Thursday, 23 June 2011

Fertility Treatment - Part 1 (June - Jul)

Assalamualaikum...

PCOS (Polycytic Ovari Syndrome) 

Setelah disahkan  menghidap PCOS pada awal bulan April 11, hati mula sedih dan sentiasa gelisah. Selalu terfikir betapa kerdilnya diri ini, dan malang nye nasib ini. Namun setelah difikir secara waras, ader hikmah bagi segala kejadian ini. 

Cerita bermula apabila sudah 3 bulan xdatang period. Doktor scan dinding rahim dan dapati tebal. Doktor bagi ubat untuk turunkan period dan akhirnya pada 27 May 11 piriod datang selama 4-5 hari. Alhamdulillah. Satu petanda segalanya akan bermula.

Rawatan bermula pada 30 May 11. Setelah ke klinik, doktor bagi ubat Metformin dan pil perancang selama 21 hari. Kedua dua ubat ini perlu dimakan setiap hari tanpa gagal. Akhirnya sampai lah 19 Jun 11, pil perancang dah habis. Tapi Metformin kena sambung lagi sampai habis. Pada 20 Jun 11, doktor bagi Folic Asid untuk dimakan hari hari (yg mana memang dah makan tiap tiap hari sebelum nih), ubat Clomid 50mg untuk di makan pada hari ke 2 piriod hingga hari ke 6 piriod dan tambahan Ubat Metformin. Doktor menjangkakan piriod akan keluar pada 25 Jun 11. Jadi segala aturan dan panduan pemakanan ubat nih telah ditulis. 

Doktor juga bagitahu pada hari ke 12 setelah piriod kena datang untuk Scan Vaginal untuk check saiz ovum. Namun doktor ader bagi jangka dari hari ke 11 piriod hingga hari ke 13 piriod. Jadi sekarang nih, tengah menunggu hari datang piriod. Perasaan cemas dan debar memang sentiasa ader. Cuma segala harapan dan doa disandarkan pada Allah setelah segala usaha dijalankan.

Semoga Allah mendengar doa ku ini.

Father's Day Celebration For Abah

Assalamualaikum...
Satu lagi coretan kehidupan sebagai seorang anak. Menyambut Hari Bapa sebagai tanda penghargaan kepada abah yang melahirkan menjaga dan mendidik kami sekeluarga. Sambutan yang sederhana tapi cukup untuk kami adik beradik. 
Dari kiri: Atikah.Qistina.Abah.Haziq

Kek Abah n Kuih Melaka Cik Za



Semoga abah sentiasa sihat, dipanjangkan umur dan dimurah kan rezeki. InsyaAllah.

Wednesday, 22 June 2011

Hari Ulang Tahun Pertama

Assalamualaikum..

Dah lama rase nye xmenulis since coretan yang lepas. Sibuk pindah rumah kemudian sibuk bercuti. Bila difikirkan balik waktu bercuti yang lepas memang waktu yang terindah. Cuti diambil sempena nak menyambut Hari Ulang Tahun Perkahwinan kami yang pertama pada 13 Jun yang lepas. Mulanya memang tak merancang nak kemana mana. Tapi kebetulan berada di rumah mak, sambil melayari internet, terlihat plak laman web yang ader sea view dari hotel nya. Apa lagi terus book untuk 3 hari 2 malam.

Hotel Legend Sea View Tower
Kitorang pergi menyambut ulangtahun di Legend Water Hotel kat Port Dickson. Tak jauh sgt, so xmahal sgt... Kitorang tinggal dekat tower sea view..Tingkat 10..memang cantik view nyer... Bila petang matahari terbenam memang cantik panorama.. Tenang jer hati dan perasaan.

Sampai hotel check in, naik bilik, terus berehat.. Keluar makan tengahari kat sea food n kemudian keluar beli kek anniversary. Makan kat Medan Ikan Bakar. Tapi prestasi makanan kureng sikit lah...Kalau nak bg bintang.. 4 dari 10 bintang... Dipendekkan cerita, gagal lah makanannya. 
Kek anniversary

                                                       
 


 Habis potong kek, rehat then keluar g jejalan. G muzium Lukut. Tengok sejarah..Hanis jalan g makan tengahari dekat pantai Port Dickson. Jalan jalan tepi pantai smpai petang... Balik hampir senja then menikmati matahari terbenam, beli sotong kegemaran abang, n balik hotel. Rehat sepenuhnya, kemudia esok nya check out balik KL.


Sambutan Ulangtahun yang sederhana sahaja tapi dengan sejuta harapan supaya jodoh ini berkekalan. Amin..

Friday, 3 June 2011

Permulaan Kehidupan Di Rumah Baru

Assalamualaikum...

Lemah n penat je rasa badan hari nih.. Nasib  baik lah xde flying hr nih. Kalau tidak mesti x perform. Hmmmm.. Semalam setelkan barang barang yang xhabis angkat hari tuh. Tengah sibuk sibuk bersihkan n mengangkat barang, kawan abang datang. Abang shahidan ngan sorang lagi. Abg Shahidan nih toke emas. Hehehe...Banyak juga barang nak kena bawak nih. Mau patah pinggang. Mujur ader kawan abang datang. Diorang pun tolong angkat barang.

Setel angkat barang, ader sikit je lagi yg boleh Iza n abang bawak sendiri. Hari nih baru nak bawak. Nak start susun barang memang xsempat. So, kitorang biar je barang bersepah mcm tu dulu. Pasang railing langsir kat bilik tido, n letak temporary langsir.Temporary langsir which is my bad sheet. Hehehehe.. Tapi ok lah dari pada bogel jer tingkap tuh..

Cadang nak beli almari satu lagi. Nak simpan tuala, comforter n bad sheet. Kerusi untuk meja makan pun kene beli. Nak tambah satu lagi matress cover. Yang lama dah teruk sangat. Wajib beli yang baru. Iza ingat nak g IKEA. Hari ni pas hbis kerje kul 5 nanti nak g amik langsir kat Jekel pastu g ikea pastu straight g umah mak hantar baju uniform utk alter. Hmmmmm, banyak betul perkara dalam kepala nih.  

Esok, cousin rapat kahwin. Mak n abah dah suruh pergi. Iza fikir nak fokus kemas rumah jer. Dah xlarat nak fikir bende lain. Ahad maybe ader fly, adik adik ajak main bowling plak. arrrgggggghhhh...banyak nye nak fikir...Fikir yang mana priority.. Think....

Heheheeh...sudah nya, xfikir pun. Tengok jelah mana yang berkesempatan nanti. InsyaAllah.

Wednesday, 1 June 2011

Kedai Online Iza - Batik

Assalamualaikum..

Iza dah tambah produk baru dalam Kedai Online Iza iaitu http://edycart.com/viewpaging.php?cat=43 . Banyak design kain batik yang dah ditambah. Sambutan dari pelanggan pun, Alhamdulillah. Syukur kepada Allah dengan rezeki Nya. Iza juga berterima kasih pada EdyMart kerana banyak membantu dalam menjayakan Kedai Online Iza.

Berikut adalah jenis kain batik yang sedia ada di dalam Kedai Online Iza.











InsyaAllah dengan adanya produk produk yang disediakan oleh EdyMart.com , Kedai Online Iza akan mendapat sambutan lagi.. InsyaAllah. Kalau berminat sila hubungi Iza melalui blog ini atau melalui email iza_82@ymail.com atau di laman kedai online Iza http://edycart.com/index.php

Forgotten Page

Assalamualaikum.. It’s been a while since my last entry.. lepas mak meninggal dunia, takde lagi perasaan utk menulis.. aku memilih utk memen...