Friday, 28 December 2012

Pak Lang Jeff Wedding Day



Pak Lang Jeff  Wedding was on Friday, 14 Dec 12.. Mama n Papa gerak dari rumah kita lepas subuh to reach kampung nenek before 8 am.. Alhamdulillah..Everything goes well.. Perjalanan dalam keadaan mengantuk.. Tapi berjaya juga sampai.. After reach kampung, Adelia menangis xnak dengan orang.. Hmmm... Mama dah agak.. Coz u are a big girl now... Puas mama n papa pujuk.. Xde sorang pun yang Adelia nak.. Hmmm.. Mama jadi mangsa lah.. Kene dukung Adelia sepanjang masa... But, no probblem.. U r my baby.. Its my responsibility to take are of u my girl...





Jumaat, 28 Dis 12

Assalamualaikum... 
Alhamdulillah dipanjangkan umur unuk bernafas lagi pada hari Jumaat yang mulia ini. Penghulu segala hari..  Hari nih dimulakan dengan senyuman anak Mama... Ohhh adelia, Mama loves u so much Dear... Mama panggil Papa, to be with u on the bed, Adelia dengar suara Mama, terus celik mata. 
Hmmm, when comes to Adelia, mama memang xingat waktu yang berlalu.. Mama main2 dengan Adelia, end up tgk jam dah kul 7 pagi... Mama tukar pampers Adelia. Tengok muka Adelia yang manis, sejuk hati Mama.. Mata Adelia yang sayu macam mata Mama (papa yang cakap)... Senyuman mcm senyuman Papa... Adelia pengubat hati Mama... Mama loves u so much sayang..
Atuk masih di rumah nenek. Kesihatan nya macam tuh jugak.. Petang nih kita balik umah nenek ye sayang.. Papa xde g JB.. Tinggal kita berdua aje.. So, kalau mama kene g keje, Adelia tinggal dengan kakcik, kak tika, nenek n atuk ye... Behave lah sayang...
Thats all for today entry.. Mama ade nak buat keje nih... Take care baby.. Muahssss.

Wednesday, 26 December 2012

Kanser Kolon


KANSER usus atau ” colon cancer “ adalah kanser yang terjadi didalam usus besar dan usus kecil.Olih kerana kanser terjadi diruangan tempat pencernaan dan penyerapan nutrien dan zat zat makanan ia dilihat sebagai amat merbahaya.Kanser perut berkongsi risiko yang amat tinggi dengan kanser kolon.


Tumor didalam usus terbahagi 2 jenis.


Benign .Ia jenis tumor yang tidak  merebak kebahagian lain badan dan kebiasaanya selamat untuk dibuang melalui kaedah pembedahan yang dipanggil  “colonoscopy”.Tumor jenis benign perlu juga dibuang kerana ia berpotensi untuk bertukar menjadi tumor jenis malignant.
Malignant.Tumor jenis ini berupaya untuk merebak  samaada dibiarkan tanpa rawatan atau melakukan pembedahan,kimoterapi dan radiasi.

Tumor biasa terjadi didalam usus besar atau didalam usus kecil dipenghujung usus yang dipanggil “rectum”.Tumor dipercayai bermula apabila terbentuk gelembung2 pada permukaan dinding usus.Ia dikenali sebagai “polypse”.Pada tempuh beberapa  tahun  “polysps” ini akan berkembang dan  membengkak dipermukaan dinding usus.


Samada ia jenis benign  atau malignant hanya bolih disahkan melalui  ujian “biopsy”.Namun pada perngkat ini kebiasaanya  symptom  belum bolih dirasai  kerana ia belum menjejaskan fungsi keseluruhan kolon.


Jika pada peringkat ini ia dikesan doctor biasanya akan memulakan proses “staging” dan memulakan kaedah rawatan.”Staging” untuk kanser kolon adalah seperti berikut.Olih kerana kanser kolon cenderung untuk merebak ke organ  hati dan paru paru,xray atau scan akan dilakukan pada bahagian tersebut.


Kanser kolon mempunyai kaedah pengeredan yang agak berbeza dan kompleks dengan kanser2 lain kerana ia mempunyai pelbagai peringkat perkembangan.Dan kaedah pengeredan terkini yang selalu digunakkan ialah kaedah yang dikenali dengan nama “TNM STAGING SYSTEM”.


T membawa maksud berapa jauh tumou telah berkembang dari permukaan usus dan adakah ia telah merebak kepada tisu2 berhampiran.


N membawa maksud adakah ia telah merebak ke “lympnode”berhampiran dengan persekitaran tumor


M membawa maksud adakah sel kanser telah bermestasis kebahagian organ lain seperti hati dan paru paru


Tx  – tumor belum berkembang atau  info yang ada belum mencukupi
Tis  – tumor berada pada peringkat paling awal kebiasaanya ia hanya berada didalam lapisan paling dalam kolon yang dikenali sebagai “mucosa”
T1  – Tumor telah berkembang sehingga ke melepasi dinding murcosa
Menuju ke bahagian “sub murcosa”
T2  – Tumor telah berkembang melepasi sub murcosa menuju ke bahagian Dinding tebal usus yang dikenali sebagai“muscularis propria”
T3  -   Tumor telah berkembang melepasi “muscularis prpria” dan menuju kebahgian luar dinding kolon tapi belum merebak kepada tisu berhampiran.
T4a -  Tumor telah menembusi kebhgian paling luar usus dekenli sebagai “serosa”
T4b  -  Tumor telah berkembang dibahagian luar kolon dan telah menjangkiti ke tisu2 berhampiran
Kategori N biasanya adalah pengredan yang berkait dengan atau jika ia telah merebak ke “lympnode “ berhampiran.
Nx – bermaksud belum ada bukti kanser telah berada berhampiran “lympnode”

N0 – Kanser dijumpai berhampiran “lympnode”

N1 -  Kanser berada didalam 1 hingga 3 lympnode atau berhampiran.Juga dikenali sebagai N1a,N1b dan N1c yang membawa maksud jumlah lympnode yang terlibat 1,2 dan 3.
N1c menandakan ia telah dikesan  berada dibahgian lemak lympnode.
N2 -  Membawa maksud sel kanser telah berada dalam 4 lympnode
N2a – Kanser dikesan berada dalam 5 atau 6 lympnode.
N2c-  Kanser dikesan berada dalan 7 lympnode

Sementara ketogori M pula membawa maksud kanser dikesan bermestasis kebahagian lain organ seperti hati dan paru atau di lympnode yang jauh


M0 – bermaksud ia dikesan belum bermestasis


M1a – Kanser dikesan telah bermestasis ke 1 organ atau lympnode yang jauh.


M1b – Kanser telah dikesan bermestasis ke lebih dari satu organ atau lympnode yang terjauh atau bahagian luar abdomen.


Dari sini pengeredan akan dilakukan secara berkumpulan untuk untuk mengambarkan secara keseluruhan keadaan kanser.Ia adalah kombinasi kepada pengredan TSM diatas.


Pengredan secara umumnya adalah seperti berikut.


Peringkat “ 0 “

Ini adalah peringkat paling awal.Pada peringkat ini tumor biasanya berada dalam kedudukkannya yang asal iaitu pada bahagian lapisan dalamn usus.Ia juga sering disebut olih pakar kanser dengan nama carcinoma.


Peringkat 1

Pada peringkat ini tumor telah membesar sehingga melangkau ke pertengahan tisu usus.


Peringkat 2

Tumor kanser telah melepasi bahgian dalam dan tengah usus kepada kedudukkan  permukaan usus.Pada peringkat ini biasanya akan terjadi gejala2 atau symptom yang dapat dirasai penderita.


Peringkat 3

Pada peringkat ini tumor kanser telah merebak ke bahagian “lymp node” 3 atau 4 lymp node


Peringkat 4

Pada peringkat ini tumor kanser telah merebak ke lebih banyak lymp node berhamoiran dan juga ke bahagian lain badan,kebiasannya hati dan paru paru.


Sesuatu yang perlu disedari bahawa kanser kolon bolih atau telah terjadi bertahun tahun sebelum simptom2 berkaitan timbul.Simptom akan dirasai bergantung pada bahgiam mana tumor terdapat.Olih kerana  posisi kedudukkan usus itu sendiri melingkari dari bahagian kanan,tengah dan kiri,kebiasaanya  tumor yang terjadi pada posisi2 tertentu kolon akan menimbulkan gejala simptom yang berlainan.


Misalnya tumor yang berada pada sebelah kanan akan hanya menunjukkan simptom apabila ia telah benar2 menjadi besar.Dan apabila ia mula menunjukkan simptom penderita akan kehilangan banyak darah dan menyebabkan “anemia” yang membawa kepada keletihan,pitam dan sesak nafas.


Dan tumor yang berada pada sebelah kiri ( saiz kolon yang lebih kecil ) simptom akan cepat dirasai seperti kesukaram membuang air besar.Bila ini berlaku pesakit biasanya akan merasa kekejangan pada perut,keletihan,pendarahan yang pekat ( jika tumor berada di “rektum” dan kekejangan  abdomen.


Simptom kanser kolon sila rujuk ke link berikut


http://www.cafemlm.com/kesihatan-dan-anda/kenali-simptom-kanser.html


Sementara kaedah rawatan konvensional mempunyai peratusan yang kecil untuk sembuh sepenuhnya,menghampiri kosong peratus terutamanya jenis kanser yang telah bermestasis, manakala rawatan alternatif pula tidak menjanjikan peluang yang tinggi kerana seringkali mereka yang beralih kepada rawatan alternatif hanya setelah mereka menjalani  kaedah kimoterapi dan sinaran radiasi.


Manakala mereka yang mempunyai tumor pada bahagian rektum ( hujung usus ) dimana penyambungan usus sukar dilakukan akan terpaksa  membawa beg “stoma” sepanjang hayat dan berharap tumor tidak akan berulang pada bahagian2 lain usus atau organ.Kerana sekiranya ini terjadi penderitaan adalah berlipat kali ganda.


Rawatan alternatif menjadi agak sukar kerana banyak kemusnahan telah terjadi kepada sel2 sihat pada dinding usus yang mempunyai saluran2 seni urat yang berfungsi untuk menyerap nutrient dan zat2 makanan telah terkambus.


Namun sautu perkara yang perlu diberi perhatian khusus adalah sekiranya terdapat tumor yang besar didalam kolon atau perut,pembedahan hendaklah dilakukan dengan kadar segera untuk membuang tumor.Kemudian barulah kaedah rawatan alternatif bolih dimulakan.


Manakala jika terdapat tumor pada bahgian rektum yang menutupi hampir 90 peratus rektum,pilihan mungkin agak sukar dilakukan.Kaedah alternatif mungkin sahaja tidak mempunyai cukup masa untuk mengecutkan atau memusnahkan tumor.


Namun jika ianya masih diperingkat 30 hingga 40 peratus penutupan,kedua2 kaedah pembedahan dan alternatif mungkin mempunyai ruang masa untuk menyelesaikan keadaan.


Mereka yang menghidap kanser kolon seringkali berasa lemah dan tidak bermaya walaupun mereka kelihatannya makan dengan banyak.Ini adalah kerana makanan yang dimakan tidak dapat dicernakan dengan sempurna dan menjadi bahan buangan.


Yang keduanya nutrient dan zat yang diserap seringkali terpaksa dikongsi dengan sel kanser terutamanya glukos dan nutrient penting yang amat diperlukan oleh sel yang sihat.


Yang ketiganya sel kanser mengeluarkan bahan sampingan yang dipanggil  asid laktik.Asid laktik menghalang sel sihat dari menerima nutrien dan zat yang amat diperlukan untuk membina antibodi untuk melawan sel kanser.Dalam ertikata lain sel sihat telah disekat dari mendapat bahan mentah yang bolih digunakan untuk menghapuskan sel kanser.


Asid laktik ini kemudianya dihantar ke hati dan ditukarkan kepada glukos.Malangnya kitaran makanan ini pula dibolot oleh sel kanser juga.Itulah sebabnya merawat kanser kolon amat memerlukan strategi khusus kerana kaedah rawatan alternatif banyak bergantung kepada apa yang disebut ” oral chealation”


Lantaran itu pengidap kanser kolon  perlu mengambil banyak zat makanan untuk memastikan sel sel yang sihat mendapatkan bekalan yang mencukupi.Yang sebaik baiknya zat2  ini diambil dalam bentuk cecair atau suppliment tertentu yang diolah sedemikian rupa agar hanya sel yang sihat sahaja mendapat manafaat.Dengan cara ini sel2 kanser akan kelaparan dan menjadi lemah.


Selepas kaedah pengawalan diet ini dapat dilakukan dengan berhati hati,langkah kedua pula ialah memusnahkan sel kanser yang sedia lemah.Kaedah2 rawatan alternatif menawarkan apa yang dipanggil “perangkap offside ” terhadap sel kanser.Sel2 kanser yang kelaparan ini akan diumpan untuk menghadam bahan2 yang bila dihadamkan akan menjadi racun kepada sel kanser.


Kemudiannya kaedah detokfikasi digunakan untuk mengeluarkan sel2 kanser yang mati dari dalam saluran darah.


Yang akhir sekali adalah merawat usus dan dinding perut yang tercedera dengan menggunakan supplimen khusus untuk kolon dan perut.


Lantaran itu rawatan alternatif terhadap   kanser kolon dan perut bolih sahaja menelan belanja yang agak tinggi kerana faktor “kegagalan kolon dan perut untuk memproses makanan mentah atau ” raw food “.


Jika anda ingin merawat kanser kolon atau membeli produk berkaitan protokol ini anda perlulah memahami dengan sepenuhnya kaedah apa yang ingin digunakan.


Contohnya pembelian vitamin B17 samada jenis injectible atau  berbentuk pil 500mg sahaja tidak akan membantu.Beri perhatian perkara dibawah sebelum anda memilih produk.


1.Anda perlukan supliment untuk proses detokfikasi  terutamanya “colon detok”.Tetapi jika tumor anda terlalu besar  colon detoks tidak digalakkan kerana dikhuatiri berlaku pendarahan yang banyak ketika ia digunakan.


2.Anda perlukan suppliment yang membina antibodi dan enzim  untuk pengkerias bagi membolihkan protin2 sel kanser dimusnahkan.


3.Anda memerlukan supplimen yang menghalang sel kanser dari mencuri   zat2 makanan dari sel yang sihat.


4.Anda perlu mengujudkan suasana berakali dalam badan untuk melemaskan  sel kanser dengan pengambilan  makanan atau minuman yang tinggi phnya.Terdapat juga suppliment kearah ini jika pesakit kanser kolon tidak mampu makan atau minum dengan banyak sumber2 makanan berakali.


5.Kemudian barulah diambil supplimen2 tertentu untuk membunuh sel kanser dan seterusnya mengecutkan tumor.


Produk2 berkaitan perkara diatas terdapat dalam pasaran dengan pelbagai jenis,jadi adalah penting anda mendapatkan produk yang betul.


Seperkara lagi protokol rawatan alternatif memerlukan anda menghabiskan sesuatu protokol sebelum anda beralih menggunakan kaedah yang lain.Dengan mencampur adukkan kaedah rawatan mungkin akan menyebabkan anda membina dan membiakkan lagi sel kanser.


Telah dibicarakan diatas tadi terdapat banyak keadaan dimana pesakit kanser colon dan kanser perut hanya beralih kepada rawatan alternatif hanya selepas gagal dengan rawatan  menggunaan kaedah radiasi dan kimoterapi.


Pada peringat ini pesakit kebiasaannya sangat lemah dek kerana hilang selera makan dan penurunan berat badan yang drastik.Dalam peringkat ini antibodi pesakit berada dalam keadaan nyawa2 ikan dan bukan sahaja tidak mampu melawan sel kanser malah seringkali ia gagal bertindak keatas virus2 selsema dan demam yang akhirnya membawa kepada kematian.


Bahkan sel2 kanser ini akan sampai kepada satu tahap dimana bila tiada apa lagi yang bolih digunakan sebagai sumber tenaganya ia akan makan sel2 yang sihat dalam ertikata lain ia “memakan pesakit kanser dari dalam”.Kronologi ini dikenali sebagai CACHEXIA .


Sila rujuk disini untuk info lanjut berkenaan  cachexia


http://www.cafemlm.com/kesihatan-dan-anda/kanser-dan-hydrazine-sulphate-2.html


http://www.cafemlm.com/kesihatan-dan-anda/kanser-dan-terapi-hydrazine-sulfate.html


Secara lazimnya sel kanser menggunakan glukos sebagai sumber tenaganya dan hasil buangannya adalah asid laktik.


Sel kanser menghasilkan lebih banyak asid laktik dari sel normal.Ini menjadikan suasana dipersekitaran tumor sangat berasid dan ini disukai mereka.


http://www.cafemlm.com/kesihatan-dan-anda/protocel-merungkai-tabiat-sel-kanser.html


Sementara sel2 normal menjadi lemah kerana suasana berasid ini akan menghalang sel2 normal mendapat nutrien dan zat makanan.Lebih malang lagi asid laktik ini menghalang oksigen dari sampai ke sel sihat.


Asid laktik kemudian dihantar ke hati untuk ditukar kepada glukos.Sekali lagi glukos ini akan direbut olih sel kanser. dan sekali lagi bahan buangan ini akan dihantar kehati untuk ditukar semula kepada glukos.Kitaran yang berulang ulang inilah yang membuatkan pesakit kanser kolon sering kepenatan.


Sepekara lagi apabila antibodi tidak dapat bertindak terhadap sel kanser,ia memungkinkan 2 perkara terjadi.Yang pertamanya sel kanser mencuri zat dan nutrien dari sel normal.Yang keduanya apabila tiada apa lagi yang bolih dicuri ia akan memakan sel yang normal.Dalam istilah lain “pesakit kanser mati kerana memberi sel kanser makan”.


Para pakar kanser berpendapat cachexia adalah penyebab utama kenapa penderita kanser kolon gagal diselamatkan.Kita tidak pasti fenomena ini diakui olih para doktor.Namun bukanlah menjadi rahsia lagi kebiasaannya para doktor akan menasihatkan pesakit kanser untuk makan apa sahaja dengan banyak.Satu jenis nasihat yang BETUL dan SALAH


Bila situasi ini telah difahami sekarang adalah masa bertindak untuk menyekat routine atau kitaran ini.Sel kanser harus disekat untuk mendapat glukose dan asid laktik perlu dineutralkan kepada suasana berakali yang amat dibenci olih sel kanser.


Perkara ini akan dibincangkan dalam dalam penulisan akan datang.Untuk sementara ini anda dinasihatkan untuk makan dan minum dengan banyak sumber makanan berakali.Minuman yang terbaik adalah jus lemon.Minum ia dengan kerap.Jus lemon bila ia masuk dalam badan ia adalah bersifat akali.


Sering periksa Ph badan anda untuk mendapatkan kadar bacaan samaada anda lebih toksid atau akali.Rujuk artikel saya berkenaan Ph badan dan kaitanya dengan kanser.


http://www.cafemlm.com/negeri/ph-badan-dan-kaitannya-dengan-kanser.html


Apakah kaedah terapi alternatif yang paling sesuai untuk kanser kolon.


Yang pertamanya anda perlu memahami beberapa perkara sebelum mencuba kaedah rawatan alternatif seperti yang dituliskan diatas


1.Ketahui kondisi tumor anda.Dapatkan info lengkap mengenai keadaan tumor umpamanya saiz tumor,kedudukkan tumor,sudahkah ia bermestasis ( kemana ? ) dan jika bolih ramalan doktor mengenai kepesatan pembesaran tumor umpamanya 1mm setiap 1 bulan dan sebagainya.


2.Jika ia memerlukan pembedahan segera,lakukannya kerana dikhuatiri kaedah rawatan alternatif mungkin sahaja mengambil masa yang agak lama untuk bertindak keatas tumor.


Apabila anda mempunyai tumor yang besar didalam kolon atau rektum,anda perlu berhati hati dalam memilih kaedah alternatif yang bersesuain.Tumor didalam kolon adalah ruangan yang agak sempit.Apabila tumor telah mendominasi lebih 50 peratus ruang dalam kolon,sesetengah kaedah akan menyebabkan tumor jadi radang atau bengkak sementara akibat tindakbalas yang terjadi dengan unsur2 supplimen terapi alternatif.


Penambahan 30 ke 40 peratus lagi kepada saiz tumor akan meletakkan anda dalam risiko berlaku penutupan kolon yang menghalang sistem pembuangan air besar.Ini tidak baik walaupun ianya bersifat sementara sebelum ia mulai surut dan mati perlahan lahan.Itulah sebabnya saya menyarankan anda memeriksa saiz tumor untuk mendapatkan peratus penutupan kolon olih tumor.


Satu kaedahlah lain yang bolih dipertimbankan untuk mengawal keradangan tumor dan mengurangkan kebengkakkan ialah melalui pengambilan steriods yang dipreskrepsi olih doktor.Namun ia mungkin agak sukar untuk diperolihi jika doktor tidak memahami apa tujuan anda meminta diberikan steroids.


Selain itu MSM ( methyl-sulfonyl-methane ).Untuk pesakit knser ia sering digunakan untuk mengawal keradangan dan kebengkakkan tumor.Ia selamat digunakan  kerana ia bersifat  semulajadi yang sering diserap olih tumbuh2an.Cadangan pengambilan untuk mengawal kebenkakkan tumor ialah sebanyak  40gram sehari.Namun jika dalam bentuk kapsul ia adalah dalam 500mg  dan pengambilan 8 ke 10 kapsul sehari dikira memadai.


Perkara yang paling penting untuk pesakit kanser kolon ialah mengecutkan saiz tumor secepat mungkin.Ini adalah keutamaan pengidap kanser kolon.Itulah sebabnya prosidur hospital akan memulakkannya dengan kedah pembedahan baru diikuti olih kimoterapi atau radiasi.Kimoterapi dan radiasi adalah untuk membunuh saki baki sel kanser yang tertinggal selepas pembedahan kerana potensinya untuk membentuk semula tumor samada dilokasi asal atau tempat lain dalam badan


Protocel adalah satu kaedah yang dikenalpasti sebagai paling cepat dalam bentuk supplimen untuk mengecutkan tumor.Sebaik sahaja ia diminum ia akan menuju kearah tumor kerana disana  terdapat jumlah sel kanser yang paling banyak.


Namun satu perkara yang perlu diingat apabila ia menyerang tumor,tumor akan menjadi bengkak atau radang sekurang2nya untuk tempoh 2 minggu dan penggunaan seterusnya akan menyaksikan penyusutan drastik saiz tumor.Ia bolih mengambil masa sehingga 3 ke 4 bulan untuk ia benar2 surut  100 peratus.


Sisa buangannya ialah melalui pembuangan air besar dimana anda akan akan lihat najis anda diseliputi dengan lendir berarna keputihan.Sila rujuk pada link  berikut untuk mengetahui mengenai simptom penyembuhan.


http://www.cafemlm.com/kesihatan-dan-anda/lysing-proses-tindakbalas-protocel.html


Selain protocel anda digalakkan untuk mengambil enzim pengkerias untuk pembinaan enzim pencernaan dan Taheebo life Tea untuk  pengukuhan antibodi.


Secara khususnya

PROTOCEL,MSM,ENZIM PENGKERIAS DAN TAHEEBO LIFE TEA adalah kaedah yang bolih saya syorkan.


Pengambilan vitamin B17 terutamanya dalam bentuk kapsul dan pil juga sesuai untuk memaksimakan pembunuhan sel kanser.



Updatrd 31/10/2011

Forgotten Page

Assalamualaikum.. It’s been a while since my last entry.. lepas mak meninggal dunia, takde lagi perasaan utk menulis.. aku memilih utk memen...