Thursday, 27 October 2011

Hari Penuh Emosi

Assalamualaikum..

Semalam merupakan hari yang paling beremosi bagi Mama... Mama xboleh tido dari malam kelmarin. Mama cuba duduk, buat senaman, tapi still xboleh tido.. Sampai pukul 6 pagi.. Mama dengar alarm iPhone Mama berbunyi.. Mama rasa macam baru nak terlelap.. Tapi Mama bangun jugak.. Sebab semalam kene teman Papa g  Nilai. Papa ader exhibition.. Hmmm.. Sakit kepala Mama nih, Allah je yang tahu... Mama tahankan aje...Mama xnak bgtau Papa. 

Gerak dari umah dalam pukul 7 lbh, Mama memang xlarat. Tapi, Mama ikutkan juga. Demi menjaga hati Papa. Singgah sarapan di Dengkil. Mama mmg xde selera, tapi bila fikirkan Anak Mama, Mama telan juga walaupun nasi lemak tuh rasa macam pahit je.. Sampai di Nilai, Papa setup tempat. Mama duduk dalam kereta. Panas nye pagi semalam. Mama dah rasa xselesa. Berpeluh peluh Mama dalam kereta. Nak muntah pun ader. Tapi Mama tahan. Makan asam yang memang ade dlm beg Mama. Mama duduk dalam kereta, Papa pasang aircond.. Sejuk sikit. Tapi still xselesa. 4 jam Mama duduk dalam kereta,luar panas terik, dalam sejuk.Bertambah sakit kepala Mama. Sakit yang teramat sangat. Mama cuba tido. Xboleh. Kalau dulu, sakit kepala, Mama picit2 sikit n tido, elok lah lepas tuh. Tapi kali nih x. Mama memang xlarat.

Papa selesai urusannye dalam pukul 12. Mama ckp ngan Papa, Mama xlarat.Nak balik rumah terus. Xnak ikut g umah pakcik2 Papa yang beragam Hindu. Mama xlarat sgt2.. Papa pun bawak kereta laju2 mcm nak tunjuk rasa xpuas hati pada Mama. Masa tuh, Mama memang nak menangis.. Tapi, Mama tahankan juga. Papa ajak makan, tapi Mama xnak sebab sakit sgt kepala. Sampai rumah, Mama terus amik air batu letak kat kepala Mama. Lepas tuh, Mama tonyoh YOKO YOKO kat kepala semua. Terasa lega sikit. Tapi xhabis disitu.

Mama cuba tido. Xboleh. Sakit kepala nih mengatasi rasa mengantuk Mama. Mama ikat kepala dengan lampin nenek yang ader isi ais batu. Masa tuh, mama dengar orang azan zohor. So masa tuh lbh kurang pukul1 lbh. Mama tersedar jam 3 ptg. Papa masuk bilik. Terus berdenyut denyut balik kepala Mama. Mama dah lapar. Hujan pulak kat luar. Mintak Papa belikan Nasi. Mama mmg xlarat nak jalan sana sini. Mama menangis sorang2 dalam bilik tahan sakit kepala. Mama tekan kepala pada bantal dan buat senaman ringan. Xde kesan. Mama mandi, basahkan kepala dengan syampu Papa yang ader mint. Sejuk sikit rasa nya. Mama tunggu Papa balik bawak makanan. Mama makan walaupun selera xde. Demi Anak Mama, Mama telan juga.

Papa bgtau nenek nak dtg dgn atuk. Mama angguk je. Mama mmg xlarat. Mlm, nenek, atuk, n sedara mare lain sampai. Mama pakai tudung, cuba nak keluar dari bilik, tapi xlarat. sakit kepala bila duduk. Mama baring sambil menangis. Papa xjenguk Mama, sbb layan sedare mare. Xpelah. Mama cuba bangun lagi, hampir2 jatuh Mama tepi katil. Mama trs baring n menangis. Mama menangis sampai bengkak mata Mama tahan sakit.

Mama tertido n terjaga jam 1 pagi. Lapar sangat. Mama minum air teh O je. Bagi kenyang sikit. Hmmm...Agaknya ni lah yang dinamakan pembawakan budak kan.Mama harap, Anak Mama sihat didalam sana. Maafkan Mama kerana ikut sgt emosi..Mama pun xtau knp Mama mcm nih..

No comments:

Post a Comment

Forgotten Page

Assalamualaikum.. It’s been a while since my last entry.. lepas mak meninggal dunia, takde lagi perasaan utk menulis.. aku memilih utk memen...