Rasa sedih dan pilu dgn luahan kengkawan semua,kerjaya tentera tidak menjanjikan kekayaan cuma kesenangan utk diri sendiri dan keluarga.Kalau semua hak tentera nak disekat, apa lagi yg kami boleh buat..hanya omongan kosong belaka setelah 17 thn berkhidmat. Tidak ada apa yang boleh dibanggakan,hingga orang luar dah tak kisah dan segan.
Ramai berkata ASKAR- Azab Sengsara Kau Akan Rasa...tapi sampai bila?..perlukah anggota bawahan seperti kami dinafikan hak sebagai manusia? kami juga berkeluarga, punya cita-cita dan ramai anak yang harus ditaja...Pernahkah "KAU" yg bergelar PEGAWAI nak bertanya?....sedikit pun tidak terlintas bukan?..!!!!!
tidak kira tentera darat, laut mahupun udara..."Korang" pukul rata aje...sedarlah...kami LLP inilah yang 'buat' kerja utk kamu tapi kamu..apa yang kamu buat utk LLP seperti kami?...kamu buat kami mcm lembu!!..Ingat!!!..
pengalamanlah yang mendewasakan kami sebagai tentera yang matang dan disegani, tetapi KAMU hanya berbangga setelah diperbudakkan oleh segulung ijazah dan diploma yang mungkin dibeli...masih ingatkah lagi?,kamilah yang menggerakkan kereta perisai,agar tubuh badan KAMU tak bersepai...kamilah yang bersengkang mata dilaut, agar KAMU lena tanpa dikejut,...kamilah pekerja yang paling awal datang, agar esok pagi KAMU boleh terbang....
Wahai PEGAWAI,bersikaplah seperti dacing sebelum israfil meniup seruling..ambil sedikit masa untuk memandang ke bawah dan terus ke atas, sebelum KAMU dari atas memandang ke bawah selamanya.Kami LLP sedia berperang walaupun tidak ada KAMU...tapi KAMU tidak sesekali akan berperang tanpa kami. Hakikatnya yang sebenar...KAMU lebih memerlukan kami daripada kami memerlukan KAMU....cuma KAMU menafikannya.
Cubalah kaji, berapa kali kami minta tolong dari KAMU berbanding KAMU yang minta tolong dr kami dalam sehari?..fikirkanlah...!!maka, jgnla perasan dan sombong dengan apa yang KAMU ada. berikan HAK kami....kerana apa yang KAMU miliki dalam tentera adalah hasil usaha dan titik peluh kami...