Monday, 30 May 2011

Poly Cystic Ovarian Syndrome (PCOS)

Assalamualaikum..
Hari nih balik dari Labuan. Best. Tapi yg x best sebab kene pergi check up. Takut pun ada. Hari nih Dr Wafi yg diagnos. He is ok. Very understanding. 
So, lepas Dr Wafi baca fail, dia mula menulis ubat yang dia nak bagi Iza n Suami. Selesai pasal ubat dia start tulis PCOS. Dia suruh kami banyak membaca tentang ini.So, tanpa berlengah lagi, Iza terus search dan jumpa artikel ini. Bersama Iza kongsikan untuk bacaan semua.
Sindrom ovari polisistik (PCOS, juga dikenali secara klinikal sebagai sindrom Stein-Leventhal), ialah sejenis gangguan endokrin yang menjejaskan 5–10% kaum wanita daripada semua bangsa. Ia merupakan gangguan hormon yang paling umum di kalangan wanita berumur biak dan adalah salah satu sebab utama ketaksuburan
Ciri-ciri utamanya ialah ketiadaan pengovuman tetap serta kesan hormon androgen-androgen (hormon lelaki) yang berketerlaluan. Gejala dan teruknya sindrom banyak berbeza antara wanita-wanita. Sedangkan sebabnya tidak diketahui, kerintangan insulin (yang seringnya mengiringi obesiti) amat berkait dengan PCOS.

Gejala-gejala PCOS biasanya termasuk:
  • oligomenoreaamenorea - masa haid yang tidak tetap, tidak banyak, atau tidak ada; kitaran-kitaran yang ada berlaku seringnya melibatkan perdarahan teruk (pendarahan teruk juga merupakan tanda amaran awal untuk kanser endometrium yang lebih membahayakan wanita-wanita yang mengalami PCOS
  • Ketaksuburan yang umumnya diakibatkan oleh anovulasi kronik (kekurangan pengovuman)
  • Aras androgen-androgen (hormon lelaki) ternaik dalam serum (darah), khususnya testosteronandrostenedion serta dehidroepiandrosteron sulfat (DHEAS), yang mengakibatkan hirsutisme dan kekadangnya pemaskulinan
  • Obesiti tengah - obesiti "berbentuk epal" yang terpusat pada sebelah bawah tubuh
  • Alopesia androgen (botak corak lelaki)
  • Akne, kulit berminyak, seborea
  • Akantosis nigrikans (tombok-tombok kulit yang gelap dan yang berwarna antara sawo matang dan perang atau hitam)
  • Akrokordon - kulit yang tersiat
  • Tempoh berpanjangan gejala-gejala bak Sindrom tekanan prahaid (PMS) (kembung, angin tidak tetap, sakit pelvissakit belakang)
  • Apnea tidur
Gejala-gejala hiperandrogenisme, seperti akne atau hiperseborea, sering dialami oleh gadis-gadis remaja, dan biasanya berkait dengan kitaran-kitaran haid yang tidak tetap. Dalam kebanyakan kes, gejala-gejala ini adalah sementara dan hanya membayangkan ketakmatangan paksihipotalamus-pituitari-ovari dalam tahun pertama selepas menarke
Tanda-tanda PCOS adalah seperti yang berikut:
  • Sista berbilang pada ovari; secara sonografi, sista-sista itu kelihatan seolah-olah seuntai mutiara
  • Ovari-ovari dibesarkan, biasanya 1.5 hingga 3 kali lebih besar daripada yang biasa, akibat sista-sista berbilang
  • Permukaan luar ovari yang licin dan ditebalkan, dengan warnanya putih mutiara
  • Nisbah LH (hormon peluteinan) terhadap FSH (hormon perangsang folikel) adalah lebih besar daripada 1:1, sebagaimana yang diuji pada hari ketiga dalam kitaran haid.
  • Aras testosteron yang tinggi
  • Aras globulin penambat hormon seks yang rendah
  • Hiperinsulinemia.

Wanita-wanita dengan PCOS menghadapi risiko yang berikut:
  • Hiperplasia endometrium dan kanser endometrium (kanser lapisan uterus) adalah mungkin, akibat penumpukan lapisan uterus yang berketerlaluan, serta juga kekurangan progresteron yang diakibatkan oleh perangsangan sel-sel uterus yang berpanjangan oleh estrogen
  • Kerintangan insulin/Diabetes Jenis II, yang umumnya dianggap sebagai akibat hiperinsulinemia
  • Tekanan darah tinggi
  • Dislipidemia (gangguan metabolisme lipid, iaitu kolesterol dan trigliserida)
  • Penyakit kardiovaskular
  • Tambahan berat
Sesetengah data membayangkan bahawa wanita-wanita dengan PCOS mempunyai risiko keguguran yang lebih tinggi. Wanita-wanita tersebut juga mengalami kesusahan untuk mengandung, akibat kitaran-kitaran haid yang tidak tetap serta kekurangan pengovuman. Bagaimanapun, wanita-wanita dengan PCOS boleh mengandung dengan bantuan ubat, khususnya Metformin, serta diet.
PCOS berkembang apabila ovari-ovari dirangsang dan menghasilkan terlalu banyak hormon lelaki (androgen), khususnya testosteron, baik melalui pembebasan terlalu banyak hormon peluteinan (LH) oleh kelenjar pitiutari mahupun melalui aras-aras insulin yang tinggi dalam darah (hiperinsulinemia) bagi para wanita yang ovari mereka peka pada rangsangan tersebut.
Sindrom ini memperoleh nama 'sindrom ovari polisistik' yang paling biasa digunakan kerana gejalanya yang umum ialah sista-sista ovari berbilang yang terbentuk apabila folikel-folikel telur matang tetapi tidak dibebaskan dari ovari kerana aras-aras hormon yang tidak normal. Sista-sista itu biasanya kelihatan seolah-olah 'seuntai mutiara'. 
Rawatan:
Rawatan untuk PCOS seringnya disesuaikan, bergantung kepada matlamat-matlamat pesakit. Jika pemulihan pengovuman dan kesuburan diingini, jadi metformin dan/atau klomifen sitrat akan diberikan. Untuk kes-kes kerintangan klomifen, suntikan hormon perangsang folikel boleh digunakan. 
Diet-diet karbohidrat rendah dan senaman tetap yang kekal juga amat bermanfaat. Diet-diet ini membantu wanita-wanita yang mengalami PCOS untuk memeihara aras-aras gula darah dan insulin yang tetap dan membantu dalam hilang berat. 
Banyak wanita mendapati bahawa ubat penurunan insulin seperti metformin hidroklorida (Glucophage®), pioglitazon hidroklorida (Actos®), serta rosiglitazon maleat (Avandia®) amat membantu, dan pengovuman boleh memulakan semula jika agen-agen ini digunakan. 
Banyak wanita melaporkan bahawa penggunaan metformin mengakibatkan sakit perut, cirit-birit, dan hilang berat. Kesan-kesan sampingan tersebut biasanya akan hilang dalam tempoh 2-3 minggu. Kedua-dua gejala dan hilang berat kelihatan dikurangkan dengan versi-versi ubat pembebasan perlahan. Masa selama enam bulan mungkin diperlukan untuk melihat kesan positif, tetapi apabila digabungkan dengan senaman dan diet indeks glisemia rendah, sehingga 85% daripada pesakit-pesakit akan memperbaik ketetapan kitaran haid dan pengovuman mereka.
Walaupun pembedahan biasanya merupakan rawatan jalan terakhir, ovari polisistik boleh dirawat melalui prosedur-prosedur pembedahan seperti:
  • elektrokauterisasi laparoskopi atau pengkauteran laser
  • peresekan baji ovari (kini jarang dilakukan kerana ia lebih invasif, dengan risiko pelekatan sebanyak 30% dan kekadangnya lebih teruk, dan boleh menjejaskan kesuburan) yang merupakan terapi lebih lama
  • penggerudian ovari
Jadi, setelah membaca artikel ini, Iza hanya mampu berusaha serta berdoa dengan rawatan yang diberikan oleh Dr, InsyaAllah Iza dan Suami akan sihat dan boleh menimang cahaya mata. Namun sesungguhnya semua nya bergantung kepada Allah. Kerana DIA yang lebih mengetahui.

Saturday, 28 May 2011

Mak, We Love You


Assalamualaikum..
Hari ni sepatutnya Iza kerja. Tapi ada sebab teknikal, so xpayah kerja. Sorang kat bilik nih. Bosan. Teringat mak n adik beradik lain. Rindu. So, terfikir nak menulis tapi tak de idea. Jadi Iza tengok tengok balik gambar n video video lama. Jumpa video yang Iza buat untuk mak. Kami adik beradik semua sayang mak.
We Love U Mak.

Thursday, 26 May 2011

Aku Bukan Solehah

Assalamualaikum..

Dah seminggu Iza x update blog. Kesibukan di tempat kerja selalu buat Iza mengabaikan blog ini. Namun seperti biasa, kalau dah sampai di Pulau Labuan nih, Iza pasti akan menulis sesuatu bagi mengisi masa lapang dan bagi mengelakkan diri dari merindui dan berasa keseorangan. Saat ini, Iza rindu pada semua. Lagi lagi pada abang yang selalu disisi. Abang, Iza sunyi disini. Rindu pada abang. Rindu dengan cinta dan kasih abang.

Iza bertolak dari rumah jam 1530H. Sampai di KLIA lebih kurang jam 1615H. Sesudah check in, Iza dan suami berjalan ke McD. Tutup pulak. Ingat nak ke Secret Recipe, suami kata xhalal. Sudah nye makan KFC lagi. Sambil makan Iza terfikir betapa berdosa nya diri ini. Betapa mulianya suami dapat bersabar dengan kerenah dan ragam Iza. Emosi yang terganggu dan stress diri ini yang tak terkawal, Iza tunjukkan pada suami. Semalam Iza menangis semalaman. Tapi Iza sendiri tidak tahu kenapa. Teresak esak Iza masa nak lelapkan mata. 

Puas suami memujuk, namun tiada perubahan dan semakin deras airmata ini mengalir. Semenjak mengetahui ada masalah di bahagian peranakan, Iza semakin tertekan, stress, depress, sedih, murung, xtenang, banyak berfikir yang negatif. Tanggungjawab terhadap rumahtangga terabai. Namun mulianya suamiku, begitu memahami dan melayan setiap kerenah dan ragam ku seperti melayan seorang anak berumur 2 tahun.

"Ya Allah Kau ampunkan lah dosa ku ini Ya Allah. Abang, ampunkan dosa isteri mu ini."

Tiba tiba suami dapat panggilan dari teman niaga nya. Mahu berjumpa untuk berbincang perniagaan katanya. Iza suruh abang balik. Tapi abang xnak. Abang temankan Iza. Sedih tengok abang. Iza suruh abang balik. Abang mengalah... 

Iza salam dan cium tangan abang. Abang macam biasa, akan peluk dan cium iza. Itu lah kasih dan cinta suamiku. Tidak pernah dia mnyembunyikan dari ku dan juga dari pandangan masyarakat. Abang selalu berkata "kenapa plak nak malu? kita ni suami isteri yang sah. Orang yg xkahwin buat lebih lagi teruk dari nih". Iza terima kata abang dan memeluknya semula.

Abang dah balik. Iza masuk ke balai berlepas. Dah duduk Iza teringat hujung minggu yang lepas. Minggu yang sibuk bagi kami sekeluarga. Alhamdulillah, kami dah selesai menghantar dan memindah barang barang dari rumah lama ke rumah baru. Abah, Mak, Alang n Tika, Abg Zam n Isteri, Kak Ita n anak-anak (along,tina,qaireen), Kakcik, Aby dan juga Suami tersayang. Terima kasih semua. Tanpa kalian amat susah bagi Iza nak buat segalanya sendirian. Tambahan pula dengan keadaan Iza begini.

Penat hujung minggu itu, akan bersambung lagi sesudah Iza balik dari Labuan nanti. Iza dan suami akan pindah barang yang berbaki dirumah lama. Nak kemas barang barang yg dihantar minggu lepas. Mujur Iza dah minta cuti. Boleh lah habiskan masa mengemas nanti. 

Tanpa Iza sedar kapal dah berlepas. Iza dah meluncur di ketinggian 33000 kaki. Cuaca agak buruk. Iza xboleh tidor. Masih memikirkan diri abang. Betapa besar dosa ku. Abang ampunkan dosa isterimu ini. Iza hanya insan biasa. Tidak sempurna dan banyak kekurangan. Bimbinglah Iza abang.









Sampai disini untuk kali ini. Hari diluar mula hujan. Iza pun dah mengantuk. Nak telefon abang dan tido sebab esok nak terbang. Selamat malam.

Asslamualaikum.



Thursday, 19 May 2011

Dugaan Allah

Assalamualaikum...

Iza baru balik dari Labuan semalam... Hari ni kene kerja. Ada urusan yang perlu diselelsaikan. Sebenarnya tujuan Iza menulis hari nih kerana terlalu stress mengingatkan kejadian hampir dua minggu lepas.

Kejadian berlaku pada hari Selasa.. 10 Mei 2011.. Iza pergi kerja seperti biasa. Lebih kurang jam 10 pagi Iza rasa tak selesa dibahagian perut. Rasa senak dan menyucuk. Iza cuba untuk relax dan berbual dengan kawan kawan di pejabat. Tapi menjelang tengahari, sakit lagi. Iza tak nak bertangguh lagi. Iza call Aby dan ajak dia teman Iza gi Pusat Perubatan dan Bersalin UMRA di Shah Alam.

Aby sampai dan amik Iza di pejabat.. Iza balik rumah dulu, tukar baju dan kemudian ke UMRA.. Dah register nama, tunggu dipanggil. Lepas bagitau doktor masalah Iza, doktor suruh bagi urine... Nak buat urine test.. Negative Pregnant.

Next, doktor nak buat scan biasa...Scan perut, rahim xnampak ape2... Doktor minta kebenaran untuk buat Vaginal Ultrasound. Bila dah selesai doktor panggil dan bagitau apa yang dia nampak tadi.
Ada 3 ketulan cyst dekat rahim. Ovarian Cyst.. 2 saiz sederhana, 1 saiz besar sikit. Doktor nasihatkan untuk monitor dulu saiz nyer. Kalau membesar mungkin kene operation. So doktor bagi ubat untuk keluarkan cyst. Ubat ni kene makan 5 hari. Setiap hari 2 biji, 1 pagi dan 1 malam.. 

Selepas habis makan ubat tuh, doktor kata Iza akan datang piriod. Dalam masa seminggu lepas habis ubat. Kalau datang piriod, hari ke-2 dan hari ke-21 piriod kene datang semula check. Kalau tak datang piriod juga, doktor akan buat Vaginal Ultrasound lagi. Hari nih dah masuk hari ke 4 ubat habis.. Tapi still x datang piriod lagi. Hati sudah rasa sedih dan gementar. Bimbang ader penyakit yang serius.

Ya Allah bantulah hambamu ini..

Sunday, 15 May 2011

Online Shop Iza


Assalamualaikum..

Baru baru ini Iza semasa melayari internet, membaca email dan update Facebook, Iza telah di tag kepada satu link.. http://edymart.com/ 

EdyMart merupakan laman web yang melahirkan usahawan offline dan online yang maju dan berdaya saing hingga ke peringkat antarabangsa. EdyMart mewujudkan prasarana dan kemudahan infrastruktur kepada usahawan dalam membimbing serta membentuk mereka menjadi usahawan yang berjaya.

Artikel dibawah ini dipetik dari laman web EdyMart yang mana apabila difahami, memang benar apa yang disampai kan oleh pengasasnya.

Masalah utama tambah pendapatan melalui bisnes internet - Kos sara hidup yang tinggi menyebabkan orang ramai mencari pendapatan sampingan melalui bisnes internet. Namun permasalahan yang sering dihadapi oleh mereka ialah tidak tahu bagaimana nak mula, tiada modal yang besar, tiada pengalaman, kurangnya pengetahuan yang berkaitan dan masa yang amat terhad untuk menguruskannya.
EdyMart sediakan kedai online pelbagai produk laris - EdyMart ada jawapannya. Anda akan diberi satu sistem kedai online EdyCart, yang lengkap dengan pelbagai produk laris, pemasangannya memakan masa hanya 5 minit dan pengoperasiannya amat mudah dan tidak memerlukan masa yang lama untuk dilaksanakan. Sila rujuk kedai online EdyCart di http://edycart.com
Kedai online milik anda boleh diubahsuai dan dipromosikan - Anda boleh mengubahsuai kedai online tersebut menggunakan logo anda, memilih gambar muka depan yang menarik perhatian pelanggan serta mempromosikan laman web lain menggunakan ruangan yang disediakan.
Proses jual beli produk oleh pelanggan di kedai online anda - Sekiranya pelanggan membeli produk di kedai online tersebut, pelanggan akan membuat pembayaran ke dalam akaun bank anda. Anda hanya perlu ke admin sistem kedai online EdyCart, menyemak pesanan pelanggan dan mengesahkan pembayaran, kemudian anda dikehendaki membayar harga modal ke Edy Marketing. Pihak Edy Marketing akan menguruskan pembungkusan dan melakukan penghantaran pesanan produk tersebut kepada pelanggan anda.
Anda dibantu dengan strategi pemasaran yang berkesan - Sistem EdyCart Marketing Advisor akan membantu anda dalam mempromosikan kedai online anda, melalui panduan tindakan strategi pemasaran yang berkesan, untuk dilaksanakan dari masa ke semasa. Ini mampu meningkatkan hasil jualan sekaligus menambah pendapatan yang diperolehi daripada hasil jualan kedai online anda.
Cara-cara untuk upgrade menjadi Pengedar Edy Marketing - Anda sudah bersedia? Bertindak sekarang dengan cara klik link (http://edymart.com/daftar-pengedar) daftar ahli web EdyMart secara percuma. Selepas itu, login laman web EdyMart. Terdapat butang Upgrade sebagai Pengedar Edy Marketing.
Miliki sistem kedai online EdyCart dan terus berniaga - Pembayaran hanya RM 100 seumur hidup , dan sistem kedai online EdyCart milik anda untuk tempoh 30 hari. Selepas itu, sewa kedai online serendah RM1 sehari sahaja.
Potensi masa depan anda bersama bisnes EdyMart - Bisnes EdyMart mampu berkembang dari masa ke semasa, membantu dan melahirkan usahawan yang maju dan berdaya saing hingga ke peringkat antarabangsa.
Setelah membaca artikel ini, saya terus menjadi ahli web EdyMart. Setelah 2 bulan membaca dan mengikuti perjalanan EdyMart, saya telah menjadi Pengedar dan mempunyai kedai online sendiri iaitu http://edycart.com/index.php?ref=77 .

Dengan kedai online yang disediakan oleh EdyMart.com, Iza telah berjaya menambah pendapatan tanpa perlu keluar rumah, tanpa modal dan tanpa perlu berjumpa pelanggan.

Terima kasih EdyMart 


Perfume For Sale

Assalamualaikum...

Kalau berminat :
Facebook: http://www.facebook.com/izasham
Email : iza_82@ymail.com


Bvlgari Rose Essential - 100ml - RM230
Bvlgari Aqva Pour Homme - 50ml - RM210
DKNY Men - 100ml - RM210

Wednesday, 11 May 2011

Mencari Rumah Sewa

Assalamualaikum...

Dah hampir seminggu Iza x menulis... Iza sibuk sebenar nya...Sejak seminggu yang lepas, sibuk mencari rumah sewa.  Tuan rumah nak duduk rumah dia balik.. Bagi notice pun lambat.. Namun apa lah sangat yang Iza n suami boleh buat.. Masa husband call, bagi tau owner suruh keluar rumah, ingatkan dia main main.. Niat bergurau.. 

Bila sampai rumah, husband nampak stress. Namun dia cuba jugak jadi cool. Sebab dia tau, Iza akan jadi lagi stress dari dia. Iza memang stress.. Dah lah bulan 6 nih, Iza ader exam.. Nak study lagi.. Tambah pulak Roadtax n Insurance kereta expired jun.. Banyak nak guna duit. Masa tu jugak lah nak bayar deposit rumah, cari lori sewa, pindah rumah.. Banyak betul dugaan n cabaran.

Penat dah mencari rumah teres, mahal, jauh dan sebagainya.. Kami beralih pulak cari apartment sekitar area rumah sekarang nih. Mahal jugak. Tingkat atas. Jiran pulak bangla duduk beramai ramai. Memang x sesuai. Namun masih mencari.

Ya Allah..permudah kan lah urusan hambamu ini. Jauh kan lah kami dari kesulitan yang tidak mampu kami hadapi. Ya Allah, tetapkan lah iman ku di jalan agama Mu yang benar.

Iza masih mencari rumah. Hanya mampu mencari dan berdoa dipermudah kan segala urusan.

Amin.

Forgotten Page

Assalamualaikum.. It’s been a while since my last entry.. lepas mak meninggal dunia, takde lagi perasaan utk menulis.. aku memilih utk memen...