Friday, 22 July 2011

Garis Panduan Untuk Pesakit PCOS

Assalamualaikum..
Artikel ini saya perolehi dari blog Dr Hamid Arsat. Sekadar untuk berkongsi..

1. Eat a balanced diet. Your body needs carbohydrates, protein, and fat.

2. Choose healthy carbohydrate foods that are high in fiber and low in sugar.

3. Load up on vegetables and fruits. They are high in fiber and packed with vitamins and minerals.

4. Balance your carbohydrate foods with proteins and healthy fats.

5. Limit your portions when you are eating high–carbohydrate foods (especially ones that are low in fiber).

6. Eat small meals and healthy snacks during the day instead of 3 large meals.

7. Don’t forget to exercise! Good nutrition is important, but it isn’t enough. You also need to exercise regularly. Adding exercise or increasing the exercise you already do will help you manage your PCOS.

8. Don’t get frustrated if you don’t lose weight quickly or if you’ve tried to lose weight before and it didn’t work. Learning how to choose and balance your carbohydrates and doing regular exercise will help!

9. Stay positive! It can be very difficult to achieve visible results. Doing what’s right for your body IS doing something good, even if you don’t see a big change in your weight.

10. Talk to your health care provider about managing your PCOS. Most young women with PCOS need to take medication, even with good nutrition and exercise. If you have more questions about PCOS and nutrition, ask your health care provider about talking to a nutritionist who has experience in working with teens with PCOS.

Monday, 18 July 2011

Anak Amanah Allah

Assalamualaikum..
Artikel ini dipetik daripada slah satu link yang sya search. Namun xpasti link nyer. Sekadar berkongsi... Jadikan Anak Pintar Dengan Izin Allah. Amalkan berdoa2 berikut semasa membesarkan anak2. Berikut senarai doa buat panduan:


1. Doa agar anak2 patuh pada Allah SWT - SURAH AL-BAQARAH(2) AYAT 128


2. Doa agar anak2 mengerjakan Solat - SURAH IBRAHIM (14) AYAT 40-41


3. Doa melembutkan hati anak2 yg nakal - SURAH TAHA AYAT 1-6


4. Doa agar diberi zuriat yg menyejukkan hati - SURAH AL-FURQAN(25) AYAT 74


Ibubapa adalah antara faktor terbesar dalam menentukan halatuju anak2. Berikut ada beberapa tips dari Robert D. Ramsey yang boleh kita jadikan panduan dalam menjadikan anak2 kita antara yang outstanding berbanding rakan sebayanya..selamat mencuba!
1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik . - bila anak kita dipanggil dengan nama yang tak baik, atau nama dah baik tapi bagi pulak gelaran yang tak baik, itu akan menyebabkan anak jadi malu dan rendah diri. Saya ingat lagi kat sekolah dulu org panggil saya mak enon. Malu sangat… rasa mcm tanak gi sekolah pun ade. Apatah pulak kalau yang memanggil nama tak elok tu mak bapak sendri. Lagi la malu kan ? Dalam Islam pun sangat digalakkan kita bg nama yang baik untuk anak2.


2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari - ada kajian yang menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. Bila kita peluk dia setiap hari esp seorg mak, anak kita tau yang kita sayangkan dia. Dia akan tau kita akan jadi penyokong dia paling kuat. Dia akan sedar bahawa kita sentiasa ada jika dia kurang berjaya. Emosi dia akan terbela.


3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang - pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran. Memang la ada masa kita perlu marah tapi jgnla buat muka marah sampai kawan tu takut nak dekat dgn kita langsung. Kesian kat budak. Namanya pun budak…


4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan - Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya. Bila tiap kali kita appreciate dia, dia akan rasa nak buat lagi dan nak buat lebih baik lagi. Ini la namanya motivasi…


5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan - mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap. Sebenarnya mereka akan belajar lebih banyak lagi dari kesilapan yang mereka lakukan. 6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga - Bila ada masalah eloklah kita selesaikan masalah keluarga yang terdahulu. Kerana, seseorang tu akan lebih tenang kalau takde masalah keluarga. Anak2 perlu diberi keutamaan kerana mereka sedang membesar dan proses ini akan terus berlalu dan tak akan kembali jadi jgnlah cemarkan keperibadian mereka dengan sikap mementingkan diri kita.


7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh - Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban. Ini akan menyebabkan mereka menjauhi kita. Kalau kita tak mau sunyi di hari tua, jgnlah sunyikan mereka pada usia muda mereka.


8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap. Seronok sebenarnya layan bebudak bercakap. Adik saya pun dalam kategori budak lagi, kalau sesekali
layan dia cakap rasa mcm kelakar. Saya penah jumpa dgn kawan anak saya umur baru tiga thn tapi mulut boleh tahan, rasa mcm tak logic je tapi seronok. Ala, mcm aznil Tanya budak tu, Tiger Wood berasal dari mana, pastu budak tu jawab Zoo… untuk kita sendiri, ini adalah satu hiburan yang takleh dibeli di tempat lain.


9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya - ada masa2nya mereka akan gundah gulana. Ada masa mungkin diorg berselisih dgn kawan. Ada masa mungkin dia dah tercederakan jiran. Jadi, kita bantulah sedaya kita supaya mereka tidak rasa sendirian dalam menyelesaikan masalah yang bagi kita kecik tapi tu mungkin masalah mega bg diorg.


10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya. Jgn kita sendiri kelam kabut bila ada yang menimpa. Jgn kita tunjuk yang kita gelabah. Be cool!! Setiap masalah yang telah Tuhan takdirkan pada kita ada penyelesaiannya. Jadi, jgn gabra2.


11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya . Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.


12. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali - ade setgh budak kene byk kali ajar, baru dia faham. Mcm anmum punya iklan tu..Wardina tunjuk byk kali baru anak dia faham. Anak saya sendiri dalam satu hari ntah berapa kali dia tunjuk kat mata dia suruh saya sebut eye, tunjuk kat telinga suruh sebut ear. Jgn marah sbb kalau marah nnt terbantut la proses pembelajaran dia.


13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri. Bila saya baca ni, rasanya tak salah la saya selalu pimpin tangan anak2 even dalam
 rumah pun. Bila nak ajak dia bangun je, saya hulur tangan. Even nak kedapur pun untuk bancuh susu diorg. Kalau kat luar mmg lah sah2 pegang sbb saya jenis serabut perut takut anak terlari tgh jalan ke.


14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka - jadilah pendengar setia mereka. Kalau pasangan kita mimpi pun apa salahnya kita dengar. Best hape dengar cerita dari mimpi. Mcm drama tapi takde skrip, takde director, dan takde siaran ulang tayang.


15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.


16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam - biasakan ajar dia salam kita sebelum lena. Cium dahi diorg esp mak nya..mcm cerita omputeh kan selalu dia gi bilik tidur anak n selimutkan diorg.


17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna . Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa. Ada masa anak kata papa ni garangla.. tu sbnrnya dia menegur so, ubahla. Jgn jadi too perfectionist pada anak2. nnt mereka rendah diri.


18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga. Dan mereka juga akan terasa kurang kasih sayang bila kita mengadap benda lain. Kalau anak2 dah sekolah, biasakan tolong mereka siapkan kerja rumah, atau kita sendiri bg latihan dan perati setiap hari peralihan dia belajar dari satu topik ke topik. Bantu dia belajar lebih dari yg cikgu dia ajar.


19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri. Hoo..seram. tapi ada betulnya. Buatlah sesuatu supaya mereka tak menjauh dari kita. Semoga kita tidak sunyi dihari tua kita.


20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda. hargailah perasaan mereka supaya mereka juga menghargai dan memahami perasaan kita.

Assalamualaikum

Sunday, 17 July 2011

Triple Birthday Celebration

Assalamualaikum..
Sabtu lepas, 16 Jul 11, g umah mak. Tdo sana. Saje nak teman mak, sebab mak nak g Kota Kinabalu seminggu ngan kakcik..Bercuti, lawat anak menantu n cucu kesayangan, Ain n Is.. Abah balik juga tengahari tuh..Iza, Aby n Alang g umah Dadik jemput si gedik Tina n Qaireen.. Nak pulak Qaireen ngan Iza. Manja je budak nye. Xde plak dia buat perangai mcm 
selalu. Dah besar kot. Dah kenal orang.

So, malam tuh alang belanja makan. Kat De Manggis Steambot n Ikan Bakar. Best giler. Banyak kitrang makan. Semua ader.Abah, Mak,Abg Zam, Kak Liana, Abang Usop, Kak Ita, Alang,Kakcik n BF,Aby (single mlm tuh)...hehehe..Itu lah, orang suruh bawak Ewan, xnak. Macam macam alasan. Kitorang makan dari kul 8 malam sampai hampir kul 10 malam. Siap order ABC lagi. Penuh perut mcm nak pecah. Balik, masing masing penat. Lepak2 jap.Yang lelaki borak kat luar sambil hisap rokok. Suami kesayangan Iza, xhisap rokok, jadi lepak ngan girls dalam umah. 

Sambil lepak2, masing2 mintak air favourite family kitorang, CAYAK!!! hahaha...CAYAK ialah Teh Susu. Orang mamak panggil CAYAK...hehehe... ALang lah yg kene detail bancuh cayak...Tapi dia lengah lengah. Last2 Abg Zam dukung Alang g dapur suruh bancuh cayak..Hahahahaah..menjerit semua orang..hahahaha...Alang dah lah kurus kering..
End up, Alang buat juga cayak tuh. Habis minum cayak, ramai dah ngantuk. Iza n Aby dah lentok kat karpet tengah. Kakcik pun join. Last2 terlelap semua. Xsedar bila yg lain2 balik..Hehehee.. So sedikit gambar masa Majlis Makan Malam.

Abang with Siakap 3 Rasa - (Back) Kak Ita


Abang, Alang, Mak (at t back) with Kakcik n Kak Ita
Eh, lupa plak nak gtau, pagi hari sabtu, Iza ader buat Kek Lapis Hawflakes. Boleh lah rasanya..Hehehe..First Trial kan...

Kek Lapis Hawflakes

Hari nih plak, Iza buat Rojak Buah. Ok lah...Mak suka. Yang lain2 pun rasa ok jer. So, kira lulus lah..Alahamdulillah. 

Rojak Buah
So, itu lah cerita sekitar weekend yg sangat bermakna buat kami sekeluarga. Next week dah start kerja n detasmen. So, kene kawal stress n kelesuan. Semoga Allah memberkati kami sekeluarga. InsyaAllah.

Assalamualaikum...


Saturday, 16 July 2011

Di Hari Lahir ku - 15 Jul 2011

  Assalamualaikum..

Alhamdulillah...Ku panjat kan kesyukuran kepada Allah swt kerana memanjang kan umurku, mengurniakan aku rezeki yg halal, memberkati kehidupanku, menetapkan iman ku kejalan agama  yang suci..Aku bersyukur Ya Allah...

Semalam merupakan tahun yg ke 29 selepas kelahiranku ke dunia ini. Terima kasih yg tidak terhingga pada Mak yang melahirkan ku...Pada abah yg menjaga ku, Pada keluarga yg sentiasa menyokong ku dalam apa jua keadaan. Kepada suami tercinta I love U abang.. Kehadiran abang dalam hidup Iza, begitu bermakna.

Semalam, merupakan hari terakhir aku berkursus di Sg Besi. Semalam merupakan penutup kursus. Jadi ade lah Majlis Penyampaian Sijil. Aku juga menerima sijil.

Sijil Kursus

Selepas habis je ucapan penutup dari MC, kitorang pun packing barang nak balik..Suddenly, rakan2 dalam kursus menyanyi lagu birthday. Siap ader kek lagi. Terharu sgt.. Freeze sekejap, xtau nak buat ape. Kawan2 memang baik. Thanx guys. Berikut gambar sekitar majlis n kek yg dah dipotong kecik. Sebab x sempat fikir nak amik gambar.

Kek Almond Walnut dari Secret Rescipe



Kek into pieces



Menu Lunch




Habis je lunch n amik gambar bersama peserta kursus yg lain, kitorang pun gerak balik. Dah sampai rumah, terfikir nak buat kek. Tapi buat cup cakes plak.hehehe..Keputusan yg xpernah tetap. So buat lah cupcake, ikut resipi kwn2...Tapi bila buat icing dia, jd cair plak. Kecewa rasanya.

1st Edition Cup Cake

My Cuppy Cakes



Tengah rehat2 kat rumah, tetiba aby call..Kakcik tertinggal kunci kereta dlm kereta Aby n dia xde kunci spare. Dia plak ader kat Petronas. Aduhhhh..Macam macam Kakcik minggu nih. Tapi nak buat mcm mane. Hari nih hari dia. Esok esok mungkin hari kita. Kitorang pun siap2 tunggu Aby dtg bwk kunci pendua n terus gerak g kajang. Petronas tepi highway. Sampai jer, bonet plak xboleh rapat. Adoiiii, puas abang godek, akhirnya boleh. Lepas setengah jam jugak lah. Kakcik ngan muka seposen, ajak balik. Kitorang terus g umah mak. Mak mesti risau sgt tuh. Sampai rumah mak, kitrang mkn mlm, borak borak n balik rumah dalam kul 10...So, tamatlah pengembaraan di hari lahir ku..huhuhu..

Assalamualaikum..





Thursday, 14 July 2011

Usaha Ke Arah Rawatan PCOS

Assalamualaikum...

Setelah disahkan menghidap PCOS, macam macam ubatan yg terlintas dalam kepala Iza. Tapi, abang ader cadangkan satu makanan tambahan untuk Iza dalam rawatan PCOS. Produk U-Queen. Iza dah minum supplement nih lebih kurang 2 minggu dah. Sekarang dah tambah kotak yg kedua untuk lagi 2 minggu. Iza berdoa semoga dengan usaha yg Iza amik, Iza boleh mengandung n dikurniakan zuriat yg sihat dengan izin Allah. Berikut adalah sedikit informasi mengenai Produk U queen ini.

Queen yang bermaksud RATU telah diadun menggunakan herba-herba mewah dan terpilih khusus bagi membantu menyelesaikan berbagai masaalah dalaman dan luaran wanita. U-Queen adalah minuman kesihatan yang kaya dengan nilai khasiat, vitamin dan bahan-bahan antiseptik untuk merawat dan memelihara kesihatan tubuh wanita secara total.

Ia membekalkan tenaga luaran dan dalaman yang diperlukan oleh wanita berkerjaya masa kini. Ia membantu mengatasi masalah keputihan dan sengugut, menguat dan merapatkan otot vagina (mengatasi masalah faraj longgar dan berair), mengencang payudara dan mengangkat punggung, memberi seri pada wajah, melewatkan menopause, dan mengeratkan hubungan suami isteri, Ia juga membantu mengecutkan fibroid, cysts dan endometriosis, mencegah kanser, melancar / membersih darah serta peranakan.

U-Queen juga dapat membuang toksin, lemak dan angin dari dalam badan dan memastikan badan yang ideal tanpa masalah berat badan serta awet muda sentiasa. Ia juga secara semulajadi akan mencerahkan kulit dari dalam dan hasilnya akan dapat dilihat selepas sebulan penggunaan.Rahsia seorang wanita, hanya U-Queen jawapannya! Anda pasti menjadi RATU di hati sidia!

Cara Penyediaan

Tuangkan kandungan satu sachet U-Queen (25g) ke dalam segelas air suam (40°C - 60°C) sebanyak 150ml. Kacau hingga sebati dan sedia untuk diminum. Dicadangkan diambil satu jam selepas makan pada waktu malam.

Cara Penyimpanan

Simpan ditempat dingin dan kering di bawah suhu tidak melebihi 30C. Elakkan dari kanak-kanak

Bahan-Bahan U Queen

Betel Piper / Sireh

Daun sireh atau 'Piper Betle' mengandungi bahan-bahan aktif seperti Flavornoid dan Polyphenol yang boleh menegangkan kulit dan mengelakkan kedut-kedut di muka yakni membawa kesan awet muda. Khasiat astrigen dan antiseptic daun sireh pula berkeupayaan mengecutkan tisu-tisu organik dan membunuh kuman. Ia juga membantu menegangkan otot-otot tisu dalaman vagina serta mengatasi masalah keputihan. Sireh juga turut digunakan bagi mengatasi masalah penyakit malaria, sakit sendi, gout dan dipercayai boleh merawat kanser dan penyakit jantung.

Lycium Barbarum / Goji

Selain antioksida, buah goji juga kaya dengan 18 jenis asid amino, 21 jenis bahan mineral seperti zink, germanium dan protein serta vitamin B1, B2, B6 malah vitamin E dalam sebiji buah goji adalah bersamaan dengan 500 biji buah oren. Antara khasiat Goji memanjangkan usia, menghalang diri anda daripada tua sebelum masa menerusi tindakan anti-oksida yang tinggi. Goji meningkatkan tenaga dan kekuatan anda, terutamanya apabila melawan penyakit. Goji menjadikan anda rasa dan kelihatan muda. Goji merangsang rembesan HGH ( Hormon Pertumbuhan Manusia), ‘hormon remaja” Goji mengekalkan tekanan darah yang sihat. Goji mengurangkan risiko kanser Goji mengurangkan kolestrol Goji menormalkan gula dalam darah pada peringkat awal diabetes Goji meningkatkan fungsi seksual dan merawat masalah seksual Goji membantu mengurangkan berat badan

Nigella Sativa / Habbatus Sauda

Nigella Sativa atau Habatus Sauda digunakan untuk meningkatkan metabolisme dan menaikkan semangat. Jintan hitam juga di kenali sebagai BRM(biological response modifier) yakni ia mampu menghalang pertumbuhan kanser. Ia juga dapat meningkatkan sistem pertahanan badan yang berkait dengan sel darah putih.

Labisia Pumilia / Kacip Fatimah

Kacip Fatimah atau nama saintifiknya Labisia Pumilia dan Pathoina mengandungi elemen antioxidan dan phytoestrogen yang mana ia mampu mencegah pembiakkan sel prakanser, memantapkan tisu yang memerlukan hormon estrogen, mengukuhkan struktur tulang melalui penyerapan jisim tulang dan melewatkan proses penuaan. Kacip Fatimah juga membantu wanita yang mengalami masalah keputihan dan juga untuk melancarkan proses kelahiran bayi dan untuk pukul angin dan cirit-birit.

Buah Manjakani

Antara khasiat manjakani yang diketahui umum ialah ia dapat menjadi penawar pada penyakit keputihan yang biasa dialami ramai wanita. Manjakani juga sinonim dengan fungsinya yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri. Fungsinya yang bertindak sebagai astrigen dapat membina dan membaiki tisu-tisu yang rosak terutamanya selepas melahirkan anak. ia juga dapat mengurangkan lelehan mukus dan juga membantu menstabilkan hormon, melancarkan darah dan memberi tenaga. SIfat antioksidannya juga dapat mencegah kanser payudara dan kanser rahim.Ia juga dapat mebantu melawaskan pembuangan air besar kerana mengandungi kandungan serat yang tinggi.

Betik

Betik kaya dengan pelbagai nutrien antioksida. Khasiat dan nutrien yang terkandung di dalam betik seperti karotena, vitamin B dan C, flavonoid, potasium, magnesium serta serat dipercayai dapat membantu mengatasi pelbagai masalah kulit. Selain kandungan nutrien-nutrien tersebut buah ini juga mempunyai banyak kompaun aktif biologi seperti kimopapain dan papain yang berkemampuan membantu sistem pencernaan manusia. Keunikan betik yang mempunyai papain telah melabelkannya sebagai antiseptik terbaik yang pernah ditemui di dunia

Psyllium Husk

Psyllium husk merupakan Serat semulajadi bertindak sebagai laksatif (laxative) pembersih usus. Ia dikenali secara universal sebagai sumber utama diet fiber. Ia juga merupakan rawatan untuk kegemukan dan makan berlebihan dengan menyebabkan kita merasa kenyang sentiasa. Ia memainkan peranan untuk menseimbangkan kandungan gula dalam badan dan merawat hypoglycemia, hemorrhoids, dan kencing manis dan mengawal berat badan. Psyllium husk telah lama dikenali berpotensi untuk mengurangkan kolesterol dalam darah

Puerira Mirifica / Ubi Bidadari Putih

Pueraria Mirifica mempunyai kesan seperti estrogen yang sangat hebat. Ia telah digunakan berabad lamanya sebagai herba anti-penuaan. Pueraria Mirifica juga terkenal sebagai herba semulajadi untuk pembesaran serta penganjalan payudara dan punggung. Phytoestrogen yang terkandung dalam Pueraria Mirifica memberikan kesan positif dalam merawat masalah osteoporosis, merawat simptom-simptom menopause dan mengelakkan pembentukan kanser yang disebabkan ketidakseimbangan hormon. Ia juga mengandungi agen anti-kanser yang dapat membantutkan pertumbuhan sel kanser bagi pengidap kanser payudara

Hibiscus Sadarifa / Rosselle

Roselle merupakan sumber utama vitamin C dan kandungannya 20 kali ganda dari yang terdapat dalam keluarga limau citrus. Pengambilan roselle akan melambatkan proses penuaan dan mencegah berlakunya penyakit kronik kerana ia menghadkan kerosakan yang dilakukan oleh radikal bebas. Roselle menjadikan wajah muda dan berseri. Roselle juga membantu mencegah ketebalan LDL di arteri dan sekali gus mengelak terjadinya penyakit tekanan darah tinggi. Roselle turut membantu mengawal stress dan mengatasi masalah sukar tidur

Acerola Cherry

Buah Ceri Acerola ini mempunyai kandungan anti-oksidan yang tinggi serta kaya dengan vitamin & mineral. Didalam buah tersebut ada lebih 150 jenis unsur-unsur nutrient. selain itu, ia juga mempunyai kandunga anti-fungus yang kuat serta mempunyai keupayaan untuk merendahkan tahap kolesterol. Bukan ini sahaja, buah ceri ini juga mempunyai keupayaan menentang proses penuaan sel-sel badan, membantu menghidratkan kulit & mempergiatkan fungsi kapilari.

Tamarindus Indica / Asam Jawa

Manfaat asam Jawa antara lain untuk menyembuhkan asma, menyembuhkan batuk, demam, reumatik (nyeri sendi), nyeri haid, alergi, sariawan dan menurunkan berat badan

L-Glutathione

Glutathione berperanan untuk menukarkan eumelanine atau pigmentasi gelap kepada phaeomelanin atau pigment yang lebih cerah. Eumelanin yang menyebabkan kulit gelap terjadi secara semulajadi, glutathione yang berkualiti pula berperanan menukarkannya kepada phaeomelanin yang membuatkan kulit lebih cerah hari demi hari. Ia diperlukan dalam pemecahan lemak oxidized dan dalam metabolism karbohidrat. Jika glutathione dalam badan tidak mencukupi keperluan, sel akan cepat mati dan membuatkan sesetengah orang kelihatan lebih tua dari usia dan terdedah kepada toksin yang boleh menyebabkan kanser.Iajuga berperanan sebagai anti-toksin yang menghalang radikal bebas didalam tubuh. Glutathione bertugas untuk memproses toksin di dalam badan agar dapat dikumuhkan dengan mudah dari badan

Guarana

Guarana amat berkhasiat kerana ia mengandungi lebih daripada 10 jenis asid amino, zat galian dan vitamin-vitamin yang diperlukan oleh badan manusia. Zat –zatnya mudah diserap oleh sel-sel badan dan dapat membantu memulihkan struktur sel badan kita, memelihara organ-organ badan dengan baik dan seterusnya membantu kita awet muda dan hidup hingga berusia lanjut. Guarana berkesan dalam menguatkan fungsi kencing, perut dan usus, menurunkan kepanasan badan, memperbaiki system penghadaman dan struktur tisu organ dalaman, meningkat proses metabolisme dan serapan khasiat oleh badan serta merangsangkan keupayaan seks

Honey Bee

Madu mengandungi glukosa dan fruktosa serta sejumlah mineral seperti magnesium, kalium, potasium, sodium, klorin, sulfur, besi dan fosfat. Madu juga mengandungi vitamin B1, B2, C, B6 dan B3 serta tembaga, sodium dan zink, juga beberapa jenis hormon. Ia kaya bahan anti oksidan yang menghalang radikal bebas daripada bertindak ke atas sel-sel yang boleh menyebabkan kanser. Madu terkenal sebagai sumber tenaga asli bagi tubuh. Ia meningkatkan kekuatan otot dan stamina badan, membunuh kuman daripada jenis bacteria, fungus dan protozoa. Madu juga mampu menyembuh ulser dan luka dengan lebih cepat dan berkesan

Tomato

Tomato mengandungi asid folik, asid panthotenik, biotin, vitamin K dan vitamin E. Asik utama yang terdapat pada tomato dan menyebabkan ia mempunyai rasa masam ialah asid sitrik.karetenod, B-karotin dan licopin pula menentukan warna pada tomato.Alkohol yang diektstrak dari tomato mempunyai ciri-ciri penahan sakit dan mengurangkan tekanan. Tomato mampu menjadi agen untuk anti penuaan dan mengembalikan keserian kulit terutamanya pada muka

Pineapple

Buah Nanas mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi yang amat diperlukan untuk kesihatan dalam membantu menyembuhkan luka atau cedera di samping penyerapan zat besi ke dalam saluran darah. Kandungan Vitamin B di dalam buah nanas terutamanya B1 (thiamin) berfungsi dalam membantu proses penghadaman dan melicinkan proses pencernaan dalam usus manakala Vitamin B3 (niacin) bersama kandungan kabohidratnya dapat mengawal sistem penghadaman agar sentiasa sihat. Kandungan potassium bersama-sama sodium di dalam buah nanas dapat mengawal imbangan air dalam tubuh manusia. Enzim Bromelin di dalam nenas juga membantu mengawal pembengkakkan, jangkitan dan menghalang berlakunya pembekuan darah

Kolagen Marin

kolagen marin adalah pilihan yang tepat untuk menggantikan kolagen yang hilang dari badan. Ia membantu memperbaiki tekstur kulit dari dalam (menghaluskan dan mencerahkan kulit, mengurangkan parut, menghilangkan garis kedutan, menganjalkan kulit badan), menaikkan seri wajah agar kelihatan lebih muda, dan menegangkan payudara. Ia juga berkesan untuk menangani masalah rambut, kuku, dan gigi, disamping menjaga kesihatan ligamen, tulang dan sendi dengan menghalang atritis dan osteoporosis

Begitu lah sedikit informasi yg dapat Iza kongsikan. Semoga kita semua beroleh kesihatan yg baik dengan izin dan keredhaan Allah. Assalamualaikum

Wednesday, 13 July 2011

Price Tag

Assalamualaikum...

Baru balik dari berbuke pose kat umah mak. Sampai rumah terus update latest music dalam Iphone nih..Biasalah Iphone kene pkai Itunes...So lambat sikit lah nak masuk lagu. Macam2 cara.. Sabar jelah.. So, nak share lirik lagu Jessie J- Price Tag.

Okay, Coconut man, Moon Heads and Pea
You ready
Seems like everybody’s got a price,
I wonder how they sleep at night.
When the sale comes first,
And the truth comes second,
Just stop, for a minute and
Smile
Why is everybody so serious
Acting so damn mysterious
Got your shades on your eyes
And your heels so high
That you can’t even have a good time
Everybody look to their left (yeah)
Everybody look to their right (ha)
Can you feel that (yeah)
We’re paying with love tonight
It’s not about the money, money, money
We don’t need your money, money, money
We just wanna make the world dance,
Forget about the Price Tag
Ain’t about the (uh) Cha-Ching Cha-Ching.
Aint about the (yeah) Ba-Bling Ba-Bling
Wanna make the world dance,
Forget about the Price Tag.
Okay!
We need to take it back in time,
When music made us all unite
And it wasn’t low blows and video hoes,
Am I the only one getting tired
Why is everybody so obsessed
Money can’t buy us happiness
Can we all slow down and enjoy right now
Guarantee we’ll be feeling Alright.
Everybody look to their left (yeah)
Everybody look to their right (ha)
Can you feel that (yeah)
We’re paying with love tonight
It’s not about the money, money, money
We don’t need your money, money, money
We just wanna make the world dance,
Forget about the Price Tag
Ain’t about the (uh) Cha-Ching Cha-Ching.
Aint about the (yeah) Ba-Bling Ba-Bling
Wanna make the world dance,
Forget about the Price Tag.
[B.o.B]
Yeah yeah
Well, keep the price tag
And take the cash back
Just give me six strings and a half stACK.
And you can keep the cars
Leave me the garage
And all I..
Yes all I need are keys and guitars
And its with in 30 seconds I’m leaving to Mars
Yeah we leaping across these undefeatable odds
Its like this man, you can’t put a price on the life
We do this for the love so we fight and sacrifice everynight
So we aint gon stumble and fall never
Waiting to see this in the sign of defeat uh uh
So we gon keep everyone moving their feet
So bring back the beat and then everyone sing
It’s not about the money, money, money
We don’t need your money, money, money
We just wanna make the world dance,
Forget about the Price Tag
Ain’t about the (uh) Cha-Ching Cha-Ching.
Aint about the (yeah) Ba-Bling Ba-Bling
Wanna make the world dance,
Forget about the Price Tag.
It’s not about the money, money, money
We don’t need your money, money, money
We just wanna make the world dance,
Forget about the Price Tag
Ain’t about the (uh) Cha-Ching Cha-Ching.
Aint about the (yeah) Ba-Bling Ba-Bling
Wanna make the world dance,
Forget about the Price Tag.
[Jessie J -Outro]
Yeah, yeah
Oo-oooh
Forget about the price tag.

Kesan Kafein Kepada Kesuburan Wanita

Assalamualaikum..

Bagi wanita yang tidak mempunyai masalah kesuburan, tentunya kafein tidak memberikan apa-apa kesan. Bagaimana pula dengan pasangan yang telah lama berkahwin dan masih menunggu dikurniakan cahaya mata?

Amalan meminum kaffein harus dihentikan bagi lelaki dan wanita.
Beberapa kajian telah dilakukan dan mereka mendapati wanita yang yang minum lebih dari satu cawan kopi sehari akan mengalami kesan ketidaksuburan sebanyak 50 peratus.
Kajian itu dijalankan pada tahun 1999 terhadap 100 orang wanita yang tidak mengamalkan minum kopi berbanding dengan wanita yang minum kopi. 

Mereka mendapati wanita yang tidak minum kopi mempunyai kebarangkalian untuk hamil seanyak 26.9 dalam 100 kitaran haids, sementara peminum kopi pula sebanyak 10.5 kehamilan dalam 100 kitaran haid. Kajian lain menunjukkan wanita yang mengamalkan 300mg kafein atau lebih, mempunyai kebarangkalian untuk hamil yang lebih rendah.
Oleh itu bagi wanita yang ingin hamil harus meninggalkan pengambilan kaffein. Semakin banyak wanita itu minum kopi dalam sehari, semakin rendah kebarangkaliannya untuk hamil.

Kajian yang dilakukan di Denmark terhadap 423 pasangan telah menyokong kajian sebelumnya. Kajian lengkap ini telah mengambil kira faktor berat wanita, pengambilan alkohol, penyakit dalam sistem pembiakan, kualiti air mani suami dan kitaran haid wanita itu.

Bagaimana kaffein boleh menyebabkan ketidaksuburan?
Satu kajian pada 2005 yang telah dikeluarkan dalam ‘Journal Diabetes Care’ menunjukkan pengambilan kaffein telah menyumbangkan kepada masalah ‘insulin resistance’.
Insulin resistance bermakna insulin tidak dapat digunakan dengan berkesan ketika pembakaran gula untuk menghasilkan tenaga. Ini menyebabkan banyak gula yang tidak ’dibakar’ di dalam darah. Selain itu insulin resistance menghalang proses ovulasi (pengeluaran ovum dari ovari).

Jadi apabila seorang wanita itu mengalami obesiti, endometriosis  dan PCOS, pengambilan kaffein akan memburukkan keadaan. Banyak kajian mendapati kafein meninggikan tahap hormon estrogen dalam darah sehingga menyebabkan ketidaksuburan. Kajian lain menunjukkan wanita yang mengambil 200 mg atau lebih kaffein dari kopi, teh, soda, minuman coklat boleh menyebabkan keguguran.

Sebagai perbandingan, carta dibawah membantu kita melihat nilai kaffein yang berada dalam makanan dan minuman kita.

Kopi Isipadu Kaffein
coffee, generic brewed 8 oz 102-200 mg
coffee, Starbucks brewed 16 oz 330 mg
coffee, Dunkin’ Donuts brewed 16 oz 206 mg
caffé latte atau cappuccino, Starbucks 16 oz 150 mg
caffé latte atau cappuccino, Starbucks 12 oz 75 mg
espresso, Starbucks 1 oz 75 mg
espresso, generic 1 oz 30-90 mg
coffee, generic instant 8 oz 27-173 mg
coffee, generic decaffeinated 8 oz 3-26 mg

Teh Isipadu Kaffein
black tea, brewed 8 oz 40-120 mg
green tea, brewed 8 oz 30-50 mg
black tea, decaffeinated 8 oz 2 mg
Starbucks Tazo Chai Tea latte 16 oz 100 mg
Nestea 12 oz 26 mg
Snapple 16 oz 42 mg
Lipton Brisk iced tea 12 oz 10 mg

Minuman berkarbonat Isipadu Kaffein
Coke 12 oz 35 mg
Pepsi 12 oz 38 mg
Jolt Cola 12 oz 72 mg
Mountain Dew 12 oz 54 mg
7-Up 12 oz 0 mg
Sierra Mist 12 oz 0 mg
Sprite 12 oz 0 mg

Minuman ‘tenaga’ Isipadu Kaffein
Red Bull 8.3 oz 80 mg
SoBe Essential Energy, berry atau orange 8 oz 48 mg
SoBe No Fear 8 oz 83 mg

Lain-lain Isipadu Kaffein
dark chocolate 1.45-oz bar 31 mg
milk chocolate 1.45-oz bar 11 mg
coffee ice cream or frozen yogurt 8 oz 50-60 mg
hot cocoa 8 oz 3-13 mg

Bagi sesetengah wanita, kaffein tidak mempengaruhi mereka. Namun bagi wanita yang agak sukar untuk hamil, saya menasihatkan agar menghentikan amalan pengambilan kaffein.

Bagaimana kaffein menyebabkan keguguran?

Seperti mana yang diketahui kaffein akan menyebabkan saluran darah mengecut. Ini akan mengurangkan pengaliran darah ke uri (placenta) seterusnya  menyebabkan pengurangan bekalan oksigen dan nutrien. Selain itu kaffein boleh sampai kepada bayi dalam rahem dan menjejaskan pertumbuhan sel-selnya.

Satu kajian di Denmark mendapati pengambilan kopi yang tinggi (8 cawan sehari) akan meningkat risiko kematian bayi dalam rahem (stillbirth) sebanyak dua kali berbanding dengan wanita yang tidak mengamalkan minum kopi.

Dua kajian yang agak lemah menunjukkan pengambilan kaffein yang tinggi menyebabkan bayi yang lahir mengalami kekurangan berat badan dan bayi lelaki mengalami keadaan ‘undescended testes’ iaitu telur testis bayi tidak berada di kerandut zakar (scrotum).
Selain dari itu, kebanyakan minuman mengandungi unsur bahan phenol yang menyebabkan badan sukar menyerap zat besi mengakibatkan wanita hamil itu akan mengalami kekurangan darah dan haemoglobin.

Sekian sahaja perkongsian mengenai Kesan Kafein Kepada Kesuburan Wanita. Assalamualaikum...

Berusaha Yang Betul Tanpa Melawan Takdir - Dr Zubaidi Hj Ahmad

“Doktor tahu ke kalau anak saya akan cacat?”
Saya terkedu dengan serangan itu. Umpama satu letupan akibat bedilan peluru berpandu ketika perang Iraq dulu. Saya baru sahaja meng’update’kan status di wall, memberitahu akan menulis kebaikan folic acid kepada bayi yang berada dalam rahem. Serangan dalam ruangan chatting FB amat mengganggu perasaan saya.

“Maaf puan, saya tidak mengetahui. Semuanya dalam pengetahuan ALLAH”
“Haa..tahu pun. Jadi kenapa doktor pandai-pandai bagi nasihat tentang anak yang belum lahir?’ Saya menggeleng-gelengkankan kepala. Ini pemikiran puak mana?
Saya mengurut-ngurut dada. Saya percaya ini adalah wakil golongan Jabariyyah Melayu atau pembaca yang tiada asas pengetahuan agama, tetapi hanya menceduk ilmu dari sumber rambang sahaja.

‘Rezeki secupak tidak boleh menjadi segantang’ adalah antara contoh bagaimana masyarakat kita telah sekian lama diterapkan dengan pemikiran Jabariyyah.
Pemikiran Jabariyyah adalah sejenis pemikiran yang terkeluar dari aliran ahli Sunnah wal Jamaah (ASWJ). Ia dipopularkan oleh Ja’d bin Dirham di Basrah dengan mendakwa perbuatan hamba tidak memberikan kesan kepada takdir Allah. Ini termasuk segala perbuatan maksiat dan ibadah telah pun ditetapkan dan manusia hanyalah menurut ‘takdir’ tersebut.

Hal ini tentunya berlawanan dengan pemikiran ASWJ yang menyuruh manusia memilih perbuatan mereka, sama ada menuju kejayaan atau menuju kebinasaan. Di akhirnya Allah sahaja yang menentukan sama ada seseorang itu layak mendapat apa yang dihajati dan diusahakan. Dalam satu hadis riwayat Anas bin Malik ra.: Sesungguhnya Allah Taala mengutus seorang malaikat di dalam rahim. Malaikat itu berkata: Ya Tuhan! Masih berupa air mani. Ya Tuhan! Sudah menjadi segumpal darah. Ya Tuhan! Sudah menjadi segumpal daging. Manakala Allah sudah memutuskan untuk menciptakannya menjadi manusia, maka malaikat akan berkata: Ya Tuhan! Diciptakan sebagai lelaki ataukah perempuan? Sengsara ataukah bahagia? Bagaimanakah rezekinya? Dan bagaimanakah ajalnya? Semua itu sudah ditentukan dalam perut ibunya. (Shahih Muslim No.4785) “

Walaupun Allah telah menetapkan segalanya, namun siapa yang tahu nasib kita adalah baik atau buruk? Bagaimana mahu mengetahuinya?  Tentulah dengan cara berusaha yang semaksimanya. Inilah tanda bukti keadilan Allah. Allah memberikan kita akal yang mampu mempertimbangkan segala kesan yang kita perolehi dari usaha kita.

Setelah diberikan akal untuk, berfikir, lalu diberikan peluang untuk memilih. Pilihan inilah yang akan mempengaruhi kesan atau akibat dari usaha yang dilakukan.
Sebagai contoh, apabila seorang lelaki mahu menghilangkan rasa lapar. Dia harus berikhtiar memakan nasi, barulahlah usahanya bermanfaat.  Jika dia memakan pasir, walaupun dia berusaha tetapi ikhtiarnya menjadi sia-sia. Kita harus berserah diri kepada Allah setelah kita berusaha dengan cara yang betul dan dengan daya yang maksima. Jadi percaya kepada takdir adalah perjalanan yang perlu disertakan dengan usaha yang betul, dan menerima apa sahaja hasil setelah kita berusaha. Ini lah juga konsep tawakal. Orang yang yakin pada takdir sebegini tentu sekali tidak takut untuk melaburkan masa, tenaga dan wang.
Dalam al-Qur’an banyak menceritakan bahawa maksud “bertawakal kepada Allah’’ adalah salah satu cara “melakukan usaha “. Malah Al-Qur’an memberitahu usaha-usaha yang baik dikira sebagai ibadah kepada Allah.

Nabi Ya’qub a.s. menasihati puteranya agar melakukan beberapa tindakan ketika memasuki kota, sebagai usaha tidak dikenali dan ditangkap, tetapi setelah itu beliau mengingatkan agar bertawakal kepada Allah. Inilah ayat yang membicarakan masalah tersebut:
“Dan Ya’qub berkata, ‘Hai anak-anakku, janganlah kamu masuk dari satu pintu gerbang, dan masuklah dari pintu-pintu gerbang yang berlainan, namun demikian aku tidak dapat melepaskan kamu barang sedikit pun dari (takdir) Allah. Keputusan menetapkan (sesuatu) hanyalah hak Allah; kepada-Nyalah aku bertawakal dan hendaklah kepada-Nya saja orang-orang yang bertawakal berserah diri’.” (Q.s. Yusuf: 67).

Inilah bukti besar bahawa usaha yang betul  harus dilakukan untuk mengharapkan kesan yang baik dan kemudian kita menerima takdir yang ditentukan dengan hati yang redha.
Jadi apabila ada yang mencabar saya supaya tidak melakukan sebarang usaha menyelamatkan bayi dalam rahem dengan teknik-teknik yang terbukti benar, saya merasakan itu adalah cabaran yang tidak perlu dilayan.

Apa yang saya harapkan adalah agar segala usaha untuk menyelamatkan nyawa adalah usaha yang diberikan ganjaran pahala. Wallahu a’lam.

Puasa


Puasa secara bahasanya boleh diertikan sebagai menahan diri. Daripada segi istilah syara' bermaksud menahan diri daripada makan atau minum untuk suatu jangkamasa tertentu.
Puasa ertinya menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. Umat Islam juga dikehendaki menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata buruk atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. Ini kerana puasa merupakan medan latihan memupuk kesabaran, kejujuran serta bertolak ansur sesama sendiri. Secara tidak langsung amalan puasa akan menyuburkan sikap murni di dalam diri pelakunya. Adalah menjadi harapan kita agar kesemua nilai yang baik ini akan terus dipraktikkan ke bulan-bulan berikutnya.
Firman Allah S.W.T: “ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “ - (Surah Al-Baqarah: 183)
Hadis Rasulullah s.a.w: Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:
|" Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."}}
Tidak wajib dan tidak juga sunat berniat dalam bahasa Arab, memadai dalam bahasa Melayu atau apa-apa bahasa yang kita fahami. Tetapi baik dan berpahala jika diamalkan dalam bahasa Arab dengan niat kita cinta kepada bahasa Arab sebagai bahasa Nabi Muhammad s.a.w. dan bahasa Al-Quran.

Lafaz niat
Lafaz setiap malam. Niat ringkas:
نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.
Lafaz lengkap:
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
  • Sebenarnya bangun untuk bersahur itu sudah dikira berniat untuk berpuasa.
Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:
Lafaznya:
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
  • Digalakkan berniat puasa untuk sebulan dengan sekali niat pada malam pertama Ramadhan bagi mengelakkan daripada tidak sah puasa kerana terlupa berniat pada malamnya, kita mengikut Imam Malik yang membolehkan berniat untuk sebulan sekali gus.
  • Namun begitu, jika puasa Ramadhan kita terputus oleh sesuatu sebab, seperti haidh, sakit atau lain-lain, maka niat puasa sebulan itu tidak lagi memadai untuk hari-hari puasa yang seterusnya, tetapi, hendaklah diperbaharui niat apabila tidak ada lagi perkara yang menghalang daripada puasa berturut-turut tersebut. Maksudnya, dengan memperbaharui niat sekali lagi bagi semua hari-hari puasa Ramadhan yang berbaki, iaitu niatnya:
“Sahaja aku berpuasa esok dan sehingga akhir Ramadhan ini kerana Allah Ta’ala”.

Waktu berniat

Waktu berniat bermula daripada terbenam matahari, yakni masuk waktu sembahyang fardhu Maghrib hinggalah sebelum terbit fajar shadiq (waktu Subuh). Oleh itu, bolehlah dilakukan niat puasa pada mana-mana bahagian daripada waktu tersebut, walaupun semasa berbuka.
Syarat Wajib Puasa:
Orang-orang Islam yang memenuhi syarat-syarat di bawah ini diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadhan:
  • Berakal/waras
  • Baligh (cukup umur)
  • Mampu/tidak uzur.
Syarat Sah Puasa:
Manakala syarat puasa itu diterima di dalam Islam (sah) ialah:
  • Orang Islam
  • Berakal - tidak sah jika gila atau kanak2 belum mumayyiz
  • Suci daripada haid dan nifas
  • Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa, iaitu bukan dalam tempoh haram puasa

Forgotten Page

Assalamualaikum.. It’s been a while since my last entry.. lepas mak meninggal dunia, takde lagi perasaan utk menulis.. aku memilih utk memen...