Monday, 29 August 2011

Tanda Tanda Hamil


1. Rasa lapar yang berpanjangan

Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.

2. Perubahan pada warna di sekliling payudara

Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.

3. Kerap membuang air kecil

Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air.

4. Merasa tidak bermaya

Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.

5. Sakit dan tegang pada buah dada

Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.

6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari

Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedkit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama.

7. Rasa loya dan muntah

Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandng.

8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan

Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.

9. Missed period

Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.
Dan akhirnya..

10. Ujian air kencing yang positif

Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian air kencing, kemungkinan besar anda sudah mengandung. Jumpalah doktor untuk kepastian dan...

Hadiah Ramadhan

Assalamualaikum..

Untuk entry kali ini, Iza nak cerita pasal hadiah Ramadhan yang Iza terima. Hadiah yang paling bermakna dalam hidup Iza, sepanjang hayat InsyaAllah xkan Iza lupakan. Hadiah dan rezeki yang dikurniakan Allah ini lebih bermakna dan bererti dari segala macam hadiah yang Iza pernah terima. Satu kebanggaan dan merupakan kemuncak kebahagiaan di bulan Ramadhan. 

Alhamdulillah, semalam tanggal 28 Aug 2011 bersamaan 28 Ramadhan 1432H, Iza telah menerima hadiah dari Tuhan Yang Maha Esa. Xkan Iza lupakan detik itu. Iza dan suami bermalam di rumah mak di Saujana Utama. Lepas sahur, Iza terus xtido. Tengok tv sambil layan perasaan x selesa di bahagian perut. Iza gtau kakcik nak g klinik. Takut cyst Iza ader lagi.

Kakcik ngan Aby g pasar tani dulu nak beli lauk untuk Raya nanti. Bagus adik adik Iza nih. Iza bangga sangat ngan diorang. Buat semua tanggungjawab sebagai anak. Syukur Iza pada Allah kerana dikurniakan keluarga yang begitu memahami. Lepas jer, diorang balik dari pasar, Kakcik ajak g klinik. Alamak!!! Iza xmandi lagi.. Nak mandi sure lambat. So, gosok gigi, cuci muka, pkai perfume Atikah.Hehehehe...Siap! Macam dah mandi. 

Sampai kat klinik,daftar nama,sambil duduk melayan kerenah Qaireen gedik, nama pun dah kene panggil. Iza check ngan doktor dulu. Iza gtau lah dah due piriod beberapa hari. Tapi ada rasa sakit senak kat abdomen bawah sebelah kanan. Doktor tu memang dah faham masalah Iza. Jadi, dia terus scan. Scan, nampak bladder penuh urine. Hehehehe... Nampak ovari. Bengkak yang sebelah kanan. Nampak rahim. Tebal! Tapi xde visual baby. Sedih!

Doktor tanya, nak buat urine test tak? Iza pun ckp buat jelah. Iza g toilet, kencing...Hehehe..memang tunggu masa je nak kuar urine tuh... N letak bekas urine kat atas sink. Pembantu klinik dah tunggu. Iza make sure dia test air kencing Iza. Then, Iza pun masuk bilik doktor balik. Sampai duduk kat kerusi, kakcik tengah check. Pembantu klinik tuh, letak test kit td. Aby cakap "Positive!" Iza pulak cakap "tengok!"Kakcik plak "Ha!"...Macam tulah reaksi kitorang adik beradik. End up kitorang tiga tiga nangis, nak ucap Alhamdulillah. Setahun lebih penantian Iza dan suami. Namun abang xde di klinik.

Betapa berbunga nya hati Iza. Rasa nak buat sujud sukur je kat klinik tuh. Ya Allah, Hadiah Ramadhan yang paling bermakna buat diriku. Syukur Ya Allah, Kau makbulkan doa hamba mu yang lemah ini. Syukur. Tersangat syukur.

Date due, 1st May 2012. Balik, terus jumpa mak,gtau Iza pregnant. Mak nangis juga sama ngan Iza.Mak pun bersyukur sama ngan Iza. Iza gtau Alang plak. Alang pun nangis jugak. Petang tuh, abang Usop datang, mak gtau. Abang Usop pun nangis. Alhamdulillah Ya Allah. Syukur kerana dikurniakan rezeki di bulan Ramadhan yang mulia ini. Segala doa dan harapan ku dimakbulkan oleh Allah Tuhan Yang Esa.

Kini, Iza di Alor Gajah. Tahun nih beraya di kampung abang. Ok lah kan. Gilir gilir. Pagi tadi tolong mak isi beras dalam ketupat. Nak menganyam ketupat memang Iza xreti lah. So, tolong apa yang boleh aje. Ini pun dah xlarat dah. Rasa menyucuk jer kat bahagian perut sebelah kanan nih. Entah lah, dah 3-4 hari kebelakangan ini, Iza memang cepat letih bila tengahari.

Ok lah, sempena Hari Raya yang bakal menjelma ni, Iza ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya. Maaf Zahir Batin. Ampunkan segala kesalahan dan keterlanjuran Iza dalam berkata.
Assalamualaikum...

Monday, 22 August 2011

Menjelang Hari Raya

Assalamualaikum...

Dah lama xmenulis... Rasa nya xde lah sibuk sangat. Tapi mungkin sebab laptop dah rosak, so kurang lah sikit entry untuk bulan ini. Alhamdulillah...hari nih dah 22 Ramadhan... Syukur kepada Allah kerana memanjangkan umur kami, untuk beribadat lagi dan memohon keampunan Ilahi. Tahun ini, Iza dan Suami masih berdua. Hmmmm...Masih belum ader rezeki untuk menimang cahaya mata. Namun, Iza dan suami masih mencuba dan berdoa kepada Allah Yang Maha Esa agar kami dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah sebagai penyambung agama Nya dan pewaris keturunan kami.

Mak Abah Iza, selalu tanya. Mak Abah suami pun kadang kadang ader bertanya. Apa yang boleh di ucapkan hanya, "xde rezeki lagi"... Sedih sangat.. Teramat amat sedih... Namun hanya usaha, doa dan tawakal dari kami suami isteri yang boleh diteruskan. Berbalik kepada Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Tahun nih giliran rumah mertua. Huhuhuhu....Plan nye sehari sebelum hari raya balik Melaka. Hari Raya pertama, dalam tengahari sikit baru balik Umah Saujana. Rasa mcm xbest jer. Sebab raya ke 3 dah kene g Labuan. 

Cerita mengenai kuih raya plak. Kuih tahun nih, order dari bisnes suamiku, EdyMart.com...hehe...Ape salah nye menaikkan ekonomi suami... Beli 4 jenis jer... Baju tahun nih tema purple...Hihi..i Love Purple....Tapi ader baju extra, hijau gelap, hijau muda, orange, n biru laut...Hahaha..banyak nye baju..itu belum kira blouse n kemeja lagi...Hahaha...Hebat betul...Xingat punye belanja... Tahun nih dapat handbag baru n beli sandle baru. Alhamdulillah, dapat bonus. So berbelanja lah sikit. Duit raya pun dah tukar. Bila kira kira, total duit raya kene tukar 550...Adoiiiiiiiiii...Huhuu.....

Rumah.....Rumah xbuat ape pun sebab baru pindah kan. So kira rumah tuh rumah raya lah. Langsir biru yang baru buat tuh pun kira langsir raya lah. HAhahahaa....LAgi ape yer pasal raya? Hmmmm...Ingat nak masak something sebelum balik raya kat Melaka. Maybe buat Kek Coklat, n Caramel jer masa balik nanti...

Semoga segala nya berjalan lancar. InsyaAllah.Sehingga entry yang akan datang, Assalamualaikum..


Friday, 5 August 2011

Coretan Pagi Jumaat

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..Dipanjangkan umur untuk berpuasa di hari ke 5 di bulan Ramadhan ini. Pagi ini bersahur Nasi dan Sambal Sardin yang ditapau dari umah mak semalam. Dah bape lama dah x memasak nih. Rasa dah jadi malas plak. Kene rajin rajin kan diri nih. Hehehe.

Lepas sahur, lepak dengan abang jap, pastu ZzZzZzZz.... hehehe...Takut tido sorang, ajak abang tido sama. Dia pun tergoda jugak dengan ajakan Iza. Hehehe...Bangun balik pukul 7 tadi, mandi..bersiap untuk ke tempat kerja. 

Hmmmm...begitulah rutin seharian di bulan puasa nih. Berikut Iza sertakan sedikit fadilat di hari jumaat.

Nabi s.a.w biasa memotong kuku dan menggunting misai sebelum keluar untuk solat Jumaat.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Siapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat maka akan didoakan oleh malaikat hingga malam.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Siapa membaca pada pagi Jumaat sebelum solat Subuh, Astagh Firullahalladzi la ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilahi’ tiga kali, nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di laut.

Dari Abu Hurairah r.a katanya, dia mendengar Nabi s.a.w bersabda: Janganlah kamu berpuasa pada hari Jumaat melainkan bersama satu hari sebelumnya atau sesudahnya.
Pada hari Jumaat dijadikan ada saat mustajab; tiada seorang berdoa bertepatan dengan saat itu melainkan pasti doanya diterima selagi tidak berdoa untuk kejahatan atau memutuskan hubungan keluarga.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Siapa yang berwuduk sahaja untuk menghadiri solat Jumaat adalah sudah baik (memadai), tetapi siapa yang mandi maka adalah terlebih baik.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda: Sesungguhnya hari-hari yang utama bagi kamu iaitu hari Jumaat maka perbanyakkanlah membaca selawat padaku kerana bacaan selawatmu itu langsung disampaikan kepadaku (pada hari Jumaat).

Begitu lah fadilat nye di hari Jumaat. Sehingga ke entry yang lain. Assalamualaikum....

Monday, 1 August 2011

Aku Sangat Cantik - I Luv Islam


Kepada anda semua yang bergelar wanita muslimah,
Jujur dari hati kalian, apakah sebenarnya nilai dan erti sehelai tudung yang berada di kepala anda sekarang ini? Adakah sekadar mengikut trend atau anda benar-benar ikhlas untuk melaksanakan hukum Allah?
Dunia ni pelik, ramai yang bertudung namun cara berpakaian masih tidak mengikut hukum syara'. Ada yang bertudung litup tetapi memakai kain terbelah. Jika di universiti dahulu saya dan rakan-rakan memanggil pakaian sedemikian sebagai pakaian halal haram. Kenapa? Ini kerana kami melihat setiap kali si pemakai melangkah pasti akan terlihat sebentuk kaki hingga ke paras peha dan sekiranya si pemakai berdiri tegak, kaki yang tadinya kelihatan sudah tidak kelihatan kerana tertutup disebalik kain belah.
Tidak kurang juga, ada yang memakai tudung tetapi memakai baju lengan pendek, baju ketat, baju jarang, kain pendek dan macam-macam lagi trend yang sungguh 'unik'. Unikkah? Atau...
Yang lebih menghairankan lagi, wujud pula program-program ala ratu cantik untuk wanita bertudung. Objektifnya mungkin bagus kerana hendak membuktikan bahawa wanita bertudung (muslimah) juga setanding dengan wanita-wanita lain dari segi personaliti akan tetapi adakah program-program tersebut dibenarkan dalam Islam?
Jika diteliti, program-program tersebut tidak banyak bezanya dengan program ratu cantik yang lain, cuma tidak ada slot bikini. Isi utama penganjurannya masih lagi berkisar tentang fesyen dan lifestyle peserta-peserta.
Fesyen yang ditonjolkan pula kebanyakannya tidak menepati konsep menutup aurat yang sebenar. Pemakaian tudung yang singkat, baju yang jarang dan mengikut potongan badan dipertontonkan kepada umum sedangkan kecantikan seseorang wanita wajib dipelihara bukan di pertontonkan kepada mata-mata ajnabi. 
Islam turut mengajar kita untuk bersederhana. Tidakkah pertandingan-pertandingan sebegini hanya akan mengundang riak di hati para peserta?. Riak kerana mungkin ada antara peserta yang merasakan diri mereka terlalu cantik, popular, dikenali ramai dan ayu berbanding wanita-wanita lain yang tidak menyertai pertandingan sebegitu. Walhal mereka tidak sedar bahawa diri mereka sedang diobjekkan oleh manusia-manusia yang tamakkan keuntungan. Jadi, betulkah mereka ini benar-benar cantik?     
Bertudung itu bererti kita sudah memilih untuk mengikut tuntutan Allah S.W.T iaitu menutup aurat. Apa realistiknya Islam menyuruh wanita menutup aurat? Sudah tentulah kerana Islam menjaga martabat wanita agar sentiasa dipandang tinggi dan mulia. Jika anda diberikan pilihan, memilih antara dua makanan yang sama namun salah satu daripadanya terdedah tanpa penutup dan satu lagi elok bertutup yang mana satu agaknya yang akan anda pilih? Saya pasti anda akan memilih yang berpenutup bukan? Begitu lah juga dengan wanita. Antara yang terdedah auratnya dan yang tertutup auratnya sudah pasti lelaki yang soleh akan bijak menilai permata disebalik kaca-kaca. 
Disebabkan inilah, Islam tidak membenarkan wanita diobjekkan. Islam mahu wanita berada setaraf dengan lelaki dari segi kualiti kehidupan tanpa perlu berpakaian seksi, namun tidak perlu pula menyerupai lelaki. Tidak salah untuk berpakaian cantik, dan berpesonaliti menarik, kerana itulah fitrah seorang wanita tetapi jangan jadikan keinginan mengatasi batasan syariat yang ditetapkan. 
Kenapa saya katakan wanita sekarang diobjekkan? Baiklah, sekarang ini kita dapat lihat kehebatan seseorang lelaki itu dinilai bukan pada rupanya dan akhlaknya semata-mata, tetapi pada kejayaannya, pangkatnya dan hartanya. Namun, berbeza pula dengan wanita. Kehebatan wanita kerap kali dinilai melalui kecantikannya, rupa parasnya dan penampilannya. Realitinya kalau seseorang wanita itu tidak cantik, gemuk, tidak cerah dan sebagainya, wanita tersebut akan lebih tersisih dan tidak menjadi pilihan majoriti lelaki di luar sana.
Tidak percaya pada statement ini? cuba fikir kenapa ada perempuan yg sangat cantik sanggup berkahwin dengan lelaki sangat tua dan tidak ada rupa pula tu tetapi kaya raya? Dan, kenapa pula lelaki yang sudah punya isteri yang cukup baik, cantik, taat, tapi masih hendak berkahwin lain kerana perempuan tersebut lagi cantik dan muda? Fikir..fikir..
Secara analogi, jika suatu objek itu tidak cantik, dan tidak pula menguntungkan, adakah kita mahu memilikinya? Inilah yang saya maksudkan bahawa rata-rata wanita kini telah diobjekkan kerana jika wanita itu tidak cantik, maka dia akan dianggap tidak ada nilai dimata masyarakat secara puratanya, walaupun dalam diri wanita itu masih banyak nilai-nilai murni yg lain. Disinilah terlihatnya keadilan Islam kerana Islam tidak memandang wanita pada aspek kecantikannya sahaja, tetapi Islam melihat wanita berdasarkan akhlaknya, imannya dan budi pekertinya?
Saudari-saudari sekalian, jika anda fikir anda cantik sesungguhnya masih ramai lagi wanita diluar sana yang lebih cantik daripada anda ditempat lain seperti timur tengah dan sebagainya. Ada antara mereka yang memiliki mata pelbagai warna, hidung yang lebih mancung, kulit yang lebih putih mulus, malah jika kita sendiri melihat kecantikan mereka pasti kita akan menganggap mereka itu jelmaan bidadari, tetapi mengapa ada antara mereka itu memilih untuk tidak mempertontonkan kecantikannya pada umum malah ada yang turut memakai purdah untuk mengelak fitnah? 
Jika mereka yang secantik itu pun boleh memilih untuk tidak menjadi objek kenikmatan mata-mata lelaki ajnabi, mengapa tidak kita?
Saya tidak memaksa anda untuk sentiasa berjubah, berpurdah dan berniqab. Cukuplah sekiranya anda meletakkan nilai harga diri anda pada sehelai tudung dikepala anda. Maksudnya, anda tidak menutup kepala anda hanya kerana trend atau sekadar syarat semata-mata. 
Dunia ini sementara. Di syurga nanti kita akan menjadi sangat cantik, secantik bidadari. Semua yang didalam syurga itu akan memuji kita buat selama-lamanya. Tetapi sebelum itu, kita harus menjaga maruah dan martabat kita di dunia. Fikirkanlah wahai wanita-wanita, kecantikan rupa parasmu adalah hak suamimu yang bertungkus-lumus menjaga dan mencintaimu sahaja. Bagi lelaki pula, kesetiaanmu adalah milik isteri yang sepanjang masa mentaati dan mencintaimu, bukan untuk wanita-wanita yang tiada sebarang ikatan denganmu. Wallahualam.

Ramadhan Kembali Lagi

Assalamualaikum..

Bersyukur kepada Allah kerana dipanjangkan umur untuk bersama lagi bagi entry kali ini. Rasa dah lama xmenulis since entry yang lepas. Terlampau sibuk dengan tugas di Labuan, hingga terabai blog kesayangan. Namun bersyukur kerana berkesempatan lagi untuk menulis.

Hari ini 1 Ramadhan 1432H. Alhamdulillah, kerana masih bernafas untuk mengerjakan ibadah ini. Hari ini Iza dan abang bersahur berdua di rumah. Namun, abang sahur sorang jer, sebab Iza xboleh puasa. Cuti yang diberi jangan disia siakan. Abang bangun, masak air, goreng telor n buat sandwich favourite dia. Iza terlelap. Abang, macam biasa xkan kejut Iza. Jadi, Iza sedar pun jam dah tunjuk pukul 6.35 pagi. Aduh...Menyesal pulak. Kesian abang, rasa bersalah sangat. Dah lah 1st puasa. Minta maaf dengan abang tadi. Tapi, abang kata ok. Abang biasa jer. Iza pun still rase xpuas hati. Tapi, itulah abang, suami kesayangan ku.

Hari nih masuk kerja kul 7.30 pagi. Sepatutnya masuk pukul 8.00pagi. Tapi, malas lah nak lambat lambat. Baik masuk awal sikit. Boleh relax relax kat opis sejukkan badan. Dahlah nak memanjat tangga 3 tingkat. Semput.
So, ini sajalah entry buat kali ini. InsyaAllah. bertemu lagi kita dalam entry yang akan datang.

Assalamualaikum.

Forgotten Page

Assalamualaikum.. It’s been a while since my last entry.. lepas mak meninggal dunia, takde lagi perasaan utk menulis.. aku memilih utk memen...