cute..






Mama really love u sayang.. Muah







Friday, 25 January 2013

My Latest Niece

Assalamualaikum... 
Semalam cuti Maulidur Rasul.. Selawat ke atas nabi Muhammad SAW... Semalam balik kampung Melaka, laway mertua n Cik Na yang baru bersalin.. Cik Na bersalin 22 Jan 13.. Tapi sebab masa tuh hari kerja, Mama xdapat nak balik kampung.But, yesterday, we make it.. Gerak dari umah mak di Saujana.. Bangun pagi hujan lebat.. So delay sekejap na balik Kampung.. About 9am, hujan reda sikit... So kitorang pun siap2... Kebetulan Mak Su pun sampai ngan Alya Bam Bam..GERAM!!!!!
Alya Bam Bam dah pandai meniarap.. Awal.. Adelia lambat sikit.. Adelia cepat tumbuh gigi n bercakap.. Hahaha.. Memang banyak ckapnye.. Macam Papa.. Hehehe... Mama loves u both... Dah breakfast, Boy yang belikan.. Roti canai.. Pas makan, gerak.. 



Otw balik Kampung.. Hujan sepanjang jalan.. Adelia at t back.. Sitting alone.. Mama infront.. Where Mama belong..Hehehehe...

Sampai kul 12 tengahari.. Mak n Abah xde kat umah, g amik Cik Na keluar hospital.. Kitorang pun g town.. Beli hadiah untuk baby Cik Na.. Beli baju 1 set.. Purple.. Favourite color Mama.. N dah siap beli otw nak balik, nampak Seng Heng... HAhahahaha.. Singgah....
Tanpa berlengah lagi, terus beli Smart TV Papa.. Memang dah lama Mama n Papa n upgrade TV... Alhamdulillah... Murah rezeki tahun nih.. Boleh lah beli..
So, jumpa baby n Cik Na..

Nurul Dania Elina

Nek Nyang, Papa n Adelia.. Nih kat umah nenek.. Mak Teh pun ade... Mak Teh cuti.. Tapi nenek ngan Mak Teh dua dua xsihat...



Hmmmm, setel... Nih picture of Adelia otw back to KL... Letih sangat dia.. She got new ball.. Pink... Nice n cute...





Saturday, 19 January 2013

Kimoterapi


Panduan Khas bagi Pesakit Barah dan Penjaga:

Kesan Sampingan Yang Boleh Dijangkakan
Ubat anti kanser mendatangkan pelbagai kesan sampingan yang berlainan. Tidak semua pesakit kanser mengalami kesan sampingan serupa dengan ubat yang sama dan ada juga pesakit yang mengalami kesan sampingan yang sedikit. Seseorang pesakit tidak mungkin mengetahui reaksi mereka terhadap ubat tersebut sehingga dirawat dengan ubat tersebut.

Berapa Lamakah Tempoh Kesan Sampingan Kemoterapi?
Oleh sebab sel-sel biasa sembuh dengan cepat, kesan sampingan yang dialami biasanya akan hilang selepas rawatan berakbir. Walaupun kebanyakan kesan sampingan hilang dengan agak segera, ada juga yang mengambil masa lebih lama untuk hilang sepenuhnya. Masa yang diambil untuk menghilangkan kesan sampingan adalah berbeza dengan setiap pesakit dan ini bergantung kepada banyak faktor termasuk kesihatan keseluruhan dan jenis ubat yang diambil. 

Ia amat menggalakkan untuk mengetahui bahawa kebanyakan pesakit yang menjalani kemoterapi tidak mengalami kesan sampingan jangka panjang. Lebih meyakinkan lagi adalah pengetahuan bahawa pakar penjagaan kesihatan telah mencapai kemajuan yang memberangsangkan dalam menangani sebahagian daripada kesan sampingan kemoterapi yang lebih serius.

Di Dalam Dunia Yang Ideal
Apabila merawat pesakit kanser dengan kemoterapi, adalah lebih ideal jika sekiranya pakar penjagaan kesihatan boleh merawat bahagian di mana kanser wujud sahaja. Malangnya, perkara sedemikian tidak selalu dapat berlaku. Kemoterapi menghapuskan sel yang terbahagi dengan kerap, seperti sel kanser. Namun begitu, rawatan ini tidak hanya menghapuskan sel kanser tetapi juga sel biasa yang terbahagi dengan cepat. Sel sedemikian terdapat di dalam

• Mulut
• Kulit
• Sum-sum tulang
• Saluran penghadaman
• Rambut
• Sistem saraf
• Buah pinggang, pundi kencing dan paru-paru
• Sistem pembiakan

Oleh sebab tisu sihat juga mungkin rosak semasa kemoterapi, rawatan mungkin boleh menyebabkan kesansampingan. Jika doktor telah memilih kemoterapi sebagai rawatan bersesuaian untuk anda, ia amat penting untuk anda mempelajari bagaimana untuk menguruskan kesan sampingan yang mungkin anda alami.

Bilakah Harus Anda Menghubungi Doktor Anda?
Selepas menerima rawatan kemoterapi, jika anda mengalami kesan sampingan seperti kelesuan yang keterlaluan, perubahan dalam kebiasaan sistem usus, demam, loya atau muntah, hubungi doktor anda dengan segera. Doktor anda boleh memberikan anda perubatan untuk membantu merawat kesan sampingan tersebut.

Anemia
Anemia ialah kesan sampingan yang dialami oleh lebih daripada 50 peratus pesakit yang menjalani kemoterapi. Kemoterapi mengurangkan keupayaan sum-sum tulang untuk menghasilkan sel darah merah yang membawa oksigen ke semua bahagian badan. Apabila terdapat kekurangan sel darah merah, tisu badan anda tidak mendapat oksigen yang cukup untuk berfungsi. Keadaan yang dikenali sebagai anemia ini mungkin dapat dikenal pasti oleh perasaan kelesuan yang keterlaluan, kelemahan, keletihan, kepucatan dan/atau pening-pening.

Sembelit
Oleh sebab ubat anti kanser boleh menyebabkan perubahan dalam kebiasaan sistem usus, anda mungkin mengalami sembelit. Kekurangan aktiviti fizikal dan diet tidak seimbang juga boleh menjadi faktor penyumbang.

Kemurungan
Kanser mungkin mengganggu cara hidup dan mengancam impian serta cita-cita yang bermakna dalam kehidupan seseorang. Tekanan fizikal dan emosi yang diakibatkan oleh kanser dan rawatannya pada badan biasanya menyebabkan kemurungan.

Cirit-birit
Cirit-birit boleh berlaku apabila kemoterapi merosakkan sel melapisi usus. Jika anda mengalami kesakitan dan kekejangan serta cirit-birit atau jika anda mengalami cirit-birit melebihi 24 jam, sila hubungi doktor anda.

Kelesuan
Kelesuan ialah apabila seseorang berasa lemah atau penat lebih pantas daripada biasa selepas aktiviti fizikal, mental atau emosional. Kelesuan ialah kesan sampingan utama kemoterapi. Ada banyak penyebab kelesuan dan biasanya anemia merupakan punca utamanya.

Keguguran rambut
Doktor boleh memberitahu anda sama ada keguguran rambut (alopesia) boleh berlaku dengan ubat yang anda ambil. Keguguran rambut boleh berlaku pada semua bahagian badan. Apabila keguguran rambut berlaku, rambut biasanya akan tumbuh semula selepas rawatan kemoterapi berakhir.

Jangkitan
Kemoterapi boleh menyebabkan anda mudah mendapat jangkitan. Ini berlaku kerana kebanyakan ubat anti kanser mempunyai kesan ke atas sum-sum tulang dan mengurangkan keupayaannya untuk menghasilkan sel darah putih yang membantu anda melawan jangkitan.

Kehilangan Selera Makan
Sebahagian daripada perubatan kemoterapi mungkin mempengaruhi sel sistem penghadaman – menyebabkan kehilangan selera makan, loya dan cirit-birit.

Masalah Mulut, Gusi dan Kerongkong
Penjagaan oral yang baik penting semasa rawatan kemoterapi dijalankan kerana ubat anti kanser boleh menyebabkan kerengsaan di dalam mulut atau kerongkong anda. Selain daripada kesakitan, kerengsaan mulut boleh dijangkiti kuman di dalam mulut anda.

Loya dan Muntah-muntah
Loya dan muntah-muntah selalunya boleh dikawal atau dikurangkan dengan pengubatan.

Masalah Seksual
Lelaki - Pengubatan kemoterapi mungkin mempengaruhi sel sperma yang boleh menyebabkan ketidaksuburan sementara atau kekal.

Wanita - Kitaran haid mungkin tidak menentu atau terhenti sepenuhnya semasa menjalani rawatan kemoterapi. Wanita juga boleh mendapat jangkitan vagina dan mungkin mengalami simptom menopaus seperti berasa panas. Kesan-kesan sampingan ini biasanya adalah kesan  jangka pendek rawatan dan akan hilang akhirnya.

Radioterapi


Radioterapi adalah satu cara untuk merawat barah. Ia menggunakan radiasi seperti X-ray, sinaran gamma  atau elektron, untuk mengubati atau mengawal barah. Perkataan tersebut terdiri daripada “radio” bermaksud sinaran dan “terapi” bermaksud rawatan.  
Radioterapi boleh digunakan kerana radiasi menghentikan barah daripada membesar dan sel barah daripada membahagi. Ia diarahkan kepada sel barah dengan dua cara- radiasi dalaman dan radiasi luaran. 

Radiasi luaran bermakna radioterapi diberi secara luar badan daripada sebuah mesin yang mengarahkan sinaran radiasi kepada tumbuh barah. Ia adalah seperti mengambil X-ray tetapi dosnya jauh lebih tinggi daripada xray untuk diagnosa. Terdapat beberapa  jenis mesin radioterapi yang berbeza. Ini termasuk pemancut linear dan mesin kobalt. 
Radiasi dalaman bermakna radioterapi diberi dengan meletak sebuah bekas radioaktif, dawai radioaktif yang halus atau jarum yang diletak dalam badan dekat dengan atau di tempat barah wujud. Ini dipanggil sebagai implan radioaktif. Implan tersebut mengandungi bahan radioaktif seperti yttrium, iridium atau caesium. Implan tersebut mengarahkan sinaran radiasi kepada barah tersebut. 

Radiasi luaran daripada mesin biasa digunakan untuk rawatan radioterapi. Pakar Terapi Radiasi ataupun Pakar Onkologi akan menggunakan radiasi dalaman jika sel barah berada dekat dengan permukaan badan atau tempat yang senang untuk dimasuki. Mereka boleh menggunakan implan untuk barah payudara, barah serviks, dan barah lidah. Jika radiasi dalaman digunakan, biasanya radiasi luaran pun akan digunakan juga. Walau bagaimanapun, pada hari ini, semakin banyak rawatan radiasi yang bersasaran diberi dengan wujudnya radiologi intervensi yang telah menjadi satu sumbangan besar kepada rawatan radiasi.

Jenis rawatan yang digunakan bergantung kepada jenis barah yang dihidapi, tempat barah wujud dan saiz tumbuhan tersebut. Rawatan perlu dikhaskan mengikut setiap individu. Pakar Radioterapi/Pakar Onkologi hanya akan menggunakan rawatan radioterapi jika rawatan tersebut membawa lebih kebaikan daripada keburukan.

Malangnya, sinaran radiasi tidak boleh membezakan sel barah daripada sel manusia yang biasa. Walau bagaimanapun, sel barah tidak boleh menahan kesan radiasi dan akan mati. Sel manusia yang biasa akan pulih semula dan kesan tetap tidak akan dialami. Di sebab sel barah membesar lebih cepat berbanding dengan sel biasa, ia akan lebih terjejas dengan radiasi. Sel biasa juga akan terjejas dan mungkin menyebabkan kesan sampingan pada badan manusia.



Sesetengah tidak mempunyai kesan sampingan tetapi ada juga sesetengah yang memberi kesan sampingan. Ia bergantung kepada bahagian badan yang dirawat dan dos radioterapi yang diberikan. Kebanyakan orang akan berasa keletihan sepanjang rawatan mereka. Kesan sampingan yang lain akan dihidapi bergantung pada bahagian badan yang dirawat seperti:
  • Berasa tidak sihat – hanya apabila abdomen/pelvis dirawat
  • Kulit yang merah dan gatal
  • Mulut atau kerongkong yang sakit/kering
  • Telinga yang tersumbat
  • Kehilangan rambut - hanya apabila bahagian kepala dirawat
  • Mengalami kesusahan menelan makanan
  • Sakit perut atau cirit birit
  • Pundi kencing yang lemah
  • Masalah seksual atau kesuburan
Kebanyakan kesan sampingan adalah sementara sahaja. Kesan sampingan tersebut akan hilang selepas rawatan dihentikan. Walau bagaimanapun, ada juga kesan yang tetap. Radioterapi boleh mengubati sesetengah jenis barah seperti barah peti suara yang awal, kawasan hidung dan serviks (bahagian bawah uterus). Kadang-kala ia dilakukan bersama pembedahan atau kemoterapi. Dalam kes lain, radioterapi boleh bantu mengawal barah dengan menghentikan tumbesarannya atau dengan mengecilkannya. Ini boleh memanjangkan hidup seseorang yang menghidapi barah atau mengurangkan masalah yang disebabkan oleh barah atau kedua-duanya.

Radioterapi tidak menyakitkan. Untuk implan, ubat bius akan diberikan kepada pesakit supaya pesakit tidak akan merasa apa-apa.

Dengan radiasi luaran daripada sebuah mesin, pesakit tidak akan menjadi radioaktif. Ia selamat untuk bersama dan menyentuh orang lain termasuk wanita dan kanak-kanak. 

Pesakit yang dirawat dengan radiasi dalaman tidak digalakkan untuk menjumpai sesiapa pun supaya radioaktifnya tidak akan menjejaskan kesihatan orang lain. Apabila implan tersebut dikeluarkan, radio aktiviti dalam badan pesakit turut akan hilang.

Orang yang dirawat dengan radioterapi mungkin boleh menghidapi barah yang lain kemudiannya. Walau bagaimanapun, ini adalah kemungkinan yang amat rendah. Rawatan radioterapi akan mengubati pesakit atau mengawal barah dalam badan pesakit.


Radioterapi sudah digunakan untuk banyak tahun sekarang. Penyelidikan telah menemui cara yang lebih baik dan berkesan semasa memberikannya. Mesin-mesin yang menyinarkan radiasi lebih baik berbanding dengan beberapa tahun dahulu. Selain itu, perkembangan teknologi dan mesin yang lebih tepat sasaran radiasinya. Pakar Onkologi, juru terapi dan ahli fizik perubatan sekarang boleh memberi pesakit dos radioterapi yang lebih tepat dan juga lebih tepat memancarkan sinaran radiasi hanya kepada tumbuhan barah. Ia lebih senang sekarang untuk mengelakkan kecederaan sel biasa yang sihat. 

Sekarang, penyelidikan rawatan adalah pada paras molekul dan genetik supaya rawatan barah menjadi lebih tepat lagi.

Perjalanan Abah Menghadapi Kanser - 1

Assalamualaikum...

Last week pergi HUKM bawak abah untuk appoinment ngan Dr Onologi yang juga pakar Radioterapi.. Sepatutnya jumpa Dr Aslan.. Tapi Dr Aslan ade patient yang buat Kimo n Radio.. So jumpa team mate dia Dr Ezlan.. A very young Doctor.. G ngan abang Usop dari bukit jelutong...
Abang Usop gerk dari umah dia kul 6.15am, sampai bukit jelutong around 6.30am.. Terus gerak g umah abah kat bandar tun razak. Jammmmmmeeeeedddddd... Sepanjang Federal Highway.. Perggghhhh.. Dah gatau abang usop.. Degil... Huhu.. tapi still can manage.. Kul 7.40am sampai umah abah.. Terus gerak g hospital... Abah n acik g register.. Mama n abang Usop g parking kete... Actually malas nak togeteher ngan Acik..Hehehe.. Dapat no 7.. ok lah..But, dR Aslan xde...Dr Ezlan yang treat abah... So, after few minutes of waiting.. Nombor abah sampai... Kitorang masuk... Dr ask abah few question.. Then, dR explain for abah nyer treatment.. Abah nye tumor is 10cm from rektum.. So, insyaAllah xperlu pakai bag untuk buang air besar.. InsyaAllah...

Explanation for the treatment as follows:

Treatment for Radioterapi n Kimoterapi for 5 weeks... 
Atually 25 working days... 
Minggu pertama - Radio + Kimo (pagi & Petang)
Minggu kedua - Radio (pagi)
Minggu ketiga - Radio (pagi)
Minggu keempat - Radio (pagi)
Minggu kelima - Radio + Kimo (pagi & petang)

Then rest for 5 weeks.. Within 5 weeks rest will be called for operation or later.. After operation, maybe ader Radio n Kimo again.. 
Next appoinment is on 29 Jan 13 for the simulation for Radio n Kimo.. At 9 am at the CT Scan klinik.. InsyaAllah, everything gonna be good.. Hanya pada Allah kami letakkan harapan dan pada NYA kami berserah..

Wednesday, 16 January 2013

Adelia n Measles Look A Like

9 Jan 13... Mama balik dari Labuan.. Sampai rumah, mainngan adelia n tengok badan sume merah.. Mama agak kn ruam atau campak.. Pas g klinik, confirm.. Measles.. Picture of Adelia..











Thursday, 10 January 2013

I'm Home

Assalamualaikum..
Semalam, balik dari Labuan.. Flight dari Labuan kul 1030H.. Hmmm.. Estimate sampai lebih kurang kul 1300 H.. Today, papa will not pick mama up at LCCT.. Papa xsihat.. Its okay.. Mama balik naik transport je.. Lagipun ader lagi 3 orang office mate mama yang balik dari Labuan...
Sampai LCCT around 1300H.. Besttttt.. Mama xsabar nak sampai rumah tengok anak mama..Transport dah lama tunggu kitorang.. So without further delay, terus masuk van, gerak...Mama xbgtau papa dah sampai LCCT.. saje nak surprise... Sampai umah, mama ketuk pintu.. Papa buka pintu, Adelia tengah baring... Mama salam papa n papa cakap.. Nih ader bende abang nak gtau nih... Mama cakap lah, ape dia? Adelia demam since Ahad... Papa dah bawak g klinik.. Mama pandang je muka papa, n terus masuk... Mama panggil Adelia Hana, terus Adelia goyang kaki n tangan n capai mama dengan senyuman dia... Ohhhh... Mama rindu anak mama...
Mama dukung dia, peluk dia, cium dia... Banyak22222... Oh my baby girl... Papa kata demam dia 38 degrees.. Hari2 Papa bagi ubat... Mama senyap jelah.. Malas nak argue dengan Papa.. Papa kata xnak bgtau sebab nanti Mama risau.. Memang lah Mama akan risau.. Mama tengok badan Adelia, merah2... Gigitan nyamuk banyak... Lepas tuh Mama perhati, lagi banyak tompok merah kat badan n leher adelia... Papa bagi termometer, Mama check, 36.7 degrees.. Hmmm.. Mama ajak Papa g klinik.. Takut measles je...
G klinik dR Zana... She was a nice doctor.. Very kind.. Memang betul.. Demam 37 degrees n measles.. Dr bagi ubat sapu, 2 jenis n ubat gatal..Kesian anak mama... Papa cakap anak mama demam rindu.. Maybe kot... Sebab till today, Alhamdulillah, xdemam lagi.. Mama just sapu ubat kat badan adelia.. Hmmm.. hari ni mama patut keje, tapi terpaksa amik off.. Jaga adelia.. Alhamdulillah... Dah semakin baik dah measles dia...

Saturday, 5 January 2013

Adelia Without Mama










Mama Miss U Like Crazy

Assalamualaikum... Mama have been here in Labuan Island for 3 days... All these day Mama miss Adelia so much.. Mama menangis bila duduk sorang2 dalam bilik n tengok gambar adelia.. Mama really miss u sayang.. Mama cant take it anymore sayan.. Hari2 Mama cium towel Adelia.. Bantal Adelia jadi peneman Mama.. Really, Mama xpenah rasa macam nih.. This is how a mother miss her daughter.. Macam ni lah agaknya nenek rindukan anak anaknya.. Hmmmm.. Mama feel so down sayang.. 

Papa jaga Adelia kat sana kan.. Hopefully u both will be in good condition n be bless always.. Sayang Mama, nanti hari Rabu kita jumpa ye.. Pick up Mama kat LCCT ye.. Come with Papa.. Mama want to see u immediately after reach KL.. Sayang, Mama wanna bought something for u.. Nanti, hari yang xfly, Mama will go to town n find sumthing for u my girl..

Adelia Hana, insyaAllah, Mama akan balik next week. Adelia kena well behave ye sayang.. Be good girl.. Help Papa to take care of u ye.. Be nice to him.. Mama miss u sayang...

Thursday, 3 January 2013

Mama Miss U Sayang

Mama Leaving.....

3 Jan 2013...

Assalamualaikum..
Alhamdulillah.. Dipanjangkan umur untuk bernafas dibumi Allah nih.. Masih belum terlambat untuk ucapkan Selamat Tahun Baru 2013... Huhu.. Mama start tahun baru dengan Adelia n Papa around... Hmmm. Unfortunately, Mama is going to Labuan.. Argggghhhhh.. Mama hates labuan.. Anyhow, life must go on... Semalam, Mama dah sampai Labuan..
Papa n Mama wake up early.. Adelia still tido lepas minum susu n tukar pampers.. Mama mandi n siap2.. Then Papa pulak.. Papa macam xsihat.. Batuk2 n sakit badan.. Kesian Papa.. Masa Mama xde lah, Papa xsihat.. Nak jaga Adelia lagi.. Hmmmm..
Gerak dari rumah jam 5am... Sampai LCCT lebih kurang 5.45am.. Parking kereta.. Adelia still tido.. Mama dukung Adelia..
Sampai LCCT, timbang bag dulu.. Timbang, 17kg je... Ok lah tuh.. Mama g check in luggage.. Hmmm, kene keluarkan ridsect.. Xboleh bawak...ok fine.. Siap check luggage, Mama g kaunter R62.. Check in n amik tiket.. OK.. Seat 4F...
Hmmm... Mama g balik kat Adelia n Papa... Adelia dah bangun.. Comot anak mama nih..hehehe.. Mama dukung Adelia... Ohhhh, Mama gonna miss u sayang... Then, g McD.. Papa je makan.. Mama xde selera.. Yelah, nak tinggalkan anak yang belum pun cecah setahun.. Ohhhh Tuhan, Kau kuatkan lah hati hambamu ini..
Mama, dukung n main dengan Adelia,,,, Biasa lah pagi2 Adelia mesti membuang dulu... Hahahaha...betul pun..Adelia Poo Poo... Papa kata nanti Papa tukar..ok... Mama main ngan Adelia n cium dia banyak2... Adelia macam faham... She doesnt want to look at Mama..Penat Mama panggil nama Adelia banyak kali..Its ok baby.. 1 week only kan... Hopefully Mama can go back on 9 Jan 13..
adelia Sayang, Mama sampai kat Labuan dalam jam 11am.. Flight was delayed due to hydraulic problem... Biasalah.. Kapal kan.. Manusia pun sakit.. Inikan pulak Kapal..Sampai je, Mama amaik bag, n tapau 2 set McD...Mama xmakn in flight tadi..Yelah..low cost kan... Kawan mama pick up kat airport.. 
Sampai bilik... Ya Allah!!! Macam kapal pecah... Habuk, barang terabur.. Hmmm, Mama tukar baju and start cleaning.. Perggghhhh.. Semua barang2 yang xguna mama buang.. Malas nak fikir sape punya... Sapu sawang, Lap kipas, Basuh toilet, Sapu bilik n Mop lantai.. Sampah kat luar tuh dah 2 bakul.. Mama cabut langsir n hantar basuh kat atas...Kotor sangat..Hmmmm..Siaplah bilik nih.. Barulah boleh relax dalam bilik yang bersih..Tapi masalahnya, ade semut lah.. Semut merah.. Penat Mama spray.. Xmau pergi gak.. Xpelah...Jangan masuk telinga ye semut...
Ni picture Adelia n Mama masa di LCCT semalam...

















Thank you Papa  for taking care Adelia... Mama loves u.. N Adelia too... Muahsssssss..

Forgotten Page

Assalamualaikum.. It’s been a while since my last entry.. lepas mak meninggal dunia, takde lagi perasaan utk menulis.. aku memilih utk memen...