Panduan Khas bagi Pesakit Barah dan
Penjaga:
Kesan Sampingan Yang Boleh Dijangkakan
Ubat
anti kanser mendatangkan pelbagai kesan sampingan yang berlainan. Tidak semua
pesakit kanser mengalami kesan sampingan serupa dengan ubat yang sama dan ada
juga pesakit yang mengalami kesan sampingan yang sedikit. Seseorang pesakit
tidak mungkin mengetahui reaksi mereka terhadap ubat tersebut sehingga dirawat
dengan ubat tersebut.
Berapa Lamakah Tempoh Kesan Sampingan Kemoterapi?
Oleh
sebab sel-sel biasa sembuh dengan cepat, kesan sampingan yang dialami biasanya
akan hilang selepas rawatan berakbir. Walaupun kebanyakan kesan sampingan
hilang dengan agak segera, ada juga yang mengambil masa lebih lama untuk hilang
sepenuhnya. Masa yang diambil untuk menghilangkan kesan sampingan adalah
berbeza dengan setiap pesakit dan ini bergantung kepada banyak faktor termasuk
kesihatan keseluruhan dan jenis ubat yang diambil.
Ia amat menggalakkan untuk
mengetahui bahawa kebanyakan pesakit yang menjalani kemoterapi tidak mengalami
kesan sampingan jangka panjang. Lebih meyakinkan lagi adalah pengetahuan bahawa
pakar penjagaan kesihatan telah mencapai kemajuan yang memberangsangkan dalam
menangani sebahagian daripada kesan sampingan kemoterapi yang lebih serius.
Di Dalam Dunia Yang Ideal
Apabila
merawat pesakit kanser dengan kemoterapi, adalah lebih ideal jika sekiranya
pakar penjagaan kesihatan boleh merawat bahagian di mana kanser wujud sahaja.
Malangnya, perkara sedemikian tidak selalu dapat berlaku. Kemoterapi
menghapuskan sel yang terbahagi dengan kerap, seperti sel kanser. Namun begitu,
rawatan ini tidak hanya menghapuskan sel kanser tetapi juga sel biasa yang
terbahagi dengan cepat. Sel sedemikian terdapat di dalam
•
Mulut
•
Kulit
•
Sum-sum tulang
•
Saluran penghadaman
•
Rambut
•
Sistem saraf
•
Buah pinggang, pundi kencing dan paru-paru
•
Sistem pembiakan
Oleh
sebab tisu sihat juga mungkin rosak semasa kemoterapi, rawatan mungkin boleh
menyebabkan kesansampingan. Jika doktor telah memilih kemoterapi sebagai
rawatan bersesuaian untuk anda, ia amat penting untuk anda mempelajari
bagaimana untuk menguruskan kesan sampingan yang mungkin anda alami.
Bilakah Harus Anda Menghubungi Doktor Anda?
Selepas
menerima rawatan kemoterapi, jika anda mengalami kesan sampingan seperti
kelesuan yang keterlaluan, perubahan dalam kebiasaan sistem usus, demam, loya
atau muntah, hubungi doktor
anda dengan segera. Doktor anda boleh memberikan anda perubatan untuk membantu merawat
kesan sampingan tersebut.
Anemia
Anemia
ialah kesan sampingan yang dialami oleh lebih daripada 50 peratus pesakit yang
menjalani kemoterapi. Kemoterapi mengurangkan keupayaan sum-sum tulang untuk
menghasilkan sel darah merah yang membawa oksigen ke semua bahagian badan.
Apabila terdapat kekurangan sel darah merah, tisu badan anda tidak mendapat
oksigen yang cukup untuk berfungsi. Keadaan yang dikenali sebagai anemia ini
mungkin dapat dikenal pasti oleh perasaan kelesuan yang keterlaluan, kelemahan,
keletihan, kepucatan dan/atau pening-pening.
Sembelit
Oleh
sebab ubat anti kanser boleh menyebabkan perubahan dalam kebiasaan sistem usus,
anda mungkin mengalami sembelit. Kekurangan aktiviti fizikal dan diet tidak
seimbang juga boleh menjadi faktor penyumbang.
Kemurungan
Kanser
mungkin mengganggu cara hidup dan mengancam impian serta cita-cita yang
bermakna dalam kehidupan seseorang. Tekanan fizikal dan emosi yang diakibatkan
oleh kanser dan rawatannya pada badan biasanya menyebabkan kemurungan.
Cirit-birit
Cirit-birit
boleh berlaku apabila kemoterapi merosakkan sel melapisi usus. Jika anda
mengalami kesakitan dan kekejangan serta cirit-birit atau jika anda mengalami
cirit-birit melebihi 24 jam, sila hubungi doktor anda.
Kelesuan
Kelesuan
ialah apabila seseorang berasa lemah atau penat lebih pantas daripada biasa
selepas aktiviti fizikal, mental atau emosional. Kelesuan ialah kesan sampingan
utama kemoterapi. Ada banyak penyebab kelesuan dan biasanya anemia merupakan
punca utamanya.
Keguguran rambut
Doktor
boleh memberitahu anda sama ada keguguran rambut (alopesia) boleh berlaku
dengan ubat yang anda ambil. Keguguran rambut boleh berlaku pada semua bahagian
badan. Apabila keguguran rambut berlaku, rambut biasanya akan tumbuh semula
selepas rawatan kemoterapi berakhir.
Jangkitan
Kemoterapi
boleh menyebabkan anda mudah mendapat jangkitan. Ini berlaku kerana kebanyakan
ubat anti kanser mempunyai kesan ke atas sum-sum tulang dan mengurangkan
keupayaannya untuk menghasilkan sel darah putih yang membantu anda melawan
jangkitan.
Kehilangan Selera Makan
Sebahagian
daripada perubatan kemoterapi mungkin mempengaruhi sel sistem penghadaman –
menyebabkan kehilangan selera makan, loya dan cirit-birit.
Masalah Mulut, Gusi dan Kerongkong
Penjagaan
oral yang baik penting semasa rawatan kemoterapi dijalankan kerana ubat anti
kanser boleh menyebabkan kerengsaan di dalam mulut atau kerongkong anda. Selain
daripada kesakitan, kerengsaan mulut boleh dijangkiti kuman di dalam mulut
anda.
Loya dan Muntah-muntah
Loya
dan muntah-muntah selalunya boleh dikawal atau dikurangkan dengan pengubatan.
Masalah Seksual
Lelaki
- Pengubatan kemoterapi mungkin mempengaruhi sel sperma yang boleh menyebabkan
ketidaksuburan sementara atau kekal.
Wanita
- Kitaran haid mungkin tidak menentu atau terhenti sepenuhnya semasa menjalani
rawatan kemoterapi. Wanita juga boleh mendapat jangkitan vagina dan mungkin
mengalami simptom menopaus seperti berasa panas. Kesan-kesan sampingan ini
biasanya adalah kesan jangka pendek
rawatan dan akan hilang akhirnya.
No comments:
Post a Comment