Monday, 31 October 2011

Anak Mama - 13 Minggu

Assalamualaikum..

Gud morning anak mama. How r u this morning..Mama dah makan karipap 2 ketul..Hopefully anak mama dapat zat dan khasiat dari apa yang mama makan.. Anak mama, mama betul2 minta maaf pada sayang. Mama selalu menyusahkan org2 yang mama sayang. Mama xde niat pun nak menyakiti anak mama. Mama faham ini semua musibah untuk mama mungkin sebab dosa2 mama. Allah menguji mama dengan ujian ini. Bagi mama, ujian ini mngkin sangat besar, tapi orang lain mngkin alami yg lagi teruk. Mama cuma mampu berdoa agar anak mama sihat didalam sana. Mama sedih sangat, sebelum mama ader sayang, mama kena cyst..Nih, bila mama dah ader sayang, mama ader fibroid (buddy) pulak. Mama memang xjangka itu yg doktor akan bgtau mama masa mama scan sayang semalam. Tapi, alhamdulillah, mama dapat detect awal.

Papa xde dgn mama. Macam biasa. Yang ade cuma Kakcik n Mak Usu je. Kebetulan, Papa g potong rambut. Kalau papa ader, mesti dia pun risau. Mama tau sbb Papa mmg jns mcm tuh. Walaupun dia xtunjuk kerisauan dia, tapi Mama boleh lihat dari wajah Papa. Once Mama gtau Mama ader buddy, Papa trs tny mcm2.. Mama xmampu nak jawab. Mama mesti nangis kalau Papa banyak tny lagi. Tapi, mama cube jugak jwb pertanyaan Papa. Ukuran buddy tuh, 3cm x 5cm...Buddy tuh atas sayang aje. Mama boleh nampak. Tapi Mama harap, bukan buddy. Biarlah itu otot Mama, atau maybe, sayang ader kembar? Hahaha... Mengarut je Mama kan. Tapi, ape salahnya kalau kita fikir positive? Papa pun bgtau Mama supaya fikir positive. Mama akan cuba sedaya upaya Mama untuk fikir positive.. Papa banyak buka website pasal buddy. Memang 70% wanita akan ader buddy ms mengandung tanpa sebarang komplikasi. Tapi lagi 30% ader masalah, macam buddy menutup rahim, buddy berpintal, pendarahan buddy yang menyebabkan ibu mengandung kena melahirkan anak dgn pembedahan dan bayi itu pra matang. Mama berdoa Mama xtergolong dalam 30% tuh.. Anak mama bertahan lah sayang. Mama n Papa sayang kamu. Jadilah insan yang berilmu, soleh, berpegang pd ajaran agama. Mama sayang kamu.Ini scan picture of u on 13 weeks sayang... Anak mama hisap jari... Comel sgt..Be healthy dear.. Mama jaga diri Mama k. U too...Hang in there... T world is waiting for u...


Thursday, 27 October 2011

Hari Penuh Emosi

Assalamualaikum..

Semalam merupakan hari yang paling beremosi bagi Mama... Mama xboleh tido dari malam kelmarin. Mama cuba duduk, buat senaman, tapi still xboleh tido.. Sampai pukul 6 pagi.. Mama dengar alarm iPhone Mama berbunyi.. Mama rasa macam baru nak terlelap.. Tapi Mama bangun jugak.. Sebab semalam kene teman Papa g  Nilai. Papa ader exhibition.. Hmmm.. Sakit kepala Mama nih, Allah je yang tahu... Mama tahankan aje...Mama xnak bgtau Papa. 

Gerak dari umah dalam pukul 7 lbh, Mama memang xlarat. Tapi, Mama ikutkan juga. Demi menjaga hati Papa. Singgah sarapan di Dengkil. Mama mmg xde selera, tapi bila fikirkan Anak Mama, Mama telan juga walaupun nasi lemak tuh rasa macam pahit je.. Sampai di Nilai, Papa setup tempat. Mama duduk dalam kereta. Panas nye pagi semalam. Mama dah rasa xselesa. Berpeluh peluh Mama dalam kereta. Nak muntah pun ader. Tapi Mama tahan. Makan asam yang memang ade dlm beg Mama. Mama duduk dalam kereta, Papa pasang aircond.. Sejuk sikit. Tapi still xselesa. 4 jam Mama duduk dalam kereta,luar panas terik, dalam sejuk.Bertambah sakit kepala Mama. Sakit yang teramat sangat. Mama cuba tido. Xboleh. Kalau dulu, sakit kepala, Mama picit2 sikit n tido, elok lah lepas tuh. Tapi kali nih x. Mama memang xlarat.

Papa selesai urusannye dalam pukul 12. Mama ckp ngan Papa, Mama xlarat.Nak balik rumah terus. Xnak ikut g umah pakcik2 Papa yang beragam Hindu. Mama xlarat sgt2.. Papa pun bawak kereta laju2 mcm nak tunjuk rasa xpuas hati pada Mama. Masa tuh, Mama memang nak menangis.. Tapi, Mama tahankan juga. Papa ajak makan, tapi Mama xnak sebab sakit sgt kepala. Sampai rumah, Mama terus amik air batu letak kat kepala Mama. Lepas tuh, Mama tonyoh YOKO YOKO kat kepala semua. Terasa lega sikit. Tapi xhabis disitu.

Mama cuba tido. Xboleh. Sakit kepala nih mengatasi rasa mengantuk Mama. Mama ikat kepala dengan lampin nenek yang ader isi ais batu. Masa tuh, mama dengar orang azan zohor. So masa tuh lbh kurang pukul1 lbh. Mama tersedar jam 3 ptg. Papa masuk bilik. Terus berdenyut denyut balik kepala Mama. Mama dah lapar. Hujan pulak kat luar. Mintak Papa belikan Nasi. Mama mmg xlarat nak jalan sana sini. Mama menangis sorang2 dalam bilik tahan sakit kepala. Mama tekan kepala pada bantal dan buat senaman ringan. Xde kesan. Mama mandi, basahkan kepala dengan syampu Papa yang ader mint. Sejuk sikit rasa nya. Mama tunggu Papa balik bawak makanan. Mama makan walaupun selera xde. Demi Anak Mama, Mama telan juga.

Papa bgtau nenek nak dtg dgn atuk. Mama angguk je. Mama mmg xlarat. Mlm, nenek, atuk, n sedara mare lain sampai. Mama pakai tudung, cuba nak keluar dari bilik, tapi xlarat. sakit kepala bila duduk. Mama baring sambil menangis. Papa xjenguk Mama, sbb layan sedare mare. Xpelah. Mama cuba bangun lagi, hampir2 jatuh Mama tepi katil. Mama trs baring n menangis. Mama menangis sampai bengkak mata Mama tahan sakit.

Mama tertido n terjaga jam 1 pagi. Lapar sangat. Mama minum air teh O je. Bagi kenyang sikit. Hmmm...Agaknya ni lah yang dinamakan pembawakan budak kan.Mama harap, Anak Mama sihat didalam sana. Maafkan Mama kerana ikut sgt emosi..Mama pun xtau knp Mama mcm nih..

Tuesday, 25 October 2011

Anak Mama - 12 Minggu

Assalamualaikum.. minggu lepas, emosi mama xstabil.. Papa ckp sikit je Mama dah mula nk nangis.. Mcm masa g mkn rmai2 kat kdai mkn, Mama dr pg dah terliur nk mkn mangga muda yg org jual paper bg.. Tapi bila Mama kupas, dah berulat.. Mama pun xmkn.. Hati dah sebak, nk nangis je.. Pastu kat kdai mkn, Mama xde selera, tp tgk ader rojak buah, trs Mama order.. Tp kecewa jugak.. Rojak xde buah.. Yg ader timun, sengkuang.. Mama marah lh.. Papa plk tny soalan yg bt Mama lg sakit hati.. Xblh tahan, Mama nangis kat kdai mkn tuh.. 

Papa xde pun nk pujuk Mama.. Papa ckp lantaklah! Sdh mama.. bkn mama saja je nk bt mcm tuh.. sampi ke hari nih, Mama teringin nk mkn rojak.. tp Papa bt xfhm jer.. Xpe lh.. Lain kali, mama bt rojak sndri.. xpyh susah kn org lain.. tp mama sdh sgt, sbb xde org yg fhm perasaan mama.. mama bkn mintak ayam turki ke, mkn yg mhl2 ke.. xpe lh dah nasib mama kempunan rojak buah tuh, nnti mama cr sndr.. Ank Mama jgn ikut prgsi mama k.. I love U sayang..

Tuesday, 18 October 2011

Anak Mama - 11 Minggu

Assalamualaikum..

Sepanjang minggu lepas, anak mama sihat kan? Itu lah doa n  harapan Mama. Minggu ke 11 minggu yang mama rasa macam penat sikit. Cuma Mama dah kurang ke toilet. Mungkin sebab waktu itu, anak Mama dah mula naik ke atas. Dah tak begitu rapat dengan bladder.. Tapi, last week Mama banyak angin kat perut. Makan sikit, tapi sendawa angin mcm dah berpinggan mangkuk makan.

Mama xde masalah sembelit lagi, mcm awal2 dulu. Mama dah banyak minum air suam, kurangkan makanan minyak, makan buah kadang2 lah. Hehe.Papa pun dah xbeli buah, so Mama xmkn buah lagi. Yang lain2 sepanjang minggu lepas, Mama sibuk sikit dengan kerja opis. Nenek pun xsihat. Nenek still tinggal dengan Ayah n Ibu. Kesian Ibu n Ayah... Hmmmm, kalau lah Mama ader maid di rumah, boleh bawak nenek tinggal ngan kita..

Ok lah, Mama ader keje sikit nak buat nih... Till next entry ok. Mama love u sayang. Papa too...

Assalamualaikum..

Tuesday, 11 October 2011

Risiko Obesiti Sewaktu Hamil


Assalamualaikum..

Artikel ini dipetik dari Majalah Pa & Ma keluaran September. Sekadar berkongsi pengetahuan.
Obesiti atau mengalami masalah berat badan berlebihan boleh menimbulkan komplikasi kepada wanita hamil dan bayi dalam kandungannya. Komplikasi ini boleh timbul sewaktu si ibu sedang melalui proses kehamilan, sewaktu melahirkan atau selepas proses kelahiran bayi tersebut.
Lebih membimbangkan lagi apabila masalah obesiti di kalangan wanita hamil ini boleh meningkatkan risiko kematian bayi di dalam perut atau selepas dilahirkan sebanyak dua kali ganda. Risikonya meningkat seiring dengan peningkatan berat badan si ibu.
Selain itu, wanita yang mengalami masalah obesiti sewaktu kehamilan ini juga cenderung berhadapan dengan risiko ‘Venous Thromboembolism’ (VTE) iaitu keadaan yang boleh mengakibatkan pembekuan darah dan boleh membawa maut. Selain itu wanita obesiti ini juga cenderung berhadapan dengan masalah gestational diabetes dan masalah tekanan darah tinggi (pre-eclampsia) berbanding wanita hamil yang tidak obes.
Kadar kelahiran dengan menggunakan kaedah pembedahan juga turut meningkat di kalangan ibu obes dan ini akan menyukarkan proses pemberian susu badan kepada bayi yang baru dilahirkan itu.
Peka Dengan Berat Badan
Bagi menangani masalah ini, ibu hamil disarankan agar kerap menimbang berat badan mereka dari semasa ke semasa bagi tujuan pemantauan. Seorang ibu hamil wajar mencatatkan peningkatan berat badannya secara rutin khususnya sewaktu menjalani pemeriksaan antenatal bersama bidan, doktor mahupun pakar sakit puan. Kesedaran ini harus dipupuk sejak dari awal kehamilan lagi memandangkan risikonya yang amat tinggi kepada si ibu dan juga kandungannya itu.

Bagaimana Mengukur Kadar Obesiti?
Obesiti nyata sukar diukur. Walau bagaimanapun cara terbaik untuk menentukannya adalah dengan menggunakan kaedah BMI atau Body Mass Index. Namun terdapat batasan juga dalam menilai kadar obesiti menerusi kaedah BMI ini. Kaedah ini tidak mampu membuat kiraan yang tepat dalam menentukan jumlah kadar Massa Otot Tanpa Lemak dan kepelbagaian edaran ke seluruh tubuh individu. Malah kaedah BMI juga .

Memahami Ttentang BMI
Kadar BMI tubuh anda dikira dengan membahagikan berat badan pra kehamilan anda dengan jumlah ketinggian (m²) anda. Kiraannya adalah berdasarkan berat badan pra
kehamilan anda. BMI yang sihat seharusnya berada dalam lingkungan 20 dan 25. Keputusan di bawah angka 20 menandakan individu berhadapan dengan masalah kurang berat badan dan untuk angka 25 ke atas pula menandakan individu tersebut mengalami masalah berat badan berlebihan.

Makan Untuk Dua Orang
Jadi, jika anda sedang hamil atau merancang untuk hamil, adalah sangat penting supaya anda terus mengekalkan berat badan yang sihat. Ini penting bagi memastikan diri anda dan bayi yang dikandung itu turut berada dalam keadaan sihat serta sempurna.

Sebelum kita melihat beberapa strategi dalam usaha mendapatkan berat badan yang sihat, bakal ibu wajar memecahkan mitos yang lazim dikaitkan dengan wanita hamil. Tentu anda pernah mendengar tentang “wanita hamil perlu makan untuk dua orang.”
Menurut penyelidik dan pakar pemakanan antarabangsa, fakta itu tidak benar sama sekali. Walau bagaimanapun, mitos ini masih hebat diperkatakan sehingga ke hari ini. Idea yang menegaskan para ibu hamil perlu makan lebih banyak berbanding biasa tercetus disebabkan kononnya si ibu perlu memberi khasiat pemakanan yang secukupnya dalam membantu pembesaran bayi dalam kandungannya. Kenyataan ini tidak benar sama sekali! Sebaliknya ibu hamil perlu mengamalkan diet yang seimbang demi kebaikan bersama.
Kehamilan boleh dijadikan sebagai salah satu peluang yang terbaik untuk memperbaiki cara diet anda, lebih-lebih lagi jika anda jarang mengamalkan diet sihat sebelum kehamilan ini. Kebanyakan perokok wanita akan berhenti merokok apabila mendapati dirinya mula hamil, begitu juga dengan pengambilan alkohol di kalangan wanita bukan Islam. Jadi mengapa tidak mengambil langkah yang sama dalam diet dan senaman harian?
Kebanyakan wanita menjadi lebih peka tentang kesihatan mereka sewaktu hamil kerana mereka sedar risiko yang bakal terjadi kepada kandungannya jika tidak berhati-hati. Jadi, inilah masa yang paling sesuai untuk memotivasikan diri agar memulakan perubahan yang lebih positif terhadap diet harian anda.
Kekal Sihat
Satu lagi mitos yang harus dibuang ialah, ibu hamil tidak boleh bergerak terlalu aktif sewaktu mengandung. Sekali lagi, kenyataan ini langsung tidak berasas. Selain mengamalkan diet yang sihat, wanita hamil juga perlu kekal aktif sepanjang kehamilannya.

Memanglah ibu hamil tidak boleh melakukan perkara-perkara yang terlalu lasak sewaktu trimester pertama kehamilan. Tetapi senaman ringan seperti berjalan kaki ke kedai, membawa anak-anak ke taman atau berenang, itu adalah idea yang terbaik untuk kesihatan anda dan bayi dalam kandungan.
Kebanyakan wanita hamil tidak tahu, salah satu keseronokan yang bakal anda rasai sewaktu berenang ialah air mampu menampung berat badan anda. Semakin besar kandungan anda, aktiviti renang boleh membantu mengendurkan tekanan ini. Malah aktiviti renang juga boleh dikategorikan sebagai salah satu senaman yang sangat selamat, lembut dan melibatkan seluruh anggota tubuh anda bergerak untuk bersenam dalam satu masa.
Dapatkan Majalah Pa&Ma keluaran SEPTEMBER 2011 di pasaran

Anak Mama - 10 Minggu

Assalamualaikum..

Dah habis minggu ke 10... Anak mama sihat disana? Mama harap, anak mama sentiasa sihat ye sayang. Papa juga harapkan perkara yang sama. Minggu lepas, nenek xsihat lagi. Tapi, ibu n ayah jaga nenek. Emmm, nenek kata nampak bende yang mengganggu nenek. Nenek plak berdegil xnak buat operation. Minggu lepas, Mama memang banyak berfikir n pening je selalu. Hmmmm, apa lah nak buat lagi. Okay, berbalik pada cite anak Mama, ini perkembangan anak Mama di minggu ke 10.


Pada usianya masuk minggu ke-10, bayi kita sudah kelihatan seperti manusia yang lengkap. Pada minggu ini, payu dara puan akan sedikit membengkak kerana terdapat cecair oestrogen dan progesterone sebagai persediaan untuk menyusukan bayi kelak.
Pada usia kehamilan minggu pertama - minggu ke 10, ibu yang hamil amat memerlukan zat besi. Dengan zat besi tersebut ianya dapat membantu ibu hamil untuk menghilangkan rasa loya, muntah-muntah serta alahan. Dengan zat besi yang mudah hadam juga dapat membantu tumbesaran janin. Antara sindromyang dapat dicegah atau dikurangkan dengan pengambilan zat besi ini ialah dapat mencegah demam, batuk, selsema,sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain-lain lagi. Paling penting ia juga turut membantu melancarkan aliran darah dan mencegah daripada masalah urat bersimpul di betis dan kaki serta menghilangkan letih dan lesu.

Papa sibuk aje 2-3 minggu nih. Namun perhatian Papa pada Mama n Anak Mama tetap ada. Cuma Papa dengan cara Papa sendiri. Anak Mama, mama berdoa n berharap, anak Mama nanti jadi seorang yang beriman, bertaqwa di jalan Allah. Jadi lah insan yg berguna ye sayang. Jaga adab, jaga agama, jaga ibu bapa, jaga adik beradikmu...Doa mama hanya yang terbaik utk Anak Mama.

InsyaAllah...

Thursday, 6 October 2011

Cute Baby Picture




Perkembangan Anak Didalam Rahim Ibu


PERTUMBUHAN JANIN DALAM KANDUNGAN
Setiap pasangan suami-isteri setelah mengetahui yang isteri sedang mengandung akan dengan gembiranya membuat persediaan untuk menerima bayi baru mereka.  Tetapi dalam tempoh si isteri  itu sedang mengandung kadang-kala timbul perasaan suka dan curiga.  Hasrat suami-isteri memanglah untuk mendapatkan janin yang sihat, yang sempurna sifat-sifatnya tanpa kecacatan pada tubuh badannya.  Proses pertumbuhan janin selama 40 minggu itu merupakan  proses yang sangat pesat terutamanya dalam  peringkat trimester pertama. 
 Daripada peringkat pensenyawaan (fertilisation) di mana sel-sel dari pihak lelaki dan perempuan bertemu mewujudkan apa yang dinamakan zygote dalam bahasa Inggerisnya.  Proses multiplikasi sel-sel ini akan berterusan dengan pesatnya sehingga terdapat tiga lapisan sel-sel  yang berlainan, iaitu ektodem, mesodem dan endodem. Daripada  lapisan-lapisan ini akan bertubuhlah berbagai-bagai organ dan sistem-sistem janin. Adalah menakjubkan kalau kita fikirkan bagaimana proses-proses ini dapat berjalan dengan lancar dan teratur sehingga tertumbuhnya janin yang sempurna sifat-sifatnya tanpa apa-apa kecacatan. Semua ini membayangkan kekuasaan Allah s.w.t.
Kecacatan kepada janin boleh juga berlaku kerana berbagai-bagai faktor. Ada punca kecacatan pada janin yang kini dapat diketahui tetapi ada juga yang masih tidak dapat dikesan walaupun pada masa kini terdapat teknologi yang begitu maju.
Seseorang wanita dalam lingkungan umur dua puluhan yang mengandung bagi kali pertama mempunyai peluang yang baik sekali untuk melahirkan bayi yang tidak cacat. Apabila ia meningkat ke peringkat umur empat puluhan risikonya untuk mendapat bayi cacat meningkat lebih sedikit. Walau bagaimanapun peluang untuk mendapat bayi normal , jika tidak ada bayi -bayi atau saudara-mara yang berdekatan yang cacat kerana unsur genetik masih juga tinggi. Hakikat ini perlulah disedari oleh seseorang wanita supaya mereka tidak merasa curiga atau takut untuk mendapat anak. 
Bagi mereka yang mempunyai adik - beradik atau saudara -mara berdekatan yang cacat , mereka bolehlah mendapatkan maklumat dari doktor untuk mengetahui sama ada kecacatan itu disebabkan oleh punca -punca genetik ataupun punca-punca lain yang jarang akan berulang.
Kandungan boleh dibahagikan kepada tiga bahagian , iaitu trimester pertama , trimester kedua dan trimester ketiga. Tempoh suatu trimester itu adalah selama 13 minggu. Trimester pertama iaitu kandungan 13 minggu pertama merupakan waktu yang sangat kritikal kerana sesuatu penyakit yang dihidapi oleh pendedahan kepada unsur -unsur kimia atau persekitaran kepada wanita yang mengandung boleh membawa kesan yang buruk kepada janin pada waktu ini. 
Trimester pertama merupakan waktu yang sangat aktif dalam proses pertumbuhan asas organ-organ  dan sistem -sistem janin. Itulah sebabnya penyakit Rubella umpamanya jika dihidapi oleh seseorang wanita yang mengandung adalah lebih merbahaya jika terkena pada trimester pertama. Sesuatu gangguan kepada pertumbuhan janin pada trimester yang pertama samaada penyakit-penyakit yang dihidapi oleh ibu , unsur -unsur persekitaran seperti pendedahan sinaran X , bahan-bahan kimia di udara dan ubat -ubat yang dianggap teratogenik bukan sahaja akan menjejaskan  pertumbuhan janin malahan boleh menyebabkan keguguran.  Jika keguguran tidak berlaku, pertumbuhan janin akan terus berjalan tetapi janin itu besar kemungkinan akan cacat.  Jika kecacatan pada organ-organ terlampau teruk janin itu mungkin akan mati semasa di dalam kandungan lagi.  Jikalau ini tidak berlaku, selalunya bayi itu akan hidup untuk beberapa ketika sahaja selepas dilahirkan.
Samaada seseorang bayi itu boleh hidup dengan kecacatan hanya boleh ditentukan oleh organ-organ yang terlibat. Kerosakan pada jantung yang tidak sesuai untuk menampung keperluan hidup seseorang bayi akan menyebabkan bayi itu mati sejurus selepas dia dilahirkan.  Sebaliknya jantung yang berlubang (seperti ventricular sepal defect) tanpa kerosakan yang lain mungkin tidak akan membawa maut kepadanya.  Keadaan ini boleh meyebabkan bayi itu mendapat penyakit paru-paru (pneumonia) atau tidak subur.  Kebanyakan lubang itu boleh tutup sendiri tanpa rawatan pembedahan.  Gangguan kepada tumbuhan janin yang wujud semasa trimester kedua dan ketiga biasanya tidak memberi kesan yang sangat buruk kepada pertumbuhan janin.  Umpamanya, jika wanita hamil menghidap penyakit Rubella pada usia 18 minggu mengandung bayi yang dilahirkannya mungkin hanya pekak sahaja, sedangkan, jika dia mengidap penyakit ini pada waktu trimester pertama, bayi yang dilahirkannya akan lebih kecil dari biasa, mengalami lebam hati (neo-natal hepatitis), selaput di mata (cataract), atau gangguan jantung dan saiz kepalanya kecil serta dia pekak dan sebagainya.
Bayi-bayi yang dilahirkan ringan (kurang dari 5 paun) adalah disebabkan oleh berbagai-bagai faktor.  Punca yang biasa didapati dan boleh dikawal ialah jika ibu mengandung mengidap penyakit darah tinggi (pre-eclamptic toxaemia) daripada peringkat trimester kedua lagi.  Keadaan ini boleh dikesan dari pemeriksaan antenatal dan rawatan sewajarnya boleh diberikan untuk menurunkan darah tinggi.  Ibu-ibu yang merokok, meminum alkohol dan ibu-ibu yang rendah tahap pemakanannya juga boleh menyebabkan bayi dilahirkan ringan.  Banyak juga di antara bayi-bayi yang dilahirkan kurang berat tidak dapat dikesan punca-puncanya tetapi sekumpulan besar daripada bayi-bayi yang kecil ini terdapat dari golongan mereka yang datang dari kumpulan sosio-ekonomi yang lebih rendah.
Bayi -bayi yang mengalami gangguan kromosom trisomy 18 ( sindrom Edward ) dan (sindrom Patau ) boleh menyebabkan mereka dilahirkan lebih kecil dengan kecacatan fizikal seperti kecacatan jantung , kecacatan otak dan sebagainya.
Cara -cara mengawasi pertumbuhan janin
Doktor -doktor telah lama menggunakan tanda -tanda seperti timbangan berat ibu yang mengandung dan pembesaran rahim dari semasa ke semasa untuk mendapat maklumat tentang kadar pertumbuhan janin di dalam kandungan. Alat -alat yang lebih moden seperti ultrasonography telah digunakan untuk mengikuti pertumbuhan janin di dalam kandungan. Alat ini tidak memberi pancaran sinaran X kepada ibu dan janin dan berjaya memberi maklumat seperti janin kembar , tumbuhan di dalam rahim dan juga beberapa keadaan kecacatan fizikal di tubuh janin. Untuk mengikuti pertumbuhan janin di dalam kandungan , doktor -doktor membuat pemeriksaan ultra-sound dari usia kandungan 16 minggu hingga 20 minggu dan juga membuat sekurang-kurangnya satu lagi ujian pada usia kandungan lebih daripada 32 minggu. Daripada maklumat yang didapati doktor -doktor dapat mengetahui sama ada kadar pertumbuhan janin itu memuaskan.
Kesimpulan
Walaupun pasangan suami-isteri Islam digalakkan oleh agama untuk memohon kepada Allah s.w.t. supaya di anugerahkan cahaya-mata yang sihat , yang sempurna sifat-sifatnya, mereka juga mestilah mendapatkan maklumat dan berikhtiar untuk memastikan supaya ibu mengandung itu berada dalam keadaan sihat dan dilindungi dari keadaan-keadaan yang boleh mengganggu pertumbuhan janin. Seseorang wanita boleh mendapatkan ujian darah untuk memastikan yang dia mempunyai imuniti kepada penyakit rubella umpamanya. Ibu mengandung dinasihatkan supaya mendapat pemeriksaan ante-natal supaya penyakit-penyakit seperti darah tinggi , kencing-manis , anaemia , penyakit infeksi kencing dan sebagainya dapat dirawat dengan sewajarnya. Seseorang ibu mengandung yang mendapati tanda-tanda kelahiran seperti pecah air , rahim berdarah atau sakit di bahagian abdomennya mestilah mendapatkan pemeriksaan doktor dengan segera. Kelahiran prematur boleh dihentikan dengan ubat-ubat jika rawatan di beri peringkat awal lagi.

Anak Mama - 9 Minggu

Assalamualaikum..

For my entry this week, i would like to write in English. It has been so long ago, since i wrote something in English. For this entry I would like to share a few information during my pregnancy on 9 week.


Basically, on week 9 my little sweet pea has graduated from swimming embryo alien creature to a weird-looking little tiny human being! This week in particular, the irises of their little eyes can function, but (frustratingly for them) their eyelids will be fusing shut until around the 26th week.
Their external ears are formed and their inner ears are now filled with fluid - which allows my little womb gymnast to begin developing their sense of balance.
Their little swimmer legs are still relatively small, although other bodily developments are going forward at a nice pace: their kidney is actually functioning now, which means they're also officially able to urinate. This newly developed pee-trick might seem cute or something, but just wait till you have to start changing diapers!
And.. This is what a mother supposed to have during their week 9 pregnancy...
As I am near to the end of the first trimester (woot!), not many of the exciting changes inside of me even noticeable, with perhaps the exception of a mildly bulging midline that doesn't look pregnant enough to stop people from wondering if you need to lay off the donuts.
And now that me and my baby have entered into the Fetal Period, it is absolutely critical to re-evaluate my personal diet and health regimen.
Having a baby is the ultimate test for my body. If you take care of your health now you'll come out of the pregnancy on top of your health and ready to be an energetic mother in the process of becoming a conscientious eater who only puts premium-grade fuel into your body. And by "premium," we mean: fresh fruits and veggies, non-processed meats, nuts, and non-processed dairy (plain yogurt, cottage cheese).
Notice how we didn't mention whole grains? Yeah, whole grains and carbohydrates derived from wheat or corn can actually irritate the stomach of a pregnant woman, so we don't recommend loading up on too much bread and pasta at this point. Not to mention the fact these carbs will unnecessarily elevate your blood sugar levels, leaving you at a higher risk for Gestational Diabetes.
Last notes for the week: make sure you're getting enough sleep, staying active, drinking loads of water, and taking your prenatals! To help remember your daily prenatal vitamins make it part of a ritual - whether your morning one, around dinner time, or going to bed.
If you'd rather ignore your health and food intake right now... well, let’s just say you're greatly increasing your chances of suffering from depression, osteoporosis, diabetes, obesity, and a multitude of nasty little viruses (think colds and flus) that good health could've beat before you even noticed they'd invaded your pregnant body.
OK...n that's all for this week entry, n for my Baby in there, Mama n Papa love u so much sayang..  Assalamualaikum..

Forgotten Page

Assalamualaikum.. It’s been a while since my last entry.. lepas mak meninggal dunia, takde lagi perasaan utk menulis.. aku memilih utk memen...