Monday, 21 October 2013

Jangan Didik Anak Jadi Biadap


Ramai ibu bapa sangat mengasihi anak-anak mereka.Mengasihi anak-anak adalah suatu yang agak mudah dan datang secara naluri. Oleh itu ramai ibu bapa yang terlepas pandang bahawa bila kasih sayang dilimpahkan tanpa memahami apa itu kasih-sayang, maka ramai yang terjerat dan masuk ke perangkap 'Keibubapaan Secara Pemisif'.

Kerana terlalu kasih, anak dibiarkan melakukan apa sahaja dan tidak diberi 'boundaries'. Bila anak bercakap kasar dengan ibu bapa pun dibiar. Bila anak meminta itu dan ini, semuanya diikutkan. Lantaran anak-anak yang belum matang itu menyangka ibu bapa mereka adalah HAMBA dan mereka adalah TUAN.

Lalu mereka menggunakan tektik mengamuk, merajuk, menakutkan -'threaten'. Contoh yang Ibu akan katakan ini sudah pun berlaku "If you don't want to buy that toys for me, I throw myself infront of that speeding car!!!"

Bagaimana niat yang sangat baik daripada ibu bapa ini diambil kesempatan oleh anak-anak yang belum matang dan tentunya tidak akan matang bila keibubapaan adalah pemisif.

Kesimpulannya, keibubapaan ini tidak boleh diambil mudah. Masa telah berubah, banyak skil dan tips semalam tidak boleh digunapakai. Kita perlu kembali kepada memahami dengan jelas APAKAH TUJUAN UTAMA KEIBUBAPAAN...inilah akarnya. Tips dan skils adalah perkara ranting, penting tapi bukan akar. Pelajari dan hayati perkara akar di dalam keibubapaan.

Kredit: Ibu Rose FB 

ANDA LAYAK MEMPUNYAI ANAK-ANAK YANG CANTIK AKHLAQ.

No comments:

Post a Comment

Forgotten Page

Assalamualaikum.. It’s been a while since my last entry.. lepas mak meninggal dunia, takde lagi perasaan utk menulis.. aku memilih utk memen...