Monday, 29 August 2011

Hadiah Ramadhan

Assalamualaikum..

Untuk entry kali ini, Iza nak cerita pasal hadiah Ramadhan yang Iza terima. Hadiah yang paling bermakna dalam hidup Iza, sepanjang hayat InsyaAllah xkan Iza lupakan. Hadiah dan rezeki yang dikurniakan Allah ini lebih bermakna dan bererti dari segala macam hadiah yang Iza pernah terima. Satu kebanggaan dan merupakan kemuncak kebahagiaan di bulan Ramadhan. 

Alhamdulillah, semalam tanggal 28 Aug 2011 bersamaan 28 Ramadhan 1432H, Iza telah menerima hadiah dari Tuhan Yang Maha Esa. Xkan Iza lupakan detik itu. Iza dan suami bermalam di rumah mak di Saujana Utama. Lepas sahur, Iza terus xtido. Tengok tv sambil layan perasaan x selesa di bahagian perut. Iza gtau kakcik nak g klinik. Takut cyst Iza ader lagi.

Kakcik ngan Aby g pasar tani dulu nak beli lauk untuk Raya nanti. Bagus adik adik Iza nih. Iza bangga sangat ngan diorang. Buat semua tanggungjawab sebagai anak. Syukur Iza pada Allah kerana dikurniakan keluarga yang begitu memahami. Lepas jer, diorang balik dari pasar, Kakcik ajak g klinik. Alamak!!! Iza xmandi lagi.. Nak mandi sure lambat. So, gosok gigi, cuci muka, pkai perfume Atikah.Hehehehe...Siap! Macam dah mandi. 

Sampai kat klinik,daftar nama,sambil duduk melayan kerenah Qaireen gedik, nama pun dah kene panggil. Iza check ngan doktor dulu. Iza gtau lah dah due piriod beberapa hari. Tapi ada rasa sakit senak kat abdomen bawah sebelah kanan. Doktor tu memang dah faham masalah Iza. Jadi, dia terus scan. Scan, nampak bladder penuh urine. Hehehehe... Nampak ovari. Bengkak yang sebelah kanan. Nampak rahim. Tebal! Tapi xde visual baby. Sedih!

Doktor tanya, nak buat urine test tak? Iza pun ckp buat jelah. Iza g toilet, kencing...Hehehe..memang tunggu masa je nak kuar urine tuh... N letak bekas urine kat atas sink. Pembantu klinik dah tunggu. Iza make sure dia test air kencing Iza. Then, Iza pun masuk bilik doktor balik. Sampai duduk kat kerusi, kakcik tengah check. Pembantu klinik tuh, letak test kit td. Aby cakap "Positive!" Iza pulak cakap "tengok!"Kakcik plak "Ha!"...Macam tulah reaksi kitorang adik beradik. End up kitorang tiga tiga nangis, nak ucap Alhamdulillah. Setahun lebih penantian Iza dan suami. Namun abang xde di klinik.

Betapa berbunga nya hati Iza. Rasa nak buat sujud sukur je kat klinik tuh. Ya Allah, Hadiah Ramadhan yang paling bermakna buat diriku. Syukur Ya Allah, Kau makbulkan doa hamba mu yang lemah ini. Syukur. Tersangat syukur.

Date due, 1st May 2012. Balik, terus jumpa mak,gtau Iza pregnant. Mak nangis juga sama ngan Iza.Mak pun bersyukur sama ngan Iza. Iza gtau Alang plak. Alang pun nangis jugak. Petang tuh, abang Usop datang, mak gtau. Abang Usop pun nangis. Alhamdulillah Ya Allah. Syukur kerana dikurniakan rezeki di bulan Ramadhan yang mulia ini. Segala doa dan harapan ku dimakbulkan oleh Allah Tuhan Yang Esa.

Kini, Iza di Alor Gajah. Tahun nih beraya di kampung abang. Ok lah kan. Gilir gilir. Pagi tadi tolong mak isi beras dalam ketupat. Nak menganyam ketupat memang Iza xreti lah. So, tolong apa yang boleh aje. Ini pun dah xlarat dah. Rasa menyucuk jer kat bahagian perut sebelah kanan nih. Entah lah, dah 3-4 hari kebelakangan ini, Iza memang cepat letih bila tengahari.

Ok lah, sempena Hari Raya yang bakal menjelma ni, Iza ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya. Maaf Zahir Batin. Ampunkan segala kesalahan dan keterlanjuran Iza dalam berkata.
Assalamualaikum...

5 comments:

  1. sis..saya bru terbaca blog sis...
    happy sgt sis dh selamat lahirkan baby comel..
    btw..saya pon ada PCOS.. dah setahun kawin n masih belum dikurniakan rezeki Allah tu..masih TTC lagi..
    bila baca pengalaman org PCOS masih berpeluang ada anak sendiri..semangat saya makin kuat... ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis...kita sebagai hamba Allah hanya mampu berusaha dan disamping tuh, berdoa dan tawakal pada Allah... Hanya Allah sahaja yg mengetahui apa yg terbaik utk kita,

      Delete
  2. Tahniah..baby da lahir pun :) Makan produk U-Queen tu betul2 berkesan ye?

    ReplyDelete
  3. zuna...

    tq.. selamat hari raya.. alhamdulillah.. iza mmg consume u queen.. tp dgn izin Allah juga.. So kn bnyk berdoa.. usaha.. tawakal.. iza juga bnykkan bacaan tntg what to do n dont to conceive.. iza tggalkan nescafe, teh, fast food.. minum bnyk asid folik for preparation.. yg pntg jgn stress n serahkan pd Allah.. coz Allah know better.. Zana cuba lh ye.. Semoga dikurniakan cahsya mata... InsyaAllah

    ReplyDelete
  4. Kawan kenalkan u queen,so nk try la..tu nk tanye awk,kalau u queen tu ade membantu..kalau mbantu,zuna nk try jugak la..yg penting usaha kan?:)

    Dah try pil maharani,xberjaya..period delay lagik ade la..leh kongsi cara mkn..consume u queen lepas delay period smpi period semula ke?

    ReplyDelete

Forgotten Page

Assalamualaikum.. It’s been a while since my last entry.. lepas mak meninggal dunia, takde lagi perasaan utk menulis.. aku memilih utk memen...