Wednesday, 13 July 2011

Kesan Kafein Kepada Kesuburan Wanita

Assalamualaikum..

Bagi wanita yang tidak mempunyai masalah kesuburan, tentunya kafein tidak memberikan apa-apa kesan. Bagaimana pula dengan pasangan yang telah lama berkahwin dan masih menunggu dikurniakan cahaya mata?

Amalan meminum kaffein harus dihentikan bagi lelaki dan wanita.
Beberapa kajian telah dilakukan dan mereka mendapati wanita yang yang minum lebih dari satu cawan kopi sehari akan mengalami kesan ketidaksuburan sebanyak 50 peratus.
Kajian itu dijalankan pada tahun 1999 terhadap 100 orang wanita yang tidak mengamalkan minum kopi berbanding dengan wanita yang minum kopi. 

Mereka mendapati wanita yang tidak minum kopi mempunyai kebarangkalian untuk hamil seanyak 26.9 dalam 100 kitaran haids, sementara peminum kopi pula sebanyak 10.5 kehamilan dalam 100 kitaran haid. Kajian lain menunjukkan wanita yang mengamalkan 300mg kafein atau lebih, mempunyai kebarangkalian untuk hamil yang lebih rendah.
Oleh itu bagi wanita yang ingin hamil harus meninggalkan pengambilan kaffein. Semakin banyak wanita itu minum kopi dalam sehari, semakin rendah kebarangkaliannya untuk hamil.

Kajian yang dilakukan di Denmark terhadap 423 pasangan telah menyokong kajian sebelumnya. Kajian lengkap ini telah mengambil kira faktor berat wanita, pengambilan alkohol, penyakit dalam sistem pembiakan, kualiti air mani suami dan kitaran haid wanita itu.

Bagaimana kaffein boleh menyebabkan ketidaksuburan?
Satu kajian pada 2005 yang telah dikeluarkan dalam ‘Journal Diabetes Care’ menunjukkan pengambilan kaffein telah menyumbangkan kepada masalah ‘insulin resistance’.
Insulin resistance bermakna insulin tidak dapat digunakan dengan berkesan ketika pembakaran gula untuk menghasilkan tenaga. Ini menyebabkan banyak gula yang tidak ’dibakar’ di dalam darah. Selain itu insulin resistance menghalang proses ovulasi (pengeluaran ovum dari ovari).

Jadi apabila seorang wanita itu mengalami obesiti, endometriosis  dan PCOS, pengambilan kaffein akan memburukkan keadaan. Banyak kajian mendapati kafein meninggikan tahap hormon estrogen dalam darah sehingga menyebabkan ketidaksuburan. Kajian lain menunjukkan wanita yang mengambil 200 mg atau lebih kaffein dari kopi, teh, soda, minuman coklat boleh menyebabkan keguguran.

Sebagai perbandingan, carta dibawah membantu kita melihat nilai kaffein yang berada dalam makanan dan minuman kita.

Kopi Isipadu Kaffein
coffee, generic brewed 8 oz 102-200 mg
coffee, Starbucks brewed 16 oz 330 mg
coffee, Dunkin’ Donuts brewed 16 oz 206 mg
caffé latte atau cappuccino, Starbucks 16 oz 150 mg
caffé latte atau cappuccino, Starbucks 12 oz 75 mg
espresso, Starbucks 1 oz 75 mg
espresso, generic 1 oz 30-90 mg
coffee, generic instant 8 oz 27-173 mg
coffee, generic decaffeinated 8 oz 3-26 mg

Teh Isipadu Kaffein
black tea, brewed 8 oz 40-120 mg
green tea, brewed 8 oz 30-50 mg
black tea, decaffeinated 8 oz 2 mg
Starbucks Tazo Chai Tea latte 16 oz 100 mg
Nestea 12 oz 26 mg
Snapple 16 oz 42 mg
Lipton Brisk iced tea 12 oz 10 mg

Minuman berkarbonat Isipadu Kaffein
Coke 12 oz 35 mg
Pepsi 12 oz 38 mg
Jolt Cola 12 oz 72 mg
Mountain Dew 12 oz 54 mg
7-Up 12 oz 0 mg
Sierra Mist 12 oz 0 mg
Sprite 12 oz 0 mg

Minuman ‘tenaga’ Isipadu Kaffein
Red Bull 8.3 oz 80 mg
SoBe Essential Energy, berry atau orange 8 oz 48 mg
SoBe No Fear 8 oz 83 mg

Lain-lain Isipadu Kaffein
dark chocolate 1.45-oz bar 31 mg
milk chocolate 1.45-oz bar 11 mg
coffee ice cream or frozen yogurt 8 oz 50-60 mg
hot cocoa 8 oz 3-13 mg

Bagi sesetengah wanita, kaffein tidak mempengaruhi mereka. Namun bagi wanita yang agak sukar untuk hamil, saya menasihatkan agar menghentikan amalan pengambilan kaffein.

Bagaimana kaffein menyebabkan keguguran?

Seperti mana yang diketahui kaffein akan menyebabkan saluran darah mengecut. Ini akan mengurangkan pengaliran darah ke uri (placenta) seterusnya  menyebabkan pengurangan bekalan oksigen dan nutrien. Selain itu kaffein boleh sampai kepada bayi dalam rahem dan menjejaskan pertumbuhan sel-selnya.

Satu kajian di Denmark mendapati pengambilan kopi yang tinggi (8 cawan sehari) akan meningkat risiko kematian bayi dalam rahem (stillbirth) sebanyak dua kali berbanding dengan wanita yang tidak mengamalkan minum kopi.

Dua kajian yang agak lemah menunjukkan pengambilan kaffein yang tinggi menyebabkan bayi yang lahir mengalami kekurangan berat badan dan bayi lelaki mengalami keadaan ‘undescended testes’ iaitu telur testis bayi tidak berada di kerandut zakar (scrotum).
Selain dari itu, kebanyakan minuman mengandungi unsur bahan phenol yang menyebabkan badan sukar menyerap zat besi mengakibatkan wanita hamil itu akan mengalami kekurangan darah dan haemoglobin.

Sekian sahaja perkongsian mengenai Kesan Kafein Kepada Kesuburan Wanita. Assalamualaikum...

Berusaha Yang Betul Tanpa Melawan Takdir - Dr Zubaidi Hj Ahmad

“Doktor tahu ke kalau anak saya akan cacat?”
Saya terkedu dengan serangan itu. Umpama satu letupan akibat bedilan peluru berpandu ketika perang Iraq dulu. Saya baru sahaja meng’update’kan status di wall, memberitahu akan menulis kebaikan folic acid kepada bayi yang berada dalam rahem. Serangan dalam ruangan chatting FB amat mengganggu perasaan saya.

“Maaf puan, saya tidak mengetahui. Semuanya dalam pengetahuan ALLAH”
“Haa..tahu pun. Jadi kenapa doktor pandai-pandai bagi nasihat tentang anak yang belum lahir?’ Saya menggeleng-gelengkankan kepala. Ini pemikiran puak mana?
Saya mengurut-ngurut dada. Saya percaya ini adalah wakil golongan Jabariyyah Melayu atau pembaca yang tiada asas pengetahuan agama, tetapi hanya menceduk ilmu dari sumber rambang sahaja.

‘Rezeki secupak tidak boleh menjadi segantang’ adalah antara contoh bagaimana masyarakat kita telah sekian lama diterapkan dengan pemikiran Jabariyyah.
Pemikiran Jabariyyah adalah sejenis pemikiran yang terkeluar dari aliran ahli Sunnah wal Jamaah (ASWJ). Ia dipopularkan oleh Ja’d bin Dirham di Basrah dengan mendakwa perbuatan hamba tidak memberikan kesan kepada takdir Allah. Ini termasuk segala perbuatan maksiat dan ibadah telah pun ditetapkan dan manusia hanyalah menurut ‘takdir’ tersebut.

Hal ini tentunya berlawanan dengan pemikiran ASWJ yang menyuruh manusia memilih perbuatan mereka, sama ada menuju kejayaan atau menuju kebinasaan. Di akhirnya Allah sahaja yang menentukan sama ada seseorang itu layak mendapat apa yang dihajati dan diusahakan. Dalam satu hadis riwayat Anas bin Malik ra.: Sesungguhnya Allah Taala mengutus seorang malaikat di dalam rahim. Malaikat itu berkata: Ya Tuhan! Masih berupa air mani. Ya Tuhan! Sudah menjadi segumpal darah. Ya Tuhan! Sudah menjadi segumpal daging. Manakala Allah sudah memutuskan untuk menciptakannya menjadi manusia, maka malaikat akan berkata: Ya Tuhan! Diciptakan sebagai lelaki ataukah perempuan? Sengsara ataukah bahagia? Bagaimanakah rezekinya? Dan bagaimanakah ajalnya? Semua itu sudah ditentukan dalam perut ibunya. (Shahih Muslim No.4785) “

Walaupun Allah telah menetapkan segalanya, namun siapa yang tahu nasib kita adalah baik atau buruk? Bagaimana mahu mengetahuinya?  Tentulah dengan cara berusaha yang semaksimanya. Inilah tanda bukti keadilan Allah. Allah memberikan kita akal yang mampu mempertimbangkan segala kesan yang kita perolehi dari usaha kita.

Setelah diberikan akal untuk, berfikir, lalu diberikan peluang untuk memilih. Pilihan inilah yang akan mempengaruhi kesan atau akibat dari usaha yang dilakukan.
Sebagai contoh, apabila seorang lelaki mahu menghilangkan rasa lapar. Dia harus berikhtiar memakan nasi, barulahlah usahanya bermanfaat.  Jika dia memakan pasir, walaupun dia berusaha tetapi ikhtiarnya menjadi sia-sia. Kita harus berserah diri kepada Allah setelah kita berusaha dengan cara yang betul dan dengan daya yang maksima. Jadi percaya kepada takdir adalah perjalanan yang perlu disertakan dengan usaha yang betul, dan menerima apa sahaja hasil setelah kita berusaha. Ini lah juga konsep tawakal. Orang yang yakin pada takdir sebegini tentu sekali tidak takut untuk melaburkan masa, tenaga dan wang.
Dalam al-Qur’an banyak menceritakan bahawa maksud “bertawakal kepada Allah’’ adalah salah satu cara “melakukan usaha “. Malah Al-Qur’an memberitahu usaha-usaha yang baik dikira sebagai ibadah kepada Allah.

Nabi Ya’qub a.s. menasihati puteranya agar melakukan beberapa tindakan ketika memasuki kota, sebagai usaha tidak dikenali dan ditangkap, tetapi setelah itu beliau mengingatkan agar bertawakal kepada Allah. Inilah ayat yang membicarakan masalah tersebut:
“Dan Ya’qub berkata, ‘Hai anak-anakku, janganlah kamu masuk dari satu pintu gerbang, dan masuklah dari pintu-pintu gerbang yang berlainan, namun demikian aku tidak dapat melepaskan kamu barang sedikit pun dari (takdir) Allah. Keputusan menetapkan (sesuatu) hanyalah hak Allah; kepada-Nyalah aku bertawakal dan hendaklah kepada-Nya saja orang-orang yang bertawakal berserah diri’.” (Q.s. Yusuf: 67).

Inilah bukti besar bahawa usaha yang betul  harus dilakukan untuk mengharapkan kesan yang baik dan kemudian kita menerima takdir yang ditentukan dengan hati yang redha.
Jadi apabila ada yang mencabar saya supaya tidak melakukan sebarang usaha menyelamatkan bayi dalam rahem dengan teknik-teknik yang terbukti benar, saya merasakan itu adalah cabaran yang tidak perlu dilayan.

Apa yang saya harapkan adalah agar segala usaha untuk menyelamatkan nyawa adalah usaha yang diberikan ganjaran pahala. Wallahu a’lam.

Puasa


Puasa secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makan atau minum untuk suatu jangkamasa tertentu.
Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya.
Firman Allah S.W.T: “ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ - (Surah Al-Baqarah: 183)
Hadis Rasulullah s.a.w: Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:
|" Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."}}
Tidak wajib dan tidak juga sunat berniat dalam bahasa Arab, memadai dalam bahasa Melayu atau apa-apa bahasa yang kita fahami. Tetapi baik dan berpahala jika diamalkan dalam bahasa Arab dengan niat kita cinta kepada bahasa Arab sebagai bahasa Nabi Muhammad s.a.w. dan bahasa Al-Quran.

Lafaz niat
Lafaz setiap malam. Niat ringkas:
نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.
Lafaz lengkap:
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
  • Sebenarnya bangun untuk bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa.
Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:
Lafaznya:
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
  • Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya, kita mengikut Imam Malik yang membolehkan berniat untuk sebulan sekali gus.
  • Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu niatnya:
“Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala”.

Waktu berniat

Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.
Syarat Wajib Puasa:
Orang-orang Islam yang memenuhi syarat-syarat di bawah ini diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadhan:
  • Berakal/waras
  • Baligh (cukup umur)
  • Mampu/tidak uzur.
Syarat Sah Puasa:
Manakala syarat puasa itu diterima di dalam Islam (sah) ialah:
  • Orang Islam
  • Berakal - tidak sah jika gila atau kanak2 belum mumayyiz
  • Suci daripada haid dan nifas
  • Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa, iaitu bukan dalam tempoh haram puasa

Berpuasa di Bulan Syaban

Assalamualaikum...

Alhamdulillah dipanjangkan umur Iza dan suami untuk berpuasa di bulan yang berkat ini. Baru lepas bersahur. Masuk hari nih, baru 2 hari lah kami berpuasa. Iza ganti puasa mana yang xterganti, abang pulak puasa sunat n mendietkan diri. Katanya lah.... Tapi masa berbuke, mengalahkan org puasa seratus hari. Hahahaha.. Itulah telatah suami tercinta. Mengalahkan budak yg baru belajar puasa.

Pada isnin yg lepas, Iza puasa juga. Untuk berbuka, Iza sediakan Sup Ayam, Ayam Sambal Cili Padi, Sayur Buncis, Kek Oren dan Puding Fruit Cocktail. Banyak betul menunya. Hhahaha.Mak, adik2 n Kak lang datang utk menjamu selera masa berbuka. Yelah lauk pauk banyak. Xhabis dimakan Iza dan abang.

Puding Fruit Cocktail

Ayam Sambal Cili Padi

Sayur Buncis

Sup Ayam

Kek Oren

Extra Puding

Selesai masak, sambil menunggu waktu berbuke, abang Zam tepon kata Kakcik excident. Terkejut beruk. Kereta nya teruk, tapi Alhamdulillah, kakcik x ape ape. Kesian dia dilanda musibah begini. Mujur, dia selamat dan xcedera. Abg Zam  n Abg Usop g pick up kakcik, buat report polis n setelkan barang kereta. Kakcik balik umah mak malam tuh. Mak xtau. Iza pun terus sms Aby n Alang gtau. Alang n Aby terkejut. Iza kata jgn gtau mak dulu. Nanti mak risau. Mak n Aby n Alang pun balik umah tunggu kakcik. Kakcik pun setel hal tuh, balik ngan abg zam. Tapi xbgtau mak lagi. 

Esoknya, lepas subuh mak perasan kakcik ada kat bilik dia. Terkejut lah mak. Lepas kakcik cerita, mak pun bersyarah mcm biasa n nasihatkan supaya hati2...Itu lah kasih sayang mak. Ok lah...Nak mandi, solat Subuh n ready utk g kelas. 

Assalamualaikum.

Monday, 11 July 2011

Chocolate Chiffon Cake

Assalamualaikum...

Sepanjang berkursus di Sungai Besi, Iza dah jarang on laptop.. So, bila x on, maka x update lah blog nih. Sepanjang berkursus nih, keje makan jelah. Iza juga xlupa buat hobi Iza iaitu memasak. So, resipi yg baru diambil dari kawan Iza, Ros (boleh dikatakan mentor iza lah). Jadi menu yg terbaru Ros ialah Bluberry Chiffon Cake. Tapi sebab abang xsuka sgt Bluberry, Iza masak Chocolate Chiffon je lah. Nanti xde orang nak makan pulak.
So, sedikit gambar Chocolate Chiffon Cake




Weekend yang lepas, Iza try buat Puding plak. Puding kali nih special sikit sebab dikenali sebagai Puding Marble. Resipi puding nih, Iza amik dari blog Madiha. Terima Kasih kak Madiha.Tapi puding Iza xpresentable sgt lah. Biasa biasa jer rupe nye. Ditambah plak dengan comot nyer. Hehehehe. So, enjoy t picture.



 Sekian entry Iza kali ini. Jumpe lagi untuk next entry.

Assalamualaikum...



Tuesday, 5 July 2011

Fertility Treatment Ultrasound - Part 1

Assalamualaikum....
Hari nih hari ke 12 dalam kitaran haid bulan Jun nih...Pagi nih ader kelas... habis kelas, insyaAllah nk g UMRA buat vaginal ultrasound... Debar terasa dlm hati.. dari pagi lg terasa... Ya Allah, beri lah aku kekuatan utk hadapi kebenaran ini.. telah ku panjatkan doa dan usaha ku padamu Allah... Kurniakan lah kami rezeki dan zuriat yg soleh sebagai penyambung keturunan dan agama Mu... Semoga dengan kehadiran zuriat ini, menambah lg kasih sayang dan ikatan suami isteri... Ya Allah, dgr lah doa dan rintihan hamba mu ini... Beri lah kami zuriat yg soleh... namun, walau apa pun keputusannya hari ini, aku tetap sujud dan redha dengan kehendak Mu....amin...

Habis kelas awal hari nih.. Abang sampai pun awal. So, lepas balik sampai rumah, mandi, solat n berdoa agar dikuatkan bila tahu kebenaran. Terus g UMRA, daftar n jumpa doktor. Berat badan dah turun 1.5kg daripada dulu. Sekarang 67.5kg. Alhamdulillah. Doktor yang Iza jumpa nih xpernah jumpa sebelum nih. Xkenal pun. Masuk bilik doktor, dia suruh baring, tapi dia g scan abdomen plak. Xnampak ape ape. Pindah bilik untuk buat Vaginal Ultrasound. Masa doktor scan, Iza xnampak pun rahim Iza. Doktor tuh macam ragu ragu jer. 

Entah dia tau entah tidak. Sengal jer rasa nya. Pastu dia kata xde Eggs yg dihasilkan. Kena tambah dos ubat. Tension, marah, sedih, frust, n mcm mcm lagi perasaan masa tuh. Doktor nih memang xfriendly. Rasa menyesal jer. Tapi xpelah, terima segalanya, dah ini ketentuan Allah. Abang, senyap ajer. Iza gtau pasal doktor tuh mcm xconfident, dia kata apesal xtanya tadi? Iza senyap je lah, layan perasaan yg berbagai bagai nih. 

Bayar bil, balik terus. Senyap je dalam kereta. Memang rasa nak menangis. Nak jerit sekuat hati. Nak bagitau semua orang betapa sedihnya Iza masa nih.Tapi, apa yang Iza dapat? Iza cuma boleh doa n usaha jer. Teruskan dengan ubat yg memang makan selama nih.

Jadi untuk first treatment:
- T.Clomid - 50mg
- T.Metformin - 500mg
- Folic Asid
- Senaman 
- Jaga Makan

:::::::::::::::::::::::::: Iza xberjaya ::::::::::::::::::::::::


Monday, 4 July 2011

Hari Lahirku Setahun Yang Lepas

Assalamualaikum..

Tengah godek godek laptop abang, terjumpa pulak gambar tahun lepas semasa hari lahir Iza. Xbanyak yg boleh dicerita. Cuma gambar aje yg memenuhi entry ini.


Kek Hari Lahir ku 

Aby, Iza,Kakcik

Kakcik,Aby, Iza n Mak


Abang,Iza n Mak


Abang n Iza
Hari lahir ku pada 15 Julai, pada bulan yang sama, 26 Julai ulangtahun perkahwinan abah. Last year kitorang sambut kat umah mak di SU 2...Memang happening, tapi Iza xde sebab ke Labuan. Tahun nih pun sama. So, maybe g makan besar jer kot... So, gambar celebration Anniversary Mak Abah pun ader.

Penat lah tuh

Mothers day

Entah ape lah caption nih

Hadiah yg akan ditukar nanti

Good job done by t sister's

Nice.....

Acara bermula

Potong kek

Lovely Family

My Family...Love u All + My Card for Mak Abah

Hadiah dari We all untuk Mak Abah

Abah baca Kad yg Iza bagi

Kakcik n Alang - Sape sedut paling cepat

Abah n Mak - Makan Beradat

Lapar sgt lah tuh

Abang dapat hadiah tudung - Abang Zam tolong pakaikan

Abah n Mak - Buka hadiah

Kak Liana (atas), Alang (kedua), Abang (ketiga) n Abang Zam

Abang Zam

Atikah n Qistina (bebudak gediksss)


Itu sajelah tatapan untuk entry kali ini. Assalamualaikum.

Forgotten Page

Assalamualaikum.. It’s been a while since my last entry.. lepas mak meninggal dunia, takde lagi perasaan utk menulis.. aku memilih utk memen...