Wednesday, 13 July 2011

Berpuasa di Bulan Syaban

Assalamualaikum...

Alhamdulillah dipanjangkan umur Iza dan suami untuk berpuasa di bulan yang berkat ini. Baru lepas bersahur. Masuk hari nih, baru 2 hari lah kami berpuasa. Iza ganti puasa mana yang xterganti, abang pulak puasa sunat n mendietkan diri. Katanya lah.... Tapi masa berbuke, mengalahkan org puasa seratus hari. Hahahaha.. Itulah telatah suami tercinta. Mengalahkan budak yg baru belajar puasa.

Pada isnin yg lepas, Iza puasa juga. Untuk berbuka, Iza sediakan Sup Ayam, Ayam Sambal Cili Padi, Sayur Buncis, Kek Oren dan Puding Fruit Cocktail. Banyak betul menunya. Hhahaha.Mak, adik2 n Kak lang datang utk menjamu selera masa berbuka. Yelah lauk pauk banyak. Xhabis dimakan Iza dan abang.

Puding Fruit Cocktail

Ayam Sambal Cili Padi

Sayur Buncis

Sup Ayam

Kek Oren

Extra Puding

Selesai masak, sambil menunggu waktu berbuke, abang Zam tepon kata Kakcik excident. Terkejut beruk. Kereta nya teruk, tapi Alhamdulillah, kakcik x ape ape. Kesian dia dilanda musibah begini. Mujur, dia selamat dan xcedera. Abg Zam  n Abg Usop g pick up kakcik, buat report polis n setelkan barang kereta. Kakcik balik umah mak malam tuh. Mak xtau. Iza pun terus sms Aby n Alang gtau. Alang n Aby terkejut. Iza kata jgn gtau mak dulu. Nanti mak risau. Mak n Aby n Alang pun balik umah tunggu kakcik. Kakcik pun setel hal tuh, balik ngan abg zam. Tapi xbgtau mak lagi. 

Esoknya, lepas subuh mak perasan kakcik ada kat bilik dia. Terkejut lah mak. Lepas kakcik cerita, mak pun bersyarah mcm biasa n nasihatkan supaya hati2...Itu lah kasih sayang mak. Ok lah...Nak mandi, solat Subuh n ready utk g kelas. 

Assalamualaikum.

Monday, 11 July 2011

Chocolate Chiffon Cake

Assalamualaikum...

Sepanjang berkursus di Sungai Besi, Iza dah jarang on laptop.. So, bila x on, maka x update lah blog nih. Sepanjang berkursus nih, keje makan jelah. Iza juga xlupa buat hobi Iza iaitu memasak. So, resipi yg baru diambil dari kawan Iza, Ros (boleh dikatakan mentor iza lah). Jadi menu yg terbaru Ros ialah Bluberry Chiffon Cake. Tapi sebab abang xsuka sgt Bluberry, Iza masak Chocolate Chiffon je lah. Nanti xde orang nak makan pulak.
So, sedikit gambar Chocolate Chiffon Cake




Weekend yang lepas, Iza try buat Puding plak. Puding kali nih special sikit sebab dikenali sebagai Puding Marble. Resipi puding nih, Iza amik dari blog Madiha. Terima Kasih kak Madiha.Tapi puding Iza xpresentable sgt lah. Biasa biasa jer rupe nye. Ditambah plak dengan comot nyer. Hehehehe. So, enjoy t picture.



 Sekian entry Iza kali ini. Jumpe lagi untuk next entry.

Assalamualaikum...



Tuesday, 5 July 2011

Fertility Treatment Ultrasound - Part 1

Assalamualaikum....
Hari nih hari ke 12 dalam kitaran haid bulan Jun nih...Pagi nih ader kelas... habis kelas, insyaAllah nk g UMRA buat vaginal ultrasound... Debar terasa dlm hati.. dari pagi lg terasa... Ya Allah, beri lah aku kekuatan utk hadapi kebenaran ini.. telah ku panjatkan doa dan usaha ku padamu Allah... Kurniakan lah kami rezeki dan zuriat yg soleh sebagai penyambung keturunan dan agama Mu... Semoga dengan kehadiran zuriat ini, menambah lg kasih sayang dan ikatan suami isteri... Ya Allah, dgr lah doa dan rintihan hamba mu ini... Beri lah kami zuriat yg soleh... namun, walau apa pun keputusannya hari ini, aku tetap sujud dan redha dengan kehendak Mu....amin...

Habis kelas awal hari nih.. Abang sampai pun awal. So, lepas balik sampai rumah, mandi, solat n berdoa agar dikuatkan bila tahu kebenaran. Terus g UMRA, daftar n jumpa doktor. Berat badan dah turun 1.5kg daripada dulu. Sekarang 67.5kg. Alhamdulillah. Doktor yang Iza jumpa nih xpernah jumpa sebelum nih. Xkenal pun. Masuk bilik doktor, dia suruh baring, tapi dia g scan abdomen plak. Xnampak ape ape. Pindah bilik untuk buat Vaginal Ultrasound. Masa doktor scan, Iza xnampak pun rahim Iza. Doktor tuh macam ragu ragu jer. 

Entah dia tau entah tidak. Sengal jer rasa nya. Pastu dia kata xde Eggs yg dihasilkan. Kena tambah dos ubat. Tension, marah, sedih, frust, n mcm mcm lagi perasaan masa tuh. Doktor nih memang xfriendly. Rasa menyesal jer. Tapi xpelah, terima segalanya, dah ini ketentuan Allah. Abang, senyap ajer. Iza gtau pasal doktor tuh mcm xconfident, dia kata apesal xtanya tadi? Iza senyap je lah, layan perasaan yg berbagai bagai nih. 

Bayar bil, balik terus. Senyap je dalam kereta. Memang rasa nak menangis. Nak jerit sekuat hati. Nak bagitau semua orang betapa sedihnya Iza masa nih.Tapi, apa yang Iza dapat? Iza cuma boleh doa n usaha jer. Teruskan dengan ubat yg memang makan selama nih.

Jadi untuk first treatment:
- T.Clomid - 50mg
- T.Metformin - 500mg
- Folic Asid
- Senaman 
- Jaga Makan

:::::::::::::::::::::::::: Iza xberjaya ::::::::::::::::::::::::


Monday, 4 July 2011

Hari Lahirku Setahun Yang Lepas

Assalamualaikum..

Tengah godek godek laptop abang, terjumpa pulak gambar tahun lepas semasa hari lahir Iza. Xbanyak yg boleh dicerita. Cuma gambar aje yg memenuhi entry ini.


Kek Hari Lahir ku 

Aby, Iza,Kakcik

Kakcik,Aby, Iza n Mak


Abang,Iza n Mak


Abang n Iza
Hari lahir ku pada 15 Julai, pada bulan yang sama, 26 Julai ulangtahun perkahwinan abah. Last year kitorang sambut kat umah mak di SU 2...Memang happening, tapi Iza xde sebab ke Labuan. Tahun nih pun sama. So, maybe g makan besar jer kot... So, gambar celebration Anniversary Mak Abah pun ader.

Penat lah tuh

Mothers day

Entah ape lah caption nih

Hadiah yg akan ditukar nanti

Good job done by t sister's

Nice.....

Acara bermula

Potong kek

Lovely Family

My Family...Love u All + My Card for Mak Abah

Hadiah dari We all untuk Mak Abah

Abah baca Kad yg Iza bagi

Kakcik n Alang - Sape sedut paling cepat

Abah n Mak - Makan Beradat

Lapar sgt lah tuh

Abang dapat hadiah tudung - Abang Zam tolong pakaikan

Abah n Mak - Buka hadiah

Kak Liana (atas), Alang (kedua), Abang (ketiga) n Abang Zam

Abang Zam

Atikah n Qistina (bebudak gediksss)


Itu sajelah tatapan untuk entry kali ini. Assalamualaikum.

Apam Polka Dot

Assalamualaikum...

Dah lama sebenarnya nak buat apam polka dot. Comel sangat bila tengok kat blog kawan kawan. So weekend yg lepas, Iza decide buat. Barang barang dah beli n prepare. Just bawak g umah mak n masak kat sana. Tujuan nya sebab kukus kat umah Iza kecik. Lambat n xmuat plak. So, bertandang lah ke umah mak.





Iza guna papercup yg besar. Lagipun memang ader saiz besar, malas nak membazir beli yg kecik. Gunakan apa yg ader jer. Alhamdulillah, tercapai hajat buat apam polka dot nih.

Friday, 1 July 2011

Mee Bandung EdyMart

Assalamualaikum..

Satu lagi entry setelah lebih kurang satu minggu tidak menulis. Minggu nih x ke Labuan. Ada kursus di Sg Besi. Abang anta dan abang jemput tiap2 hari. Kesian Abng. Tiap tiap hari bangun awal, tido lewat. Xsampai hati rasa nya. Tapi nak buat mcm mana dah kehendak perkhidmatan. Sebenarnya sebab Iza sendiri xpandai sgt jalan kat KL. hehehehe.

Hari nih genap seminggu Iza berkursus. Dah lama xmemasak sejak pindah rumah baru nih. So hari nih plan nak buat Mee Bandung, walaupun Iza sendiri xmakan Mee Bandung, tapi buat untuk abang gunakan rempah Mee Bandung EdyMart.. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang rempah nih blog ke link http://iza.edycart.com/view.php?cat=63 . 


Rempah Mee Bandung EdyMart nih, mudah, cepat dan sedap rasanya. Kata abang lah, sebab Iza xmakan. Sebab dah masak lebih, ajak mak n adik adik serta kak lang dtg umah makan.

Mee Bandung EdyMart
Alhamdulillah, ader rezeki lebih Iza buat kek pisang favourite. Tengah kukus, tetiba, gas habis!!! Arrrrggghhh... '"Abang, tolong call kedai anta gas...Bentan kek Iza nih".. Abang jadi mangsa Iza. Kesian abang. Maaf lah abang, mood swing sebab mkn ubat tiap2 hari sekarang. MAK,Alang,KAkcik,Aby,Tika n Abg ZAm dtg. Makan, minum sembang n last kek pisang dah siap. Sedap sgt. Rasa mcm Kek Pisang kat kedai tuh. Alang n Abg Zam pun ckp mcm tuh.

Kek Pisang Kukus

Mak n adik beradik semua dah balik. Iza pun ngemas sikit2... Pasang lilin n ready nak rehat. Esok ader kenduri kahwin kawan abang, petang janji nak teman Aby g tengok pameran kahwin. Ahad promise ngan kakcik g central market.. Hmmm...Best nyer xpergi Labuan. Macam macam boleh buat.

Ok lah. Till next entry..
Assalamualaikum....





Thursday, 23 June 2011

Fertility Treatment - Part 1 (June - Jul)

Assalamualaikum...

PCOS (Polycytic Ovari Syndrome) 

Setelah disahkan  menghidap PCOS pada awal bulan April 11, hati mula sedih dan sentiasa gelisah. Selalu terfikir betapa kerdilnya diri ini, dan malang nye nasib ini. Namun setelah difikir secara waras, ader hikmah bagi segala kejadian ini. 

Cerita bermula apabila sudah 3 bulan xdatang period. Doktor scan dinding rahim dan dapati tebal. Doktor bagi ubat untuk turunkan period dan akhirnya pada 27 May 11 piriod datang selama 4-5 hari. Alhamdulillah. Satu petanda segalanya akan bermula.

Rawatan bermula pada 30 May 11. Setelah ke klinik, doktor bagi ubat Metformin dan pil perancang selama 21 hari. Kedua dua ubat ini perlu dimakan setiap hari tanpa gagal. Akhirnya sampai lah 19 Jun 11, pil perancang dah habis. Tapi Metformin kena sambung lagi sampai habis. Pada 20 Jun 11, doktor bagi Folic Asid untuk dimakan hari hari (yg mana memang dah makan tiap tiap hari sebelum nih), ubat Clomid 50mg untuk di makan pada hari ke 2 piriod hingga hari ke 6 piriod dan tambahan Ubat Metformin. Doktor menjangkakan piriod akan keluar pada 25 Jun 11. Jadi segala aturan dan panduan pemakanan ubat nih telah ditulis. 

Doktor juga bagitahu pada hari ke 12 setelah piriod kena datang untuk Scan Vaginal untuk check saiz ovum. Namun doktor ader bagi jangka dari hari ke 11 piriod hingga hari ke 13 piriod. Jadi sekarang nih, tengah menunggu hari datang piriod. Perasaan cemas dan debar memang sentiasa ader. Cuma segala harapan dan doa disandarkan pada Allah setelah segala usaha dijalankan.

Semoga Allah mendengar doa ku ini.

Forgotten Page

Assalamualaikum.. It’s been a while since my last entry.. lepas mak meninggal dunia, takde lagi perasaan utk menulis.. aku memilih utk memen...