Tuesday, 21 April 2015

BILA MAINAN ANAK DIRAMPAS DAN ANAK DIBULI



Hati ibu yang mana tidak akan menangis sedih melihat anaknya dibuli. Ibu sendiri pernah mengalami perkara ini semasa anak yang pertama.
Anak Ibu Sumayyah semasa kecil memang 'dainty', maka selalulah dia dibuli. Terutama seorang kawan sebayanya. Apa yang menyedihkan hati ialah ibu sianak itu tidak bersungguh-sungguh melarang anaknya.
Apa hendak dibuat. Maka inilah yang Ibu lakukan.
Ibu meminta balik mainan daripada kawannya itu baik-baik dan gantikan dengan mainan lain. Bila kita minta balik mainan itu dari kawannya yang merampas baik-baik dan menggantikan dengan mainan lain, itu sudah menunjukkan kita memahami perasaan anak kita dan kita juga mengajar secara diplomatik kepada kawannya itu untuk tidak merampas.
Jika tidak boleh meminta balik, maka boleh ajar anak anda untuk bersabar dan mengizinkan kawannya bermain sekejap.
Dan berpakat dengannya untuk mengelakkan perkara seperti ini berlaku lagi. Anda boleh katakan lain kali kita tak payah bawak mainan tu keluar. Kita main hanya bila dia sorang ya. Nanti bila dia sudah boleh share dengan kawan-kawan kita bawak keluar. dan katakan; "Nanti kita pilih mainan mana yang boleh share dan mana yang tidak. Yang boleh kita letak kat luar ni. Yang tak boleh kita simpan dalam bilik."
Menghormati perasaan sayangnya anak kita kepada mainannya itu sangat penting bagi usia 3 tahun ke bawah ini. Apatah lagi bila kita memberi dia ruang untuk tidak berkongsi mainan yang dia sayang itu, dan secara perlahan-lahan menggalakkan dia berkongsi tanpa memaksa, anak kecil itu akan cepat belajar untuk berkongsi.
Sebaliknya, jika kita suka memaksa dan tidak menghargai perasaan sayangnya dia akan mainannya, dua kemungkinan boleh berlaku; anak itu membesar dengan perasaan tidak hormat akan benda kepunyaannya dan kepunyaan orang lain. Kedua, mejadi kedekut teramat sangat. Sehingga tiada siapa boleh menyentuh barang kepunyaannya.
Selain itu semasa dia sedih atau marah baranngya di ambil oeh kawannya, ambil kesempatan ini untuk memberitahu kepada dia, itu sebab anda mengajar dia untuk dia tidak merampas mainan dari kawan-kawannya. "Sedihkan bila orang buat macam tu. Kita tak nak sedihkan orang dan diri kita juga kan!"
Mengajarnya begini akan meningkatkan perkembangan EQnya.

Monday, 30 March 2015

Kalah Dengan Kehendak Anak



Kadang-kadang kita juga tidak tersedar kita boleh termasuk dalam kategori ini bila kita terpaksa mengikut sahaja kehendak anak-anak kecil yang belum tahu apa-apa, hanya kerana jika tidak diikuti mereka akan mengamuk dan mengamuk dengan kuat sehingga menghilangkan sabar.
Contohnya; hari ini terdapat ramai para ibu yang membawa kereta. Adakalanya mereka terpaksa membawa anak-anak kecil yang masih menyusu bersama di dalam kereta. Anak kecil yang masih menyusu masih belum faham. Dimana jika dia hendakkan susu mamanya atau hendakkan mamanya dia akan menangis sehingga dapat. Hati Ibu yang mana yang sanggup mendengar jeritan dan amukan anak. Maka hati lembut si ibu pengasih itu mendesak untuk mengambil anak yang mengamuk itu dan memangku sambil membawa kereta. Ibu sangat belas melihat keadaan ini. Ibu tahu perasaan si ibu itu kerana Ibu pun pernah di dalam keadaan begini.
Namun, membawa kereta sambil menyusukan anak amatlah membahayakan nyawa anak, ibu dan pengguna jalanraya yang lain. Walaupun begitu Ibu memahami perasaan si ibu itu. Dan Ibu berharap mereka diberi kekuatan untuk dapat mengemaskan hati untuk tidak membahayakan diri mereka.
Bagi kita yang melihat janganlah kita menghukum. Ada diantara para ibu ini terpaksa terutama jika terlibat di dalam jam yang teruk. Oleh itu jika kita terlihat keadaan ini, bantulah dengan memberikan doa yang baik untuk mereka. Semoga para ibu itu juga tidak lah melakukan nya hanya kerana tabiat.
Memang kita berasa susah untuk anak kecil memahami bahawa dia perlu duduk di kerusi keretanya itu dan menunggu sehingga si ibu boleh memberi susu. Namun ketahuilah susah yang kita lalui itu dan sabar yang anak itu perlu belajar adalah sangat penting untuk kesejahteraan hidup kita dikemudian hari.
Kenapa Ibu mengatakan begitu?
Anak kecil sebenarnya boleh dididik untuk memahami rutin dan had. Namun, kita perlu bersabar sedikit dalam menerap dan membina tabiat ini. Jika kita tidak sabar dan mengikut semua kehendak anak walaupun kita tahu itu merbahayakannya, kita sebenarnya tidak menyiapkan dirinya untuk mentaati dan menghormati ibu bapanya yang akan terpaksa dan perlu melarang dan tidak mengikut semua kehendaknya. Dan jika kita teruskan kita telah termasuk ke dalam perangkap menjadikan anak itu menyangka semua permintaan mereka perlu ditunaikan!
Para ibu yang memahami bahawa mereka perlu mendidik anak dengan prioriti, mereka tidak akan berkompromi akan keselamatan anak-anak, walaupun anak-anak itu menjerit dan menangis di dalam kereta. Mereka hanya akan menyusukan anak bila mereka boleh berhenti sekejab.
Ibu ambil contoh menyusukan anak sambil membawa kereta ini kerana ramai yang tidak sedar bahawa perbuatan itu bukan sekadar sangat merbahaya; malah ia menyebabkan si ibu hilang keupayaan memimpin anak-anaknya kerana dia akan mengikut sahaja kehendak anak bila didesak.
Ini menjadi pattern yang anak itu akan nampak dan menggunakan untuk mendapat apa yang mereka mahu. Bila mereka semakin besar mereka menggunakan lagi pattern mendesak ini untuk mendapatkan apa yang mereka hajati dan akhirnya mereka akan memerintah ibu mereka dan si ibu menjadi ibarat kuli mereka! Jauhkanlah perkara seperti ini kepada semua yang membaca penulisan Ibu ini.
" Oh Tuhan jadikanlah ibu bapa dan yang mengikuti page Ibu ini menjadi bijak dalam mengendalikan isu-siu parenting seperti ini. Berikah mereka kebijaksanaan dan kewarasan di dalam membesarkan anak-anak mereka di dalam dunia yang penuh menjcabar ini.Semoga mereka semua menjadi ibu bapa yang pengasih dan tegas."

Dalam masa yang sama, jika permintaan anak-anak itu boleh ditunaikan dengan baik tanpa mengkompromi keselamatan, batasan kemanusiaan, nilai mulia dsb, maka tidak perlulah kita tidak menunaikan pula 

Wednesday, 4 March 2015

Mimpi Abah - 3

Malam tadi, mama dah bawak kakak n adik naik awal...pukul 8.30 dah naik... layan adik n kakak.... ngam2 kul 9 dah tido dah dua dua.. Mama pun tertido jugak... Cadangnya nak turun balik, minum ubat... terus terlelap...
Sudahnya, mama mimpi... mimpi awal kot... sebab bila terjaga tu, terus rasa sedih sgt n tengok hp..pukul 1130pm... Mama mimpi atuk lagi... Mama tukar kan pampers atuk... atuk pandang n cakap... atuk dah nak pergi hari selasa... pastu mak pun ade... muka mak pucat sikit... xtahulah ape yg atuk nak bgtau mama ni... runsing bila atuk selalu dtg dalam mimpi dgn reaksi yg lain2... Susah mama nak tafsir kan mimpi yg selalu mama dapat...
Mama baca al fatihah utk atuk... Amik selimut n kain pelikat atuk.. Mama peluk kuat2... Mama n anak2 tido sampai subuh... Semoga atuk tenang disana....

Al Fatihah....

Tuesday, 24 February 2015

Cuti Cuti CNY

CNY yg lepas... best!! cuti hari kahmis n Jumaat.. Sambung terus sabtu n ahad.. pastu amik cuti isnin sehari...

Day 1...
Hari Rabu malam, pas kakcik, ummi hbs keje diorang dtg umah kita kat BJ... siapkan kereta, top up TnG, siapkan makanan utk mkn... Pukul 2 pagi hari Khamis dah set alarm..Mama bangun... g mandi dulu.. kejut papa...siapkan barang2 yg last minit nak masuk dlm kereta...tukar pampers kakak n adik, pakai socks... n masuk dlm kete.... Kakcik n ummi pun siapkan semua, n masuk kete...Ngam2 pukul 3 pagi, kitorang gerak dari BJ ke Perlis...

Mata xberapa ngantuk sgt... Tapi berenti 3 kali... g toilet n buat susu anak2 n berenti solat subuh..Alhamdulillah sampai lebih kurang pukul 8.30 pagi...Jumpa mila kat kedai makan... sarapan dulu... hbs sarapan, g umah pak ngah nak amik nenek... mkn tengahari kat sana n balik homestay...


















sampai homestay..rehat2, mandikan anak2, setelkan barang2... plan tuk kuar mkn malam g kuala perlis,,...makanan memang best.. murah gile berbanding harga kat KL... 


















Day 2....
Hari ni plan breakfast kat homestay je...Mila belikan nasi lemak n makan kat umh... Pastu plan nak g Taman Ular... pukul 11 macam tu, dah ready... 







































penat kat taman ular... singgah tapau makan utk nenek.. makan kat masjid je... sbb papa n babah nak g solat jumaat...



kitorang xmakan... sbb nak g mkn laksa special kat tempat best... memang best tmpt tu... restoran dalam ladang nipah... makan ABC...sedap n murah... habis kat situ.. g taman layang2...ade layang2 panda yg besar... 























Day 3........
Pagi kitorang dah bgun sbb nak g wang kelian... singgah sarapan dekat kaki bukit... shopping sakan... hehe... penat jalan..panas pun ye..parking xde.. walaupun dah smpai awal... 















Balik dari wang kelian.. terus rehat n beli barang utk gerak balik KL...makan dinner kat umah je,, pastu kul 1 pagi dah gerak n sampai BJ kul 6.30 pagi... Alhamdulillah dipermudahkan segala urusan...

Important :
Declaration of images are the intellectual or personal property of the blog owner: Nor Azizah
 Declaration of image usage is strictly prohibited without the written consent of the blog owner; Nor Azizah 
Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.
Declaration of editing or removing the watermark on image(s) is strictly prohibited and automatically qualifies as breach of intellectual property of the blog owner; Nor Azizah.

Forgotten Page

Assalamualaikum.. It’s been a while since my last entry.. lepas mak meninggal dunia, takde lagi perasaan utk menulis.. aku memilih utk memen...