Monday, 5 September 2011

Anak Mama - 6 Minggu

Assalamualaikum..

Hari nih, 5 Sep 2011..ader medical check up appoinment. G RSAT ngan Abang. Sampai RSAT xbuka lagi.. Abang g beli surat khabar dulu. Iza tunggu kat pintu masuk, mana tau boleh dapat giliran pertama. At last, pintu RSAT dah buka,terus masuk dapat no 1..Hehehe... Biasa lah g bagi urine, then POSITIVE!!!! 

Alhamdulillah sekali lagi. Tunggu nak jumpa doktor. Doktor xde rupanya. Pembantu aje. Amik ubat, Asid Folik n Vitamin B... Hari Khamis nih kene g RSAT lagi buat "buku merah". So, Iza n Abang pun balik. Iza masuk kerje, Abang g opis, ader meeting. 

Ini serba sedikit mengenai perkembangan bayi pada Minggu ke 6. Embrio terlihat seperti berudu. Pada minggu ini dapat mengenali kepala, ekor, tangan dan anggota badan masih seperti tunas.Pada minggu ini pembentukan awal dari hati, pancreas, paru-paru,kelenjar tiroid dan jantung. 
Semoga anak Mama, sihat didalam sana. Mama akan jaga diri baik baik dan sentiasa ingat kan anak Mama dalam kandungan. Mama akan sentiasa berdoa pada Allah supaya kita dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang tempoh kehamilan ini. Anak Mama, semoga jadi anak yang soleh. Papa mesti bangga dengan anak Mama. Sabar ye sayang, kita akan bersama selamanya. InsyaAllah.
Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment

Forgotten Page

Assalamualaikum.. It’s been a while since my last entry.. lepas mak meninggal dunia, takde lagi perasaan utk menulis.. aku memilih utk memen...