Wednesday, 14 September 2011

Anak Mama - 7 Minggu

Assalamualaikum..

Kehadapan Anak Mama... Mama rasa betul betul bahagia dengan adanya Anak Mama dalam kandungan mama.. Syukur kepada Allah kerana memakbulkan doa Mama dan Papa untuk mempunyai zuriat.. Mama xdapat nak ceritakan mcm mana gembiranya Mama bila dapat tau yang Mama dah mengandungkan Anak Mama. Mama sedih, gembira, terharu, bersyukur dan macam macam lagi lah perasaan Mama. Papa pun sama. Walaupun Papa nampak cool je bila 

Mama bagitau Mama mengandung, tapi Mama tau mcm mana perasaan Papa. 
Anak Mama... Mama dah jaga makan sekarang nih. Mama minum susu sebab nak bagi kalsium n DHA untuk anak mama. Mama makan folic asid, vitamin B complex, Vitamin C dan satu lagi supplement yg doktor bagi. Alhamdulillah, semoga dengan ubat dan supplement yang Mama amik tiap tiap hari untuk Anak Mama, semoga Anak Mama sihat dan cergas didalam sana. Semoga Allah berikan kesihatan yang baik pada kita berdua sepanjang kehamilan Mama ini.

Anak Mama.... Papa cukup bersabar dengan sikap Mama. Perubahan mood, nak makan macam2... Tapi Alhamdulillah, Mama xde morning sickness yang teruk. Mama cuma rasa mual n kadang kadang pening n letih waktu tengahari. Anak Mama, membesar lah dengan sihat ye. Semoga Doa Mama n Papa bersama Anak Mama setiap masa. ANak Mama, bertahanlah didalam sana. Sampai masa dan ketika nya, bila Anak Mama dah besar, kita akn bersua sayang. InsyaAllah dalam masa 33 minggu saje lagi. Mama doakan Anak Mama sihat sahaja.
Anak Mama... Bersamalah kita harungi dugaan dan ujian selama kehamilan Mama ini ye. Papa pun bersama kita. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment

Forgotten Page

Assalamualaikum.. It’s been a while since my last entry.. lepas mak meninggal dunia, takde lagi perasaan utk menulis.. aku memilih utk memen...