Wednesday, 7 March 2012

Kejadian Menyayat Hati

Assalamualaikum...

Pagi nih bangun dengan rasa sakit kat perut.. Kompius jap.. Sakit ape nih.. Bangun pagi nih dah lewat.. Kaki sekejap sekejap krem.. Jalan pelan pelan g toilet.. MAndi n amik air wuduk n g solat subuh. Tengah2 baca yasin, perut sakit pulak.. Terus stop baca yassin, g buat pelaburan amanah saham jap. 
Pas setel sume, siap2 nyarung uniform, suami tercinta tolong sidai baju yang basuh mlm tadi.. TQ Sayang... Tetiba abang start bercerita pasal adik abang Tarik.. Abang Tarik nih kawan suami masa dia belajar di UK dulu. Memang rapat. Macam adik beradik.. Last kitorang jumpa masa Kak Aisha n Abg Kamarul buat makan2 kat umah diorang hari tuh. Suka tengok keakraban diorang.. Memang x dibuat2.. They are all love each other...
OK, berbalik kepada cerita yang sedih. Adik abg Tarik, mengandung.. Due date almost sama macam iza. Dia mengandung lebih kurang 7 bulan. Unfortunately, anak dia xbergerak.. Dia tunggu sampai 2 hari.. Baru nak g refer kat hospital. Suddenly doktor bgtau anak dia dah meninggal dalam kandungan. Sebab infection. What type of infection? Iza tanya abang.. Abang pun xtau. Iza rasa sedih sgt. Berat mata yang memandang, berat lagi mereka yang menanggung. Simpati dan takziah dari Iza buat keluarga mereka.
Namun, segalanya dah ditakdirkan Allah. kita hanya mampu berdoa supaya segalanya ada hikmah. Ternyata Allah Maha Mengetahui. Iza sering berdoa supaya anak dlm kandngan ini diberi kesihatan yang baik dan sempurna serta cukup sifatnya. Makbulkan lah doa hambamu ini. Ya Allah, Jauhkan aku dari dugaan yang tidak mampu aku alami. Berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi dugaan mu Ya Allah. Jadikan lah aku hambu yang redha dengan setiap dugaan dan ujian yang KAU berikan. 
Ya Allah, sekiranya itu yang terbaik buat mereka, KAU berikanlah petunjuk kepada mereka sekeluarga.. Supaya dapat menerima ketentuan Mu Ya Allah.

No comments:

Post a Comment

Forgotten Page

Assalamualaikum.. It’s been a while since my last entry.. lepas mak meninggal dunia, takde lagi perasaan utk menulis.. aku memilih utk memen...