Sunday, 28 April 2013

Adelia 1st Birthday Pool Party

Assalamualaikum..
Last friday,26/4/13 was Adelia first birthday anniversary.. Cepat betul masa berlalu.. Mama have been waiting for so long, to have u in mama life.. Mama bersyukur pada Allah sebab kurniakan anak sebijak dan secomel Adelia.. Anak mama, permata hati mama.. Syukur, spanjang setahun ni, Adelia dikurniakan kesihatan yang baik.. Walaupun, ade sekali dua, Adelia kene demam, selsema,cirit.. But, we are human kan.. Sape yg xpernah sakit.. Bila Adelia xsihat, mama tahu, ini ujian Allah yg sangat kecil.. Nak dibandingkan dengan orang lain.. Mama bersyukur sangat..
Ok, last friday, kita xcelebrate birthday Adelia... Tapi kita g hospital... Adelia ade appoinment cucuk 1 tahun.. So, pagi2, kita dah siap n Adel dgn baju baru di yg sweet sgt tuh... Mama suka tgk adel in that dress. G DEMC, jumpa dR Ahmad.. Baik sgt.. About 9.30am dah setel.. Balik, g tesco cari birthday party nye barang.. Actually half of it dah beli masa kat giant.. Nak cari banner je.. Adel lps cucuk, tido.. So lps jumpa barang yg dicari, trs baik rumah.. Papa pun nak g solat jumaat.. So adel n mama berehat je dirumah.. Lps magrib gerak g umah nenek..
On saturday, balik melaka.. Jumpa atuk, nenek n nek nyang.. Sunday, t day.. Adelia 1st birthday pool Party










































Thursday, 25 April 2013

Exam Promotion

Mama baru habis exam untuk promotion kenaikan pangkat.. Alhamdulillah, 3 paper inshaaAllah dapt score..yang satu lagi tuh 50/50... Mama tawakkal je.. Usaha dah pun mama buat.. Doa pun sudah.. Hope n pray for the best..
Result maybe hujung tahun tahu.. Hmmm, tengoklah nanti mcm mana.. Mama xmengharap sangat, cuma kalau dipermudahkan jalan, alhamdulillah..
N bila teringat tarikh 25/4, mama teringat kisah sehari sebelum melahirkan Adelia.. Petang mcm nih, mama sibuk bersihkan kereta, cabut rumput n lalang kat laman umah nenek.. Memang saja mama buat, nak bagi senang bersalin.. Mama cangkung, bangun, cangkung, bangun.. At one time tuh, mama rasa pening nak pitam, tapi mama relax kejap.. Memang mama dah sakit.. Tapi boleh tahan lagi.. N tomorrow is Adelia birth day.. Mama on leave esok.. So inshaaAllah akan bawak Adelia g cucuk setahun n g jalan2..

Friday, 12 April 2013

Baby in ELF

Assalamualaikum.. 
Salam di pagi Jumaat.. Hari nih, Cik Da buat video anak2 dancing in ELF.. 
So enjoyyy





Wednesday, 10 April 2013

Doa Untuk Menangani Anak Yang Nakal

♥ Doa Untuk Menangani Anak Yang Nakal ♥

Membesarkan anak2 memang banyak dugaan & cabarannya. Moga ada antara doa di bawah ni yang mommy boleh amalkan untuk menghadapi kerenah anak-anak :)

1. Baca “Ya Latif” sebanyak 7 kali dan hembuskan ke ubun-ubun sewaktu mereka tengah tidur

2. Cuba berbicara dengan baik dan gunakan kaedah memujuk

3. Banyak berdoa kepada Allah minta dilembutkan hati anak-anak

4. Bila bangun pagi, peluk anak, usap kepalanya dan berselawat sambil berniat dalam hati

5. Baca surah Al-Fatihah, Surah Taha ayat 1 hingga 5, diikuti doa nabi Daud 3 kali. Doanya “Ya Allah lembutkanlah hati anakku (sebut namanya) sepertimana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi. kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Kalau anak masih menyusu,hembus pada susu

6. Untuk membantu anak mudah belajar baca zikir Ya Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19 dari surah As-Syura yang bermaksud “Allah maha lembut pada hambaNYA. Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang dia kehendaki dan Dia lah yang Maha Kuat lagi Maha Kuasa.

7. Baca surah Al-Insyirah sewaktu menemani nak-anak belajar

8. Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa dari Surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud ” Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah iman kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya”

9. Kita juga digalakkan menyentuh lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Lakukan setiap malam ketika anak-anak dalam keadaan baru hendak tidur. Ketika ini otak mereka sedang berada dalam separa sedar dan mudah merakam apa yang kita lafazkan.

10. Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang bermaksud ” Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.

11. Amalkan ayat 40 dari surah Ibrahim yang bermaksud “Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan sembahyang, zan zuriat keturunanku. wahai Tuhanku perkenankanlah doaku.

Doa-doa dari ayat Al-Quran yang boleh diamalkan:

1. Supaya anak-anak pandai belajar, baca surah Al-Anbiya’ ayat 79 selepas solat Subuh sebanyak 10 kali dan diikuti doa

2. Sewaktu anak-anak bergaduh, baca surah Al-Baqarah ayat 102

3. Supaya anak-anak lembut hati dan elakkan panas baran, baca surah A-anbiya’ ayat 69, juga surah Al-Hasyar ayat 22 hingga 24

4. Anak-anak malas ke sekolah, baca surah Taha ayat 1 hingga 5.

5. Anak-anak yang suka keluar malam, baca surah Ar-Rum ayat 31 sebanyak 33 kali.

Insyaallah dengan doa yang tidak putus, anak-anak yang nakal akan berubah menjadi baik :)

Changes For A New Mommy




Perkara Berubah Apabila Jadi Mama

1. Kita dapat kekuatan dalaman tanpa sedar.


2. Rindu saat 9 bulan kehamilan.

3. Kita tidak lagi memerlukan jam untuk bangkit dari tidur kerana tangisan bayi di waktu pagi bertindak sebagai 'alarm'

4. Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita

5. Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding anak yang sakit.

6. Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh bila lihat berita2 bayi dibuang,sakit,didera

7. Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin
8. Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi
9. Kita akan lebih menghargai diri kita

Tuesday, 9 April 2013

Doa Melawan Kanser


Assalamualaikum

Berikut adalah surah-surah bagi melawan penyakit kanser.. orang kata kalau xkena pada diri sendiri, kita xamik tahu pun.. Cuma ini adalah sebahagian dari inisiatif yang mama boleh buat untuk bantu atuk yg tengah sakit sangat.. Mama hanya mampu ikhtiarkan cara2 begini.. Mama dah buntu.. Atuk dah xboleh tahan sangat.. Kesian atuk..Ya Allah, permudahkan lah kami anak2 nye untuk menjaga dan berbakti kepada abah yang sedang sakit..

Senarai 8 surah bagi melawan kanser.. Nih mama dapat dari pelbagai sumber blog n web dari internet..

1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91).
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81).
3. Surah Al Raad (Ayat 16-28).
4. Surah AN Anbiyaa (Ayat 38-50).
5. Surah Asy Syu'ara (Ayat 185-227).
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52).
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77).
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).

Cara-caranya:

Sebelum memulakan bacaan:

1. Istighfar 10x.
2. Shalawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.
4. Ayatul Kursi 1x.

Sediakan botol-botol air yang bersih secukupnya. Setiap kali habis membaca surah-surah berkenaan, maka ditiupkan kepada air tersebut. Pesakit dinasihat kan minum air bacaan setiap hari. Sapu air pada anggota yang kena barah kanser dan mandi pesakit dengan air ini. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semuanya dengan izin-Nya.

Semuga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya. 

1. SURAH AL MAIDAH (AYAT 82-91).


2. SURAH AL ARAAF (AYAT 70-81).


3. SURAH AL RAAD (AYAT 16-28).


4. SURAH AN ANBIYAA (AYAT 38-50).


5. SURAH ASY SYU'ARA (AYAT 185-227).


6. SURAH AZ Zummar (AYAT 42-52).


7. SURAH GHAFIR (AYAT 67-77).


8. SURAH AZ ZUKHRUF (AYAT 52-70).


Insyallah dengan berkat dan usaha kita, kesengsaraan atuk boleh dikurangkan.

Forgotten Page

Assalamualaikum.. It’s been a while since my last entry.. lepas mak meninggal dunia, takde lagi perasaan utk menulis.. aku memilih utk memen...