Hati ibu yang mana tidak akan menangis sedih melihat anaknya dibuli. Ibu sendiri pernah mengalami perkara ini semasa anak yang pertama.
Anak Ibu Sumayyah semasa kecil memang 'dainty', maka selalulah dia dibuli. Terutama seorang kawan sebayanya. Apa yang menyedihkan hati ialah ibu sianak itu tidak bersungguh-sungguh melarang anaknya.
Apa hendak dibuat. Maka inilah yang Ibu lakukan.
Ibu meminta balik mainan daripada kawannya itu baik-baik dan gantikan dengan mainan lain. Bila kita minta balik mainan itu dari kawannya yang merampas baik-baik dan menggantikan dengan mainan lain, itu sudah menunjukkan kita memahami perasaan anak kita dan kita juga mengajar secara diplomatik kepada kawannya itu untuk tidak merampas.
Jika tidak boleh meminta balik, maka boleh ajar anak anda untuk bersabar dan mengizinkan kawannya bermain sekejap.
Dan berpakat dengannya untuk mengelakkan perkara seperti ini berlaku lagi. Anda boleh katakan lain kali kita tak payah bawak mainan tu keluar. Kita main hanya bila dia sorang ya. Nanti bila dia sudah boleh share dengan kawan-kawan kita bawak keluar. dan katakan; "Nanti kita pilih mainan mana yang boleh share dan mana yang tidak. Yang boleh kita letak kat luar ni. Yang tak boleh kita simpan dalam bilik."
Menghormati perasaan sayangnya anak kita kepada mainannya itu sangat penting bagi usia 3 tahun ke bawah ini. Apatah lagi bila kita memberi dia ruang untuk tidak berkongsi mainan yang dia sayang itu, dan secara perlahan-lahan menggalakkan dia berkongsi tanpa memaksa, anak kecil itu akan cepat belajar untuk berkongsi.
Sebaliknya, jika kita suka memaksa dan tidak menghargai perasaan sayangnya dia akan mainannya, dua kemungkinan boleh berlaku; anak itu membesar dengan perasaan tidak hormat akan benda kepunyaannya dan kepunyaan orang lain. Kedua, mejadi kedekut teramat sangat. Sehingga tiada siapa boleh menyentuh barang kepunyaannya.
Selain itu semasa dia sedih atau marah baranngya di ambil oeh kawannya, ambil kesempatan ini untuk memberitahu kepada dia, itu sebab anda mengajar dia untuk dia tidak merampas mainan dari kawan-kawannya. "Sedihkan bila orang buat macam tu. Kita tak nak sedihkan orang dan diri kita juga kan!"
Mengajarnya begini akan meningkatkan perkembangan EQnya.
No comments:
Post a Comment