SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 1 PART 2
TUJUAN PARENTING IALAH UNTUK MENDIDIK ANAK-ANAK MENJADI MANUSIA YANG HEBAT SEBAGAIMANA MEREKA PATUT JADI.
Oleh itu Parenting memerlukan kita memimpin anak-anak dengan baik. Jika kepimpinan kita rapuh dan tiada matlamat, maka yang menurut kita juga tidak tahu ke mana hendak pergi.
Oleh itu perlu untuk ibu dan bapa berbincang ke mana arah tuju parenting mereka. Ini bukan boleh diambil mudah saja atau ikut sahaja. Ibu bapa perlu merancang, berbincang dan mengambil kata sepakat. Mengenai apa?
- Mengenai hala tuju family anda.
- Corak parenting
Adakah anda telah berbincang dengan pasangan anda? Jika sudah tahniah. Jika belum, maka ambil masa malam ini, jangan tangguh lagi, terus berbincang dengan baik akan dua perkara di atas.
SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 1 PART 3
Sambingan:
Parenting adalah deliberate. maksudnya disengajakan. Bukan cuba-cuba dan pakai taram. Oleh itu, Kita perlu ada kemahiran di dalam keibubapaan.
Kemahiran terdiri daripada 3 komponen.
Sikap, Skil dan Ilmu
Sikap kita terhadap parenting dan anak-anak mesti jelas.
Sikap yang disarankan bagi Parenting ialah:
Ianya suatu amanah yang perlu dilaksanakan dengan baik. Bersyukur dengan amanah ini.
Sikap terhadap anak-anak. Anak-anak adalah anugerah yang diamanahkan. Setiap anak mempunyai keistimewaan mereka. Mereka mempunyai misi tersendiri untuk dipenuhi dan sebagai ibu bapa adalah tugas kita membantu mereka memenuhi atau menyediakan mereka untuk misi mereka.
Jangan menganggap anak-anak adalh masalah. Walaupun sememangnya mereka mendatangkan banyak cabaran. Namun cabaran itu adalah untuk membentuk kita untuk menjadi manusia yang lebih hebat.
Contohnnya, Jika anak-anak terlalu aktif, maka ia memerlukan kesabaran, kreativiti dan kebijaksanaan untuk menangani anak sedemikian. Maka pertingkatlah diri untuk menjadi sedemikian.
Mendidik anak adalah cara Allah mengajar kita menjadi lebih sabar, lebih berserah dan lebih menerima dengan penuh kesyukuran tanpa mematikan semangat untuk menjadi lebih hebat.
Kerana pada anak-anak kita itu terletak kunci yang bernama KASIH SAYANG TANPA SYARAT.
Sekarang tuliskan janji anda kepada diri anda, anda boleh kongsikan di bawah ini atau untuk di simpan sendiri. Jika berkongsi lagi baik, kawan-kawan boleh mengAmeenkan.
Kongsikan, apakah sikap yang anda hendak ambil terhadap pendidikan anak-anak anda. Tulis pendek pun tak pe.
SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY1 PART 4
Skil yang diperlukan di dalam parenting adalah sangat banyak. Namun, kita boleh kumpulkan memjadi 3 C Ajaib
MAGIC FORMULA 3 Cc
C - Communication
C- Coaching
C- Connect / Build relationship
Di dalam berkomunikasi dengan anak-anak, ingat satu perkara, lakukan dengan hormat. Anak bukan kita punya barang. It is not our possession. Yang senantiasa perlu ikut membuta tuli arahan kita, Kita perlu berkomunikasi dengan hormat terhadap anak kita.
Kata Kunci - Hormat.
Coaching - Kata kuncinya, we set the right example. Coach supaya kita boleh membawa kehadapan kehebatan diri anak kita.
Connect - Membina pertalian yang rapat perlu diberi keutamaan di dalam membesarkan anak-anak kita. Bila kita mempunyai pertalian yang rapat dan rapport yang baik dengan anak dan dibina sejak kecil, bila mereka remaja dan dewasa, ini semua menjadi lebih mudah. Mereka mudah dinasihatkan dan dibentuk.
Kata kuncinya di sini : YOU ARE IMPORTANT TO ME - I LOVE YOU!
Send a prayer to your kids and whisper to them by calling their name:
DANNY, MAMA LOVES YOU! Feel it an dlet your heart basking with the beautiful feeling of love.
SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 1 PART 5
ILMU - Apakah ilmu yang diperlukan. Wow, banyak sangat sehingga tak terkira. Itulah yang sedang kita lakukan sekarang bukan. Kita sedang berkongsi ilmu. Untuk membuka tirai perkongsian ilmu, ibu ingin bertanya, apakah perkara yang paling anda hendak tahu di dalam mendidik anak-anak.
Tulis di bawah ini: Ibu akan nilaikan dan bila sesuai ibu akan mengupas jawapan kepada soalan anda. Boleh?
SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB DAY 1 PART 6
Ibu bapa pada hari ini perlu menyemai kasih dan sayang di hati anak-anak mereka. Ada antara cabaran ibu bapa hari ini tidak terfikir oleh generasi sebelumnya. Lebih banyak masalah dan cabaran yang kita tidak tahu jalan penyelesaiannya akan timbul. Walau bagaimanapun, dengan kekuatan minda dan jiwa, anak-anak kita dan generasi akan datang dapat mengatasi segala cabaran yang mendatang.
"Kita mahu anak-anak kita mempunyai personaliti perkasa". Yang bermaksud, mereka mempunyai kewibawaan, jiwa yang kental, kasih yang kuat dan kemahuan untuk berjasa dan menabur jasa kepada agama, ibu bapa, bangsa, negara dan dunia>
Untuk mencapai matlamat ini, mereka mesti mempunyai kecergasan badan (PQ), kecerdasan fikiran (IQ), dan emosi (EQ dan SQ). Ini bermaksud mereka perlu seimbang dalam semua aspek, iaitu aspek fizikal, mental, emosi, dan spiritual. Inilah yang dikatakan sebagai seimbang dan holistik.
Itulah sebabnya tidak sesuai lagi jika kita katakan anak-anak cuma perlu dilihat dan bukan didengar. Anak yang tidak dibenarkan untuk menyuarakan pendapatnya tidak dapat menunjukkan kebolehannya berfikir. Anak-anak yang pendapatnya selalu diperkecilkan akan membesar sebagai individu yang meragui kekuatan daya fikirnya. Anak-anak inilah yang kemudiannya akan menyebabkan banyak masalah kepada keluarga dan masyarakat pada keseluruhannya, terutamanya apabila mereka menjadi ibu bapa pula.
Apakah Imej diri? Mengapakah Imej Diri Penting?
Imej diri ialah konsep yang kita miliki ke atas diri kita, iaitu bagaimana kita melihat diri kita. Kebolehan manusia mencapai kejayaan di dunia ini mempunyai banyak kaitannya dengan imej diri. Membina imej diri yang betul untuk anak-anak anda bermula daripada hari anda membuat keputusan untuk mencari pasangan hidup. Ini adalah kerana imej diri anak-anak anda sangat bergantung kepada pendidikan di bawah sedar yang berlaku di dalam rumah. Mempunyai pasangan hidup yang betul menentukan kejayaan anda dalam mencapai matlamat hidup anda. Pasangan yang tidak sesuai akan mengikat dan melumpuhkan anda.
Maksudnya, jika anda mempunyai pasangan yang mempunyai nilai hidup yang bercanggah dengan anda dan katakan nilai-nilai itu negatif, ini tentu akan mewarnai hala tuju keluarga anda, kecuali anda melakukan sesuatu untuk menyamakan nilai hidup pasangan anda dengan anda.
Imej diri sungguh penting kerana imej diri menentukan pencapaian manusia dalam hidup ini. Pada hakikatnya, imej diri ialah satu premis, satu dasar atau tapak di mana keseluruhan jati diri seseorang itu dibina. Sekiranya seseorang individu memandang dirinya sebagai individu yang bercita-cita tinggi, dia akan bersikap dan mengambil langkah-langkah yang membolehkannya mencapai cita-cita yang diimpikan. Walau bagaimanapun, sekiranya dia mempunyai imej diri yang rendah, dia cuma akan merosakkan apa-apa tindakan yang akan membawa kejayaan yang besar ke atas dirinya. Ini adalah kerana imej dirinya sekarang dan kejayaan itu tidak sealiran; tidak kiralah betapa tinggi kemahuannya dan usahanya untuk berjaya.
Jika dia tidak nampak di mindanya, dia tidak akan nampak di dunia nyatanya. Dr. Maxwell Maltz telah meletakkan kenyataan ini dengan begitu indah sekali apabila beliau berkata, “Kita bertindak, bersikap, dan berpendapat mengikut apa yang kita fikirkan tentang IMEJ DIRI KITA dan kita tidak akan melencong daripada corak itu.” Imej diri yang ada di minda kita itu – alam metafizik, ibarat acuan yang membentuk diri kita di alam nyataini.
Setiap keluarga adalah penting kerana masyarakat terdiri daripada jutaan unit keluarga. Apabila setiap keluarga itu tahu peranan yang perlu dimainkan untuk mencipta kemakmuran rakyat, rakyat akan sejahtera. Namun, jika unit-unit keluarga ini hanya tahu menegur dan hanya menunggu bantuan daripada kerajaan, tiada negara yang akan makmur jika rakyatnya mempunyai mindset seperti itu. Tanggungjawab dan kesungguhan dalam mencipta penyatuan dan keharmonian dalam setiap keluarga ialah jawapan untuk mencapai kekuatan, penyatuan, kemakmuran, dan matlamat negara.
“Untuk menghargai siapa anda, anda perlu memahami bahawa anda membawa perbezaan.”
Doa saya kepada Pencipta agar kita diberikan kekuatan dan kebijaksanaan untuk membesarkan anugerah yang amat kita sayangi, iaitu anak-anak kita. Semoga anda, para ibu bapa mendapat sokongan dan bantuan serta berasa tenang dalam menghadapi cabaran menjadi ibu bapa pada hari ini. Semoga anda akan terus melengkapkan diri dengan kemahiran keibubapaan serta pengetahuan menjadi ibu bapa yang cemerlang.
Hari ini, lakukan perkara-perkara yang berikut bersama-sama keluarga anda:
Nota Kasih Kepada Ibu bapa
Lihatlah bagaimana anak anda melihat diri mereka
Lihatlah bagaimana anda melihat diri anda
Kejayaan akan mendampingi mereka yang
Melihat diri mereka sebagai orang yang berjaya.
Segala kabus keraguan ialah pembunuh impian
Jangan sekali-kali membenarkan perkara itu menghampiri mereka.
Sebuah senyuman kemenangan di wajah yang gembira
Menerangi kegelapan di laluan usia yang pantas ini
Keluarga yang bahagia meneraju dunia yang bahagia
Dan dunia akan hanya dalam kebenaran
Apabila individu itu di dalam kebenaran.
Oleh itu besarkanlah anak-anak anda dengan
Pengetahuan dan kesyukuran supaya mereka
Akan membawa kekuatan.
Terdapat kuasa dalam diri kamu. Jika kamu menjumpainya dan menggunakannya, akan menjadikan kamu orang yang kamu impikan dan angan-angankan.
-Orison Swett Marden-
Sekarang; Kongsikan apa yang anda dapat hari ini daripada seminar ini dengan orang yang tersayang. Kongsikan juga dengan dua lagi kawan yang anda kasihi.
Jangan lupa, malam ini, ibu akan menjawab 1-3 soalan yang dipilih.
Monday, 1 July 2013
SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE
Assalamualaikum...
Saya ambil seminar ini di FB ibu Rose...http://www.facebook.com/familyguru?hc_location=stream
Sangat berguna kepada ibu bapa muda macam Mama n Papa dalam mendidik Adelia n anak kedua kami... InshaAllah..
SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua,
Bermulalah sudah Seminar Parenting Bijak Ibu Rose di FB. Hari ini kita memulakan perbincangan dengan pengenalan.
PENGENALAN:
Berapa diantara anda mahukan anak-anak anda berjaya dunia dan akhirat? Berapa diantara anda mahu menjadi ibu bapa yang berjaya? Berapa pula mahukan hidup yang sejahtera?
Jika semua jawapan adalah ya, maka anda sedang mengikut seminar yang betul. Tahniah!
Tepuk dada kiri anda dan katakan, 'Saya Ibu / Bapa Bijak!
Sebelum kita terus berbincang mengenai Parenting Bijak. Pertama, kita perlu jelas apa itu parenting? Sejauh mana ianya penting? Bolehkah kita mengambil mudah akannya?
Saya ambil seminar ini di FB ibu Rose...http://www.facebook.com/familyguru?hc_location=stream
Sangat berguna kepada ibu bapa muda macam Mama n Papa dalam mendidik Adelia n anak kedua kami... InshaAllah..
SEMINAR PARENTING BIJAK IBU ROSE DI FB
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua,
Bermulalah sudah Seminar Parenting Bijak Ibu Rose di FB. Hari ini kita memulakan perbincangan dengan pengenalan.
PENGENALAN:
Berapa diantara anda mahukan anak-anak anda berjaya dunia dan akhirat? Berapa diantara anda mahu menjadi ibu bapa yang berjaya? Berapa pula mahukan hidup yang sejahtera?
Jika semua jawapan adalah ya, maka anda sedang mengikut seminar yang betul. Tahniah!
Tepuk dada kiri anda dan katakan, 'Saya Ibu / Bapa Bijak!
Sebelum kita terus berbincang mengenai Parenting Bijak. Pertama, kita perlu jelas apa itu parenting? Sejauh mana ianya penting? Bolehkah kita mengambil mudah akannya?
Wednesday, 19 June 2013
Nukilan Seorang LLP
Rasa sedih dan pilu dgn luahan kengkawan semua,kerjaya tentera tidak menjanjikan kekayaan cuma kesenangan utk diri sendiri dan keluarga.Kalau semua hak tentera nak disekat, apa lagi yg kami boleh buat..hanya omongan kosong belaka setelah 17 thn berkhidmat. Tidak ada apa yang boleh dibanggakan,hingga orang luar dah tak kisah dan segan.
Ramai berkata ASKAR- Azab Sengsara Kau Akan Rasa...tapi sampai bila?..perlukah anggota bawahan seperti kami dinafikan hak sebagai manusia? kami juga berkeluarga, punya cita-cita dan ramai anak yang harus ditaja...Pernahkah "KAU" yg bergelar PEGAWAI nak bertanya?....sedikit pun tidak terlintas bukan?..!!!!!
tidak kira tentera darat, laut mahupun udara..."Korang" pukul rata aje...sedarlah...kami LLP inilah yang 'buat' kerja utk kamu tapi kamu..apa yang kamu buat utk LLP seperti kami?...kamu buat kami mcm lembu!!..Ingat!!!..
pengalamanlah yang mendewasakan kami sebagai tentera yang matang dan disegani, tetapi KAMU hanya berbangga setelah diperbudakkan oleh segulung ijazah dan diploma yang mungkin dibeli...masih ingatkah lagi?,kamilah yang menggerakkan kereta perisai,agar tubuh badan KAMU tak bersepai...kamilah yang bersengkang mata dilaut, agar KAMU lena tanpa dikejut,...kamilah pekerja yang paling awal datang, agar esok pagi KAMU boleh terbang....
Wahai PEGAWAI,bersikaplah seperti dacing sebelum israfil meniup seruling..ambil sedikit masa untuk memandang ke bawah dan terus ke atas, sebelum KAMU dari atas memandang ke bawah selamanya.Kami LLP sedia berperang walaupun tidak ada KAMU...tapi KAMU tidak sesekali akan berperang tanpa kami. Hakikatnya yang sebenar...KAMU lebih memerlukan kami daripada kami memerlukan KAMU....cuma KAMU menafikannya.
Cubalah kaji, berapa kali kami minta tolong dari KAMU berbanding KAMU yang minta tolong dr kami dalam sehari?..fikirkanlah...!!maka, jgnla perasan dan sombong dengan apa yang KAMU ada. berikan HAK kami....kerana apa yang KAMU miliki dalam tentera adalah hasil usaha dan titik peluh kami...
Monday, 17 June 2013
Thursday, 13 June 2013
Hadiah UlangTahun Ke 3
Assalamualaikum... Hari nih 13 Jun 13... Ulangtahun perkahwinan mama n papa yang ke 3..Syukur Ya Allah.. Mama dikurniakan seorang suami yang penyayang dan memahami.. Mama sangat bersyukur bila dikurniakan Adelia Hana dalam hidup Mama n Papa sebagai pengikat kasih sayang kami...Alhamdulillah, Mama disahkan pregnant 4 weeks.. Syukur sangat2.. Dalam berbagai dugaan yang kita hadapi, ade juga sinar cahaya kebahagiaan disebaliknya...
Teringat Mama peristiwa 3 tahun lepas.. Mama bangun awal.. Mama mmg xlena tido pun..Bangun, mandi, solat Subuh.. breakfast pun sikit je.. Hehhe.. Mak Andam dtg n siapkan Mama untuk majlis akad nikah...
Habis majlis akad nikah, terus balik rumah,,,Tukar baju...
Habis kawad, potong kek...Then tukar baju lagi.. Penat sangat, tapi layan jer...
Mama bersyukur...Lepas 2 tahun perkahwinan Mama dikurniakan Adelia..
And sekarang...kita menerima kehadiran ahli keluarga yang baru..Syukur
Tuesday, 11 June 2013
Monday, 3 June 2013
Perjalanan Abah Menghadapi kanser - 13
Abah dah operate since Khamis.. Since that day, HUKM has been like our own house.. Rumah dah jadi mcm hotel.. Balik hanya untuk tidur atau untuk ulang bekal pakaian.. Betapa Allah menguji kami sekeluarga.. Pembedahan abah dikira tidak berjaya.. Objektif sebenar adalah untuk membuang tumor kanser abah, dan keluarkan stoma(usus besar) di abdomen kiri abah.. But, kuasa Allah.. Ketentuan Nya tiada siapa boleh halang.. Tumor dah fix dgn back bone abah.. Dah bercantum dan menjangkiti pelvis abah.. Namun syukur juga kerana, pundi kencing abah tak dijangkiti.. So abah ade 1 bag aje.. As today, dR bagitahu, stoma abah, rosak.. UNHEALTHY STOMA.. Sepatutnya, warna merah.. As per merah daging manusia.. But, abah punya was black. Totally black.. There is 2 possibilities.. 1: darah beku, 2: darah xsampai ke stoma .... Dr nak monitor lagi.. If no sign of positive changes, abah need to undergo another operation.. Bahagian yg dah operate, buka semula, potong stoma yg rosak, tarik stoma baru.. Oh Allah... Kasihanilah abah.. Abah terlampau sakit.. KAU ampunkan dosa2 abah...
Malam nih, since
2045H: abah muntah+ kencing
2230H: abah kencing + minum air
0030H: abah muntah hijau
0400H: abah kencing
0445H: abah muntah hijau (banyak)
Nurse pun dah dtg tukar bed dheet, baju sume.. Awal.. Sbb kjp lg, dR nak dtg kot.. Hopefully, xde lah perkhabaran yg menyakitkan.. Abah demam... High blood... Kencing manis tinggi..for the first time, nampak prof dr ismail.. He is nice.. Very kind.. Tapi tegas dalam nada.. He instruct to do the test, then decide... InshaAllah.. Moga abah dipermudahkan...
Subscribe to:
Posts (Atom)
Forgotten Page
Assalamualaikum.. It’s been a while since my last entry.. lepas mak meninggal dunia, takde lagi perasaan utk menulis.. aku memilih utk memen...
-
1. Epilepsi Pergerakan aneh, pengsan dan sawan - Sawan atau tarik adalah rangsangan elektrik yang berlaku di dalam otak secara tiba-tiba ya...
-
Assalamualaikum.. Untuk entry kali ini, Iza nak cerita pasal hadiah Ramadhan yang Iza terima. Hadiah yang paling bermakna dalam hidup Iza, ...
-
10 Syawal 2014...... Gigil lagi rasanya masa menulis entry ni... Pagi tadi atuk jatuh katil... Daripada malam tadi atuk mengiring sebelah si...











