Assalamualaikum...
Its been tough week for me..Kehadiran seorang puteri kecil.. Hamba Allah yang suci dan bersih, umat Rasulullah saw yang dikasihi... Puteri sulong kami, dinamakan Adelia Hana binti Shamsurizam... Kelahirannya pada 26/4/12 jam 1702H sangat bermakna buat mama n papa...
Kelahiran Adelia Hana, tanda kasih sayang kami, pengikat ikatan suci antara papa n mama.. Adelia Hana lambang kebanggaan kami.. Hari ini genap seminggu umur Adelia... Ya Allah, syukur padaMu kerana mengurniakanku anak sebagai amanah yang paling berharha.. Tidak dapat digambarkan perasaan semasa melihat wajah Adelia Hana sejurus selepas dilahirkan.. Doktor letak Adelia Hana diatas dada mama, papa pula memotong tali pusat anak kami..
Hilang segala rasa sakit, rasa penat, yang ada kini hanya perasaan syukur kepada Allah kerana mengurniakan zuriat dan rezeki yang tidak terhingga nilainya...
Adelia Hana; jadilah hamba yang bertakwa, umat Rasulullah saw yang mengikut ajaran dan sunah, anak yang solehah, saudara yang boleh dipercayai dan dikasihi.. Mama n papa akan buat segala yang termampu utk mendidik Adelia Hana menjadi insan yang berguna didunia dan diakhirat.. InsyaAllah..
Ya Allah, syukur padamu atas segala nikmat dan rezeki yang dikurniakan..
No comments:
Post a Comment