Tuesday, 11 October 2011

Anak Mama - 10 Minggu

Assalamualaikum..

Dah habis minggu ke 10... Anak mama sihat disana? Mama harap, anak mama sentiasa sihat ye sayang. Papa juga harapkan perkara yang sama. Minggu lepas, nenek xsihat lagi. Tapi, ibu n ayah jaga nenek. Emmm, nenek kata nampak bende yang mengganggu nenek. Nenek plak berdegil xnak buat operation. Minggu lepas, Mama memang banyak berfikir n pening je selalu. Hmmmm, apa lah nak buat lagi. Okay, berbalik pada cite anak Mama, ini perkembangan anak Mama di minggu ke 10.


Pada usianya masuk minggu ke-10, bayi kita sudah kelihatan seperti manusia yang lengkap. Pada minggu ini, payu dara puan akan sedikit membengkak kerana terdapat cecair oestrogen dan progesterone sebagai persediaan untuk menyusukan bayi kelak.
Pada usia kehamilan minggu pertama - minggu ke 10, ibu yang hamil amat memerlukan zat besi. Dengan zat besi tersebut ianya dapat membantu ibu hamil untuk menghilangkan rasa loya, muntah-muntah serta alahan. Dengan zat besi yang mudah hadam juga dapat membantu tumbesaran janin. Antara sindromyang dapat dicegah atau dikurangkan dengan pengambilan zat besi ini ialah dapat mencegah demam, batuk, selsema,sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain-lain lagi. Paling penting ia juga turut membantu melancarkan aliran darah dan mencegah daripada masalah urat bersimpul di betis dan kaki serta menghilangkan letih dan lesu.

Papa sibuk aje 2-3 minggu nih. Namun perhatian Papa pada Mama n Anak Mama tetap ada. Cuma Papa dengan cara Papa sendiri. Anak Mama, mama berdoa n berharap, anak Mama nanti jadi seorang yang beriman, bertaqwa di jalan Allah. Jadi lah insan yg berguna ye sayang. Jaga adab, jaga agama, jaga ibu bapa, jaga adik beradikmu...Doa mama hanya yang terbaik utk Anak Mama.

InsyaAllah...

No comments:

Post a Comment

Forgotten Page

Assalamualaikum.. It’s been a while since my last entry.. lepas mak meninggal dunia, takde lagi perasaan utk menulis.. aku memilih utk memen...